Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, March 22, 2015

Hudud Di Kelantan Hanya Terlaksana Untuk 3 Tahun Sahaja

Dalam menghadapi isu hudud dengan pimpinan2 dan penggerak PAS, hujjah yang boleh digunakan adalah:

1) Kita akui UMNO boleh sokong hudud sampai terlaksana di Kelantan

2) Namun selepas itu PAS akan hilang semua kerusi Parlimen dan akan kalah di Kelantan akibat pecahnya Pakatan Rakyat.

3) Kalau itu berlaku apa jaminan yang UMNO akan terus melaksana hudud?

4) Di Terengganu UMNO tak laksana hudud walaupun dah hampir 15 tahun Enakmen hudud dilulus dan diwarta?



Minta ustaz2 PAS yang totok UG jawab perkara ni

Di kala Pakatan Rakyat telah pecah maka PAS akan hilang semua kerusi dalam kerajaan serta PAS juga akan hilang Kelantan.

Semua kerusi PAS akan diambil UMNO kerana UMNO sudah mendapat 2/3 majoriti.

Di kala itu PAS akan jadi partai melukut di tepi gantang tak ubah seperti HAMIM, PPP, BERJASA dan sebagainya.

Sekiranya UMNO pulih kembali dan kuat semula adakah mereka akan meneruskan perlaksanaan hukum hudud?

Walaupun rakan2 kita dalam PKR dan DAP tidak bersetuju dgn perlaksanaan hudud, namun bekerjasama dengan mreka akan meletakkan PAS kekal dalam tampuk kekuasaan.

Inshalaah, PAS juga akan mengorak langkah ke Putrajaya.

Sepanjang jalan begitu banyak kerja2 Islam yang lain dari hudud dapat dilaksanakan.

Inshaalah apabila keadaan menjadi lebih baik dan umat bukan Islam lebih memahami maka di kala itu hukum hudud boleh diperkenalkan semula.

Apa guna terlaksa hudud di Kelantan tapi hanya untuk 3 tahun? Apa gunanya....

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

4 comments:

Anonymous said...

Benar apa yg Arwah TGNA cakap jangan masuk lubang biawak 2 kali

Anonymous said...

ckp memang seng. nak jwb dpn Allah swt pun lagi senang. cuba baca sedutan artikel pdpt Qardhawi, org no 1 ulama dunia dimana hadi adalah no. 2.

Merujuk kepada kaedah Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Qaradhawi telah mengetengahkan satu fakta, yang barangkali boleh ‘mengejutkan’ sesetengah pihak.

Fakta itu menyatakan, 'sebelum Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Baginda terlebih dahulu menegakkan Islam secara keseluruhannya, yakni menegakkan kehidupan Islam’.

Jelas tersurat, fakta ini bermakna, perlaksanaan hukum hudud adalah peringkat atau ‘projek’ terakhir dalam agenda perlaksanaan Islam.

Dalam ungkapan yang lebih jelas-seperti yang dinyatakan Qaradhawi- “dasar [berkenaan perlaksanaan hudud ialah] tidak dilaksanakan [hukum] hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni], kita bangunkan masyarakat Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan [hukum] hudud”.

Kenyataan Qaradhawi ini secara tidak langsung menidakkan pandangan yang melihat
'perlaksanaan hudud' sebagai
'agenda teratas' dalam sesebuah negara Islam.

Penegasan ini sebaliknya menuntut sesebuah Negara Islam, melaksanakan hukum hakam Islam dan tuntutan-tuntutan Islam yang lain terlebih dahulu, sebelum mengambil langkah untuk melaksanakan hukum hudud.

dgn pdpt ini maka jelaslah bhw hadi telah tidak wala pada pemimpin dia! tp dia tuntut org lain wala pd dia...

Anonymous said...

Manusia merancang dan berusaha Allah menentukan. Kalau hudud ni hukum Allah, percayalah Allah akan memudahkannya dan mungkin juga menyusahkan untuk memberi ujian pada orang Islam.

Kalau PAS kalah di PRU akan datang, ana terima seadanya dan semestinya ana terima PAS kalah ni bukan sebab hudud tetapi orang Kelantan dah muak dengan PAS. Hudud PAS adalah helah politik PAS nak mengekalkan kuasa, ana dah tahu lama tu.

Anonymous said...

Tahajud pun Tak Buat kita Semua mlm TD.. sibuk pulak hal negeri kelantan.. suka hati dia la. Yg KO Dok sibuk negeri orang apahal? Tak sedar diri speedy mart, 7 eleven, Semua Mart mart kt selangor Anak melayu je Kena scan arak. Tu negeri pkr tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.