Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, February 28, 2014

Khalid Ibrahim Has Sold Out Selangor Water Assets to UMNO?


This is from The Star today.

It says all of Selangor water assets will be handed over to UMNO/BN. Selangor govt is only allowed to "manage" the water operations.

PAAB takes over ALL WATER ASSETS in Selangor. PAAB is under the control of UMNO/BN.

In addition to that Abdul Khalid Ibrahim has also allowed the Langat DAm 2 project to go on making a lot of cronies happy.

IT's no wonder Khalid got a very cheerful settlement from UMNO controlled Bank ISlam for the loan he has refused to pay.

I smell sell-out in the air.

So much for going against the Kajang Move

DId I mention Khalid was offered a Cabinet position as reported by Malay Mail?

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

PUTRAJAYA Simbol Kebodohan Mahathir dan UMNO dlm Membangun Ekonomi

Projek PUTRAJAYA adalah simbol terbesar KEBODOHAN Dr Mahathir dan UMNO.

Pusat pentadbiran semua negara di Eropah adalah di bandar terbesar seperti Stockholm di Sweden dan Westminster(London) di UK.

DI Amerika pula walaupun pusat pentadbiran negeri berada di luar bandar2 besar tapi mereka menggunakan bandar yang telah sedia ada dan bukan membuka bandar baru seperti Putrajaya.

Kalao Mahathir dan UMNO pandai mentadbir ekonomi, duit yang digunakan membina Putrajaya sepatutnya digunakan untuk membina sistem pengangkutan awam seperti MRT dan Bas2 di Kuala Lumpur tanpa perlu memindahkan pusat pentadbiran kerajaan ke Putrajaya.

Kita habis berbillion2 for nothing.......

Last2 Putrajaya sekarang ni dah jadi biawak hidup.

KAEDAH MENYELESAIKAN MASAALAH PUTRAJAYA

Cara terbaik adalah menjual bangunan2 kerajaan di Putrajaya kepada swasta supaya dapat dikutip cukai.

Hasil jualan bangunan2 tersebut, gunakan untuk membina sistem MRT terbaik di Kuala Lumpur dan pindah semula semua pejabat2 kerajaan ke Kuala Lumpur.

Hasil kutipan cukai nanti akan digunakan untuk "maintain" Putrajaya.

Sekarang zaman IT lah. Orang dah boleh "telecommuting" la tak perlu ofis sangat.

Kalo pindah balik ke KL pun bukan perlu banyak sangat bangunan kena sewa pun.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Peringatan Berkenaan Ulama2 Jahat dari Sumber Muktabar

Di bawah saya menaqalkan beberapa pendapat ulama dan riwayat berkenaan dengan status ulama2 su' atau ulama jahat dalam tradisi Islam.

1) Asy-Syathibi mengatakan, "Ulama su' adalah ulama' yang tidak beramal sesuai dengan apa yang ia ketahui."

2) Anas meriwayatkan:

"Ulama adalah kepercayaan para rasul selama mereka tidak bergaul dengan penguasa dan tidak asyik dengan dunia. Jika mereka bergaul dengan penguasa dan asyik dengan dunia maka mereka telah mengkhianati para rasul. Kerana itu, jauhilah mereka". (HR al-Hakim).

3) Muadz bin Jabal membahagi ulama su' di dalam tujuh tingkatan neraka.

Tingkat pertama: ulama yang jika mengingatkan manusia, ia bersikap kasar; jika diingatkan manusia, ia menolak dengan tinggi hati.

Tingkat kedua: ulama yang menjadikan ilmunya alat untuk mendapatkan pemberian penguasa.

Tingkat ketiga: ulama yang menahan ilmunya (tidak menyampaikannya).

Tingkat keempat: ulama yang memilih-milih pembicaraan dan ilmu guna menarik wajah orang-orang dan ia tidak memandang orang-orang yang memiliki kedudukan rendah.

Tingkat kelima: ulama yang mempelajari berbagai perkataan dan pembicaraan orang Nasrani dan Yahudi guna memperbanyak pembicaraannya.

Tingkat keenam: ulama yang mengangkat dirinya sendiri seorang mufti dan ia berkata kepada orang-orang, "Bertanyalah kepadaku." Orang itu ditulis di sisi Allah sebagai orang yang berpura-pura atau memaksakan diri dan Allah tidak menyukai orang demikian.

Tingkat ketujuh: ulama yang menjadikan ilmunya sebagai kebanggaan dan kepuasan intelektual saja.
Kerana semua itu, al-Ghazali mengingatkan, "Hati-hatilah terhadap tipu daya ulama su'. Sungguh, keburukan mereka bagi agama lebih buruk daripada syaitan. Sebab, melalui merekalah syaitan mampu menanggalkan agama dari hati kaum Mukmin. Atas dasar itu, ketika Rasul saw ditanya tentang sejahat-jahat makhluk, Beliau menjawab, "Ya Allah berilah ampunan."

Beliau mengatakannya sebanyak tiga kali, lalu bersabda, "Mereka adalah ulama su'."

