Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, February 25, 2015

Petisyen Pengampunan Kerana Anwar Dizalimi. Bukan Pengakuan Bersalah

NOTA: Petisyen pengampuan yang dilakukan keluarga Anwar Ibrahim adalah atas dasar Anwar telah di zalimi dan dipenjara atas perkara yang dia tidak lakukan.

Ia bukan sama sekali pengakuan bahawa dia telah melakukan kesalahan liwat.

UNTUK SEBARAN SEGERA
KENYATAAN MEDIA NURUL NUHA ANWAR

24 FEBRUARI 2015

Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa.

Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Illahi dengan sokongan dan semangat solidariti daripada rakan-rakan serta para penyokong di dalam dan dari luar negara.

Hari ini merupakan minggu kedua ayah kami Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan sebagai tahanan politik Malaysia.

Atas inisiatif keluarga, kami memutuskan untuk menghantar petisyen kepada Duli Yang Maha Mulia Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Yang Dipertuan Agong - berdasarkan berlakunya pengenepian prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan daripada penganiayaan fitnah ke atas Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahkamah mungkin telah menjatuhkan hukuman bersalah tetapi, namun ayahanda kami tidak bersalah. Justeru itu kami membuat permohonan petisyen bersandarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Kami meletakan keyakinan kepada proses perlembagaan ini serta percaya prinsip keadilan akan ditegakkan apabila kesemua fakta-fakta diteliti secara menyeluruh tanpa campur tangan politik maupun mana-mana cabang kerajaan bersesuian dengan prinsip pemisahan kuasa melalui intitusi Raja Berperlembagaan.

NURUL NUHA ANWAR
Penyelaras
#March2Freedom

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Ulasan GB

"Tali menjerut Anwar semakin mencengkam" tulis Wira Arjuna. Peluang untuk Anwar melepaskan diri dari pertuduhan itu semakin mengecil. Ia akan sama seperti kes Liwat 1 yang mana kebanyakan hujah pembelaan, Hakim Augustine Paul ketika itu dengan mudah mengklassifikasikannya "tidak relevan". Pagi tadi sewaktu menyampaikan keputusan penghakimannya, Hakim Zabidin berhujah dengan cara yang serupa, dimana cabaran pembela terhadap kewibawaan Saiful sebagai saksi tidak relevan katanya.

Sedangkan fokus utama ialah aduan Saiful itu sendiri. Dan Saiful sebagai saksi utama perlu mempunyai integriti. Integriti Saiful telah lama hancur musnah malah semenjak awal perbicaraan lagi.

1) Doktor yang merawatnya kali pertama menyatakan TIADA KECEDERAAN untuk menyokong dirinya diliwat.

2) Saiful tidak membuang air besar selama dua hari selepas didakwa diliwat oleh Anwar. Pengakuan itu dilakukan hanya selepas blogger menunjukkan Saiful mendakwa diliwat pada 26 Jun 2008 (Khamis) dan 2 hari lepas itu (Sabtu) baru Saiful menemui pegawai perubatan.

3) Sehelai seluar dalam berwarna biru-hitam diambil dari rumah teman wanita Saiful. Seorang Islam ada mempunyai "teman wanita" yang seluarr dalam boleh dihantar ke rumahnya?

4) Saiful ada menjalinkan hubungan sulit dengan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Farah Azlina Latif.

Cukup empat poin di atas AMAT RELEVAN dan sudah sepatutnya membatalkan kedudukan Saiful sebagai saksi yang berwibawa. Tetapi malangnya, mahkamah berpendapat disebaliknya.

Justeru seperti yang GB katakan sebelum ini: konspirasi berjalan terus.

Dan menurut Wira Arjuna lagi, di dalam kes video seks pula, tuduhan akan tetap dibuat, berasaskan ketekunan Gani meminta polis berulang kali untuk menambah “bukti-bukti” dan keterangan bersabit video itu.

6 comments:

Anonymous said...

Kah kah kah...Orang terencat akal boleh lah ko bohong.Cuba terangkan macam mana air mani Anwar boleh masuk 4 inci dalam dubur Saiful.Anwar kena paksa ? Oh Pleaselah..

Tulang Besi Malaysiawaves said...

Kah kah kah...Orang terencat akal boleh lah ko bohong.Cuba terangkan macam mana air mani Anwar boleh masuk 4 inci dalam dubur Saiful.Anwar kena paksa ? Oh Pleaselah..

Sebelum tu ko jawab dulu soalan aku ni:

Bagaimana air mani boleh masuk jubor Saiful padahal 4 doktor sahkan jubor Saiful tak pernah kena tembus

Anonymous said...

4 doktor cakap macam tu atas pandangan lisan tiada luka di dubur Saiful mungkin tiada penetrasi atau mungkin pakai bahan pelincir. Bukti selanjutnya... itulah pakar forensik masuk..tup tup terjumpa sperma Anwar dalam bontot Saiful.

Cubalah beb...gunakanlah akal fikiran sikit.Ko ni ada master tapi dalam bab ini lomah pemikiran.Macam mana air mani Anwar boleh masuk ??

Muhammad Hisham said...

Ini semua temberang umno untuk kekalkan kuasa yg tinggal 47% atau kalau dalam exam dah grade "D" next PRU mungkin E atau F kalau tak bertindak.

Anonymous said...

Benar juga cakap tuan.Katakankan seorang pencuri masuk rumah tanpa tinggalkan kesan, pintu tak pecah dan tingkap rumah pun tiada yang pecah. Bolehke kita cakap tiada pencuri dalam rumah itu sebab tiada kesan pencuri masuk tapi hakikatnya tuan rumah terjumpa pencuri itu dalam rumahnya.Sudah tentu kita cakap pencuri ada di rumah tersebut kerana kepala dan badan pencuri ada dalam rumah tersebut walaupun tiada kesan pencuri masuk di pintu dan di rumah. Macam tulah kes liwat ni, tiada kesan penetrasi tapi terjumpa pulak kesan air mani 4 inci dalam dubur.Macam mana boleh masuk kedubur, injeksi ??duduk di jamban?? Terminum air tercampur air mani?? Urut?? Fikirlah

Johan said...

Kenapa mahkamah ni zalim tak bagi keluarga Anwar menerangkannya di Mahkamah? Memang Hakim Mahkamah zalim. Nurul patut diberi peluang berhujah di Mahkamah. Kenapa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.