Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, December 31, 2014

Obama Pernah Batal Percutian Utk Hadapi Bencana Taufan Irene




Pada waktu itu, taufan Irene telah membahayakan nyawa jutaan rakyat Amerika khususnya mereka yang duduk di Pantai Timur Amerika Syarikat.

Dato' Najib pula boleh bermain golf dengan Presiden Obama dikala puluhan ribu rakyat Pantai Timur Malaysia terpaksa menderita dalam keadaan banjir yang terbesar dalam sejarah Kelantan.

Kalaulah Dato Najib membatalkan sessi golf tersebut, nescaya Presiden Obama faham dan akan lebih hormat kepada beliau.

Presiden Obama sendiri pernah berbuat demikian yakni membatalkan percutian.

Blogger2 UMNO ditugaskan mempersoalkan dimanakah Dato Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng malahan Haji Hadi Awang sebagai menutup malu UMNO kerana tindakan Dato Najib yang sebegitu tidak sensitif terhadap permaasalahan rakyat.

Soalnya sekarang, siapakah yang mempunyai kuasa ke atas tentera, polis mahupun badan2 kerajaan yang boleh membantu mangsa2 banjir? Adakah Dato Seri Anwar Ibrahim mempunyai kuasa tersebut?

Berhentilah buat kerja yang tak berfaedah.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidaik bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, December 30, 2014

Antara Hudud dan Banjir: Satu Kebetulan?

Pada 29hb Disember 2014 telah dijadualkan satu sidang DUN khas bertujuan untuk meminda Enakmen Syariah Kelantan (enakmen hudud) bagi membolehkan kerajaan Kelantan melaksana hukum hudud di Kelantan.

Pindaan di buat kononnya kerana mendapat kerjasama yang sangat baik dari UMNO dan Barisan Nasional.

Dalam temuramah Malaysiakini dgn YAB Nik Amar, beliau dengan yakinnya menyatakan akan berlaku kerjasama dgn UMNO bagi membolehkan perlaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Namun, kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya.

Seminggu sebelum pembentangan dilakukan, banjir besar dalam sejarah Kelantan melanda.

Banjir yang tersangat besar tidak pernah berlaku sbegitu sepanjang pemerintahan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Hasilnya, terpaksa Kelantan MENANGGUHKAN persidangan tersebut.

Tulang Besi boleh komen panjang lebar betapa pindaan tersebut tidak ada maknanya kalau hendak hudud dilaksanakan.

Bukan setakat beberapa Akta yang perlu dipinda (misalnya Akta Mahkamah Syariah, Kanun Kesiksaan) tapi juga Perlembagaan Persekutuan harus dipinda juga.

(NOTA:Akta2 ini harus dipinda oleh UMNO dan bukannya melalui Private Bill dari PAS sekiranya UMNO benar2 ikhlas)

Khususnya Jadual 9 Senarai 2 Perlembagaan Persekutuan harus dipinda bagi membolehkan hudud dilaksana di Kelantan.

Pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sokongan 2/3 dari ahli2 Dewan Rakyat.

Amatlah mustahil perkara ini boleh berlaku sekarang.

Tidak terfikir dalam benak kita ahli2 Parlimen seperti Pairin Kittigan, Maximus Ongkili ataupun parti2 seperti PBRS, UPKO, PBB, PBS malahan MCA dan MIC akan menyokong pindaan ini.

Maka, segala yang dikatakan bantuan UMNO itu jelas satu perangkap bagi memecahkan Pakatan Rakyat.

Dan Nik Amar serta kerajaan Kelantan menjayakan perangkap tersebut.

Tidak cukup dgn itu mereka melanggar keputusan AJK PAS Pusat yang tidak mengizinkan mereka meneruskan usaha ini bersama-sama UMNO.

Hasilnya yg datang dari langit adalah bala bencana dan bukannya rahmat Allah SWT.

Dahulu, mantan MB Terengganu ditarik kerajaan dan kedudukan oleh Allah SWT apabila beliau menangguhkan perlaksanaan hudud di Terengganu setelah Paduka Tuanku memperkenankan undang2 tersebut.

Inilah padahnya bila menggunakan hukum Allah sebagai batu loncatan untuk meraih modal politik semata-mata.

Kita tidak tahu apa lagi bala yang menunggu di atas tindakan2 seperti ini

TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, December 18, 2014

Harga RON95 Sepatutnya RM1.90 Sekarang Ini. Rakyat Malaysia Ditipu

Pertamanya terima kasih kepada SU Agung PKR saudara Rafizi Ramli.

Kajian harga berdasarkan data MOPS (Mean of Platts Singapore)yang diambil dari laman web Platts.

Data MOPS ini adalah rujukan kerajaan Malaysia didalam menentukan harga RON95 yang hendak dijual kepada rakyat.