Wallahualam.

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, February 27, 2014

Hati2 Dalam Meraikan MOU Air Selangor......

Sikap yang perlu kita ambil berkenaan MOU air yg di tandatangani oleh MB Khalid dgn kerajaan Pusat adalah tunggu dan lihat.

Ini kerana butiran MOU dan perjanjian masih belum didedahkan kepada umum.

Malahan, Anwar Ibrahim yang jadi Penasihat Ekonomi pun tak tau menahu berkenaan MOU ini.

Kita tidak tahu samada benar2 pengurusan air telah diserah kepada Kerajaan Negeri ataupun ada makenisma2 lain yg sebenarnya tidak menampakkan begitu.

Ongkili sendiri telah membuat pengisytiharan sebelum ini bahawa air di Selangor telah pun diambil alih oleh Pusat.

Lebih2 lagi MOU ini di tt selepas MB Khalid mendapat ganjaran dari Bank ISlam di dalam bentuk pembayaran kadar hutang yang lebih rendah dari kadar asal.

Tunggu lagi 4-5 bulan dan lihat samada tarif air kita akan naik atau tidak.

Saya tak mau dalam kita bergembira Selangor dah ambil alih air tiba2 tarif air naik. Kalau itu berlaku, yang bakal dapat nama buruk adalah PR


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, February 26, 2014

Ketaatan kepada Allah&Rasul vs Presiden PAS?

Taktik terbaru puak2 UG adalah mempersoalkan ketaatan ahi2 dan penyokong2 PAS kepada Presiden PAS.

DIkatakan kalau tidak sokong Presiden PAS dalam saman fitnah pil kuda bererti kita tidak wala' dan taat kepada PResiden.

SOalnya, bukankah dalam PAS ketaatan adalah kepada ALlah dan Rasul SAW?

Allah dan Rasul SAW melarang umatnya membuat tuduhan kepada sesiapa sahaja tanpa bukti yang jelas dan terang.

CUba bayang kalao kita sendiri menjadi mangsa tuduhan tidak berasas sehingga perniagaan kita merosot teruk dan nama baik kita menjadi buruk. Apa perasaan anda?

Jadi, adakah ahli2 PAS perlu taat kepada Presiden MELEBIHI ketaatan kepada ALlah dan Rasul SAW?

Bukankah ini dipanggil sebgai ASSABIYYAH yang dikeji oleh Nabi SAW?

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Isu Pil Kuda Selamatkan Kerajaan UMNO/Najib

Tulang Besi dah berikrar sebelum ni.

Samada Tulang Besi mati dulu atau UMNO mati dulu.

Maka bila ada manusia2 yang buat hal melindungi UMNO, Tulang Besi akan lawan.

Tak kesah orang tu luar PAS atau dalam PAS atau pun tepi PAS.

Yang TUlang Besi tau isu Pil Kuda ni antara isu yang membantu UMNO dapat 47% undi popular.

Kalo hari tu UMNO dapat 45% undi popular, confirm kerajaan yang memerintah sekarang ni adalah kerajaan Pakatan Rakyat. Kerajaan Najib dan UMNO telahpun selamat meninggal dunia yang fana ini.

Kenyataan Pil Kuda itu telah menyelamatkan UMNO dan Dato Najib dari tersungkur.

Macamana pengundi2 Melayu (terutamanya wanita) nak sokong Pakatan kalau PResiden parti sendiri maki sesama Pakatan?

Jadi kpada Pesuruhjaya PAS Selangor, tak perlu lah nak naikkan isu ujian ketaatan ataupun apa2 sahaja.

Jangan putar belit isu ni kononnya ia adalah ujian ketaatan.

Kita taulah nama Adn Cempaka ni dicalonkan oleh Presiden sendiri tapi takkan bodek teruk sangat kot?

Diam2 sudahlah

TULANG BESI

ps ada sesiapa terfikir tak perasaan manusia yang dituduh jual pil kuda tu padahal manusia tu tak pernah pun menyerang atau memfitnah Presiden PAS?

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, February 25, 2014

Isu Saman RM2 Juta Presiden PAS- Kenapa Tak Selesai Luar Mahkamah?

Mengikut amalan biasa undang2 di Malaysia mahupun mana2 negara di dunia, kes saman menyaman ini biasanya akan diselesaikan di luar mahkamah.

Kalau dalam 10 kes, mungkin 2 kes sahaja yang akan ditentukan oleh hakim. Yang lain ditentukan di luar mahkamah.


Soalnya apa yang orang keliling Presiden ni buat?


Jgn guna alasan surat tak sampai sebab semua dokumen mahkamah akan dipastikan penerimaannya.


Kalau tak terima, kes takkan berjalan dan akan ditangguh.


Patutnya orang keliling Presiden ni dah buat pertemuan mata ke mata dgn penyaman dan buat penyelesaian luar mahkamah


orang keliling Presiden PAS ni makan gaji buta.


Orang keliling Presiden ni jugak yang tolong buat hal dalam PAS juga.


