Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, November 30, 2014

PASMA Untuk Ganti PAS Dalam Pakatan Rakyat

Penubuhan PASMA adalah tersangat penting.

Tampaknya kumpulan pro Pakatan Rakyat dlm PAS kemungkinan besar akan mengalami kekalahan teruk dlm pemilihan 2015 kelak.

Makanya, PASMA kelak akan menggantikan PAS apabila PAS keluar PR dan menyertai UMNO atau BN.

Mengikut mereka2 yang berpengalaman, apabila PAS menyertai kerajaan campuran 1972 lepas, mereka yang tidak bersetuju agak ramai. Lebih 40% dari PAS pada masa itu telah tidak bersetuju.

Kesilapannya adalah mereka2 ini mengambil sikap berdiam diri dan bertawaqquf.

Sepatutnya 40% ini keluar dari PAS dan menubuhkan parti Islam yang baru.

Apabila mereka2 ini bertawaquf maka momentum penentangan terhadap UMNO menjadi kendur dlm masyarakat Melayu.

UMNO berjaya membina semula kekuatan mereka dalam keadaan hampir tiada tentangan sama sekali, PASMA kelak akan menjadi wadah yang memastikan momentum penentangan terhadap UMNO diteruskan di kalangan masyarakat Melayu dlm keadaan PAS bersama dgn UMNO.

JAngan mengulangi kesilapan mereka yang menentang penyertaan PAS ke BN tahun 1972 yang lepas.

Dengan mendiamkan diri dan bertawaqquf telah menyebabkan UMNO berjaya membina kekuatan mereka semula.

PASMA akan menghalang UMNO pulih semula walaupun PAS telah menyertai UMNO/BArisan Nasional

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, November 26, 2014

Pinjaman Perumahan 110% Sama Dengan Membunuh

Kerajaan UMNO masih tidak mengakui kesilapan mereka.

Harga rumah yang melambung lambung adalah akibat kegagalan kerajaan UMNO/BN .

Untuk menutup kelemahan, Najib menawarkan pinjaman 110%.

Ini kerja orang gila.

Syarikat Perumahan Negara yg dijalankan oleh UMNO tak sedar ke rumah tak cukup di KL ni?

Apa kerja SPN? KEnapa Najib tak buat rumah yang mencukupi untuk keperluan rakyat umum?

Kalau betul2 nak tolong, bagi la diskaun harga rumah.

Diskaun 50% atau 60%. BArulah ada makna.

Najib bagi muka pada pemaju2 persendirian yang banyak berjasa kepada UMNO.

Najib biarkan mereka2 ini sewenang2 menaikkan harga rumah.

Najib juga biarkan warga2 asing beli sebanyak mana rumah mereka mahu demi keuntungan kroni2 UMNO dan Najib.

Last2 bagi loan 110% yang akhirnya akan menjerut leher orang2 muda yang baru sahaja bekerja.

Kesian rakyat MAlaysia yang ditipu Najib dan UMNO

Kesimpulannya, Najib gagal sebagai Perdana Menteri dan menutup kegagalannya dgn menindas orang2 muda yang baru bekerja dgn beban hutang.

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tawaran pinjaman sebanyak 110 peratus akan dipanjangkan kepada pembeli rumah Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) daripada institusi-institusi kewangan terpilih.

Perdana Menteri berkata ini sebagai kelangsungan daripada usaha kerajaan bagi membantu rakyat berkaitan projek perumahan itu.

"Pembiayaan ini supaya semua pembeli mampu memiliki rumah, manakala 10 peratus lebihan pembiayaan adalah bagi menampung kos tambahan seperti guaman dan insurans.

"Juga, Skim Pembiayaan Sewa-Beli atau 'rent-to-own' turut ditawarkan sebagai bantuan kepada golongan pertengahan memiliki rumah," katanya dalam entri terbaru beliau di blog Najib.razak.com malam ini.

Najib dalam pembentangan Bajet 2015 bertemakan 'Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat' di Parlimen pada Oktober lepas mengumumkan kerajaan akan menangani isu pemilikan rumah dengan harga berpatutan melalui pembinaan 80,000 unit rumah di bawah PR1MA dengan peruntukan RM1.3 bilion.

Langkah itu, katanya bagi membolehkan lebih ramai rakyat memiliki rumah dan had kelayakan pendapatan isi rumah juga dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM10,000.

Dalam pembentangan itu, Najib berkata Skim Pembiayaan Sewa Beli akan diperkenalkan khusus kepada individu yang tidak berupaya mendapat pembiayaan daripada bank.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan menyasarkan pembinaan 500,000 unit rumah PR1MA dalam masa lima tahun, dan setakat ini, program PR1MA telah meliputi kesemua negeri dalam Malaysia kecuali Labuan.