Rupanya, pada waktu ini rakyat Malaysia sedang MEMBAYAR SUBSIDI kepada kerajaan UMNO/Najib. Bukannya kerajaan yang membayar subsidi kepada rakyat.

Mengikut Rafizi sehingga 15 Disember 2014 rakyat telah membayar subsidi sejumlah RM274 juta kepada kerajaan Malaysia.

Harga RON 95 pada 15 Disember 2014 sepatutnya RM1.92 dan bukannya RM2.26 sekarang ini

Kerajaan UMNO BN sedang mengaut keuntungan di atas penderitaan rakyat marhaen dgn tindakan ini.

Sila rujuk gambarajah di bawah:

Sampai bila rakyat Malaysia hendak dimangsakan saya tidak tahu

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini


BARISAN NASIONAL MENGUTIP RM274 JUTA CUKAI PETROL SEJAK 1 NOVEMBER 2014 HINGGA 15 DISEMBER 2014?

Harga pasaran bagi petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 1 Disember 2014 hingga 15 Disember 2014 disertakan di dalam Lampiran A (harga pasaran RON95) dan Lampiran B (harga pasaran diesel) yang disertakan bersama.


Data harga telah diperolehi secara sah dari pasaran seperti berikut:

RON95 – ditentukan oleh MOPS bagi Singapore Mogas 95 Unleaded
Diesel – ditentukan oleh MOPS bagi Singapore Gasoil
Kadar tukaran matawang – ditentukan oleh kadar rasmi Bank Negara

Dari Lampiran A dan Lampiran B, jelas bahawa harga pasaran bagi RON95 (tidak termasuk jaminan keuntungan dan kos yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat minyak) telah menjunam dari paras RM1.73 seliter pada 1 Disember 2014 kepada RM1.58 seliter pada 15 Disember 2014.


Keadaan yang sama juga berlaku dengan harga diesel yang menjunam dari paras RM1.87 seliter pada 1 Disember 2014 kepada RM1.71 seliter pada 15 Disember 2014.


Malah, dengan jaminan keuntungan dan kos yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat minyak sebanyak 32 sen seliter (RON95) dan 23 sen seliter (diesel) seperti yang terpaksa dibayar rakyat sekarang, harganya juga masih rendah berbanding harga yang ditetapkan oleh kerajaan.


Mengambil kira jaminan keuntungan dan kos kepada syarikat minyak itu, harga RON95 ialah RM2.05 seliter (pada 1 Disember 2014) dan terus menurun kepada RM1.90 seliter (pada 15 Disember 2014); berbanding harga yang dibayar oleh rakyat RM2.26 seliter.


Harga diesel pula (termasuk jaminan keuntungan dan kos kepada syarikat minyak) ialah RM2.10 seliter (pada 1 Disember 2014) dan terus menurun kepada RM1.94 seliter (pada 15 Disember 2014); berbanding harga yang dibayar oleh rakyat RM2.23 seliter.


Oleh kerana rakyat terus membayar pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran (walaupun tanpa subsidi), rakyat Malaysia sebenarnya telah membayar cukai petrol sejak bulan November 2014 lagi.


Perkiraan cukai petrol tersembunyi yang telah ditanggung oleh rakyat ditunjukkan di dalam Lampiran C. Anggaran ini dibuat berdasarkan jumlah penggunaan petrol sebanyak 14 bilion liter setahun dan penggunaan diesel sebanyak 9.64 bilion liter setahun seperti jawapan Perdana Menteri di Parlimen.


Bagi tempoh November 2014, rakyat membayar sebanyak RM47 juta cukai petrol.


Bagi tempoh 15 hari pertama Disember, rakyat membayar sebanyak RM146 juta cukai petrol bagi RON95 dan RM81 juta bagi diesel.


Maka, jumlah cukai petrol yang dikutip secara senyap oleh kerajaan bagi tempoh 45 hari sahaja ialah RM274 juta tanpa diketahui oleh rakyat.


Oleh sebab itu, saya terus menegaskan bahawa sistem penetapan harga sekarang ini tidak telus dan memangsakan rakyat. Dato’ Seri Najib Tun Razak perlu menjawab segera ke mana perginya cukai tersembunyi sebanyak RM274 juta yang dikutip dari rakyat dalam tempoh 45 hari sahaja di antara 1 November 2014 hingga 15 Disember 2014?




RAFIZI RAMLI

Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

17 Disember 2014
Read more!(Selanjutnya)

Monday, December 15, 2014

Pendirian GUan Eng Berkenaan Hudud Hampir Sama Dgn Presiden PAS

Kenyataan Guan Eng pasal hudud tiada bezanya dengan kajian UMCEDEL yang menyatakan hanya 18% orang bukan ISlam menyokong hudud.

Guan eng menyatakan masanya belum sesuai untuk membawa agenda hudud sebab rakyat umum masih tidak dapat menerimanya terutama orang bukan ISlam.

