Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, December 30, 2014

Antara Hudud dan Banjir: Satu Kebetulan?

Pada 29hb Disember 2014 telah dijadualkan satu sidang DUN khas bertujuan untuk meminda Enakmen Syariah Kelantan (enakmen hudud) bagi membolehkan kerajaan Kelantan melaksana hukum hudud di Kelantan.

Pindaan di buat kononnya kerana mendapat kerjasama yang sangat baik dari UMNO dan Barisan Nasional.

Dalam temuramah Malaysiakini dgn YAB Nik Amar, beliau dengan yakinnya menyatakan akan berlaku kerjasama dgn UMNO bagi membolehkan perlaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Namun, kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya.

Seminggu sebelum pembentangan dilakukan, banjir besar dalam sejarah Kelantan melanda.

Banjir yang tersangat besar tidak pernah berlaku sbegitu sepanjang pemerintahan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Hasilnya, terpaksa Kelantan MENANGGUHKAN persidangan tersebut.

Tulang Besi boleh komen panjang lebar betapa pindaan tersebut tidak ada maknanya kalau hendak hudud dilaksanakan.

Bukan setakat beberapa Akta yang perlu dipinda (misalnya Akta Mahkamah Syariah, Kanun Kesiksaan) tapi juga Perlembagaan Persekutuan harus dipinda juga.

(NOTA:Akta2 ini harus dipinda oleh UMNO dan bukannya melalui Private Bill dari PAS sekiranya UMNO benar2 ikhlas)

Khususnya Jadual 9 Senarai 2 Perlembagaan Persekutuan harus dipinda bagi membolehkan hudud dilaksana di Kelantan.

Pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sokongan 2/3 dari ahli2 Dewan Rakyat.

Amatlah mustahil perkara ini boleh berlaku sekarang.

Tidak terfikir dalam benak kita ahli2 Parlimen seperti Pairin Kittigan, Maximus Ongkili ataupun parti2 seperti PBRS, UPKO, PBB, PBS malahan MCA dan MIC akan menyokong pindaan ini.

Maka, segala yang dikatakan bantuan UMNO itu jelas satu perangkap bagi memecahkan Pakatan Rakyat.

Dan Nik Amar serta kerajaan Kelantan menjayakan perangkap tersebut.

Tidak cukup dgn itu mereka melanggar keputusan AJK PAS Pusat yang tidak mengizinkan mereka meneruskan usaha ini bersama-sama UMNO.

Hasilnya yg datang dari langit adalah bala bencana dan bukannya rahmat Allah SWT.

Dahulu, mantan MB Terengganu ditarik kerajaan dan kedudukan oleh Allah SWT apabila beliau menangguhkan perlaksanaan hudud di Terengganu setelah Paduka Tuanku memperkenankan undang2 tersebut.

Inilah padahnya bila menggunakan hukum Allah sebagai batu loncatan untuk meraih modal politik semata-mata.

Kita tidak tahu apa lagi bala yang menunggu di atas tindakan2 seperti ini

TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

2 comments:

Anonymous said...

kalau dilihat dari tindakan2 mereka, puak2 ug bukanlah dari kalangan orang2 yg cerdik.

sy syak puak2 ug ini mendpt bantuan luar yg merancang dan menjalankan psyop bagi membolehkan mereka menguasai pas buat masa ini.

Anonymous said...

Jika mahu laksana hudud sekadar takut pengundi lari adakah iktiqad begini jalan yg betul.Umpama sedekah yang riak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.