Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, August 24, 2015

Mustafa Ali Agen UMNO Dalam PAS?

Tulisan Zin Mahmud yang terbaru berkenaan lawatan beliau kepada sahabat beliau yang sedang sakit, Ahmad Lutfi Othman.

Mengikut Ahmad Lutfi kecenderongan Haji Hadi Awang kepada UMNO sudah bermula sejak tahun 1998 lagi.

Kalau sejak 1998 lagi Hadi sudah cenderung kepada UMNO bermaksud ada dalang dalam PAS yang menjadi alat UMNO yang memberi nasihat dan tunjuk ajar kpada Presiden PAS supaya bertindak ke arah menyelamatkan PAS.

Tugas beliau memastikan PAS lemah dan sentiasa terkebelakang dari UMNO. Memastikan UMNO sentiasa akan menang dan gemilang.

Tahun 1998 adalah tahun di mana UMNO berada dlm keadaan yang amat lemah. Orang2 Melayu telah bersedia utk berubah dan membuang UMNO. Mana mungkin di saat itu, tiba2 Hadi Awang boleh menjadi cenderung semula kepada UMNO?

Sesiapa yang lama dalam PAS akan tahu bahawa penasihat politik paling rapat dengan Hadi Awang adalah Mustafa Ali.

Dlm kes ini, saya mengesyaki bahawa Mustafa Ali adalah agen UMNO di dalam PAS.

Mustafa Ali pernah menjadi Timbalan Menteri dan antara penyokong kuat kerjasama PAS-UMNO dlm tahun 1972. Ini bererti beliau ada hubungan terus dgn aparat2 kerajaan Malaysia.

Beliau juga terkenal berideologi nasionalisma Melayu berbanding Islam. Banyak ucapan2 beliau menampakkan beliau lebih nasionalis berbanding Islam.

Diberitahu oleh kawan2 di Terengganu bahawa majoritas kaum keluarga beliau adalah penyokong dan pendokong UMNO di Terengganu hatta selepas Anwar di pecat.

MAlahan ada pengkaji2 sejarah PAS juga menyatakan beliau adalah agen UMNO.

TIdak kah saudara/ri hairan mengapa Mustafa Ali boleh terus kekal memegang jawatan penting dalam PAS walaupun beliau terpalit skandal video seks yang mana video tersebut jelas, terang, warna warni. lengkap berbunyi dan bersuara.

Hasil siasatan dalaman PAS pun tidak memberikan apa2 sedangkan sudah lebih dua tahun.

Sepatutnya seseorang yang dibawah siasatan utk kes seperti ini dlm sebuah parti Islam harus digantung jawatan sehingga selesai siasatan.
Tetapi tidak dgn Mustafa Ali.
.
Beliau mendapat perlindungan istimewa dari Presiden.

Di saat beliau terpalit itu beliau adalah sangat berpengaruh dalam menentukan siapa yang jadi calon dlm PRU 2013.

Misalnya utk DUN Paya Jaras, nama asal yg sepatutnya menjadi calon adalah orang lain. Tetapi ditukar oleh beliau kepada Khairuddin Othman di saat akhir.

Fikirlah saudara bagaimana seorang sebegini boleh menjadi begitu kebal dalam PAS?????


TULANG BESI
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniKecenderungan Hadi kepada Umno mula dikesan sejak 1998 – Zin Mahmud

Published: 20 August 2015 11:30 AM

Diari. Semalam aku menziarahi Ahmad Lutfi Othman, bekas ketua pengarang Harakah bersama adikku Azhar. Beliau agak lemah tetapi masih bersemangat untuk bercerita. Beliau berasa mual kerana keadaan buah pinggangnya. Aku faham apa yang dilaluinya.

Setelah bercerita mengenai kesihatan, kami berbual mengenai politik. Apa yang berlaku dalam PAS dan munculnya GHB bukanlah ada perancangan daripada kedua-dua pihak yang bertelagah. Ia berlaku dengan kebetulan di mana satu keadaan membawa keadaan yang lain.

Memang perpecahan ini menyukarkan kedua-dua belah pihak kerana perpecahan ini masuk ke dalam.

