Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, September 3, 2015

BAIAAH WAKIL2 RAKYAT PAS ADALAH SAH TAPI TELAH DIBATAL OLEH PRESIDEN

Sumpah Baiaah yg diungkapkan oleh beberapa wakil2 rakyat PAS sebenarnya bukan tidak sah.

Ianya sah dari segi syariah.

Cumanya, ia telah terbatal kerana Presiden sendiri mengizinkan mereka keluar PAS dan menubuh parti sendiri.

Dalam satu taklimat di Rusila, Presiden PAS telah berkata dengan jelas:


"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam."

Suruhan Presiden PAS ini sudah cukup menjadi asas pembatalan baiaah taklik yang menjadi isu sekarang ini.

Juga, gengan kenyataan di bawah ini sudah cukup membawa cukup syak untuk membatalkan baiaah tersebut dalam mana2 mahkamah syariah.

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini






Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar golongan yang berselisih pendapat dalam PAS agar keluar parti untuk menubuhkan gerakan sendiri.

Dengan nada berseloroh, beliau mengumpamakan golongan tersebut sebagai pengacau seperti nyamuk yang mengganggu tidur.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam.

"Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila,” katanya seperti dipetik dalam laporan lidah parti itu, Harakahdaily hari ini.

Beliau dilaporkan berkata demikian ketia dalam satu program taklimat di Marang, Terengganu semalam.

Menurut laporan itu Hadi turut ditanya mengenai ura-ura penubuhan parti baru dengan nama Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Hadi bagaimanapun berkata beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

Jemput Tengku Razaleigh

Sementara itu, satu video ucapannya dalam program tersebut menunjukkan Hadi turut membangkitkan mengenai beberapa krisis yang dihadapi PAS,

Namun, parti itu tetap berjaya bertahan walau para pemimpin utamanya keluar parti, kata Hadi.

Jelasnya, presiden PAS bertindak keluar parti sejurus sebelum pilihan raya umum 1955, dan pada tahun 1960-an pula setiausaha agungnya berundur dari parti tersebut.

Pada tahun 1978, seramai tujuh hingga lapan orang jawatankuasa pusat meninggalkan parti itu, katanya yang menambah, parti itu tetap utuh.

Hadi juga ditanya mengenai hasrat parti itu yang didakwa lebih cenderung memilih veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menjadi perdana menteri, dan bukannya Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum lalu.

Beliau menjawab, PKR dan DAP terlebih dahulu menjemput Tengku Razaleigh menyertai parti berkenaan, namun kerabat istana Kelantan itu enggan berbuat demikian.

Seterusnya, PAS memujuk beliau menyertai parti tersebut, namun beliau tetap enggan, katanya.

Hadi bagaimanapun tidak menyebut mengenai peranan Tengku Razaleigh sebagai calon yang berpotensi dilantik sebagai perdana menteri.

Ucapan dalam program taklimat bersama penyokong PAS di Marang itu dimuatkan di Youtube.

2 comments:

Malaysiabaru said...

Kelam.kabut puak pembangkang nih

Ana cadangkan

PERKASA DI DAFTAR SEBAGAI PARTY POLITIK

Dan wujudkan PAKATAN 3.0

DAP AMANAH PERKASA

Lawan vs

PKR PAS UMNO + Mahathir
(pakatan 2.0)

Silapkah Ana mencadangkan demikian ?

Anonymous said...

Talaq 3

Sahih Muslim: Book of Divorce

3491: Ibn 'Abbas (Allah be pleased with them) reported that the (pronouncement) of three divorces during the lifetime of Allah's Messenger (sallAllaahu alayhi wa sallam) and that of Abu Bakr and two years of the caliphate of Umar (Allah be pleased with him) (was treated) as one. But Umar b. Khattab (Allah be pleased with him) said: Verily the people have begun to hasten in the matter in which they are required to observe respite. So if we had imposed this upon them, and he imposed it upon them.

3492: Abu Sahba' said to Ibn 'Abbas (Allah be pleased with them): Do you know that three (divorces) were treated as one during the lifetime of Allah's Prophet (sallAllaahu alayhi wa sallam), and that of Abu Bakr, and during three (years) of the caliphate of Umar (Allah be pleased with him)? Ibn Abbas (Allah be pleased with them) said: Yes.

3493: Abu al-Sahba' said to Ibn 'Abbas: Enlighten us with your information whether the three divorces (pronounced at one and the same time) were not treated as one during the lifetime of Allah's Messenger (sallAllaahu alayhi wa sallam) and Abu Bakr. He said: It was in fact so, but when during the caliphate of 'Umar (Allah be pleased with him) people began to pronounce divorce frequently, he allowed them to do so (to treat pronouncements of three divorces in a single breath as one).

Jelas bhw talaq 3 sekaligus ini adalah sunnah umar; bukan sunnah Rasulullah saw dan juga bukan sunnah abu bakar.

Allah swt berfirman sekiranya telah ada hukum utk sesuatu perkara, umat tidak boleh mengadakan hukum yg baru.

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." (a-Ahzab:36)

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” (an-Nisa': 59)

Pilihlah – nak ikut sunnah Rasul-Nya atau sunnah orang lain?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.