Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, September 27, 2014

Respon awal Tulang Besi pada tulisan Din Ayam Isu ESOS dan Kereta

Respon awal Tulang Besi pada tulisan Din Ayam:

1) Berkenaan dgn kereta BMW, Tulang Besi berterima kasih di atas penerangan beliau. Tulang Besi terpaksa menaikkan isu ni krana sudah ada dokumen berkenaan kereta tersebut. Eloklah Din Ayam dah terangkan semuanya.
Cumanya, nak tengok bukti samada Syarikat yang dinyatakan oleh Din Ayam itu benar2 dalam nama beliau. Kurang2 cerita Din Ayam lebih logik dari cerita Vellfire. 

2) Juga, bolehkan Din Ayam mempunyai perniagaan lain dalam keadaan beliau memegang jawatan yang tinggi dalam sebuah syarikat public seperti Perangsang? Tidakkah berlaku conflict of interest?

Bagaimanakah dari segi pembahagian masa kerana bekerja di syarikat public di tahap tinggi biasanya memakan masa yang lebih dari jam 9 ke 5?

3) Berkenaan dgn isu ESOS, sila rujuk gambarajah di bawah.

4) Sepanjang perjelasan Din Ayam yang panjang itu tidak sekali pun dia menyatakan bahawa dia tidak exercise ESOS tersebut. Din Ayam hanya perlu menyatakan bahwa beliau TIDAK MENGGUNAKAN tawaran ESOS dan isu nya selesai. Tetapi tiada pernyataan sebegitu langsung.
5) Din Ayam kata waktu ESOS ditawarkan (17 Oct 2012) harga saham berada di tahap Rm1.00 per unit. Ini adalah betul. 
Namun sewaktu offer ESOS tersebut hampir tamat yakni akhir September 2013 harga saham Perangsang telah naik mencapai Rm1.90 per unit hasil dari penstrukturan air yang tengah hangat pada waktu itu. 
6) Walaupun pemberian ESOS diluluskan dalam AGM tetapi nama2 mereka yang ditawarkan ESOS di calonkan melalui JK ESOS yg didalam nya duduk Raja Idris sendiri. Apakah hebatnya DIn Ayam sampai boleh dapat ESOS. Itu yang orang nak tau tu? Kena jawab soalan ni sbb sampai sekarang tak jawab 
7) Jadi, untuk menyelesaikan ESOS isu ini Din Ayam perlu menyatakan: 
a. Samada dia menggunakan tawaran ESOS ini atau tidak
b. Bilakah beliau telah menggunakan tawaran ini 
8) Seawal Julai 2013 lagi kesah kenaikkan saham syarikat2 yang berkaitan penstrukturan air di Selangor kerana Perangsang mempunyai bisness berkaitan fasilitas air di Selangor melalui Konsortium Abbass, Aquaflo and Hydrovest. 
a. Kawan2 Tulang Besi yang terlibat dalam pasaran Saham pada waktu itu sudah pun ternanti2 berita supaya mereka dapat membeli saham Perangsang waktu murah dan menjualnya bila sudah jadi mahal.
Pokoknya ESOS ni datang pada masa cerita2 kenaikan harga Saham Perangsang sedang hebat diperkatakan.


Sekian.


TULANG BESI

ps Kalau nak cerita pasal keselesaan sbb sentiasa berjalan dlm kereta adalah kereta Exora ataupun Toyota Rush atau Toyota Fortuner kurang selesa utk perjalanan jauh? Harga nya tak sampai RM80k yang baru tak perlu risau pasal maintenance.
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

PAS Selangor Sudah Derhaka Dengan Ke Bawah Duli

Perlu diingatkan kepada PAS Selangor bahawa kamu telah derhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku apabila kamu mempersoalkan bilangan exco yang diperuntukan kepada PAS.

Senarai exco telah pun di perkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku seharusnya kamu PAS Selangor wajib patuh dan taat sepenuhnya.

Anwar dah janjikan Timbalan Menteri Besar kepada PAS kalau sokong Wan Azizah tapi wala' membabi buta kepada kepentingan Presiden menjadikan kamu melepas semua peluang ini.

Tindakan mempersoalkannya adalah tindakan derhaka yang cukup jijik.

Seharusnya Khairuddin Othman didakwa di bawah Akta HAsutan.

Barangkali Khairuddin Othman tidak membaca Undang Undang TUbuh Selangor yang menyatakan Exco negeri adalah lantikan Sultan atas nasihat Menteri Besar. Mempersoalkan perlantikan Sultan adalah derhaka.

Lain kali nak wala' pakai lah otak dulu. Jgn wala' membabi buta.

Sesal dulu pendapatan. Sesal kemudian tiada berguna.
PAS TIDAK PERNAH SETUJU BILANGAN EXCO DIKURANGKAN.
PAS Selangor menafikan sebarang dakwaan bahawa PAS telah bersetuju agar bilangan Exco PAS dikurangkan dari 4 kepada 3. 
Kami telah juga dimaklumkan oleh PAS Pusat bahawa mereka juga tidak pernah bersetuju dengan pengurangan ini.
Kami juga berpandangan penguguran YB Dr Hjh Halimah Ali dan YB Ustaz Sallehin Mukhyi yang telah berkhidmat dengan cemerlang sebelum ini adalah tidak berasas. 
Kami merasakan bahawa tindakan ini bukanlah satu permulaan yang baik.
Walau bagaimanapun PAS mahu melihat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus stabil dan dapat melaksanakan agenda-agenda rakyat.
Sebelum ini Exco-Exco PAS telah kekal di dalam kerajaan demi memastikan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak tumbang. 
Oleh yang demikian, PAS akan tetap kekal mempertahankan kerajaan tersebut. 
YB Mohd Khairuddin Othman
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS
Negeri Selangor
26 September 2014

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Friday, September 26, 2014

(VIDEO) PAS Selangor Tolak Khalid Ibrahim Semenjak Bulan March 2014

Dengar sendiri dari Ahli Badan Perhubungan PAS Selangor.





www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, September 25, 2014

Bukti Nama Azmin Tidak Dicalonkan Presiden PAS


Janganlah sampai lembu punya susu sapi dapat nama.

