Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, March 21, 2015

Hudud Perangkap yg Membawa Kepada Perangkap Sebenar yakni Persempadanan Semula

Kalau Pakatan Rakyat pecah kerana hudud, PAS akan hilang semua kerusi Parlimen termasuk kerusi Shah Alam dan Kota Raja.

Selepas itu, PAS juga akan hilang Kelantan kepada UMNO kerana tiada sokongan dari PKR dan DAP.

UMNO pula mendapat semula 2/3 dan memerintah dengan gemilang.

Selepas itu UMNO akan pastikan hudud tidak dilaksana sama seperti di Terengganu sekarang ini.

Maka, di mana kah untungnya pembentangan Enakmen Hudud yang ada ini?

Kalau UMNO berkuasa mereka akan pastikan hudud tidak dilaksana.

UMNO tak pentingkan hudud.

Yang mereka pentingkan adalah berpecahnya Pakatan Rakyat supaya ahli2 Parlimen PAS akan menyokong persempadanan semula.

Dengan persempadanan baru, UMNO/BN akan dapat semula 2/3 dan DAP kekal menjadi parti yang kecil dan tidak releven

Kedudukan Najib akan menjadi lebih kukuh.

UMNO akan merampas semula Selangor dan Penang dalam PRU depan kerana pengundi2 Melayu dan kerusi2 Melayu akan menjadi lebih banyak.

TULANG BESI

ps PKR dah pernah jatuh lubang tahun 2004 sebab sokong hudud di Terengganu.

PKR hingga jatuh kepada satu kerusi Parlimen tahun 2004 sahaja angkara sokong hudud PAS di Terengganu.

Kali ini Tulang Besi mencadangkan supaya PKR memberi syarat kepada sokongan.

Yakni sokongan PKR di Parlimen adalah dengan syarat Presiden serta Mirsyidul Am PAS letak jawatan.

Tanpa sokongan ahli2 Parlimen PKR pindaan kepada Akta 355 mustahil berlaku.

Malahan saya yakin DAP pun akan sokong sama kalau PAS setuju syarat ini


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

6 comments:

Anonymous said...

Andai ulamak yang patut jadi pemimpin, Ibnu Abbas & Abu Hurairah r.a lebih layak diangkat menjadi , berbanding Khalifah Abu Bakar r.a. dll.

Andai ilmu jadi ukuran antara Abubakar .Ibnu Abbas & Abu Hurairah mmg Abu Bakar tidak layak
Ini kerana, Ibnu Abbas & Abu Hurairah r.a.huma masing-masing jauh lebih 'alim dalam menafsir Al Quran dan periwayatan hadith.

Anonymous said...

Cita cita asal adalah mengalahkan kerajaan pusat.Bila mereka dah tumbang baru laksana apa yang dihajat.Setiap parti dalam pakatan ada cita tersendiri.Yg jadi masalah ialah ada geng ustaz yg tak sabar nak tunjuk pandai.Sedang mereka tak kaji secara halus perundangan negara

Malaysiabaru said...

Pperjanjian rahsia dua presiden hebat umat melayu sudah terbongkar

Perjanjian untuk meranapkan pakatan rakyat telah di tandatangani antara dua presiden ini...

Ramai ahli pas tidak sokong kerjasama pas umno namun mengalah apabila kem pro pakatan juga tumpang mkn hidangan umno

Read here...

Malaysiabaru said...

Sebelum letak syarat

Pecat dulu 3exco pas di selangor

Anonymous said...

Pas parti yg syok sendiri kalau tak da pakatan dap dan parti keadilan lepas ni angan angan.je lah kalau nak menang . Kelantan dah tentu tumbang kpd bn selangor 50-50. Puak pas lepas tu meroyan.sesama sendiri menyalahkan orang lain. Itulah semangat melayu bila dah banyak.menang sombong konon ramai dah suka pada parti pas. Kalau macam ni.pru14 bye bye.pas goodbye pakatan rakyat.hancur. Umno bn juga yg.unting 2/3 fikirkanlah PR. Kesian rakyat yg undi kamu.tu.

Anonymous said...

Sebahagian grand design Hudud adalah untuk menjauhkan non muslim dengan PR dan memastikan kawalan undi mereka yang menyebabkan tsunami pada Be End...dengan bantuan agen umno dalam PR..rasanya Cina takkan balik pada Be End apa cara sekalipon digunakan...ekonomi makin muram dan masalah 1MDB tak mungkin selesai...Ah Jib Gor belum tentu selamat dalam polemik ini...Kerja Umno cuma hidopkan bara aje..Bangang oo bangang najib panggey...macai 2 - 3 ekor datang bawa daun kering...kasi perangat lebih sikit...yang emo terlebih datang bawak ranting...yang taksob siap dengan dahan...api makin marak...rumah dah terbakar separuh...ada yang jerit cukop..rumah dah hangus...masa tu baru tau..awat hang tak ngaji Perlembagaan...sib bek hang khatam Quran...Quran dah terbakar hang buleh buat baru semula...nanti ulang lagi noo...bakaq rumah duk dalam khemah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.