Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, February 12, 2015

Anwar Ibrahim Kekal Dlm Penjara Selagi Hadi Presiden

Rekod Presiden PAS kita semua sudah maklum.

Sejurus selepas PRU2008 beliau sudah pun memulakan langkah bercakap dan berdialog dgn UMNO dalam gelap sekaligus menikam Anwar Ibrahim.

Haji Hadi konsisten menikam dan menjadi duri kepada Anwar sepanjang 2008 sehingga sekarang.

Keenganan beliau menjadikan Anwar Ibrahim calon PM Pakatan Rakyat sebelum PRU13 juga salah satu faktor yang telah memenangkan UMNO dan Barisan Nasional dlm PRu13 yang lepas. Haji Hadi mengambil langkah yang lebih drastik dengan menabalkan Tengku Razaleigh sebagai calon PM bagi PAS pada PRU13 yang lepas

Keengganan beliau menyokong Langkah Kajang serta penukaran MB Selangor juga contoh besar betapa bencinya beliau dengan Anwar Ibrahim.

Presiden PAS lebih suka memusuhi Anwar Ibrahim berbanding memusuhi UMNO sehingga ke tahap beliau redha berkerajaan perpaduang dgn UMNO di Selangor demi mengagalkan perancangan Anwar untuk menukar Khalid Ibrahim

KEBENCIAN KEPADA ANWAR MENYEBABKAN PAS DITOLAK RAKYAT

Hasilnya sekarang, pengundi2 Cina dan India sudah menolak PAS kerana sikap dan tindakan2 beliau.

Pengundi Melayu juga tidak beralih kepada PAS atas tindakan Hadi mensabotaj Anwar Ibrahim malahan beliau menjauhkan lagi pengundi Melayu kepada Pakatan Rakyat dan kepada PAS.

Kalau Haji Hadi kekal Presiden PAS, maka PAS akan kalah banyak kerusi kerana kehilangan undi India dan CIna dan tiada penampbahan undi Melayu dalam Pilihanraya yang bakal tiba.

PUTRAJAYA HANYA DENGAN PENCALONAN ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PM

Untuk memenangi Putrajaya, PAS perlu mencalon Anwar Ibrahim sbg PM Pakatan Rakyat seperti yang kita lakukan 1999.

Kak Wan Azizah perlu bertanding Parlimen Permatang Pauh dan memangku Ketua Pembangkang sehingga PRU depan.

Presiden PAS perlu mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kalau mahu Pakatan Rakyat terus menerus gagah meluncur ke depan sekaligus merampas Putrajaya.

Ini mengikut langkah arwahnya Ustaz Fadzil Mohd Nor yang telah mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri walaupun Anwar di dalam penjara 1999 yang lepas.

Hasil kebijaksanaan arwahnya, PAS berjaya mengekal Kelantan, merampas Terengganu dan membuat "inroad" di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan gemilang di Kedah dan Perlis. Hanya kerana pengundi Cina dan India tidak berubah sahaja yang telah menyelamatkan Barisan Nasional pada tahun 1999.

Semua ini tidak akan berlaku selagi Haji Hadi Awang kekal sebagai Presiden PAS.

Anwar Ibrahim akan kekal dalam penjara kalau Haji Hadi Awang kekal menjadi Presiden PAS.

Pakatan Rakyat tidak usah bermimpi untuk menawan Putrajaya kalau Haji Hadi Awang kekal memimpin PAS sebagai Presiden.

Sudah tiba masanya Haji Hadi Awang melepas jawatan Presiden ini dan mengganti Tok Guru Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS Pusat kerana keuzuran Tok Guru Nik Aziz.

Sebaiknya Haji Hadi Awang mengikut jejak langkah arwah Tuan Haji Yusuf Rawa yang telah melepas jawatan Presiden dan menjadi Mursyidul AM PAS  yang pertama.

TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

8 comments:

mountdweller said...

Seiapa yang ikuti perjalanan politik dengan minda terbuka memang boleh menghidu kebusukan ini!

Anonymous said...

Betul tu bro
Dia jadi presiden barua dan broker boleh laa.....

Sheik said...

Takdir Allah

Malaysiabaru said...

Sebenarnya pakatan sudah boleh menang pru13,,, jika tidak kerana kanak kanak busyuk kerabat hadi yg jd hero menentukan calon pilihanraya dan rebutan kerusi pakatan . Isu pil kuda fitnah dan rampas adalah tabiat ularmak sesat muda pas yg dah mkn buah tgn umno jd darah daging... Last minit bercarakan pakatan pru13... Anwar k penjara selepas pru13 kerana anak suruhan dajjal hadi

Anonymous said...

Setuju.... Kalau dibandingkan TGHH dgn Allahyarham Fadhil Nor dan Allahyarham TGNA,worldview TGHH terlalu sempit...Kelakuan TGHH kebelakangan ini juga tak mencerminkan akhlak seorang Ulamak.

Anonymous said...

Selepas Anwar masuk kedalam, TGNA pula kembali kerahmatullah ..ada tanda Allah nak bagi tu...bagi org yg berfikir

Anonymous said...

Ulamak mcm TGHH lah yg merosakkan nama PAS

Anonymous said...

anwar ibrahim pm malaysia 2016.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.