Hakikatnya Presiden PAS dah bengang sbb Azmin dah pecah lobang pasal Presiden PAS nak tubuh kerajaan perpaduang dgn UMNO dan mahu melibatkan Azmin sekali.

Maka, dlm dua surat yang dihantar ke Istana, tiada nama Azmin di dalam nya.

Nama2 yang dicalonkan Presiden adalah Yunus, Solehhin Mukhyi, Iskandar Samad, Idris dan Yaakob Sapari.

Machai2 UG berhentilah buat dakwaan kosong.

Malulah diri sikit



TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

FAKTA:Kepimpinan Ulama Berasal Dari Doktrin Syiah

Ini adalah hasil nukilan sdr Aris Awang, mantan Ketua Pemuda PAS Kedah yang saya ambil terus dari FB beliau.

Komen Tulang Besi cuma satu yakni konsep kepimpinan ulama ini tidak ada dalam budaya Ahlus SUnnah wal Jamaah. Malahan, syarat menjadi Khalifah pun tidak mewajib mempunyai ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat FAQIH (ataupun ulama).

Kepimpinan Ulama ini adalah bersumber dari tradisi Syiah.

Pun begitu, kalau kita lihat di Qom, para ulama Syiah yang dihantar untuk terlibat dalam medah politik terlebih dahulu mendapat latihan yang begitu giat dalam hal2 berkaitan ilmu pentadbiran, politik serta ekonomi. Dengan kata lain, bukan semua yang berkelulusan agama dibenarkan oleh aliran Syiah untuk masuk terlibat dalam dunia politik. Hanya mereka2 yang terlatih dan layak serta berkerampilan sahaja yang dibenarkan untuk terlibat dalam politik.

Ia jauh berbeza dengan tradisi PAS. Perkataan ulama dijual dengan sebegitu murah terutama nya di musim pemilihan parti semata-mata untuk mendapat sokongan dari perwakilan untuk diundi. Samada ia layak atau tidak untuk berkecimpung dalam politik tidak menjadi isu. Yang penting haruslah ia mempunyai gelaran ustaz walaupun hanya sekadar lulusan bahasa Arab dari Al Azhar sahaja.

Hujjah yang lagi satu adalah kepimpinan ulama hanya merujuk kepada kedudukan Majlis Syura Ulama. Kepimpinan ulama tidak pernah mensyaratkan golongan ustaz wajib memegang jawatan Presiden serta Timbalan Presiden PAS. Malahan, sekiranya TIADA seorang pun golongan ustaz yang dipilih di peringkat AJK PAS Pusat sehingga ke Presiden, kepimpinan ulama masih tetap wujud dalam PAS. 

Jadi, berhentilah jual nama ulama demi mendapat jawatan dan pangkat serta menjadi calon pilihanraya. Kelak kamu akan dilaknat.

Terima kasih kepada sdr Aris Awang di atas research yang sebegitu baik dan teliti.

TULANG BESI



SAYA CUBA MEMADAM SEJARAH PENGARUH REVOLUSI IRAN 1979 TERHADAP PAS TAHUN 1982... NAMUN TIDAK MAMPU KERANA DIA TERCATAT DI BANYAK AKHBAR, MAJALAH, BUKU DAN ARTIKEL

ANTARANYA IALAH:-

Menurut Datuk Asri, PAS telah terpengaruh dengan Iran

“…..the new Pas leaders were obsessed with the idea of shi’ite rule and would adopt the Iranian system by violent means if necessary” (Asia Week 3 Dis 1982: 7)

“……sikap ekstrim yang dilahirkan oleh setengah kalangan, terutama di kalangan Dewan Pemuda PAS yang telah mengadakan muktamar tahunanya secara berasingan di Bukit Mertajam, dan pro revolusi Iran telah berjalan dengan rancak sekali dan merebak dengan cepatnya kedalam sebuah organisasi PAS sehingga tidak mampu dibendung lagi. Demikian pula suasana yang berlaku dalam muktamar tahunan PAS dengan menunjulnya revolusi Iran yang dilaung dan dipamerkan (Asri 1993: 114, Mastika Januari 83: 8-12, Utusan Malaysia 2 April 1982: 2)

Dewan Pemuda Pas yang mempelopori kepimpinan ulama’ telah mengadakan lawatan rasmi ke Iran sebagai mewakili gerakan Islam di Malaysia untuk mengiktiraf kejayaan kepimpinan ulama’ di Iran. Rombongan ini disertai oleh Haji Subki Abdul Latif setiausaha Dewan Pemuda Pas dan dua orang ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat Ustaz abu Bakar Chik dan Ustaz Suhaimi Haji Ahmad (penyata Tahunan Dewan pemuda PAS, 1981-1982: 6).

Pada bulan Jun 1982 sekali lagi Dewan pemuda Pas mengadakan lawatan ke Iran dengan diketuai oleh Mustafa Ali dan Mohd Rusdi Arif untuk meninjau keberkesanan kepimpinan ulama’(Penyata Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat, 1981-1982: 6).