Mereka juga yang menjadi dalang UG.


Mereka ni memang taraf onar dan duri dan parasit dalam PAS


Dah lah makan gaji buta. Lepas tu nak suruh ahli2 buat solat hajat.


Ada ka patut.


Patutlah PJ Wilayah tu kekal jadi PJ. Kuat membodek rupanya


TEORI ALTERNATIF

Peristiwa Presiden PAS disaman dan menfapat penghakiman engkar adalah disengajakan oleh orang2 keliling beliau.

Ini adalah kerana mereka mahu mengeruhkan lagi hubungan Presiden - Anwar Ibrahim serta PAS -PKR memandangkan yang menyaman itu adalah dari PKR.

Takkanlah orang keliling Haji HAdi tu bodoh sangat tak nampak yang Haji HAdi sedang disaman?

Yang penting Pakatan Rakyat pecah dan hubungan Anwar Ibrahim dgn Presiden keruh dan hancur.

Presiden pun sudah tidak langsung menghadiri mesyuarat Pakatan Rakyat semenjak PRU 13 yang lepas.

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, February 20, 2014

Harga Barang di Singapore Semakin Menurun. Di Malaysia Semakin Menaik

Rafizi kata majoriti Melayu di Malaysia akan muflis. Semua projek2 yg Mahathir dan UMNO buat dibiayai dgn rakyat Malaysia berhutang seumur hidup mereka.


Atas sebab itu, walaupun harga minyak dan komoditi dunia sedang menurun, harga barang di Malaysia semakin menaik.

Singapura yang tiada minyak, air dan bahan makanan pun harga barang akan menurun dalam jangkamasa 5 tahun ini. (Rujuk artikel di bawah)

SKBI- Mastercard Singapore Index of Inflation Expectation mengatakan kadar inflasi di Singapura akan menurun untuk jangkamasa 5 tahun ke hadapan ini.

Malaysia yang kaya serba serbi rakyatnya menderita harga barang melambung.

Hebatnya UMNO dalam mentadbir Malaysia ye?


Here are 3 reasons why.

Singapore households expect inflation to trend downwards in both one and five year horizons, according to the latest survey research findings of the SKBI-MasterCard Singapore Index of Inflation Expectations (SInDEx). This decline can be attributed to a combination of factors.

First, the property cooling measures and other macro-prudential policies aimed at household’s deleveraging have started having a significant impact.

Furthermore, imported inflation emanating from ASEAN countries has weakened even though the global economic outlook including China, India besides the G3 economies (US, Eurozone and Japan) is more positive.

Finally, commodity prices including food have moderated in the last quarter, having a downward pressure on price levels.

The SInDEx, which was developed by Singapore Management University’s Sim Kee Boon Institute for Financial Economics (SKBI) in collaboration with MasterCard, is derived from an online survey of around 400 randomly selected individuals representing a cross section of Singapore households.

In the latest survey conducted in December 2013, consumers shared their views on expectations of inflation-related variables over the medium term (One-year-Ahead) to long term (Five-year-Ahead).

The results of the tenth wave of the SInDEx survey in December 2013 show that compared to the previous wave of the survey, the One-year-Ahead headline inflation (or CPI-All Item inflation) is expected to further decrease to 3.72% from 3.85% recorded in September 2013.

This downward trend has continued since September 2012 albeit from a high of over 4.5%, to record the lowest level since inception of SInDEx survey in September 2011. This significant decline compared to the historic average of 4.25% and fourth quarter average of 4.05%, shows the confidence Singapore households have in improved price stability and the moderation of inflation in recent times.

Similarly, the forward looking One-year-Ahead Singapore Index of Inflation Expectations (SInDEx1), a composite weighted index of One-year-Ahead inflation expectations traced a downward trend and eased to 3.8% (from 3.92% in September 2013), continuing its sub 4% value since June 2013.

SInDEx1 puts lower weight on more volatile components like accommodation, private transportation, food and energy elements, hence is expected to be more stable that the all-inclusive headline inflation expectations.

- See more at: www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, February 19, 2014

Keterlibatan Mahathir dgn Yahudi (Sejarah)

ULASAN: Ini adalah artikel yang popular sewaktu kemuncak Reformasi dulu bagi rujukan kita.
Janganlah kita terus menerus ditipu oleh UMNO kononnya Dr Mahathir adalah penentang dan anti Yahudi.
Beliau adalah kawan baik Yitzak Rabin. Akhbar Yahudi Australia amat memuji Dr Mahathir.


Kronologi hubungan Dr. Mahathir dengan Yahudi

1964 : Mahathir dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Mahathir sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO (pada 16 Julai 1981) sehingga sekarang. Bahkan perlantikan 'luar biasa' Dr. Mahathir ke jawatan TPM oleh Dato' Hussein Onn pada Mac 1976 juga menimbulkan pelbagai tandatanya. Sebelum itu, ketika berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut ditangkap, Mahathir melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat perlindungan 'asing' di Australia. Dr. Mahathir bekerja di sana di samping menulis dalam akhbar luar negeri mengecam Tunku. Mahathir hanya kembali setelah Tun Razak jadi PM. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Tun Razak terpedaya untuk menerima semula Mahathir dan memberikan tempat kepadanya dalam Kerajaan walaupun sudah diingatkan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Mahathir. Ajal telah menghalang Tun Razak dari bertindak terhadap Mahathir setelah beliau menyedari kesilapannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Mahathir untuk menguasai UMNO dan Kerajaan.

