Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, October 8, 2014

Isu Oktoberfest Satu Pembohongan ISMA?

Pertama2 sekali, minta maaf kerana sudah lama tidak update blog. Ini adalah kerana Tulang Besi berada di negara Isketambola dalam beberapa hari ini.

Keduanya, ISMA mendakwa iklan di bawah ini telah diluluskan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam:


Tapi, iklan sebenar adalah seperti berikut:


Adakah ISMA telah meletakkan diri mereka setaraf dengan cybertrooper upahan UMNO?

Islam tidak mengharamkan arak kepada bukan Islam pun.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniBerikut adalah kenyataan Khalid Samad:

IKLAN BILLBOARD PALSU

Ada juga yang timbulkan, ya benar kata YB! Tetapi billboard yang ada di Shah Alam ni bagaimana?

Saya jawab, “ada ke billboard tu? Di mana?”

Hakikatnya MBSA sudah sebut tiada billboard sedemikian rupa yang telah diluluskan oleh MBSA. Saya yakin ianya kerja cyber-trooper ISMA atau UMNO (sudah semakin sama) yang sengaja ingin membesar-besarkan isu ini. Hakikatnya sebelum ini tidak tahu mengenai program Oktoberfes. Dikatakan ianya telah diadakan di Subang pada 20 September. Ada yang tahu? Atau adakah yang hadir?

Kita tidak tahu kerana ianya tidak diiklankan di akhbar atau kawasan orang Islam. Ianya mungkin diiklankan di akhbar Cina, mungkin juga di akhbar Inggeris dan di tempat-tempat tertentu melalui media tertentu. Di papan tanda Masjid sudah pasti tiada. Utusan dan Berita Harian saya tidak tahulah sebab saya tidak baca, tapi rasanya tiada juga. Begitu juga di Sinar Harian. Maka, ummat Islam tidak tahu.

Masyarakat Islam hanya mula tahu apabila ISMA yang mengiklankan dan mempopularkannya. Sekira ISMA yang mengiklan dan mempopularkannya, maka adakah patut mempersalahkan orang bukan Islam? Yang ISMA sibuk sangat iklankan siapa suruh?

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD

7 comments:

Malaysiabaru said...

masywllah, adakah sudah jadi kafir ustad zaik alyahudi ini? apakah tahap munafik pertubuhan Isma ini telah melebihi umno... mengikut amanat sesat hadi, Isma adalah kafir dan halal darahnya...

Anonymous said...

Ilmu semiotik aku tinggi. Cuba tgk muka presiden dia.. Huk aloh.. Amat menjengkelkan tanpa sbb sama spt nasrudin vellfire..

abuamir said...

Apa hukum fitnah org bukan Islam? Islam benarkan fitnah org? Isma ini hakikatnya ajen umno yg bertopengkan Islam sebab ITU perangainya sama macam Macai umno.

Isma ni tujuannya utk pecahbelahkan PR, sama madam perkasa tetapi versi Islamik. Perangai munafik jelas kelihatan........

Anonymous said...

Kenyataan media YB Ean Yong Hian Wah, Ahli EXCO merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pihak Berkuasa Tempatan pada 8/10/2014.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) yang bermesyuarat pagi tadi telah membincangkan isu “Octoberfest 2014” yang menimbulkan pelbagai persoalan.

Pemasangan visual iklan “Oktoberfest 2014” di papan tanda kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) baru-baru ini tidak mendapat kebenaran dan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan telah diturunkan. MBSA juga akan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas syarikat yang terlibat.

Kerajaan Negeri tidak pernah memutuskan apa-apa kelulusan kepada mana-mana pihak penganjur program ini.

Namun begitu, keluaran permit adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pihak penganjur boleh memohon kepada PBT yang berkaitan dan kelulusannya adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Antaranya ialah:

Memasang papan tanda “Melayu / Beragama Islam dilarang masuk” dan melaksanakan langkah kawalan syarat tersebut;.

Penganjur dikehendaki memastikan tiada pengunjung di bawah umur dibenarkan masuk;

Kelulusan daripada Jabatan Kastam bagi lesen minuman keras hendaklah diperolehi terlebih dahulu;

Mendapatkan kelulusan PDRM;

Lokasi hendaklah tertutup dan penganjur mestilah memastikan aspek keselamatan serta tiada kacau ganggu dan syarat-syarat lain.

Kerajaan Negeri berasa kesal ke atas sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mempolitikkan isu tersebut dan mengakibatkan kekeliruan di antara rakyat. Kegiatan yang memutar-belitkan fakta-fakta berkenaan harus dihentikan dengan segera kerana Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai undang-undang dan peraturan yang mencukupi untuk mengawal dan melaksanakan tugas.

YB Ean Yong Hian Wah

Anonymous said...

Sangat berat tuduhan yg dilemparkan tulang besi dan sekutunya
Telah terbukti apabila mbsa sendiri akui wujudnya program octoberfest...tp olleh krn benci n dendam kesumat..sggup mencerca pihak yg ingin menghalang kemungkaran

Anonymous said...

http://m.selangorku.com/?post=60157

Anonymous said...

http://m.selangorku.com/?post=60157

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.