Apabila soalan ditanya kepada Fadhil Noor apakah Pas hendak ikut Iran? Beliau menjawab kita akan ikut negara yang pegang polisi al-Quran, Hadis, Ijma’ Ulama’ .(Mastika Jan 83: 17)

Pemimpin Umno menuduh Pemimpin PAS suka pergi ke Iran maka Haji Hadi jawab “we go every where we see every body and we talk about all things” (New Strait Times 13 November 1983: 4)

Sungguh pun begitu Pas menyifatkan mereka hanya menjadi perjuangan Ulama’ Iran sebagai sumber aspirasi sahaja dan tidak lebih daripada itu. Ini dapat dilihat dari kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang menyifatkan perjuangan Ulama’ Iran sebagai pemimpin Islam yang perlu dicontohi malah beliau turut mengakui sering mendengar meniru ucapan pemipin Iran itu.(Dunia Islam Feb 1995: 19)

Sungguhpun begitu adalah sukar untuk mentafsirkan perjuangan PAS diresapi semangat dari Iran kerana dalam banyak perkara suasana di Iran dan di Malaysia adalah jauh berbeza. Ini diakui oleh Yusuf Rawa, bahawa memang apa yang berlaku di Iran memberi rangsangan kepada PAS tetapi revolusi tidak sesuai untuk di import ke Malaysia(New Strait Time 4 Jan 83: 5)

Begitu juga sukar untuk membuktikan PAS telah menerima doktrin Syiah dalam perjuagan mereka. Tindakan PAS memecat ahlinya yang disyaki terlibat dengan kegiatan Syicah membuktikan PAS tidak mahu dikaitkan dengan ajaran syicah. Seramai lapan orang ahli PAS di Perak telah diambil tindakan tatatertib iaitu Ustaz Ahmad Jildbaz Mukhlis bin Mokhtar Ghazali, Sdr. Munawir Mahmud, Sdr. Mohd Zain b. Abdul Rani, Saudara Ariff Muhammad, Saudara Shamsuddin Razali, Saudara Zulkifli Said dan Saudara Razali Kassim(PAS/PA/1.06/1.03/97-98(8) bertarikh 12Zulhijjah 1418/9 April 1998)

Bagi mengesahkan kepimpinan Ulama’ di peringkat PAS Pusat maka pindaan Perlembagaan PAS dibuat dalam Muktamar Tahunan Agung PAS Pusat yang ke 29 pada pada 29 April 1983 telah meluluskan pindaan Perlembagaan PAS bagi menubuhkan Majlis Syura Ulama’ .Pindaan ini kemudian diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 18 Mac 1987 bagi membolehkan seorang Mursyidul Am dilantik(Perlembagaan PAS, Fasal 7, 1987: 4-9). dan Ustaz Haji Yusuf Rawa dilantik sebagai al-Mursyidul Am Pas pertama pada Nov 1987 (Harakah, 27 November 1987: 1)

Majlis ini berfungsi sebagai badan yang memantau dan mengawal agar perjuangan parti terus selari dengan syariat Islam. Ustaz Haji Yusuf Rawa menegaskan penubuhan ini untuk mengembalikan peranan Ulama’ sebagai pemimpin ummah dan segala dasar, segala keputusan parti akan sentiasa berpaut kepada ajaran Islam dan tidak akan keluar daripada panduan dan bimbingan mereka (Yusuf Rawa, 1987: 18).

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, September 24, 2014

Jawapan Pd Tuduhan Tulang Besi Suka Buat Andaian

Di atas serangan terbaru machai UG apabila Tulang Besi kata keempat2 exco PAS itu dipandang sebagai pengkhianat oleh pengundi2 CIna dan India.

Untuk menjawab, Tulang Besi terpaksa nyatakan rekod Tulang Besi dalam membuat pemerhatian dan analisa pengundi di Malaysia (bukan utk menunjuk diri):

1) Pada pagi hari mengundi sebelum pusat mengundi dibuka (2008), TUlang Besi telefon Hasan Ali dan bagitau dia supaya jangan turun melawat pusat2 mengundi. Terus pakai baju Melayu dan tunggu depan Istana untuk angkat sumpah. Ini kerana BA+DAP telah pun menang di Selangor. Hasan Ali tidak mempercayai TUlang Besi sehinggalah hampir 18 jam kemudian baru lah dia mengaku kebenaran TUlang Besi

2) Tiga hari selepas penamaan calon 2013, Tulang Besi sms pada Khairuddin Othman bahawa PR akan menang 44 kerusi DUN di Selangor. Pada masa itu ramai yang sangsi. Tapi akhir nya....?

3) TUlang Besi sehingga ke sudah tidak pernah menyatakan PR akan menang Putrajaya pada 2013. Akhirnya.....?

Dlam kes exco PAS ini, DAP berada di pihak Tulang Besi. Kalau tidak masakan Setiausaha Agung DAP sendiri menyatakan keempat2 exco PAS sebagai pengkhianat.

Pengundi2 Cina ni mereka berpegang dgn fakta dan bukan andaian.

FAKTANYA ADALAH: Keempat2 exco itu telah duduk dlm kerajaan PAS+UMNO+Khalid Ibrahim dan bukan kerajaan Pakatan Rakyat. Maka, secara faktanya keempat2 mereka adalah pengkhianat.

Mereka mungkin beri alasan mereka wala' dan mengikut arahan Presiden tapi pengundi2 Cina tak heran dgn Presiden PAS. Mereka boleh minta Presiden PAS melantik mereka sebagai exco bayangan Selangor la dan berlakon exco di depan Presiden PAS.

TULANG BESI

ps kedua2 Khairuddin dan Hasan Ali dah jadi pengkhianat

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

(VIDEO) Hasan Ali Tuduh Azmin Kongsi Isteri Dia Dgn Anwar

Hasan Ali ni manusia ada agama ke tidak ye?