10 September 1982: Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi. Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.

1986: Mahathir/UMNO membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Mahathir/UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. (Dr. Kissinger, orang besar Yahudi dan rakan karib Mahathir juga merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan). Pada tahun ini, Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara Israel Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Mahathir.

1986: Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Kissinger di New York. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga merupakan 'anak didik Kissinger'.

6 Mac 1987: Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai "Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur". Menurut Ketua Pengarah ISIS, Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para 'intelek' Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.

Mei 1994: Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

6-9 Julai 1994 : Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Bila berita ini sampai ke Malaysia, Mahathir seperti biasa segera menafikannya dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat!.

16 Julai 1994: Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan terpenting UMNO dan rakan karib Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Sebenarnya Malaysia di bawah Kerajaan Perikatan/BN telah lama mempunyai hubungan dagang dengan negara haram Israel. Dalam tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272 ribu dolar Amerika dalam tahun 1966 kepada 565 ribu dolar Amerika dalam tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah hampir-hampir dari 1.1 juta dolar Amerika kepada hampir 1.7 juta dolar Amerika.

17 Julai 1994: Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah sebagai berkata :"Ketika di sana, saya dijemput menemui Rabin dan Peres". ..."Kita juga mengenalpasti potensi pelancongan terutama bagi rakyat Malaysia mengunjungi Masjid al-Aqsa".

13 Oktober 1994: Far Eastern Economic Review melaporkan: "Perdana Menteri Malaysia telah memberitahu bahawa pengiktirafan (Israel) tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestine dan negara-negara Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur sejak awal tahun ini dalam rangka menjalinkan perhubungan diplomatik."

Disember 1996 : Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Kenyataan Mahathir ini cuba meminta Umat Islam seluruh dunia supaya ditutup seruan jihad dari kamus umat Islam dan ia juga dipercayai ada hubungkaitnya dengan ura-ura Kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf Israel melalui proses damai anjuran Amerika.

Januari 1997: Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh 'masyarakat Yahudi' yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles. Dalam pertemuan tersebut Mahathir meminta supaya diwujudkan taman hiburan/perkampungan industri perfileman ala Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang. Penubuhan MSC di Malaysia juga sebenarnya telah dicadangkan dan diilhamkan oleh pihak asing kepada Mahathir. Perancangan Mahathir/Yahudi/kuasa asing ini akhirnya berjaya direalisasikan apabila Mahathir pada 9 Julai 1999 setelah mengadakan perbincangan dengan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) untuk projek MSC, bahawa Perkampungan 'Hollywood' akan diwujudkan di Cyberjaya.

21 Mac 1997: Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC). Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh regim Mahathir. Mahathir berkata tujuan beliau membenarkan pasukan Israel datang ke Malaysia adalah untuk menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia bersikap 'terbuka'.

Tahun 1997 juga digemparkan dengan pengakuan terbuka Mahathir, bahawa beliaulah yang membenarkan rombongan pelajar-pelajar Israel untuk melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah di ibunegara. Sebelum ini, lawatan pelajar Israel yang diaturkan secara sulit oleh Kementerian Pendidikan ini, telah didedahkan sehingga memaksa Mahathir untuk membuat pengakuan dan mengatakan bahawa ianya bertujuan untuk 'menginsafkan' pelajar Israel betapa baiknya umat Islam (terutama di Malaysia) yang boleh hidup dengan harmoni dengan rakyat berbilang kaum dan agama.

1998: Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika / Eropah.

September 1999 : Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel.

OLEH : Penulis Siber
( Penulisan asal oleh Wak Reformasi - terdapat sedikit pengubahsuaian)
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Monday, February 17, 2014

WIKILEAKS: Ada Menteri Kabinet, pembantu2 Najib Homoseks

Mengikut pendedahan WIKILEAKS yang terbaru, bekas Duta Amerika ke Malaysia melaporkan:





Sememangnya majoriti rakyat Malaysia maklum. Pendakwaan Liwat 2 ke atas Anwar bukanlah tujuannya untuk memperjuangkan Islam ataupun nilai-nilai moral. Ianya bertujuan untuk memusnahkan apa-apa harapan bagi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Tulang Besi ingin mencabar kepimpinan2 UMNO untuk memulakan siasatan serta mendedahkan nama-nama orang yang disebut dalam laporan bekas duta Amerika ke Malaysia ini.

Kalau mereka boleh mengaibkan Anwar dengan sebegitu sekali, maka wajiblah orang2 ini yang berkait rapat dengan Najib disiasat juga.

