Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, January 4, 2015

MB Kelantan Sokong Unjuran Tulang Besi. Banjir Kerana Hudud

Di dalam menafikan banjir Kelantan adalah kerana pembalakan di Lojing, Menteri Besar Kelantan mengatakan:




Malahan MB Kelantan telah mengakui bahawa banjir berlaku kerana:




Ertinya, Allah SWT telah menurunkan hujan yang amat sangat luar biasa bersempena dgn Sidang DUN Khas bagi meminda Enakmen Hudud.

Inilah balasannya bila hukum Allah dipergunakan untuk tujuan mendapat laba politik dan memecahkan Pakatan Rakyat.

Sesungguhnya pindaan enakmen ini kalaupun berlaku tiada maknanya kerana utk melaksana hudud perlukan pindaan Perlembagaan Persektuan yang memerlukan 2/3 sokongan di Dewan Rakyat.

Ia cuma menjauhkan orang2 Cina dan India dari PAS semata-mata.

Apakah untungnya Islam bila "Mad'u" (orang yg hendak didakwah) menjauhkan diri dari "Daiiee" (pendakwah)?

Apakah untungnya Islam kalau PAS kalah berpuluh2 kerusi dalam PRU14 yg depan akibat penolakan pengundi Cina dan India?

Terima kasih MB Kelantan kerana menyokong artikel Tulang Besi yang asal bertajuk:
Diharap pimpinan2 PAS mengambil iktibar dari banjir besar yg melanda baru2 ini.

Dahulu Allah SWT telah menarik kerajaan TErengganu kerana mempermainkan hukum hudud dgn menangguhkan perlaksanaannya di Terengganu walaupun telah mendapat mandat dari Duli yang Maha Mulia Tuanku Terengganu.

Bertaubatlah MB Kelantan. Bertaubatlah Nik Amar. Bertaubatlah para ulama2 dlm PAS

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

Jadikanlah ujian banjir penyebab tambah pahala
USTAZ DATUK AHMAD YAKOB | 04 Januari 2015.
Firman Allah Taala:
وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِم مَّطَراً فَسَاءَ مَطَرُ المُنذَرِينَ
Maksudnya: Dan Kami hujani mereka dengan hujan yang menggerunkan, maka amat teruk sekali hujan yang menimpa orang-orang yang telah diberi peringatan itu. (Surah Al-Syuara': 173)

Pasca banjir yang terjadi pada kali ini merupakan ujian yang begitu berat kepada kerajaan dan rakyat Kelantan tambahan pula ada sesetengah pihak yang menuding jari menyalahkan pihak kerajaan negeri sebagai penyebab kepada banjir besar yang melanda negeri ini.

Setelah Cameron Highlands dilanda banjir lumpur sedikit waktu dahulu dan dengan banjir besar yang berlaku baru-baru ini, ada pihak-pihak tertentu dengan pantas menuding jari kepada pembalakan berleluasa di Tanah Tinggi Lojing sebagai penyebab kepada banjir besar di negeri ini. Saya dengan tegas menyangkal tuduhan ini kerana kerja-kerja pembalakan telah dibekukan di Tanah Tinggi Lojing sejak tahun 2006 lagi.

Hakikatnya hujan lebat yang berterusan di Gua Musang untuk 3 hari berturut-turut pada 21-23 Disember 2014 telah mencatatkan taburan hujan tertinggi iaitu 1,295 mm yang bersamaan dengan taburan hujan bagi 64 hari. Ini adalah berdasarkan rekod rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri manakala Jabatan Meteorologi juga telah mengemaskini amaran Jingga di mana hujan lebat di semua daerah di Kelantan bermula 20-24 Disember 2014 telah menyebabkan peningkatan paras air di hampir semua sungai utama di Kelantan.

Ini adalah kekuasaan Allah Taala yang telah menurunkan hujan pada kadar jumlah yang amat banyak dalam jangka waktu yang amat singkat.

Kekuasaan Allah mengatasi segala sesuatu. Upaya manusia hanyalah melalui izin-Nya. Allah menurunkan ujian ini kepada kita semua untuk kita merenung akan kekuasaan-Nya.

Saya dengan ini menyeru seluruh rakyat negeri ini agar menginsafi isyarat daripada Allah ini. Jadikanlah ujian banjir ini sebagai penyebab untuk kita menambah pahala, bukannya penyebab untuk kita menambah dosa.

Dalam fasa selepas banjir ini, sama-samalah kita membantu untuk memulihkan semula kawasan-kawasan yang musnah dan menolong mangsa-mangsa banjir yang kehilangan kediaman dan keperluan asasi mereka.

Menteri Besar Kelantan

2 comments:

Anonymous said...

Bertaubat kalau nak ambil air wuduk basuh tangan kanan , tangan kiri nanti dulu. Kalau pelaku kesalahan hudud orang perak. Kena tangkap. 4 saksi yang adil bawa ke kelantan nak hukum macam mana?

Anonymous said...

Jika UMNO mahu hudud dah tentu mereka boleh laksana diTeganu sbb dah
Diluluskan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.