Skrg cuba bodek Azmin tapi dulu tuduh Azmin kongsi isteri dgn Anwar.

Kalau Azmin buat baik dgn Hasan Ali ni maka Azmin nanti akan dituduh tidak ada maruah.




www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, September 23, 2014

4 Exco PAS Wajib Diganti Demi Menjaga Sokongan Rakyat

Harus diingat.

Di kaca mata majoritas pengundi2 Cina dan India, keempat2 Exco PAS dilihat sebagai pengkhianat.

Mengapa?

Ini lantaran sanggupnya mereka bersemenda dlm kerajaan PAS+UMNO+Khalid Ibrahim.

Malahan pimpinan2 DAP pun dah secara terbuka melabel mereka sebagai pengkhianat.

Maka, wajiblah mereka itu dibuang terus dari barisan Exco yang baru demi menjaga hati pengundi2 Cina dan India yang telah membina kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Kalau dikekalkan mereka, sekaligus imej PKR dan DAP pun akan jadi buruk dan hilang sokongan ramai.

Berat tugas Azmin Ali ni.

Rasanya kalau buang dua dulu pun dah ok dah. Tapi jgn kekal keempat2 nya.

Azmin mungkin akan tertekan kerana dia dilantik oleh Istana bukan parti.

Saya mendoakan Azmin mendapat hidayah dan petunjuk untuk melakukan yang terbaik bagi Pakatan Rakyat.

AMIN!!!!!



TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Langkah Kajang Masih Belum Selesai


Langkah Kajang cuma selesai 50% sahaja.

Langkah Kajang hanya berjaya 100% lepas kita tawan Putrajaya.

Fasa ini Langkah Kajang bertujuan untuk mendedahkan musuh2 dlm selimut yang banyak berkeliaran dlm PAkatan Rakyat

Kita telah berjaya dari segi ini ini.

Musuh2 dalam selimut ini bakal menghalang kita untuk sampai Putrajaya.

Kita telah pun mengenali siapa musuh2 ini. Maka, tiba masanya kita membuang musuh2 ini

Hanya selepas itu kita boleh menawan Putrajaya dgn jayanya.

UMNO cukup sedih dgn perlantikan Azmin Ali.

Agen2 mereka sudah terdedah keseluruhannya termasuk dlm PAS dan Pakatan Rakyat masih utuh tidak pecah.

Selangor pula masih dalam tangan Pakatan Rakyat.

Bijak sungguh Langkah Kajang ini

Juga kepada orang2 PAS yang marah sbb Langkah Kajang tak bagitau Presiden, Tulang Besi nak bagitau kalau PKR bagitau Presiden PAs terlebih dahulu ertinya PKR bodoh. Presiden PAS tu antara musuh dlam selimut yang terdedah dgn langkah Kajang.


TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Sunday, September 21, 2014

Presiden PAS Pengkhianat ataupun Dua ADUN Pengkhianat?

Samada ada usaha beli ADUN atau tidak kita tidak tahu. Presiden PAS pun tak beri apa2 bukti.

Tapi, FAKTA yg tidak boleh dinafikan adalah:

1) Setelah Khalid Ibrahim dipecat dari PKR, beliau kekal sebagai MB kerana formula PAS (15) + UMNO (13) + Khalid Ibrahim = 28. 

2) Presiden PAS telah redha PAS bersemenda dgn UMNO demi mengekalkan Khalid Ibrahim Harun


3) Manakala PR pula berdiri dgn 28 ADUN (PKR(13) + DAP (15)). Namun, Speaker Dewan adalah dari DAP menjadikan PR hanya tinggal 27 suara sahaja



4) Khalid Ibrahim berjaya mengekalkan kuasa dgn majoriti 1 kerusi.

5) Maka, dgn tindakan dua ADUN PAS memihak kepada Pakatan Rakyat, formula di atas berubah. Pakatan Rakyat menjadi 30 kerusi di DUN Selangor menjadikan Pakatan Rakyat partai majoritas.

Konklusinya:

1) Tindakan Hasnul Baharuddin dan Saari Sungib menguatkan Pakatan Rakyat.

2) Tindakan Haji Hadi MENGHANCURKAN Pakatan Rakyat.

Ini adalah FAKTA dari krisis MB yang berlaku di Selangor.

Cerita kononnya ADUN dibeli dsbnya hanyalah cakap2 kosong.

Kita wajib rujuk pada fakta bukan tuduhan2 rambang

Fakta menunjukkan betapa jahatnya Presiden PAS meletakkan kepentingan pribadi di atas kepentingan parti dan perjuangan.

Hasnul Baharuddin serta Saari Sungib adalah pengkhianat kerana mereka tidak mahu terus bersubahat dalam kerajaan PAS+UMNO+Khalid Ibrahim.

Presiden PAS menyokong kerajaan PAS+UMNO+Khalid Ibrahim kerana beliau mahukan Khalid Ibrahim kekal sekalipun ia bermakna PAS berpadu dgn UMNO.

Siapa pengkhianat sebenarnya? Saari+Hasnul ataupun PResiden PAS?

Kita semua maklum betapa mewahnya menantu Presiden di Perangsang dgn pemberian ESOS yang menjana keuntungan beratus-ratus ribu dalam sekelip mata.

Rasuah sebegini Khalid Ibrahim tutup mata.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Saturday, September 20, 2014

Misteri Haji Hadi Marah Dua ADUN Terjawab


Haji Hadi marah sangat dgn dua orang ADUN tu sbb perancangan awalnya hendak mengekalkan Khalid Ibrahim dgn formula PAS (15) + UMNO (12) + Khalid Ibrahim = 28 kerusi.

Yang tinggal adalah PKR (13) + DAP (15) = 28 kerusi.