Ia juga satu petanda jelas bahawa dakwah PAS pada bukan Islam berkenaan hudud semenjak Enakmen hudud dilulus di Terengganu 2002 masih menemui kegagalan.

Sepatutnya PAS muhasabah diri sendiri dari memaki dan menyerang DAP.

Lagipun, PAS sendiri menangguhkan perlaksanaan hudud di Terengganu setelah Enakmen tersebut diluluskan dan diperkenan Sultan Terengganu

HAkikatnya tindakan Presiden PAS menangguhkan perlaksanaan hudud di Terengganu adalah bukti pendirian PAS berkenaan hudud adalah hampir sama dgn DAP dan perbezaan adalah dalam beberapa perkara sahaja.

Bukan DAP yang menangguhkan perlaksanaan hudud di Terengganu tahun 2002 yang lepas walaupun telah pun mendapat perkenan Sultan Terengganu

TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Friday, December 12, 2014

Public perceptions towards corruption unchanged since 2005

Bad news for Barisan Nasional and Najib Tun Razak especially this part:

"Perhaps as a silver lining, the survey found that 67% of Malaysians felt that it was possible for ordinary citizens to make a difference in combating corruption. This sentiment was particularly strong among rural and low income households."

Public perceptions towards corruption unchanged since 2005

BANGI – A survey carried out by Merdeka Center in collaboration with BFM Radio on the occasion of World Anti-Corruption Day (which falls on 9th December each year) found that 77% of Malaysian voters perceived the prevalence of corruption in the country to be serious. This perception appears unchanged compared to similar polls conducted in August 2005 and June 2012 which found 76% and 78%, respectively saying that corruption was seriously prevalent.

Another line of question which asks whether people perceived if the problem of corruption has increased, decreased or remained unchanged compared to a year ago. The survey found that 49% of Malaysians report that corruption had increased, 20% felt it had remained unchanged while 21% felt it had decreased compared to one year ago.

The same survey also saw a majority, 56% of Malaysians perceiving the government’s fight against corruption left much to be desired despite recent successes by the anti-corruption commission. These views were more apparent among younger voters and those with internet access.

Reflecting upon the recently released Auditor General’s report, the survey found that Malaysians were split, where 51% felt that the report was not taken seriously while 39% felt otherwise. Again, these views were more prevalent among younger voters.

Perhaps as a silver lining, the survey found that 67% of Malaysians felt that it was possible for ordinary citizens to make a difference in combatting corruption. This sentiment was particularly strong among rural and low income households.

The survey was carried out by the Merdeka Center for Opinion Research between 26th November and 5th December 2014. For this survey, 1,019 registered voters comprising 61% Malay, 30% Chinese and 9% Indian respondents were interviewed by telephone. Respondents were selected on the basis of random stratified sampling along ethnicity, gender and state of residence. The interviews were carried out in the preferred language of the respondents.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, December 10, 2014

Bila PAS Kalah, UMNO yang Menang!!!!!!!!

Isu kemenangan sekarang diwar war kan dalam PAS kerana mereka takut kepimpinan yang ada sekarang bakal ditukar.

Kepimpinan PAS yang ada sekarang sudah ditolak pengundi dan penyokong.

Maka perlu ada perubahan yang jelas dalam PAS

JAdi, dijual fahaman kemenangan tidak penting dalam PAS.

Yang penting adalah perjuangan Islam dan kepimpinan ulama.

Makanya, yang paling gembira adalah UMNO.

Ini kerana apabila PAS kalah, yang bakal menang adalah UMNO.

Layaklah puak2 ustaz muda ni kita gelarkan sebagai barua UMNO.

Kalau dah kempen untuk PAS kalah, lebih baiklah ustaz2 dlm PAS ni masuk UMNO.

Bila mereka masuk UMNO, fahaman "kalah takpa asal Allah SWT redha" boleh disebarkan kepada ahli2 UMNO.

Penghabisan sekali UMNO akan kalah dgn rela hati disebabkan fahaman ini yang diselang seli dgn hadeeth dan al Quran.

Berentilah menguntungkan UMNO.

Masuklah UMNO dan tinggalkan PAS

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, December 9, 2014

Rafizi Akan Lawan Najib dan Rosmah di Mahkamah

NOTA EDITOR:Mari kita sama2 berdoa di atas kejayaan dan kemenangan Rafizi Ramli.

Nampaknya mereka akan menggunakan mahkamah untuk membunuh semua pimpinan2 kita.


Taktik tahun 2004
SAYA AKAN PERTAHANKAN UCAPAN DI MAHKAMAH

Saya telah menjawab surat tuntutan (demand letter) yang dihantar oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor pada hari ini melalui peguam saya, YB N Surendran dan Tetuan Daim Gamany.

