Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, March 26, 2015

SOKONGAN HUDUD UMNO SAMA DGN MASJID DHIRAR KAUM MUNAFIQ

Firman Allah SWT:

Tapak Masjid Dhirar di Madinah sekarang    
"Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemUdharatan (pada orang-orang Mukmin), untuk kekafiran dan memecah belah antara orang-orang Mukmin serta menunggu kedatangan orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah, "kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya). (At-Taubah 09: 107)

Dalam Islam, orang2 yang beriman akan membina "Masjid At Taqwa"

Dalam Islam, orang2 munaffiq akan membina "Masjid Dhirar"(masjid yang membahayakan)

Kedua-dua munafiq dan Islam membina masjid, pokoknya.

Sokongan UMNO kepada hudud adalah sama dengan tindakan orang Munafiq zaman Nabi membina masjid

Masjid tersebut dinamakan Masjid Dhirar oleh Allah SWT.

Tujuan masjid di buat untuk memecahbelahkan orang Islam di Madinah supaya mudah kerajaan Rom datang menawan Madinah tanpa menggunakan banyak asykar dan sumber ketenteraan.

Sama lah sekarang ini apabila UMNO sendiri menyatakan kononnya mereka hendak menyokong hudud di Kelatnan.

Tujuan bukanlah mereka menyokong hukum Allah.

Tujuan mereka supaya pecahnya Pakatan Rakyat dan PAS kalah di semua kerusi Parlimen dan hilang Kelantan.

Masakan UMNO ikhlas untuk laksana hudud padahal mereka baru sahaja hinjak dan pijak hukum Qazaf dalam kes Anwar Ibrahim

Apabila PAS kalah apa sahaja undang2 yang diluluskan dan diwartakan akan digantung perlaksanaannya seperti yang UMNO Terenggaau buat terhadap Enakmen Hudud Terengganu.

Hasilnya PAS pecah belah dan bergaduh sama sendiri dan Pakatan Rakyat berpecah. 

Sejarah 1986 dan 2004 mengajar kita apabila PAS kalah teruk, segala bentuk Islam yang dicaddangkan akan hilang ditelan masa. Hudud ke mana, Islam ke mana, maksiat berleluasa.

Kita boleh sama kan NIk Amar, Mat Yaakob, Harun Din dan sebagainya sama seperti orang2 munafiq di Madinah yang bina Masjid Dhirar sebelah MAsjid Quba.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

DARI TAFSIR IBNU KATSIR: ada seorang Kristian bernama "Abu `Amir Ar-Rahib yang telah melarikan diri ke Mekah dan mengisytiharkan peperangan kepada NAbi SAW. Beliau asalnya telah menganut Islam dari agama Kristian kemudiannya murtad dan menyertai kaum Musyrikin untuk menjatuhkan Islam.


Setelah peperangan Uhud beliau telah mengadap Maharaja ROm Heraklius untuk meminta pertolongan dlm memerangi Islam. Akhirnya Maharaja Heraklius telah menghantar arahan kepada agen2 Rom di Madinah untuk menyediakan tapak bagi menjatuhkan MAdinah dan Kerajaan Islam. Lantaran dari itu, agen2 ROm ini telah membina sebuah masjid di sebelah Masjid Quba. Sebelum Nabi SAW pergi ke Tabuk puak2 Munafik telah menjemput Nabi SAW bersolat di Masjid tersebut. Nabi SAW telah menolak dengan berkata " Saya sedang dalam perjalanan untuk bermusafir mungkin nanti bila saya pulang"

Sewaktu dlm perjalanan pulang dari Tabuk, Jibril turun kepada Nabi SAW dan memberitahu bahawa Masjid Dhirar binaan kaum Munafiq itu telah menyebabkan perpecahan serta perseteruan di antara kaum Muslimin. Lantas, sehari atau dua hari sebelum Nabi SAW sampai ke Madinah, Baginda mengarahkan beberapa orang Sahabat pergi dulu ke Madinah dan meruntuhkan Masjid tersebut.


4 comments:

Anonymous said...

Kejap Hudud PAS, kejap hudud UMNO, mana satu ni???

Hudud DAP bila lagi??

Anonymous said...

PAS terima ujian yg hebat.Sayangnya tiada geng ulama yg ajak buat solat hajat perdana mohon pd Allah utk beri petunjuk cara nak selesai masalah.Nampaknya mereka pun sudah dipengaruhi dunia

Anonymous said...

Hudud UMNO pulak? Tak habis habislah ko ni bhai..PAS lah puncanya hudud nak salahkan orang lain..Dulu berdegar degar kata hukum Islam..teruskan ye..

Bhai, ko tak tulis pasal Mat Sabu...sonyap aje dia..Lembu Kenyang gelaran penulis di Tranung Kite

Anonymous said...

Apa orang yang beriman akan buat bila ada munafik kencing atas muka dia?
A. Jika munafik itu Melayu Islam dia minta dikencingkan lagi lain kali.
B. Minta orang kafir bersihkan kencing si munafik.
C. Balik rumah mengadu ke mak dan ayah..jika mak ayah dan meninggal..mengadu ke ipar duai sanak sedara.
D. Doa laknat dan solat hajat kepada si munafik yang kencing dan anggap kencing ini ketentuan Allah.
E. Tak buat apa2. Diam dan hidu je la bau hancing kencing munafik tersebar satu alam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.