Namun, speaker dewan tidak boleh mengundi menjadikan bilangan ADUN yang bersama Pakatan Rakyat menjadi 27.

Bererti kerajaan PAS + UMNO + Khalid Ibrahim itu boleh memerintah Selangor dgn majoriti 1 kerusi.

Ingat tidak Khalid Ibrahim menyatakan kepada Duli Yang MAha Mulia bahawa beliau ada majoriti dlm dewan. Sememangnya sebelum 2 ADUN PAS menyokong Pakatan Rakyat, Khalid memang ada majoriti dlm dewan dgn majoriti 1 kerusi.

Namun apabila dua ADUN PAS menolak perancangan Presiden ini maka kerajaan idaman Haji Hadi itu musnah sama sekali.

Itu yang Haji Hadi angin sangat tu sampai guna perkataan barua. Dia angin sbb perancangan menubuhkan kerajaang perpaduang dgn UMNO gagal disebabkan oleh dua orang ADUN tersebut

Selepas itu Haji HAdi cuba memujuk Azmin Ali membawa dua ADUN lain untuk menubuhkan kerajaan PAS (13) +UMNO (12) + Azmin+ 2 + Khalid Ibrahim = 29 kerusi.

Faktanya Haji Hadi telah sanggup menubuhkan kerajaang perpaduang dgn UMNO.

Faktanya pengkhianat yang sebenar adalah Haji Hadi Awang kerana mahukan sebuah kerajaan perpaduang dgn UMNO

Faktanya bukan dua ADUN itu yang berkhianat tapi Presiden PAS lah pengkhianat sebenar.

TULANG BESI
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Tuduhan Khianat Presiden Kpd Dua ADUN Kena Muka Presiden Kembali

Dalam ucapan penggulungan Muktamar, Presiden telah menuduh dua orang ADUN itu khianat pada PAS.

Namun, tiada satu pun bukti yang diberikan oleh Haji Hadi.

JK Disiplin pun belum pun membicarakan kedua-dua ADUN tersebut.

Sepanjang yang dilihat, tindakan ADUn2 tersebut hanyalah mengikut Usul2 dua Muktamar yang mahukan Pakatan Rakyat diperkasa.

Jadi, di manakah pengkhianatannya wahai Presiden PAS?

Adakah mengekalkan Khalid Ibrahim dgn kerajaan yang didokong oleh UMNO itu bukan tindakan khianat?

Tidakkah tindakan Haji Hadi yang membuat deal dgn Azmin Ali dan usaha menubuhkan kerajaan Perpaduang PAS+UMNO+AZmin+Khalid itu bukan tindakan khianat kepada PAS?

yang Nasa Mat Isa jadi budak suruhan Najib Tun Razak secara terbuka langsung Presiden tak tegur pun. Tak pecat pun keahlian si Nasa pengkhianat tu.

Ni double standard Presiden PAS ke?


Sudah melampau kebongkakan Presiden PAS ini.


TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, September 16, 2014

Menantu Presiden PAS Dapat ESOS hampir 500 ribu Unit (PATUTLAH.........)

Tulang Besi check harga saham Kumpulan Perangsang ni RM1.80 seunit.

ESOS ni harga RM1 seunit.

Ertinya Din Ayam boleh buat untung atas angin 500k x 0.80 = RM400,000

Ni baru setahun. Tahun2 lain???

Patutlah bapak mertua pertahan Khalid Ibrahim habisan tak nak bagi lepas.

Sampai sanggup buat kerajaan dgn UMNO hanya kerana hendak mempertahankan Khalid Ibrahim


TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Saturday, September 13, 2014

PAS: Between Majority Coward Reformists and Determined Minority Backstabbers

This the the dilemma faced by PAS.

Majority of the members want change. They want PAS to be more Malaysian.

They wish to see PAS to be mainstream.

They also elected a majority of leaders whom are reform and change minded.

Unfortunately, hiding behind the mask of religion and the ulama badge there exists a minority hanging on to it's last breath.

The saying "wounded tiger" rings true for this minority.

They have lost every legitimacy or justification to determine the direction save for their ability to understand religion.

It so also happens the President is part of this minority.

They know they are fighting for their survival

They are the sidelines of society.

If it wouldn't for PAS, no one in the society would take them seriously

They belong to the fringe of society and closer to the working class rather than the elite.

PAS is the only shot they have to aim at being among the elites.

Using religious edicts and sentiments they scare the PAS's rank and file into supporting their agenda and themselves.

Painting a picture of eternal damnation upon those who resist them, they are able to cow the PAS rank and file into supporting them.

On the other hand the majority among the PAS rank and file are plagued with coward leaders.

The so call reformists are very much afraid even to raise an eye brow against the President for fear of being labelled as heretics and disbelievers.

Even the great Khalid Samad could've done more but submits to the general feeling of cowardice.

In a healthy political party, a President who goes against the decision of the Central Committee would not last more than a month.

But in PAS, the President acts as if nothing happened. Thanks to the cowardice of the majority the President of PAS is enjoying life backstabbing everybody in Malaysia and making plans to form government with UMNO.

Until the reformists can overcome this mental block and put their total faith in Allah then no change will happen in PAS.

This will eventually lead to the break up of Pakatan Rakyat, the destruction of opposition resistance, the abolishment of any hope of signinficant change in Malaysia and not to mention the resurrection of UMNO's dominance.

After all, the President of PAS is more UMNO then Islamic nowadays. The days of labeling UMNO as kafirs are long over. Now, UMNO is the saviour of Malays and the Malay dominance.

I guess no matter how Islamic a Malay tries to be, in the end he will always end up being a Malay. And the mark of a good Malay is obedience and cowardice.