Antara komuniti PR1MA yang dalam perancangan ialah di Wilayah Selatan, Utara, Sabah dan Sarawak membabitkan rumah berharga dari RM118,000 ke RM335,000.

Kawasan itu termasuklah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur (RM275,000); Tebrau, Johor (RM180,000); Kuala Ketil, Kedah (RM215,000); Sandakan, Sabah (RM280,000) dan Kuching, Sarawak (RM235,000).

Najib menarik perhatian langkah-langkah permohonan untuk rumah PR1MA amat mudah dan menggesa kepada mereka yang memenuhi syarat kelayakan supaya mendaftarkan permohonan dengan mengunjungi laman rasmi www.pr1ma.my.

Pemohon boleh mengetahui lebih lanjut mengenai syarat kelayakan serta langkah mudah untuk memohon melalui infografik yang disertakan di dalam blog itu.

- Bernama
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, November 25, 2014

Yg Menghukum Amanat Hadi Sebagai Sesat Adalah Ulama Juga

Yg menghukum Amanat Haji Hadi sebagai sesat adalah para ulama2 di Melaka yg duduk dlm Majlis Fatwa.


Kalau tak nak menentang ulama maka wajiblah kita terima fatwa tersebut dan menghukum Haji Hadi sebagai sesat

Lagipun Haji hadi yg sama juga yg tangguh hudud di Terengganu selepas diperkenan Tuanku Sultan Mizan.

Peringatan kepada puak2 yang menentang ulama. Sesiapa yang menentang para mufti adalah penentang ulama.

Termasuklah mufti Harussani.

Mereka2 yang mendokong ulama wajib menjunjung keputusan para Mufti di bawah ini

Kalau tak junjung kira kita ni memusuhi ulama macam yang digembar gemburkan oleh El Haraki dan Tok Usin Ceroiii





TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Saturday, November 22, 2014

Senarai Pampasan Kepada Staff Khalid Ibrahim Kedekut !!!!

Khalid Ibrahim popular dengan dakwaan beliau kononnya beliau adalah kedekut bila berbelanja wang rakyat.

Di laporkan Khalid Ibrahim berkata:


Mungkin senarai pampasan yg diberikan kepada pekerja2 pejabat beliau akan membuat kita semua berfikir semula terhdap dakwaan Khalid Ibrahim itu.


Semua pampasan ini dibayar dengan duit rakyat, bukan duit pribadi Khalid Ibrahim

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

"Saya memang kedekut" - Khalid Ibrahim
Irwan Muhammad Zain | Kemas kini: Mei 25, 2013
(Diterbitkan pada: Mei 25, 2013 17:01 MYT)


"Saya memang kedekut" - Khalid Ibrahim
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengakui agak kedekut dalam membelanjakan wang kerajaan negeri hingga menimbulkan rungutan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau menerima teguran yang dikemukakan oleh perwakilan mengenai sikapnya itu dan berjanji akan meningkatkan perbelanjaan terutama di kawasan luar bandar.

"Selain meningkatkan perbelanjaan, saya juga akan meningkatkan simpanan negeri untuk kebaikan rakyat.

"Sasaran kita ialah untuk bangunkan kawasan desa kerana prinsip perjuangan kita ialah mengurangkan jurang yang berada dan kurang berada," katanya ketika menggulung perbahasan di Kongres Nasional Keadilan ke-9 di Dewan Sivik MBPJ di sini hari ini.

Abdul Khalid juga menjelaskan menerima teguran banyak pihak termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan beliau kurang mahir dalam ilmu politik.

"Saya sudah baca tiga buah buku sains politik dan akan wujudkan biro politik di pejabat Menteri Besar untuk pastikan perkara sama tidak berulang," katanya.

Beliau juga berjanji akan memastikan apa yang dijanjikan akan ditunaikan dengan sebaik mungkin.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/saya-memang-kedekut-khalid-ibrahim-14951?cp
Read more!(Selanjutnya)

Friday, November 21, 2014

Kempen Memfitnah Sesama Pimpinan PAS Dlm Program Dalaman PAS

Rupanya program2 dalaman dianjurkan untuk memfitnah sesama pimpinan PAS seperti laporan program melibatkan SU Majlis Syura Ulama Dato Nik Zawawi di bawah ini.

