Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, October 11, 2014

Mengapa Tulang Besi TIdak Protes Perayaan Oktoberfest 2014

Atas sebab apa Tulang Besi tidak setuju protes Oktoberfest tajaan ISMA/PERKOSA/UG?

Orang Cina boleh toleransi azan subuh yg mengacau tidur mereka, kuliah yang dipancar melalui corong pembesar suara antara maghrib dan Isyak, jem sewaktu solat jumaat dsbnya.

Orang India boleh toleransi sembelihan lembu di khalayak ramai pada Hari Raya Korban walaupun lembu itu sembahan orang Hindu.

Tiba2 sambutan minum arak yang hanya dikalangan orang bukan Islam pun kita nak protes?

Kalau mereka yang bukan Islam boleh toleransi kenapa kita orang Islam tak boleh toleransi sama?

Sejak bila arak ni haram untuk orang bukan Islam? Kitab feqah mana yang kata macam ni?

Kenapa puak2 mcm Nasrudin Hassan At Tantawi, Ust Mohd Khairuddin At-Takiri Nik Mohamad Abduh boleh jadi machai kepada machai2 UMNO mcm PERKOSA dan ISeMAk?

Kenapa tak boleh buka kitab2 feqah dan rujuk hukum yang sebenar berkenaan isu ni?

Apa guna belajar di Azhar kalau rujukan terakhir korang adalah PERKOSA dan ISeMAk?

Seperti yang Tulang Besi pernah katakan, antara arak dan syirik, jauh lebih dibenci dan dinista Allah SWT akan dosa syirik.

Makanya, kalau mengikut logik UG/ISMA/PERKASA adalah lebih aula kita meruntuhkan kuil2 serta gereja2 dari memprotes Oktoberfest.


Lesen arak yang dikeluarkan oleh UMNO melalui Akta Eksais 1976 tidak mengharamkan orang Islam membeli dan meminum arak. Maka, kenapa nak protes pada MBPJ?

Kenapa tidak protes UMNO itu sendiri?


Inilah yang dipanggil perangai munafiqeen yang disebut dalam Al Quran secara jelas

Sudahlah banner di papan Iklan MBSA itu palsu

TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

8 comments:

Anonymous said...

Bro. Tulang, jangan marah pada mereka..geng2 ug tu fakeh tu.. Iman diorg besar sebesar serban nasrudin vellfire..siapalah kita nak lawan ilmu dgn mereka.. Tu ada Dr. At takiri tu..lulusan PhD..sure pandai punya..lagi satu..ada anak bekas MB Kelantan..Tuan Guru tu..pendapatnya tentu hebat sehebat bapanya.. Pendek kata geng ni cukup hebatla walaupun tak dengar komen diorg pasal bajet 2015. Mungkin bajet ni tak penting sepenting menentang octoberfest!

Anonymous said...

PAS kena faham itu Selangor bukan Kelantan. TGNA adalah insan yang bijaksana dalam menangani perkara ini ketika mana dia memerintah Kelantan. Tapi PAS bukannya hebat sangat pun dalam menangani isu arak ni.

Satu masa dulu, aku pernah tulis komen di dalam beberapa blog ketika PAS memerintah Kedah, minta PAS Kedah mempertimbangkan agar jualan arak dan bir di pasaraya-pasaraya di Kedah diasingkan dari kaunter umum memandangkan kebanyakkan juruwang adalah orang Islam. Namun haram mereka tak pertimbangkan pun, malah blog-blog tak mengetengahkan atau menyampaikan hasrat hati aku kepada pemimpin Kedah ketika itu.

Jadi tak ada maknanya membantah pesta arak ini ketika mana saranan aku supaya PAS Kedah yang memerintah melakukan perubahan berkenaan jualan arak di pasarayapun gagal dipraktikan. Lagipun jualan arak di Selangor bukannya ada had macam di Kelantan.

PAS cakap je lebih... tapi hancusss... Nak memerintah bukan sahaja hati-hati pengundi perlu dijaga... Keredhaan Allah juga perlu. Jadi nak jika PAS nak memerintah negara pemimpinnya mestilah ikhlas.... dan bijaksana dalam menentukan had-had yang dilarang dan yang dibolehkan.

Anonymous said...

Pernah ke dalam sejarah islam, kerajaan islam membenarkan pesta arak seperti di selangor? Belajar tentang semua agama langit, adakah arak dibenarkan oleh agama mereka?

Anonymous said...

Pelik jugak puak munafik ni kenapa tak protes suh tutup rumah urut dan lain2 hiburan berunsur maksiat. Mp temerloh tak nampak Genting ka?

Anonymous said...

Astaghfirullah.. bertaubatlah tuan punya blog..

Anonymous said...

Astaghfirullah.. bertaubatlah tuan punya blog..

Anonymous said...

Org yg suruh bertaubat pun kena bertaubat..
Jgn pandai suruh org je..

Anonymous said...

Dalam agama hindu, tiada ayat dlm kitab mereka membenarkan minum arak,
Dalam.kitab buddha,tiada ayat dlm.kitab itu membenarkan minum arak,
Dalam bibble,tiada ayat yg membenarkan minum arak,
Dalam kitab sikh pun tiada ayat yg membenarkan minum arak,
So apa cerita ni?
Nak tolenransi kepala hotak hang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.