Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, January 7, 2015

Zahid Hamidi Perlu Jelaskan Surat Sokongan Tokeh Judi

NOTA: Baca surat di bawah dan kenyataan Fahmi Fadzil. Zahid Hamidi perlu menjelaskan surat dibawah serta artikel South China Post yang mendaka beliau menggunakan jawatan Menteri beliau membela tokeh judi.

Kalau ikut South China Post, surat di bawah adalah asli dan benar.



KENYATAAN MEDIA

"Surat Sokongan" Rahsia: Siapa Bohong dan Siapa Bercakap Benar?

Saya rujuk laporan Malaysiakini “Zahid didn't tell police about FBI letter” yang memetik sumber Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) yang berkata Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi tidak merujuk pihak PDRM sebelum menghantar “surat sokongan” rahsia kepada FBI berkenaan status “raja judi” Paul Phua Wei-seng.

Laporan tersebut juga memetik sumber PDRM sebagai berkata laporan PDRM yang diberi kepada FBI berkenaan Paul Phua Wei-seng dan kumpulan kongsi gelap 14K adalah benar.

Jika sumber yang dipetik Malaysiakini itu sahih dan benar, perkara ini cukup mengejutkan dan implikasinya amatlah berat bukan sahaja kepada DS Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri yang telah menulis surat rahsia tersebut, tetapi juga kepada DS Shafee Abdullah yang telah berkata bahawa laporan PDRM mengenai Paul Phua Wei-seng adalah tidak betul.

Masanya telah tiba untuk DS Zahid Hamidi menjawab secara terbuka tentang pelbagai isu yang telah timbul akibat “surat sokongan” rahsia ini, untuk mengelak spekulasi dari terus bermain di fikiran rakyat Malaysia. Saya juga berharap DS Najib dan Kabinet yang akan bertemu esok (Rabu) akan pastikan DS Zahid akan tampil dengan jawapan yang jelas kepada isu ini.

Pada masa yang sama, jika sumber PDRM yang dipetik Malaysiakini ini sahih dan benar, DS Shafee Abdullah juga perlu disoal mengapa apa yang beliau sebut berlainan dari apa yang disebut sumber PDRM ini. Siapakah yang benar dalam isu ini?

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN merangkap Naib Ketua AMK

6 Januari 2015
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.