So long Malaysia.

Tulang Besi has lost hope of any significant change happening in Malaysia.

The end of the road would be a total Malaysia collapse just like Indonesia and decades of endless sufferings that follows.

I am just looking for an opportunity to migrate to another country.

TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Friday, September 12, 2014

RAKYAT PERLU TAHU KANDUNGAN PERJANJIAN PENSTRUKTURAN AIR

Saya sedia maklum bahawa Kerajaan Selangor telah menandatangani Perjanjian Utama (Master Agreement) penstrukturan air di antara agensi Kerajaan Persekutuan dan tiga pemegang konsesi iaitu Puncak Niaga, Syabas dan Abass. Perjanjian itu tidak melibatkan satu lagi pemegang konsesi iaitu Splash.

Sejak dari awal, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak memaklumkan sebarang isi kandungan rundingan atau perjanjian yang dirundingkan kepada saya walaupun saya diberi mandat oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat untuk meneliti isi kandungan rundingan atau perjanjian, selain dari Saudara Tony Pua (mewakili DAP) dan Saudara Dzulkifly Ahmad (mewakili PAS).

Malah, arahan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut sama dihadiri oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Saudara Lim Kit Siang (pada mesyuaray 6 Mac 2014) secara jelas memutuskan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim tidak boleh memeterai sebarang perjanjian tanpa persetujuan Pakatan Rakyat yang diwakili oleh kami (saya, Saudara Tony Pua dan Saudara Dzulkifly Ahmad) bertiga.

Arahan itu telah diengkari berkali-kali. Oleh sebab itu, perjanjian yang dimeterai pada hari ini dibuat tanpa sebarang maklumat yang disampaikan kepada saya atau pun menerima sebarang maklumbalas dari wakil-wakil Pakatan Rakyat.

Saya menasihati Tan Sri Khalid Ibrahim supaya dengan segera mendedahkan perjanjian ini kepada rakyat, barulah rakyat dapat menilai sendiri sama ada perjanjian ini baik atau tidak.

Pada ketika ini dalam keadaan saya tidak mendapat maklumat, saya hanya boleh mengajukan beberapa persoalan penting seperti berikut:

1. Kos penstrukturan RM7.45 bilion yang diumumkan Tan Sri Khalid Ibrahim itu bukanlah kos sebenar yang akan ditanggung oleh rakyat Selangor kerana ia tidak termasuk kos mengambil alih Splash. Tawaran terakhir Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Splash adalah sebanyak RM1.851 bilion (tanggungan hutang dan pampasan liabiliti) iaitu hampir sama dengan jumlah RM2 bilion yang kononnya berjaya dikurangkan oleh beliau hasil perjanjian pada hari ini. Saya beranggapan kos sebenar hanya diketahui selepas pengambilalihan Splash selesai.

2. Pengambilalihan Splash besar kemungkinan akan dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan sekiranya akta digunakan atau melalui rundingan terus dengan Kerajaan Persekutuan. Ini bermakna Kerajaan Selangor sudah hilang kawalan dalam menentukan kos keseluruhan penstrukturan semula industri air kerana rundingan dengan Splash akan dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan.

3. Jika kos keseluruhan penstrukturan melebihi jumlah RM9.65 bilion yang mula-mula diumumkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim kerana akhirnya bayaran kepada Splash yang dirundingkan atau diputuskan oleh mahkamah adalah lebih tinggi dari yang mula-mula ditawarkan, apakah rakyat Selangor akan menanggung bayaran yang lebih tinggi ini?

4. Bagaimanakah kawalan pengurusan ke atas syarikat baru pemegang konsesi nanti? Adakah ia akan dikawal bersama oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri? Adakah kuasa Kerajaan Negeri muktamad?

5. Apakah senarai aset-aset Kerajaan Negeri (tanah, loji dan lain-lain) yang diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan demi memeterai perjanjian ini?

Sesungguhnya, ada seribu satu soalan yang boleh ditanya selagi perjanjian ini sulit dan dirahsiakan. Tindakan merahsiakan perjanjian dan merundingkannya di belakang wakil rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak ubah seperti bagaimana perjanjian konsesi dengan Syabas dan Puncak Niaga mula-mula dimeterai dahulu.

Sebab itu selagi perjanjian ini rahsia, rakyat hanya mampu meneka dan tidak boleh membuat sebarang penilaian mengenai baik atau buruknya.

Ketidaktelusan inilah yang menimbulkan keraguan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim selama ini.

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

12 September 2014

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, September 11, 2014

Sokong Wan Azizah atau Bubar DUN

Satu2nya cara untuk menghalang terbubarnya DUN Selangor adalah dengan kesemua 13 ADUN PAS memberi sokongan terbuka kepada Wan Azizah seperti yang dipesetujui dalam mesyuarat AJK PAS Pusat 17hb.

Namun, yang menghalang mereka sekarang ini adalah Presiden dan Mustafa Ali kerana mereka mahu menjaga kepentingan dan kelebihan pribadi serta menantu dan kroni2 mereka.

Kalau terbubar dewan amat pasti KESEMUA ADUN PAS akan kalah di kerusi mereka kerana PAS sekarang ini ditolak pengundi Cina dan India angkara pengkhinatan Presiden dan SU Agung.

Yang rugi di kala itu adalah PAS serta ADUN2 PAS semuanya.

Semua aktivis2 PAS yang duduk dlm kerajaan negeri akan terpaksa meletak jawatan.

Maka, ADUN2 PAS wajib memilih antara kepentingan pribadi Presiden/SU Agung ataupun kepentingan PAS.

Baiaah sewaktu sebelum PRU itu tidak termasuk ketaatan yang membawa kehancuran dan kebinasaan PAS.