Semuanya kena berhati-hati dan menjaga hati. Antara sahabat handai memanglah. Apatah lagi sanak saudara. Adik beradik pun begitu. Malah suami isteri. Juga anak dengan mertua. Bapa dengan menantu. Perpecahan ini memang mendalam dan menyakitkan.

Daripada kes yang diceritakan, aku dapat menyimpulkan perpecahan PAS ini adalah paling besar dalam sejarah politik negara. Umno yang pernah berpecah pun tidak mengalami keadaan begini.

Ada orang berpendapat perubahan haluan yang ditunjukkan Ustaz Hadi Awang menyerlahkan bibitnya sejak pilihan raya umum pada 1998 lagi.

Sejak itu beliau mula mahu berbaik dengan Umno, cuma keadaan tidak mengizinkan. Ada orang berpandangan perubahan haluannya kepada perpaduan Umno-PAS adalah tindakannya untuk menebus kesilapannya memecahkan orang Islam dengan seruan kafir mengkafir dalam perjuangannya menentang sekularisme pada awal 1980-an.

Tetapi bagi aku legasi Ustaz Hadi ialah memecahkan sebuah parti Islam dan gerakan Islam besar di negara ini. Selain daripada menjadi pemecah pakatan antara parti pelbagai kaum yang hampir merealisasikan amalan sistem 2 parti.

Di sebalik itu, aku juga rasa ada kompleks rendah diri atau inferior complex di kalangan para ulama yang mendapati diri mereka tidak dapat muncul sebagai golongan yang boleh menjadi pemimpin dalam dunia sekular ini.

Dalam Umno, mereka hanya dapat berada sebagai pihak yang menjaga hal ehwal agama atau berada dalam kedudukan untuk mempertahankan pemimpin kanan mereka.

Dalam PAS pula mereka bergantung pada aktivis daripada latar belakang profesional atau golongan bukan ulama. Malah apabila berlaku penyingkiran golongan yang dipanggil profesional ini pun, ulama PAS daripada Harun Din di atas terpaksa mendapatkan Umno sebagai pemimpin mereka.

Adakah sistem pendidikan Islam baik dari dalam negeri mahupun di luar negeri seperti di Mesir, Jordan dan Arab Saudi, dengan Syria dan Yaman habis terbakar tidak dapat melahirkan ulama yang boleh mampu muncul sebagai pemimpin negara, bukan saja memimpin umat Islam tetapi memimpin rakyat berbilang agama?

Maka pemimpin terpaksa diambil juga daripada kalangan pendidikan konvensional seperti undang-undang, kejuruteraan, sains sosial, perubatan dan sains alam.

Justeru tidak hairanlah aktivis IRC/JIM/Ikram yang banyak terdiri daripada kalangan profesional berasa lebih selesa untuk berada dalam GHB berbanding masa mereka dalam PAS. Harap harap semuanya baik kelak. – 20 Ogos, 2015.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.




7 comments:

Anonymous said...

Mokhtar Senik agen mana?

tanya sama itu hud hud said...

Kes stopa ali seleweng duit harakah pun sunyi sepi.
Pelik gak..

tanya sama itu hud hud said...

Moktar senik agen kawen lari..
Hahaha

Anonymous said...

Stopa ali * moktar senik* nik amar*nik abduh*harun din * dan byk lagi ngapo jadi ghini.

Anonymous said...

Saya bekas pemuda Trg setuju dgn pandangan ni . masa Pas perintah Trg Mustaffa Ali byk bagi balak pada pemimpin Umno . begitu juga kerja kontrik . Tahi boleh ke Pas . Pas miskin mohon derma sokmo dgn ahli . pemimpin kaya raya . semua tu penipu guna ayat Quran
Mustaffa Ali dan kroninya dan keluarga dia dn isteri kaya brrr

Anonymous said...

Duit koperasi Kohilal bukan dia yg urus . ulamak sebagai penasihat berdosa x lesapkan duit saham koperasi Islam . nama indah perbuatan syaitan

a sabri mujahid said...

Muka stopa ali kalau pon dia bukan siapa2 tp klu tejumpe di mana2 dan dia mula cerita itu ini susah nk bg konfiden dgn cerita dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.