Tulang Besi

ps Tulang Besi sendiri berpegang sepenuhnya kepada hukum Qazaf di mana wajiblah diadakan 4 orang saksi untuk tuduhan zina.

Tujuan artijel ini ditulis adalah untuk menunjukkan sikap tidak konsisten UMNO. Mereka tidak berprinsip hanya menggunakan apa sahaja kesempatan untuk tujuan politik mereka semata-mata.

Kalau ikut contoh UMNO, maka wajiblah UMNO itu bersumpah untuk menafikan apa yang ditulis oleh bekas duta Amerika ke Malaysia seperti di atas.


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Misteri Lambakan Rumah Urut/Pelacuran di Selangor Terjawab


Ada sesiapa terfikir tak mengapa tetiba Selangor dipenuhi dgn rumah2 urut/pelacuran? Perkara ini berlaku depan mata pulak dan berjuta orang Melayu nampak. MB Khalid Ibrahim pun nampak.

Tapi ada Khalid  buat apa? Tiada. Nak komen pun dia tak mau.

Rumah2 urut ni diluluskan oleh pegawai2 PBT yang kesemuanya adalah pegawai2 JPA. Ertinya rumah2 urut ini diluluskan oleh UMNO dan bukannya PR.

Tapi Khalid Ibrahim hanya membiarkannya dan pusat2 urut/pelacuran bercambah samai ke Puncak Alam pun ada.

Sabotaj berlaku depan mata oleh UMNO dan Khalid Ibrahim hanya senyap dan membiarkannya.

Tak pernah sekali pun Khalid Ibrahim memberi amaran atau arahan kepada PBT2 untuk menutup pusat2 ni.

Sekarang barulah kita tahu sebab apa?

Kalau lebih2 nati Khalid Ibrahim kena bayar banyak pulak hutang dia pada Bank Islam milik UMNO tu.

RM 70 juta wooooo. Banyak tu.

Atas rumah2 urut ni, undi Melayu banyak lari dari PR dan PKR.

AKhirnya misteri lambakan rumah2 urut di Selangor terjawab

TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Australia Lebih Islamik Dari Malaysia (ARAK)

Di bawah adalah artikel yang ditulis oleh Poji@Topeng Perak yang sekarang ini menjadi dagang perantau di Tanah Besar Australia. Selamat berjuang wahai Sahabat ku.


Memang sebelum ke Australia lagi gua dah tanam dalam kepala otak gua nak buat survey kehidupan social di Negara bukan Islam & buat perbandingan dengan Negara Islam Malaysia.

Pertama sekali gua ambik kesempatan masuk ke 7E & perkara pertama gua buat bila gua masuk 7E ialah tuju ke peti jualan minuman dalam 7E.

Hampir 10 biji kedai 7E gua masuk & apa yang gua tengok, ada perbezaan ketara dengan 7E di Malaysia di mana semua 7E x de jual minuman beralkohol & dekat kaunter x de jual kondom.

Gua sempat sembang dengan 2-3 orang cashier, kebanyakannya warganegara Malaysia yang bekerja di Australia.

Undang2 & praktikal yang baik. Di Melbourne, jualan minuman keras secara terbuka adalah DILARANG SAMA SEKALI. Jualan minuman keras hanya dibenarkan di Permis2 yang 100% menjual minuman keras & kalau ada pelanggan nak mentekedarah minuman keras, SAMASEKALI x boleh minum di tempat terbuka KECUALI di tempat2 yang dikhaskan.

Kedai2 yang jual minuman keras akan bungkus minuman keras yang dibeli pelanggan dengan begitu rapi sekali sampai korang x kan tahu apa yang ada dalam bungkusan kertas atau plastik.

Paper Beg atau Plastik pembungkus pun x de langsung logo Minuman Keras untuk tujuan pengiklanan.
1 perkara lagi gua perhati selama 2-3 hari gua di Bandar Melbourne, lepas waktu maghrib kalau kita pusing2 Bandar Melbourne, kita x kan dengar bunti dentum2 Pusat Hiburan, Bar atau Disco sebagaimana kalau kita berada di Kuala Lumpur atau Johor Bahru.

Korang x kan senang2 jumpa Pusat Hiburan atau Disco. Kebanyakannya berada dalam Permis bawah tanah atau tingkat atas Kedai tanpa Signboard2 besar bagai untuk pengiklanan.

Dekat sini gua rasa malu jadi rakyat Malaysia yang pemerintahnya mengaku Malaysia adalah Negara Islam. Sembang je beb...

Bandar Melbourne adalah Bandar hidup. Waktu siang sibuk dengan manusia yang bekerja & jugak Tourist, waktu malam sibuk dengan Tourist yang x de tempat penginapan merayau2 kesana kemari.


Tapi sepanjang masa tu, gua x jumpa couple2 yang beromen dekat lokasi awam.Berbeza dengan Malaysia. Sepanjang masa, sentiasa ada couple2 yang bermanja2 dekat mana2 x kira tempat.

Nak x nak, gua terpaksa bersetuju bahawa Australia lebih “Islamik” dari Negara Islam Malaysia.