Padahal Nik Zawawi yang sama mempunyai laporan bertulis yg dihantar kepada PAS Pusat berkenaan kesalahan beliau yang melibatkan penjualan tanah waqaf

Ertinya ahli2 Majlis Syura Ulama pun tak maksum dan bukan terlindung dari kesalahan.

Program2 ini menggunakan nama arab tapi dipenuhi dgn fitnah dan pembohongan.

Antara pembohongan jelas dalam program ini adalah kononnya Majlis Syura Ulama boleh membatalkan Tahaluf Siyasi. Kenyataan ini jelas berlawanan dgn Perlembagaan PAS.

Liqa bersama ybhg dato' ust nik zawawi, PASTI alhikmah taman sempelang kota kinabalu.
20 nov 2014.
Anjuran DUPNS & UUK Putatan

1. Satu penghormatan yg besar utk mereka yg berada dlm perjuangan Islam yg mjadi kewajiban walau d mana saja posisi.
2. Ayat2 al-Quran menceritakan ttg pjuangan para nabi dan rasul bermula zaman nabi nuh as hingga rasulullah saw berhadapan dgn kaum masing2. Perjuangan mereka sama iaitu memperjuangkan Islam walaupun berkorban jiwa.
3. Kita wajib faham dan semat akan kewajiban perjuangan Islam seperti kita memahami rukun2 Islam yg lain seperti solat, puasa dll.
4. Ramai tidak belajar ttg perjuangan Islam seperti ttg daulah, perkara yg mencacatkan perjuangan, dsb. Kefahaman masyarakat ibadah hanya berkaitan rukun Islam shj.
5. Sifat munafik boleh membatalkan perjuangan. Ahli mesti faham kewajiban usrah, akhlak berjamaah. Mesti faham kenapa Allah swt tegah jgn angkat suara mengatasi nabi spt dlm alquran. Alhujurat ayat 2. Seperti itu juga kita, tidak boleh angkat suara melebihi Presiden sbg nakhoda jamaah.
6. Duduk dalam PAS hendaklah mencari keridhaan Allah dgn istiqamah dlm perjuangan Islam, bukan kerana hendak mencari jawatan atau sebagaimana. Ulamak PAS bekerja ikhlas kerana Allah utk bawa ahli kepada keridhaan, bukan kpd pangkat, nama atau kekayaan.
7. Tidak ramai sanggup beribadah dlm perjuangan kerana ujian yg banyak dari luar dan dalam. Kdg2 berlaku satu kesilapan kecil lalu dijaja oleh kawan2 sendiri. Ini sebahagian ujian dlm perjuangan Islam yg memerlukan kesabaran.
8. Rasulullah SAW juga diuji dari dalam sbgmana kisah hadithul ifki. Isteri baginda Aisyah RA dituduh khalwat sehingga baginda menangis dan demam panas. Ada juga tuduhan dlmn Rasulullah tidak adil dlm pembahagian harta. Oleh itu, setakat serangan DAP menuduh Presiden tak hadir mesyuarat, itu bukanlah serius. Bahkan ianya sunnah perjuangan.
9. MSU memberi nasihat dan bagi kenyataan kpd ahli PAS agar tidak terlibat dgn PASMA yg jelas digerakkan oleh ahli2 PAS yg munafik haraki. Mereka memburuk2kan kepimpinan parti. MSU dan PAS selama ini mengalu-alukan kehadiran banyak ngo utk membantu parti. Munafik haraki banyak peringkat. Peringkat kritikal, jd penggerak PASMA. Peringkat rendah, memberi muka kpd PASMA spt Salahudin Ayub dan Mazlan Aliman.
10. Bjuang Islam sepanjang masa bukan dekat pru shj. JPP merupakan organ dalam PAS yg paling mudah tergelincir dr perjuangan Islam kerana mudah tersasar dr matlamat sebenar PAS sbg jamaah Islam, bukan leka dgn pilihanraya semata-mata. Perbaiki organisasi parti dr cawangan hingga ke atas.

Soal jawab.

1. Zaman skrg org serang kepimpinan MSU tidak spt dahulu.

Jwpn : Ada yg masuk pas dgn ikhlas tetapi ada masuk pas sbg platform utk mengambil kesempatan dgn fikrah yg berbeza contohnya dr JIM spt Dr Hatta dan Dr Dzul, Ikhwan Alami contohnya Dr Mujahid, Syiah contohnya Hanipa Maidin dan Mat Sabu Islamik demokrat spt Husam dan Syed Azman dll. Islamik demokrat ialah sekular dgn penjenamaan baru utk mengaburi gerakan mereka dlm PAS. Apabila kehendak mereka tidak dipenuhi, maka mereka mula menyerang MSU dan kepimpinan.
Karenah ini adalah sbg ujian dlm perjuangan. Kita berdoa supaya Allah swt beri hidayah agar kembali kepada landasan perjuangan.