Surat jawapan itu ada disertakan bersama.

Saya tegas bahawa ucapan yang saya buat itu berkepentingan awam kerana ia bersabit dasar negara. Saya yakin kritikan saya di atas tindakan Dato’ Seri Najib Tun Razak menghapuskan subsidi pada ketika pembaziran terus berlaku adalah betul dan akan mempertahankan ucapan itu di dalam mahkamah kelak.

Saya kini menunggu writ saman Dato' Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur untuk mengambil tindakan selanjutnya.

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

9 Disember 2014

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Sunday, December 7, 2014

Terus Taat Pada Presiden Walaupun PAS Kalah????

Presiden PAS secara terbuka tubuhkan kerajaan bersama UMNO di Selangor.

Tindakan Presiden PAS dibalas dgn panggilan wala dan taat kepada seluruh pelusuk warga PAS.

Ertinya tindakan tubuh kerajaan dgn UMNO adalah tindakan halal dan tayyiba dari sudut Presiden PAS serta penyokong2nya

Persoalannya adakah ahli2 PAS masih terus mahu menyokong Presiden ini walaupun jelas tindakan Presiden bakal menjemput kekalahan dan kehancuran kepada PAS?

Perkara yang sama pernah berlaku tahun 2004 dan pada 2012. Tampaknya perkara ini akan berlaku sekali lagi PRU13 kelak.

Tindakan Presiden PAS menubuhkan kerajaan PAS+UMNO+Khalid Ibrahim terus kekal di dalam minda para pengundi terutamanya yang telah mengundi PR.

Kalau orang Cina marah kepada PAS disebabkan hudud ada juga alasannya. Tapi, sekarang ini orang Cina menolak PAS kerana Presiden PAS mungkir janji. Di manakah pahalanya?

Kalau sayangkan PAS, berhentilah buat kempen ketaatan (wala"). Tiada untungnya pada PAS.

Lebih baik dengar segala kritikan dan kemarahan pengundi kepada Presiden.

Kalau ahli2 PAS semua wala' pada Presiden pun ia tidak akan mengubah pandangan umum pengundi kepada PAS.

Yang menentukan kemenangan PAS bukanlah ahli2 PAS tapi pengundi2 secara umum

Ahli2 PAS kurang dari 5 peratus dari semua pengundi. Ahli2 PAS sahaja tidak mampu memenangkan PAS dlm pilihanraya kelak.

Apabila PAS kalah teruk, maka penindasan terhadap Islam akan menjadi semakin dahsyat.

Cuba dengar pandangan anak kepada Ustaz Fadzil Nor dibawah.




TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, December 3, 2014

KENAPA RON95 TURUN SIKIT PADAHAL MINYAK DUNIA TURUN BANYAK?

Harga Minyak dunia turun lebih 40% sejak 5 bulan lepas dan sekarang berada paras terendah dalam tempoh 10 tahun.

Harga minyak West Texas Intermediate dijangka akan turun di bawah USD60 satu tong.

Sepatutnya harga minyak RON95 patut turun RM1.70 seliter mengikut beberapa orang penganalisa. Ada yang letak di bawah RM1.70 seliter.

Namun, ia tidak akan berlaku kerana mengikut Jahangir Aziz seorang penganalisa di JP Morgan Singapura, bahawa kejatuhan harga minyak dunia bakal menjatuhkan pendapatan negara yang sebegitu besar.

Maka, kerajaan memperkenalkan sistem "float" yang tiada siapa tahu bagaimana ia beroperasi.

Cuma yang menghairankan adalah walaupun minyak dunia turun lebih 30% dan dijangka turun 40% dari tahap USD105 setong, harga minyak di Malaysia cuma turun 2% sahaja.

Dengan cara mudahnya, waktu minyak Brent berharga USD105 setong, rakyat Malaysia terpaksa membayar RM2.30 seliter utk RON95

Sekarang Brent sudah turun USD68 setong. Sepatutnya RON95 berada di tahap RM1.45 satu liter. Paling mahal pun patutnya RON95 berada di tahap RM1.70 seliter.

Tapi, semalam, RON95 hanya berada dikurangkan 4 sen sahaja.

Trend kejatuhan harga minyak Brent di pasaran dunia dalam 3 bulan kebelakangan ini
Ertinya, kerajaan Malaysia sedang MENGUTIP SUBSIDI dari rakyat MAlaysia supaya menanggung kerugian kerajaan akibat kejatuhan harga minyak dunia.

Syabas kepada rakyat Malaysia yang telah mengundi UMNO dan BN.

Syabas kepada geng UG dlm PAS yang menolak Anwar IBrahim sebagai calon Perdana Menteri Malaysia

Kalau Anwar jadi PM, saya yakin penipuan seperti ini tidak berlaku.
Orang Melayu dan puak UG dalam PAS suka ditipu.

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.