Bersambung...

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Sunday, February 16, 2014

PAS Selangor Telah Pun Menolak Tan Sri Khalid Sebagai MB

MAKLUMAT: Badan Perhubungan PAS Selangor telah pun bermesyuarat dan mengambil keputusan menyokong Tan Sri Khalid DITUKAR dari jawatan MB Selangor.

Dengan kata lain, PAS Selangor sendiri sudah tidak mahu lagi Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor.

Perbezaannya adalah Badan Perhubungan PAS Selangor mahukan wakil PAS menjadi MB Selangor.

Yang menghairankan adalah apabila mesyuarat di PAS Pusat, wakil Perhubungan PAS Selangor menyatakan mereka MENYOKONG Tan Sri Khalid terus menjadi MB Selangor.

Sangat berlawanan dgn keputusan yang diambil oleh BPPNS.

Ertinya "wakil" PAS Selangor itu tidak mewakili kehendak Kawasan2 di Selangor tapi mewakili kehendak puak2 yang sekarang ini berhempas pulas mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai MB.

Siapa wakil PAS Selangor itu? Nanti saya bagitau.

Cumanya nak bagitau, perkara yang biasa berlaku zaman Hasan Ali dulu sekarang ini sedang berulang.

Ini membuktikan pertukaran Pesuruhjaya PAS Selangor baru2 ini adalah hasil perancangan puak2 yg giat sangat mahu Khalid Ibrahim kekal sebagai MB Selangor.

Puak2 tu adalah puak2 UG.

Apa2 pun, Pakatan Rakyat ada kemungkinan akan pecah hasil dari isu MB Selangor ini.

Itu adalah kehendak utama puak2 UG dalam PAS pun

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Friday, February 14, 2014

Khalid Ibrahim Kuda Trojan UMNO????

Mungkin inilah sebabnya Khalid Ibrahim menjadi duri kepada PKR dan Pakatan Rakyat selama ini.

Rupanya semejak menjadi MB Selangor ini, Khalid Ibrahim menghadapi saman dari BAnk Islam berjumlah RM70 juta.

Namun, tiba2 sahaja Khalid Ibrahim mendapat "penyelesaian" yang membenarkan beliau membayar hutang beliau dgn kadar yang jauh lebih kecil dari RM70 juta. The Edge melaporkan antara yang bertanggungjawab membuat penyelesaian ini adalah dgn bantuan peguam2 UMNO. Bank Islam juga berada di bawah pengusaan penuh UMNO dan Presiden UMNO.

Jadi tak hairanlah KHalid Ibrahim telah:

1) Menyerahkan urusan air di Selangor kepada UMNO dan membenarkan pembinaan LAngat 2.
2) Tidak mahu membantu PR Selangor mempertahankan Selangor dari dirampas oleh UMNO melalui penipuan pilihanraya malahan
3) Sentiasa memusuhi Azmin Ali yang amat ditakuti oleh UMNO. Azmin Ali setia dgn PKR dan tidak pernah belot.
4) Membiarkan pegawai2 kerajaan mensabotaj Pakatan Rakyat dgn membiarkan pusat2 urut, judi dan arak haram seluruh Selangor dan telah dijadikan isu besar oleh UMNO menyebabkan PR kalah dgn undi Melayu.
5) Membiarkan pegawai2 kerajaan JPA menaikkan kadar sewa dan lesen sewenangnya yang bakal menyebabkan peniaga2 pasar malam serta pemilik2 kedai membenci PR.
6) Membiarkan kontraktor2 UMNO terus menerus bermaharajalela membolot 90% kontrak2 di peringkat Kerajaan tempatan. Apabila diutarakan perkara ini kepada beliau, semuanya mudah sahaja diketetepi kan oleh beliau
7) Mudah sahaja membenarkan projek MRT dan LRT dilaksanakan di Selangor. PAdahal, pada masa itulah patutnya ditukar ganti dgn mengambil alih semula air tapi mudah sahaja diserahkan oleh Khalid kepada UMNO. Projek MRT itu sebenarnya berjaya membantu UMNO kekal memerintah.
8) SOkongan puak UG yang tidak berbelah bahagi pada Khalid Ibrahim sedangkan kita tahu puak2 UG ni barua UMNO dalam PAS
9) Khalid Ibrahim secara pribadi MENOLAK untuk membantu NGO2 seperti BERSIH dan banyak lagi kerana NGO2 itu mampu melemahkan NGO2 yang ditaja UMNO sebelum 2013 yang lepas.
10) Dia tidak mahu membelanjakan wang membangunkan kawasan2 desa dan kampung di Selangor kerana itulah kubu2 kuat UMNO walaupun telah disuruh oleh Anwar berkali2. Hasilnya UMNO masih mampu menang kerusi2 di kawasan mereka.
11) Menjalankan projek "Air Percuma" yang tiada dalam Manifesto Barisan Alternatif yang tersangat mahal menyebabkan PR tak mampu memenuhi janji2 manifesto yang lain. Tak perlu air percuma. Cukup dgn tidak naik harga air dan air percuma untuk orang miskin.
12) Prestasi PBT yang sangat buruk, jalan berlobang, sampah yg banyak tidak berkutip dsbnya.

