Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, November 5, 2014

Bila Hentam Sesama Jemaah untuk Mendokong Musuh

Kenyataan Khalid Samad, Mujahid Yusuf Rawa dan Hanipa Maidin tidak boleh dikira sebagai menyokong Sisters in Islam.

Kenyataan tersebut lebih kepada mendapatkan penjelasan dari MUIS dan JAIS supaya badan2 ini tidak menyalahguna kuasa mereka.

Bukankah PAS sudah sekian lama menjadi mangsa salah guna kuasa kedua2 badan ini.

Yang hairannya terdapat segolongan dalam PAS yang pro kepada perpaduang dgn UMNO mendokong MUIS dan JAIS.

Mereka sanggup menuduh ahli2 Parlimen ini sebagai menyokong gerakan liberalisma dan pluralisma.

Tarbiyyah dlm PAS menjurus kepada berkawan dengan musuh kah?

TULANG BESI

FATWA LIBERALISMA DAN PLURALISMA 
Kami mengambil berat fatwa Liberalisma dan Pluralisma yang difatwakan dan digazetkan oleh MAIS untuk memelihara kemurnian makna Islam yang sebenar. Kami juga meyakini bahawa niat murni pembuat fatwa telah mengambil kira dan telah membuat pertimbangan yang sewajarnya kepada cabaran yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. 
Namun demikan, kami ada beberapa perkara yang perlu kepada penjelasan dari fatwa ini; 
1. Takrifan Liberalisma dan Pluralisma tidak dijelaskan, adakah ia merujuk kepada menyatakan semua agama adalah sama ataukah merujuk kepada kepercayaan bahawa kebenaran itu adalah kebenaran relatif dalam membuat perbandingan antara agama.
2. Adakah Liberalisma dan Pluralisma merujuk kepada kepercayaan semua aspek agama bersifat inklusif dalam hubungan antara agama ataukah inklusif dari sudut moral tetapi eksklusif dari sudut aqidah masing-masing?
3. Adakah pihak MAIS telah berdialog dengan pihak yang dikatakan mengamalkan Pluralisma dan Liberalisma sebelum sesuatu tindakan diambil ke atas mereka?
4. Apakah implikasi fatwa ini kepada pandangan-pandangan berbagai dalam memahami hubungan antara agama boleh disalahertikan sebagai Pluralisma dan Liberalisma tanpa satu pentakrifan yang mantap dan membuka ruang untuk berbeza pandangan dalam lingkungan yang diizinkan. 
Kami memohon pihak pembuat fatwa tidak terburu-buru tanpa satu muzakarah dengan pihak yang dikatakan mengamalkan Pluralisma dan Liberalisma supaya ada ruang untuk dibetulkan salahfaham mereka (jika ada) melalui dialog dan persefahaman
Kami turut bersedia untuk membantu dan menyokong proses dialog dijalankan dengan pihak terlibat berpandu kepada firman Allah: 
"Dan serulah kamu ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dia mengetahui siapakah yang tergolong di kalangan yang mendapat petunjuk" ( An Nahl : 125) 
Sekian

Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa,
Ahli Parlimen Parit Buntar

Sdr Hanipa Maidin,
Ahli Parlimen Sepang

Tuan Haji Khalid Samad,
Ahli Parlimen Shah Alam



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.