Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, November 26, 2014

Pinjaman Perumahan 110% Sama Dengan Membunuh

Kerajaan UMNO masih tidak mengakui kesilapan mereka.

Harga rumah yang melambung lambung adalah akibat kegagalan kerajaan UMNO/BN .

Untuk menutup kelemahan, Najib menawarkan pinjaman 110%.

Ini kerja orang gila.

Syarikat Perumahan Negara yg dijalankan oleh UMNO tak sedar ke rumah tak cukup di KL ni?

Apa kerja SPN? KEnapa Najib tak buat rumah yang mencukupi untuk keperluan rakyat umum?

Kalau betul2 nak tolong, bagi la diskaun harga rumah.

Diskaun 50% atau 60%. BArulah ada makna.

Najib bagi muka pada pemaju2 persendirian yang banyak berjasa kepada UMNO.

Najib biarkan mereka2 ini sewenang2 menaikkan harga rumah.

Najib juga biarkan warga2 asing beli sebanyak mana rumah mereka mahu demi keuntungan kroni2 UMNO dan Najib.

Last2 bagi loan 110% yang akhirnya akan menjerut leher orang2 muda yang baru sahaja bekerja.

Kesian rakyat MAlaysia yang ditipu Najib dan UMNO

Kesimpulannya, Najib gagal sebagai Perdana Menteri dan menutup kegagalannya dgn menindas orang2 muda yang baru bekerja dgn beban hutang.

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tawaran pinjaman sebanyak 110 peratus akan dipanjangkan kepada pembeli rumah Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) daripada institusi-institusi kewangan terpilih.

Perdana Menteri berkata ini sebagai kelangsungan daripada usaha kerajaan bagi membantu rakyat berkaitan projek perumahan itu.

"Pembiayaan ini supaya semua pembeli mampu memiliki rumah, manakala 10 peratus lebihan pembiayaan adalah bagi menampung kos tambahan seperti guaman dan insurans.

"Juga, Skim Pembiayaan Sewa-Beli atau 'rent-to-own' turut ditawarkan sebagai bantuan kepada golongan pertengahan memiliki rumah," katanya dalam entri terbaru beliau di blog Najib.razak.com malam ini.

Najib dalam pembentangan Bajet 2015 bertemakan 'Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat' di Parlimen pada Oktober lepas mengumumkan kerajaan akan menangani isu pemilikan rumah dengan harga berpatutan melalui pembinaan 80,000 unit rumah di bawah PR1MA dengan peruntukan RM1.3 bilion.

Langkah itu, katanya bagi membolehkan lebih ramai rakyat memiliki rumah dan had kelayakan pendapatan isi rumah juga dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM10,000.

Dalam pembentangan itu, Najib berkata Skim Pembiayaan Sewa Beli akan diperkenalkan khusus kepada individu yang tidak berupaya mendapat pembiayaan daripada bank.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan menyasarkan pembinaan 500,000 unit rumah PR1MA dalam masa lima tahun, dan setakat ini, program PR1MA telah meliputi kesemua negeri dalam Malaysia kecuali Labuan.

Antara komuniti PR1MA yang dalam perancangan ialah di Wilayah Selatan, Utara, Sabah dan Sarawak membabitkan rumah berharga dari RM118,000 ke RM335,000.

Kawasan itu termasuklah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur (RM275,000); Tebrau, Johor (RM180,000); Kuala Ketil, Kedah (RM215,000); Sandakan, Sabah (RM280,000) dan Kuching, Sarawak (RM235,000).

Najib menarik perhatian langkah-langkah permohonan untuk rumah PR1MA amat mudah dan menggesa kepada mereka yang memenuhi syarat kelayakan supaya mendaftarkan permohonan dengan mengunjungi laman rasmi www.pr1ma.my.

Pemohon boleh mengetahui lebih lanjut mengenai syarat kelayakan serta langkah mudah untuk memohon melalui infografik yang disertakan di dalam blog itu.

- Bernama

4 comments:

Anonymous said...

ni semua wayamg puak umno nak menipu dan menindas bangsa melayu, harap puak melayu buang terus daripada menyokong umno tak rugi pun lagi banyak manafaat kalau kita buang umno dari diri kita melayu.

Anonymous said...

sekim pembahalolan bangsa Melayu tetap berjalan lancar.

orang orang melayu rata rata bahalol , malas , dan mana ada duit.

orang orang melayu ambil loan 110% beli rumah , lepas 6 bulan tak mampu bayar dah rumah rumah kena rampas dan lelong.

geng geng bahalol akan beli rumah lelong murah dan jual balik pada orang orang melayu bahalol yang belum bankrap.

itu lah pusingan nya , melayu membahalol kan melayu lain.

Anonymous said...

Tak rugi pun Melayu kalau kasi UMNO mampos..yang rugi cuma tokey dan jin belaan diorang je tak dapat hisap darah rakyat lagi lepas PRU..macam polong cari mangsa je sekarang UMNO ni..menakutkan...

Anonymous said...

Strategi terbaik yg perlu dilakukan kerajaan ialah bendung harga rumah dgn cara tidak naikkan jumlah pinjaman. Dgn cara ini pemaju akan buat rumah sesuai dgn krmampuan pinjaman rakyat. Jika kerajaan terus ikut rentak pemaju dgn tambah had pinjsman, harga rumah akan terus naik dan rakyat akan terus terseksa dgn hutang brrtambah hsnya kerana nak miloki rumah sdn. Fikir2lah kerajaaan demi rakyat marhain ini. Cukuplah sekadar hutang yg ada skrg dgn kos hidup dan gaji rendah takyat ni. Krrajaaan ada kuasa kawal pasaran rumah, kenapa tak guns kuasa itu uyk disiplinkan industri rumah yg sudah tak terkawal kebelakangan ini. Apakah menjelang status negara maju 2020, rakyat akan mewarisi generasi penyewa berbanding dahulu kerajaan dahulu yg berjaya lahirkan rakyat pemilik rumah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.