Ini cerita2 yang kita tau. Yang kita tak tau mungkin lebih banyak lagi.

Konon Khalid Ibrahim ni bersih dari korupsi tapi rupanya ada udang sebalik batu.

Yang jelasnya tidak mungkin Khalid Ibrahim boleh mendapat tawaran penyelesaian dgn begitu mudah kalau tiada "jasa" yang ditinggalkan kepada UMNO. Bagi Tulang Besi, jasa Khalid Ibrahim secara mudah membenarkan projek MRT di Selangor adalah antara jasa beliau yang sangat besar kpd UMNO.

Tak sabar nak dengar penjelasan Arfa'eza Aziz dan Faekah sedangkan mereka tahu akan perkara ini selama ini.

Apa pun perkembangan ini menandakan perlunya Khalid diganti sebagai MB Selangor.

TULANG BESI

ps Pengalaman Tulang Besi sendiri - Bayangkan, usaha2 yang tiada kena mengena dgn politik seperti membersih daftar pemilih (bantahan) serta mendaftar pengundi baru pun Khalid Ibrahim tidak mahu teribat sama sekali.

Padahal itu adalah tanggungjawab asas mana2 kerajaan negeri pun. Tapi, usaha sebegitu akan merugikan UMNO sama sekali yang bergantung kpada SPR untk menang.

Satu sen pun mamat ni tak keluar untuk bantu usaha mendaftar pemilih baru dan untuk bantahan daftar pemilih utk lawan pengundi hantu, tak sampai RM50k pun dia keluarkan.

Sememangnya dia tahu usaha2 di atas ini akan memastikan UMNO mati di Selangor.


Artikel boleh di baca di sini.

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, February 13, 2014

Mahathir Sokong PAS Jadi MB di Selangor Untuk UMNO Senang Rampas

Adapun Dr Mahathir telah bersuara.

Dia meminta PAS mengembalikan kerusi MB Selangor kepada PAS.

Diberitkan Dr Mahathir berkata:



Kalo Mahathir dah sokong PAS jadi MB di Selangor maka konfirm la idea tu menguntungkan UMNO.

Bukankah anak Dr Mahathir berjaya menjadi MB Kedah dengan merampas kerusi tersebut dari PAS.

Jawatan MB Kedah itu tidak dirampas dari DAP mahupun PKR tetapi dari PAS.

Dr Mahathir ni penipu kelas satu.

Penipuan terbesar beliau adalah berjaya menyakinkan jutaan ahli UMNO bahawa beliau adalah berbangsa Melayu.

Sehingga hari ini jutaan orang Melayu menganggap beliau berbangsa Melayu.

Maka, "skill" silap mata Dr Mahathir ini adalah terbaik di Malaysia. 

Rasanya tiada orang dalam sejarah Malaya dan Malaysia yang mampu melakukan silap mata macam Dr Mahathir.

Namun bukan semua Melayu boleh berjaya ditipu Mahathir.

Bagi Tulang Besi, kenyataan ini adalah bertujuan untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Mahathir takut Anwar menjadi MB Selangor memandangkan ia mampu mengagalkan perancangan untuk menjatuhkan Najib (mengikut maklumat yang TUlang Besi dapat)

Harap2 tiada lah dalam PAS yang akan termakan umpan Dr Mahathir ni.

Khabarnya sudah ada rombongan dari PAS (suspek puak2 UG) yang berjumpa Tan Sri Khalid dan menjemput beliau masuk PAS.

Punyalah beriye-iye puak UG dalam PAS untuk menghalang Anwar menjadi MB. 

Dari luar, UMNO hentam. Dari dalam kita ada puak2 UG buat sabotaj.

Semuanya satu geng yakni geng UMNO.

Takut sangat hilang kerja kat Perangsang sampai sanggup buat kerja kotor untuk UMNO.

Rekod PAS menyerahkan 3 negeri pada UMNO tidak terkejutlah Mahathir beriye-iye mahukan PAS menjadi MB Selangor.

Maksudnya lagi cepat Selangor akan dirampas oleh UMNO.

TULANG BESI

ps PAS perlu menyelesaikan masaalah dalaman PAS terlebih dahulu sebelum boleh bercita-cita untuk memerintah mana-mana negeri dalam Malaysia.


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, February 11, 2014

Perbedaan antara Konsensus Nasional Dengan Kerajaang Perpaduang

Rata2 machai UG berkokok ke sana ke mari mengatakan Anwar hendak menubuhkan kerajaang perpaduang dgn UMNO.

