Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, December 18, 2014

Harga RON95 Sepatutnya RM1.90 Sekarang Ini. Rakyat Malaysia Ditipu

Pertamanya terima kasih kepada SU Agung PKR saudara Rafizi Ramli.

Kajian harga berdasarkan data MOPS (Mean of Platts Singapore)yang diambil dari laman web Platts.

Data MOPS ini adalah rujukan kerajaan Malaysia didalam menentukan harga RON95 yang hendak dijual kepada rakyat.

Rupanya, pada waktu ini rakyat Malaysia sedang MEMBAYAR SUBSIDI kepada kerajaan UMNO/Najib. Bukannya kerajaan yang membayar subsidi kepada rakyat.

Mengikut Rafizi sehingga 15 Disember 2014 rakyat telah membayar subsidi sejumlah RM274 juta kepada kerajaan Malaysia.

Harga RON 95 pada 15 Disember 2014 sepatutnya RM1.92 dan bukannya RM2.26 sekarang ini

Kerajaan UMNO BN sedang mengaut keuntungan di atas penderitaan rakyat marhaen dgn tindakan ini.

Sila rujuk gambarajah di bawah:

Sampai bila rakyat Malaysia hendak dimangsakan saya tidak tahu

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini


BARISAN NASIONAL MENGUTIP RM274 JUTA CUKAI PETROL SEJAK 1 NOVEMBER 2014 HINGGA 15 DISEMBER 2014?

Harga pasaran bagi petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 1 Disember 2014 hingga 15 Disember 2014 disertakan di dalam Lampiran A (harga pasaran RON95) dan Lampiran B (harga pasaran diesel) yang disertakan bersama.


Data harga telah diperolehi secara sah dari pasaran seperti berikut:

RON95 – ditentukan oleh MOPS bagi Singapore Mogas 95 Unleaded
Diesel – ditentukan oleh MOPS bagi Singapore Gasoil
Kadar tukaran matawang – ditentukan oleh kadar rasmi Bank Negara

Dari Lampiran A dan Lampiran B, jelas bahawa harga pasaran bagi RON95 (tidak termasuk jaminan keuntungan dan kos yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat minyak) telah menjunam dari paras RM1.73 seliter pada 1 Disember 2014 kepada RM1.58 seliter pada 15 Disember 2014.


Keadaan yang sama juga berlaku dengan harga diesel yang menjunam dari paras RM1.87 seliter pada 1 Disember 2014 kepada RM1.71 seliter pada 15 Disember 2014.


Malah, dengan jaminan keuntungan dan kos yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat minyak sebanyak 32 sen seliter (RON95) dan 23 sen seliter (diesel) seperti yang terpaksa dibayar rakyat sekarang, harganya juga masih rendah berbanding harga yang ditetapkan oleh kerajaan.


Mengambil kira jaminan keuntungan dan kos kepada syarikat minyak itu, harga RON95 ialah RM2.05 seliter (pada 1 Disember 2014) dan terus menurun kepada RM1.90 seliter (pada 15 Disember 2014); berbanding harga yang dibayar oleh rakyat RM2.26 seliter.


Harga diesel pula (termasuk jaminan keuntungan dan kos kepada syarikat minyak) ialah RM2.10 seliter (pada 1 Disember 2014) dan terus menurun kepada RM1.94 seliter (pada 15 Disember 2014); berbanding harga yang dibayar oleh rakyat RM2.23 seliter.


Oleh kerana rakyat terus membayar pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran (walaupun tanpa subsidi), rakyat Malaysia sebenarnya telah membayar cukai petrol sejak bulan November 2014 lagi.


Perkiraan cukai petrol tersembunyi yang telah ditanggung oleh rakyat ditunjukkan di dalam Lampiran C. Anggaran ini dibuat berdasarkan jumlah penggunaan petrol sebanyak 14 bilion liter setahun dan penggunaan diesel sebanyak 9.64 bilion liter setahun seperti jawapan Perdana Menteri di Parlimen.


Bagi tempoh November 2014, rakyat membayar sebanyak RM47 juta cukai petrol.


Bagi tempoh 15 hari pertama Disember, rakyat membayar sebanyak RM146 juta cukai petrol bagi RON95 dan RM81 juta bagi diesel.


Maka, jumlah cukai petrol yang dikutip secara senyap oleh kerajaan bagi tempoh 45 hari sahaja ialah RM274 juta tanpa diketahui oleh rakyat.


Oleh sebab itu, saya terus menegaskan bahawa sistem penetapan harga sekarang ini tidak telus dan memangsakan rakyat. Dato’ Seri Najib Tun Razak perlu menjawab segera ke mana perginya cukai tersembunyi sebanyak RM274 juta yang dikutip dari rakyat dalam tempoh 45 hari sahaja di antara 1 November 2014 hingga 15 Disember 2014?




RAFIZI RAMLI

Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

17 Disember 2014

1 comment:

Anonymous said...

Pakat2 halal je supaya PM buleh bercuti keluar negara lebih kerap...kahkahkah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.