Ego Haji Hadi telah pun membinasakan PAS di Kedah. Adakah kesemua ADUN2 PAS mahu membiarkan ego Presiden menghancurkan PAS di Selangor.

Tepuk dada tanya imam.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Perangai Haji Hadi Menjauhkan PAS dari Rahmat Allah

Arwah Ustaz Azizan tu sepanjang jadi MB lebih dua kali koma dan masuk ICU. Tapi, Haji Hadi tetap kekalkan sebagai calon MB.

Akhirnya Kedah terlungkup atas kedegilan dan kejahilan Haji Hadi Awang. Tiada bantuan Allah SWT. Tiada malaikat turun dari langit membantu mempertahankan Kedah, Barangkali makhluk2 di langit jelak dgn kedegilan serta kejahilan Haji Hadi Awang.

Sekarang kedegilan, kejahilan serta kejahatan Haji Hadi Awang mahu diekspot ke Selangor pula.

Diguna Majlis Syura Ulama untuk menyokong kesesatan Haji Hadi Awang yang akhirnya akan memecahkan Pakatan Rakyat yang akan membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Bila DUN bubar SEMUA Adun PAS akan kalah tertonggengusiSemua akan hilang kerusi mereka dan menjadi orang biasa. PAS dengan sendiri terkeluar dari kerajaan Selangor.

Semua angkara kedegilan, kejahatan serta kejahilan Haji Hadi Awang seperti yang telah berlaku di Kedah 2013. Sudah tiada lagi akhlak Islami dlm jiwa Presiden PAS ini.

Sekiranya Haji Hadi ini hubungannya dengan Allah kuat seperti para anbiyya mengapa tiada amaran dari langit menghalang kejatuhan kerajaan Terengganu 2004?

Mengapa Harun Din tidak bermimpi Nabi SAW yang memberi amaran akan jatuhnya Terengganu 2004?

Barangkali makhluk di langit sudah pun jelak dengan sikap dan perangai Haji Hadi Awang. Tiada malaikat yang suka manusia yang engkar janji dan sombong.

Sanggup tolak pelawaan Mat SAid dan kekalkan kerajaan UMNO di Terengganu semata-mata kerana istana mahukan Dr Syed Azman sebagai MB dan bukan dia.

TULANG BESI

ps Dengar cerita Dewan Ulama PAS Kedah memohon Haji Hadi menukar Ustaz Azizan tapi memorandum mereka dikhabarkan dikoyak oleh Haji Hadi dan dibuang tong sampah


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, September 10, 2014

Harun Din Yang Mula2 Bawa Najis UMNO Ke Dalam PAS (Bukti Rakaman)

Tulang Besi ada mendapat serangan dari seorang di Facebook bernama Mohd Shahir Abu Hasan. Mulanya dia panggil Tulang Besi sebar fitnah. Besoknya dia ubah cerita pulak. Dia tuduh Tulang Besi dedah maklumat rahsia AJK PAS Pusat serta Majlis Syura Ulama PAS. Sdr Mohd Shahir ini rupanya bekas anak murid Ustaz Harun Din di Darul Syifa.

Rasanya bukan Mohd Shahir sorang saja yang terkejut. Ramai juga terkejut bagaimana Ustaz Harun Din boleh terlibat dalam konspirasi melantik Ku Li sebagai PM ini.

Di sini Tulang Besi ingin menyiarkan semula rakaman ucapan Ustaz Nasa berkaitan peranan Ustaz Harun Din di dalam membawa kepada perpecahan di dalam PAS dalam projek UG1 dahulu. Sila pergi ke minit 04:15 sehingga minit 06:00.