2. Kedudukan tahaluf siyasi.

Jwpn : Hanya 2 yg boleh membatalkan tahaluf siyasi iaitu muktamar dan MSU. Tahaluf mjadi medan utk dakwah Islam. MSU sedang menilai tahaluf dan akan keluarkan segera resolusi supaya DAP dan PKR tak lagi boleh mempermainkan PAS.
Kita bharap umur tahaluf siyasi panjang dan tidak terbatal dgn sebab dalaman PAS. Tahaluf diadakan utk melaksanakan Islam. Jika kepentingan Islam tak tercapai, DAP dan PKR boleh keluar dr tahaluf ini. PAS boleh tahaluf dgn parti lain demi kemenangan Islam.

Catatan Abu xxxx


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Sunday, November 16, 2014

HUDUD: APAKAH BEZANYA PENDIRIAN ANWAR IBRAHIM DGN TG HAJI HADI AWANG???????????

a

Tulang Besi terpanggil untuk menjawab kritikan YB Azman Shapawi di atas.

FAKTA: Keputusan menangguh perlaksanaan hudud Terengganu dibuat oleh MB kerajaan PAS bukan MB UMNO.

Tuanku Tengku Mizan pun dah sign undang2 tu. Tuanku Ku Mizan dah terlepas dosa laksana hudud sampai hari kiamat. Tanda tangan Baginda akan jadi saksi di Padang Mahsyar nanti. DAULAT TUAKU

Apa bezanya kenyataan Anwar di atas berbanding Presiden PAS yg tangguh perlaksanaan hudud waktu jadi MB Terengganu 5 tahun?

Kita boleh gelarkan Haji Hadi Awang penganut Islam liberal kerana 5 tahun jadi MB Terengganu satu habuk hududd pun dia tak laksana.

Padahal enakmen hudud terengganu Tuanku dah siap tt dah. Tak mcm di Kelantan.

Hudud di Terengganu 1999-2004 adalah antara sebab DAP keluar dari Barisan Alternatif tapi akhirnya tiada hudud yang terlaksana. Bukan setakat itu, PAS dan PKR kalah teruk PRU2004 dan BN menang cukup gemilang pada masa itu. Hudud ke mana, UMNO yang untung besar. Inikah kehendak Allah SWT yang dibanggakan oleh puak2 UG itu?

Malahan TUlang Besi boleh gelarkan Haji Hadi bapa Islam liberal sebab Haji Hadi telah tangguhkan perlaksanaan hudud walaupun tiada langsung halangan undang2 serta telah pun mendapat sokongan padu Istana Terengganu. 

Sepertinya Haji HAdi serta PAS Terengganu bermain-main dgn hudud. Haji Hadi dan PAS Terengganu menjadikan hudud sekadar mainan semata-mata untuk menarik sokongan kepada mereka.

Sekurang2 nya Anwar Ibrahim bersikap jujur bahawa masanya untuk hudud belum tiba lagi. Agenda menjatuhkan Barisan Nasional dan UMNO jauh lebih penting berbanding perlaksanaan hukum hudud.

Hanya apabila 50% orang bukan Islam menyokong perlaksanaannya barulah kita boleh melaksana.  Itu realiti di Malaysia yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun. 

Prioritas skrg adalah mendapat kepercayaan orang bukan Islam dahulu sebelum hudud boleh dilaksanakan.

TULANG BESI





www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, November 5, 2014

Bila Hentam Sesama Jemaah untuk Mendokong Musuh

Kenyataan Khalid Samad, Mujahid Yusuf Rawa dan Hanipa Maidin tidak boleh dikira sebagai menyokong Sisters in Islam.

Kenyataan tersebut lebih kepada mendapatkan penjelasan dari MUIS dan JAIS supaya badan2 ini tidak menyalahguna kuasa mereka.

Bukankah PAS sudah sekian lama menjadi mangsa salah guna kuasa kedua2 badan ini.

Yang hairannya terdapat segolongan dalam PAS yang pro kepada perpaduang dgn UMNO mendokong MUIS dan JAIS.

Mereka sanggup menuduh ahli2 Parlimen ini sebagai menyokong gerakan liberalisma dan pluralisma.

Tarbiyyah dlm PAS menjurus kepada berkawan dengan musuh kah?

