Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, September 13, 2015

PKR Berhajat Mahu Bunuh Diri Berhubungan Dengan PAS

Malaysianinsider melaporkan:



Mengapa saya kata idea PKR ni tidak berfaedah dan membuang waktu.

Pertama, di waktu PKR hendak bincang dgn PAS pasal pakatan yang baru, PAS juga telah pun mengadakan talian rundingan dgn UMNO.

PAS sudah pun ada talian rasmi dengan UMNO pada masa ini dan boleh berbincang serta berkomunikasi dengan UMNO pada bila-bila masa.

Apa sahaja tawaran PKR boleh dibawa oleh PAS kepada UMNO untuk "counter offer".

Sejauh manakah PKR mampu memberti tawaran yang mana UMNO tidak mampu memberi yang sama atau lebih lagi?

Bagi Tulang Besi@Malaysiawaves ni semua kes terhutang budi sebab dapat jadi MB.

Takda kena mengena dengan agenda hendak menjatuhkan Najib atau BN ataupun hendak menyatukan pembangkang.

PAS SUDAH BUKAN PEMBANGKANG LAGI.

PAS adalah partai pro UMNO.

Mustahil kita boleh gulingkan BN tetapi pada waktu yg sama bekerjasama dengan agen BN (yakni PAS)

Kalau nak buat plan pun biarlah yang masuk akal sikit.

Satu2 nya pilihan yang ada adalah melemahkan PAS ke tahap yang paling lemah.

Ini tidak akan berlaku selagi PAS duduk dalam kerajaan negeri Selangor.

Kalau rancangan ini tidak mahu dipersetujui PKR, maka PRu14 nanti PAS akan kekal kuat dan akan memastikan PKR serta parti2 lain kalah dlm pertandingan 3 penjuru.

Kesimpulannya, perancangan PKR ini perancangan untuk membunuh diri.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

PKR bertemu PAS esok, bincang Pakatan Rakyat 2.0

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Published: 13 September 2015 2:27 PM

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bercakap kepada media ketika menghadiri Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Pandan, Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 13 September, 2015.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bercakap kepada media ketika menghadiri Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Pandan, Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 13 September, 2015.


PKR dijangka bakal bertemu wakil PAS esok bagi membincangkan kemungkinan kerjasama yang akan dilaksanakan pembangkang untuk menubuhkan Pakatan Rakat 2.0, kata Rafizi Ramli.
Setiausaha agung PKR itu berkata, usaha yang dilakukan presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut dilakukan bersama parti pembangkang lain termasuk Parti Amanah Negara (Amanah)

"Presiden kami sudah memulakan proses duduk berbincang dengan setiap pihak.



"Kami duduk dan berbincang dengan Amanah, pada Rabu dan akan berjumpa PAS esok, tapi DAP belum lagi, jemputan sudah diberikan," katanya kepada pemberita, selepas menghadiri Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Ampang, Selangor hari ini.
Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan berkata, pertemuan itu akan berlangsung di Ibu Pejabat PKR pada jam 2.30 petang.

"PKR ada beban kami perlu satukan semua pihak, sejak mula saya rasa PAS akan sukar untuk sertai, tetapi tidak bermakna kita perlu keluarkan mereka daripada proses," katanya.

Meskipun mengakui terdapat kesukaran untuk merealisasikan perkara itu, Rafizi berkata, setiap parti pembangkang perlu sedar matlamat utama mereka adalah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Bukan tugas mudah untuk satukan dua pihak yang berbeza, tetapi apa yang penting ialah lawan BN.

"Akhirnya, menewaskan BN adalah kunci segalanya," katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dimaklumkan sama ada pertemuan itu akan berlangsung bersama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau tidak.

"Saya tidak dimaklumkan Hadi akan hadir, ini pertemuan kedua, sebelum ini dalam mesyuarat pertama diwakili timbalan presiden PAS (Datuk) Tuan Ibrahim (Tuan Man)," katanya, dan menambah, kebiasaannya barisan kepimpinan tertinggi PKR, termasuk Dr Wan Azizah akan menghadiri pertemuan itu.

Katanya, hasil pertemuan itu berkemungkinan memberikan beberapa pilihan termasuk penyertaan semua parti pembangkang dalam PR 2.0.

"Tetapi bagi mereka yang ingin menyertai pakatan itu perlu mematuhi kerangka dan prinsipnya.

"Model selain itu adalah jika PAS tidak sertai, tidak berada dalam pakatan baru, akan ada kerjasama berkaitan urusan pilihan raya bagi memastikan tiada pertandingan antara pakatan baharu dan PAS," katanya. – 13 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-bertemu-pas-esok-bincang-pakatan-rakyat-2.0#sthash.258ea6tP.dpuf



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.