Setelah duduk sepentas dengan Dato Najib, Presiden PAS dengan agresif menafikan wujud gabungan antara PAS dan UMNO.
Presiden PAS memberi alasan yang wujud hanyalah "kerjasama politik" sahaja demi kebaikan dan manfaat rakyat Malaysia.
Tiada garis panduan serta tunjuk ajar yang jelas tentang bagaimana kerjasama ini akan berlaku.
Cuma kata2 yang umum sahaja.
Nampak sangat Presiden PAS tersepit.
Hati hendak bergabung tapi takut kerana ahli2 ramai tak boleh terima.
Kalau PAS mahu terus bekerjasama dengan UMNO, maka wajiblah PAS tarik diri dari pilihanraya.
Tak masuk akal, di satu segi PAS hendak bekerjasama tapi di sudut lain PAS mahu membuang UMNO dari kerajaan.
Ini alasan yang paling tidak masuk akal yang diberikan oleh Presiden PAS.
Seolah2 PAS hanyalah sebuah NGO yang tiada kecenderungan kepada mana-mana parti politik.
Padahalnya PAS terlibat dalam pilihanraya yang akan meletak calon di setiap kerusi yang UMNO tandingi.
PAS adalah LAWAN kepada UMNO dan bukannya PESAING.
Tujuan wujud nya PAS adalah membuang UMNO dari kerajaan dan mengganti tempat UMNO dalam kerajaan.
Jadinya, bagaimana PAS hendak bekerjasama dengan UMNO padahal wujudnya PAS adalah untuk membunuh UMNO?
Melainkan kalau selepas ini Presiden PAS mengumumkan PAS menjadi NGO, maka konsep kerjasama yang diutarakan Presiden PAS ini konsep yang gila dan tidak masuk akal.
Konsep kerjasama ini jauh dari realiti serta tidak berpijak di bumi yang nyata.
Tulang Besi berpendapat ianya hanyalah alasan dan sandirwara semata-mata untuk menutup hasrat sebenar Presiden yakni menjalin hubungan politik yang lebih jelas dengan UMNO.
Berhentilah mengkaburi mata penyokong dan ahli2 PAS, wahai Presiden PAS.
Bukan semua ahli2 PAS itu bodoh.
Rakyat Malaysia tidak akan menyokong parti Islam yang hendak bekerjasama dengan penyamun.
Dalam hudud di Kelantan pun UMNO dah mainkan PAS, apatah lagi dalam isu2 lain.
Presiden PAS ni jelas telah nyanyok dan mampu berfikir dgn waras.
TULANG BESI
Kalau betul PAS ini memperjuangkan Islam, sepatutnya mereka terus menerus menyerang UMNO sehingga UMNO diganti sebagai kerajaan.
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)