Izinkan saya menghuraikan perbedaan antara kedua-dua nya/

Konsensus Nasional:

1) Dibuat secara terbuka dan jelas
2) Agenda pun jelas dan ada sebab yang terbuka
3) Boleh buat press conference untuk isytihar
4) Tujuan utama untuk menghalang UMNO mencipta suasana yang sama dgn 13 Mei kerana UMNO desperado

Kerajaang Perpaduang:

1) Jumpa UMNO dalam gelap
2) Lepas tu bohong kata tak jumpa
3) LEpas tu kantoi sbb Pak Lah konfirm ada pertemuan dalam gelap
4) Lepas tu bohong kata Majlis Syura Ulama yang beri kebenaran padahal Mursyidul Am PAS sendiri tak tau menahu



KESIMPULAN: Konsensus Nasional tidak ada pembohongan.  Kerajaang Perpaduang dipenuhi pembohongan. (yg mengaji agama pulak tu yang bohong tu)

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Mat Said Buat Bidaah Takda Mufti Nak Tegur Ke?

Baru2 ini Mat Said telah menyuruh pemain2 bola bersumpah di hadapan Al Quran. (Lihat gambar di bawah)

Tiada siapa dari kalangan Mufti yang menegur am,alan bidaah yang diamalkan oleh Mat Said ke?

Sejak bila pulak Islam mengajar bersumpah dgn mushaf Al Quran?

Amalan bersumpah dgn "kitab suci" ini adalah ajaran Kristian dan bukan ajaran Islam. 

Zaman Nabi SAW dulu mana ada mushaf Al Quran untuk bersumpah dihadapannya? Mushaf hanya timbul di zaman Saidina Osman selepas wafatnya Nabi SAW

Dulu waktu krisis UMNO (Team A lwn Team B) Musa Hitam kata dia sanggup bersumpah dgn Al Quran, ramai pulak mufti bangun kata amalan tu bidaah.

Bila MAt Said buat tak bidaah pulak?

Ni lah agama UMNO. Agama bercelaru

Gambar Mat Said memaksa pemain2 bola berbuat bidaah
.
TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, February 4, 2014

Senarai Pengkhianatan PAS Pada PKR/Pakatan Rakyat

Tulang Besi berani kata pengkhianatan PAS pada PKR bermula sebelum Pilihanraya 2004 lagi.

Tulang Besi lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana PAS mengkhianati PKR pada masa itu.

PKR pula mcm orang bodoh. DAh kena khianat masih setia bersama PAS. Tak pernah marah, tak pernah komplen.
Biar sahaja diri mereka diperlakukan sedemikian.

Semua kerana PKR hendak menjaga semangat setia kawan serta mahu fokus kepada musuh sebenar yakni UMNO.

Baru2 ni Anwar buat usaha tukar MB Selangor PAS pulak marah besar.

Yang khianat PKR semenjak sebelum 2004 tu tak bising pulak?

Contoh:
1. Jumpa UMNO dlm gelap

2. Percubaan tubuh kerajaan perpaduang dgn UMNO di selangor dan perak

3. Tidak mahu sokong Anwar sbg calon PM Malaysia

4. Hadir majlis penerangan oleh PDRM di Bukit Aman

5. Percaya semua fitnah UMNO terhadap Anwar

6. Tidak mahu melawan propaganda UMNO kononnya PAS diperguna oleh DAP

7. Melantik Ku Li jadi calon PM kerana tidak mahu Anwar jadi calon PM. PAdahal Ku Li tu UMNO!!!!!!!!!.

8. Letak calon Kota Damansara, sg acheh dsbnya

9. Fitnah pil kuda

10. Mainkan isu hudud bila tak perlu langsung dimainkan

11. Isytihar pada umum nak kaji semula Pakatan Rakyat

12. Rombak PAS Selangor padahal Selangor cemerlang

13. Pegi serah Kedah balik pada BN

14. Buat Dokumen Negara Islam sblm PRU 2004 yang telah menyebabkan BA dan PKR kalah teruk di semua tempat kecuali Permatang Pauh

15. Waktu memerintah Terengganu, PAS beri kerusi dan jawatan yang ciput pada PKR Terengganu mcm mereka tiada maruah

16. Agenda Hudud PAS yang akhirnya tidak dapat dilaksanakan telah menyebabkan DAP terpaksa keluar dari Barisan Alternatif sekaligus memberi UMNO kemenangan yang tersangat besar

dan banyak lagi.

Tapi, kalau pergi dengar cakap Ustaz2 UG ni tak habis2 kata PKR khianat, Anwar khianat dsbnya.

Cermin muka tu dulu baru cerita sapa khianat dan siapa tidak.

Tulang Besi tidak masuk PAS untuk jadi pengkhianat terutamanya khianat kawan sendiri. Itu bukan cara TUlang Besi dididik oleh ibu bapa Tulang Besi.

Hasil doa orang teriniaya, semenjak 2004 PAS telah hilang tiga buah negeri kepada UMNO.

Yang lebih menyakitkan hati semua pengkhianatan2 ini telah menguntungkan UMNO dengan gemilang sekali. Misalnya, Dokumen Negara Islam pada tahun 2004 telah memberi kemenangan gemilang kepada Pak LAh dan UMNO. 

Nak petanda apa lagi dari Allah, wahai Presiden PAS?


TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.