(minit 04:15)“Until the 31st April 2008 ada mesyuarat Majlis Syura Ulama. Dalam masa tempoh sebulan daripada Mac 08 sampai April 08 rupanya Ustaz Harun Din tak duduk diam. Dia study the political scenario within ourselves. Kita dah mula Nampak perkembangan2 di Selangor. Walaupun baru tempoh sebulan. Kita dah mula Nampak kita dah dengar cerita di Penang. 
Ustaz HArun Din came up with a paper. Paper tu bertajuk “Tahaluf Siyasi dalam pasca Pilihanraya Umum ke 12”. Dia bagi konsep syarak apa itu dipanggil tahaluf siyasi and contemporary political situation.  On that paper dia menyebut beberapa option. Salah satu dari option yg perlu diambil oleh PAS ialah mengadakan perbincangan dengan UMNO. For the sake of Islam sebab kita lihat ada benda yang ada pada UMNO dan ada benda yang ada pada kita tiada pada UMNO.  
Kita bincang dalam pertemuan tu delete perkataan UMNO takut sensitif sangat, kita kata mengadakan perbincangan dengan sesiapa pun. Keputusan mesyuarat 24th of April tu saya rekod. Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 24 April 2008 memutuskan untuk memberi mandat kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi kepentingan Islam dan umat Islam.  
Yang asal wordingnya UMNO, kita tahu benda tu sensitive, kita delete perkataan UMNO itu, tapi the meaning of the particular clause is reference to UMNO"(minit 06:00)
Ertinya, tanpa sebab atau alasan munasabah, Ustaz Harun Din telah pun berkempen mahukan PAS mengadakan hubungan belakang dengan UMNO bermula dengan dialog ataupun perbincangan. Partai2 politik tidak akan mengadakan perbincangan untuk saja2 berbincang. Setiap perbincangan pasti akan ada natijah dan keputusannya. 
Dengan kata lain, baru lepas sebulan kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan, Harun Din telah pun mencadangkan PAS mengadakan hubungan (tidak kira rasmi atau tidak rasmi) dengan UMNO. Ini adalah kata2 yang datang dari Nasaruddin sendiri dan bukannya dakwaan orang2 yang tidak dikenali. Jelas, Harun Din bertanggungjawab terhadap perjumpaan dalam gelap serta perpecahan dalaman PAS yang berlaku selepas itu. Empat tahun kebelakangan ini dihabiskan berperang dengan puak2 dalam PAS yang mahukan PAS bersama dengan UMNO. 
Maka, kalau Harun Din menjadi penaja kepada perbincangan dalam gelap serta kerajaang perpaduang dahulu, jangan lah terkejut kalau Harun Din juga boleh terlibat dalam konspirasi melantik Ku Li sebagai PM. Malahan, mereka2 yang terlibat dalam konspirasi berjumpa dalam gelap dengan UMNO tempohari adalah yang sama terlibat dalam konspirasi melantik Ku Li sebagai PM. 
Tulang Besi sendiri berpendapat Ustaz Harun Din ini adalah duri dalam daging di dalam PAS. Kehadziran beliau di dalam PAS hanya membawa kerugian serta perpecahan dan tiada untungnya beliau bersama PAS. 
TULANG BESI 
 ps ada beberapa penipuan dalam ucapan Ustaz Nasa itu:
1.0 Kertas kerja Ustaz Harun Din itu tidak pernah diluluskan oleh Majlis Syura. Kalau ia pernah diluluskan, mengapa setelah berita perjumpaan dalam gelap pecah, terpaksa diaadakan mesyuarat Syura di JKR 10 bersama Tok Guru Nik Aziz. 
2.0 Yang dikatakan "Keputusan Syura" membenarkan perjumpaan dalam gelap dengan UMNO juga adalah pembohongan. Permintaan beberapa AJK PAS Pusat untuk melihat MINIT MESYUARAT SYURA sebagai bukti keputusan itu juga sehingga hari ini tidak pernah ditunaikan 
3.0 Kita tidak faham apa perlunya pertemuan dengan UMNO sedangkan kerajaan PR baru umurnya sebulan lebih Sudah tentulah banyak kelemahan dan ketidak serasian yang berlaku dan perlu dibetulkan secara dalaman. Apa perlunya berjumpa UMNO hanya setelah sebulan lebih sahaja kerajaan terbentuk? 
4.0 Mengapa keputusan berjumpa dalam gelap dengan UMNO itu TIDAK DIKETAHUI OLEH TOK GURU NIK AZIZ SELAKU PENGERUSI MAJLIS SYURA ULAMA PAS? Namun, waktu mula2 isu itu dipecahkan oleh Pak LAh, alasan yang digunakan adalah mereka mendapat mandat dari Majlis Syura Ulama PAS. 
5.0 Sedikit pun Nasa tidak bercerita mengapa perlunya bercakap dengan UMNO walaupun baru sebulan lebih PR memerintah. Hakikatnya, tiada apa2 isu yang membahayakan Islam mahupun bangsa Melayu berlaku dalam tempoh sebulan setengah itu. Yang ada hanyalah geng2 NAsa yang sudah kemaruk mahu bersenggama dengan UMNO.
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, September 9, 2014

Kalau Berlaku Pilihanraya Negeri, Semua ADUN PAS Akan Kalah

Sedarkah wahai ADUN2 PAS yang 13 orang tu.

Sekiranya Wan Azizah tidak dilantik ADUN, maka selewat2nya bulan November 2014 sebelum persidangan akan berlaku Pilihanraya Negeri.

Ini kerana sesiapa sahaja yang dilantik jadi MB tidak akan mendapat kepercayaan dewan (INI FAKTA!!!!!!!!)

Maka, MB yang dilantik itu akan menasihatkan Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk membubarkan dewan.

Di kala itu, PAS sudah hilang kepercayaan masyarakat Cina dan India.

Misalnya di DUN Chempaka yang diwakili oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad, pecahan kaumnya adalah:

1) Melayu:53.40%
2) Cina:38.17%
3) India:7.29%

Dengan pengundi Melayu biasanya akan terpecah 50-50. Iskandar telah menang DUN Chempaka kerana 80% pengundi Cina menyebelahi beliau.

Kalau berlaku Pilihanraya Negeri maka pengundi2 Cina ini samada boikot ataupun mengundi BN sebagai protes.

HAsilnya Iskandar akan hilang kerusi Chempaka hasil dari wala' beliau kepada Presiden (bukan kepada parti)

Perkara seperti ini akan berulang di SEMUA 15 DUN yang PAS menang termasuk DUN Sabak yg diwakili Solihin Mukhyi.

Selamat berwala'

Selamat kalah

UMNO tak perlu nak buat kerajaan campuran dgn PAS pun.

Melainkanlah kesemua 13 ADUN tt SD sokong Wan Azizah dalam dua tiga minggu ni.

TULANG BESI




www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Kerajaan Perpaduang UMNO+PAS Bakal Muncul di Selangor

Kalau Iskandar diangkat jadi MB, sahnya PKR dan DAP tidak akan sokong Iskandar sebagai MB.

Maka, siapakah yang akan menyokong Iskandar sebagai kerajaan?

Maka akan timbulah kembali kerajaan PAS (13) +UMNO (12) +Khalid Ibrahim= 26.

Sebelum November tahun ini, beg2 duit akan berjalan untuk beli ADUN2 PKR dan DAP.

SYABAS!!!!!!!!!

Timbullah kembali kerajaan Perpaduang UMNO+PAS seperti yg diilhamkan oleh Zuhdi

Tercapailah cita2 Haji Hadi yang terpendam selama ini.

Berjaya lah Haji Hadi melepaskan rindu dendam beliau terhadap kewujudan kerajaan UMNO+PAS di Selangor.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.