TULANG BESI

FATWA LIBERALISMA DAN PLURALISMA 
Kami mengambil berat fatwa Liberalisma dan Pluralisma yang difatwakan dan digazetkan oleh MAIS untuk memelihara kemurnian makna Islam yang sebenar. Kami juga meyakini bahawa niat murni pembuat fatwa telah mengambil kira dan telah membuat pertimbangan yang sewajarnya kepada cabaran yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. 
Namun demikan, kami ada beberapa perkara yang perlu kepada penjelasan dari fatwa ini; 
1. Takrifan Liberalisma dan Pluralisma tidak dijelaskan, adakah ia merujuk kepada menyatakan semua agama adalah sama ataukah merujuk kepada kepercayaan bahawa kebenaran itu adalah kebenaran relatif dalam membuat perbandingan antara agama.
2. Adakah Liberalisma dan Pluralisma merujuk kepada kepercayaan semua aspek agama bersifat inklusif dalam hubungan antara agama ataukah inklusif dari sudut moral tetapi eksklusif dari sudut aqidah masing-masing?
3. Adakah pihak MAIS telah berdialog dengan pihak yang dikatakan mengamalkan Pluralisma dan Liberalisma sebelum sesuatu tindakan diambil ke atas mereka?
4. Apakah implikasi fatwa ini kepada pandangan-pandangan berbagai dalam memahami hubungan antara agama boleh disalahertikan sebagai Pluralisma dan Liberalisma tanpa satu pentakrifan yang mantap dan membuka ruang untuk berbeza pandangan dalam lingkungan yang diizinkan. 
Kami memohon pihak pembuat fatwa tidak terburu-buru tanpa satu muzakarah dengan pihak yang dikatakan mengamalkan Pluralisma dan Liberalisma supaya ada ruang untuk dibetulkan salahfaham mereka (jika ada) melalui dialog dan persefahaman
Kami turut bersedia untuk membantu dan menyokong proses dialog dijalankan dengan pihak terlibat berpandu kepada firman Allah: 
"Dan serulah kamu ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dia mengetahui siapakah yang tergolong di kalangan yang mendapat petunjuk" ( An Nahl : 125) 
Sekian

Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa,
Ahli Parlimen Parit Buntar

Sdr Hanipa Maidin,
Ahli Parlimen Sepang

Tuan Haji Khalid Samad,
Ahli Parlimen Shah Alam



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Monday, November 3, 2014

Apabila Bukan Islam Mengajar Ulama2 PAS Berkenaan Janji

Malunya bila orang bukan Islam seperti Lim Guan Eng terpaksa bertazkirah kepada ulama2 dlm PAS berkenaan dgn ajaran Al Quran yang mewajibkan penganutnya mematuhi janji:




Mungkin ayat An Nahl 91-92 boleh menjadi peringatan yang jelas:


وَأَوْفُواْ بِعَهْدِ ٱللَّهِ إِذَا عَاهَدتُّمْ وَلاَ تَنقُضُواْ ٱلأَيْمَانَ بَعْدَ تَوْكِيدِهَا وَقَدْ جَعَلْتُمُ ٱللَّهَ عَلَيْكُمْ كَفِيلاً إِنَّ ٱللَّهَ يَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ * وَلاَ تَكُونُواْ كَٱلَّتِي نَقَضَتْ غَزْلَهَا مِن بَعْدِ قُوَّةٍ أَنكَاثاً تَتَّخِذُونَ أَيْمَانَكُمْ دَخَلاً بَيْنَكُمْ أَن تَكُونَ أُمَّةٌ هِيَ أَرْبَىٰ مِنْ أُمَّةٍ إِنَّمَا يَبْلُوكُمُ ٱللَّهُ بِهِ وَلَيُبَيِّنَنَّ لَكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَامَةِ مَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ


"Dan sempurnakanlah perjanjian Allah apabila kamu berjanji , dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya, dan sesungguhnya kamu telah menjadikan Allah saksi ke atas (perjanjian dan sumpah)kamu , sesungguhnya Allah Maha mengetetahui apa yang kamu kerjakan.

Dan janganlah menjadi seperti perempuan yang telah merungkai satu persatu benang tenunannya yang telah ditenun menjadi kuat itu terburai (semula). Jangan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya antara kamu, disebabkan(kecederungan kamu) kepada kumpulan yang lebih berpengaruh daripada kumpulan (yang telah kamu adakan perjanjian sebelumnya). Sesungguhnya Allah menguji kamu dengan perkara ini, Dan Allah akan menjelaskan bagi kamu pada Hari Qiyamah tentang apa yang kamu berselisih-faham."


TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.