Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, April 23, 2015

Presiden PAS Sanggup PAS Kalah Demi Sokongan UMNO Terhadap Hudud

Presiden PAS dilaporkan berkata:




Soalnya sekarang, apakah asas keyakinan Haji Hadi Awang akan sokongan UMNO terhadap bil persendirian yang bakal beliau bentangkan di Parlimen?

Wujudkah keputusan MKT UMNO yang akan menyokong bil persendirian Haji Hadi Awang tersebut?

Wujudkah kenyataan rasmi Presiden UMNO bahawa ahli2 PArlimen UMNO akan menyokong bil persendirian Haji Hadi tersebut?

Asalnya UMNO telah berjanji bawaha merekalah yang akan meminda Akta 355 tapi akhirnya mereka mungkir.

Kami ahli2 PAS tersangat hendak tahu.

TULANG BESI

ps Haji Hadi juga dilaporkan sanggup lihat PAS kalah piliharanya demi sokongan UMNO terhadap hudud. Ia bermakna Haji Hadi mahu mengulangi apa yang beliau telah lakukan di Terengganu pada tahun 2004. Malangnya selepas PAS kalah di Terengganu tiada hudud terlaksana di Terengganu sama sekali.



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Monday, April 20, 2015

Kempen Sabotaj Calon PKR Permatang Pauh Sedang Giat Berjalan

Mengikut kaum keluarga Tulang Besi di Permatang Pauh, jentera PAS Kawasan sedang giat berkempen kepada ahli2 PAS supaya jangan mengundi PKR.

Keluarga Tulang Besi ini sudah mengundi di Permatang Pauh sejak zaman Haji Zabidi lagi.

Kempen dilakukan rumah ke rumah dan mereka dtg bertemu dgn kaum keluarga Tulang Besi sendiri
Minta pimpinan2 PAS Pusat ambil perhatian di atas perkara ini dan memberhentikan sabotaj yang sedang berjalan giat di Permatang Pauh.

Jikalau yg beri report ini bukan kaum keluarga Tulang Besi nescaya Tulang Besi tidak akan memperdulikan khabar ini.

Takkanlah keluarga Tulang Besi di Permatang Pauh hendak berbohong dengan Tulang Besi

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Sunday, April 19, 2015

Bakal Ketua Dewan Ulama PAS Pro Syiah??? (Bukti Bergambar)

Buku ini Tulang Besi pernah baca beberapa tahun lepas. Selepas membaca buku ini Tulang Besi beranggapan penulis buku ini membelas aqidah dan fahaman Syiah

Sebagai meraikan fitnah kaum UG terhadap Abang Mat Sabu yang dituduh menganut aqidah Syiah Imamiah, izinkan saya membawa buku di bawah.

Bakal Ketua Dewan Ulama PAS, Dr Mahfodz Mohamed pernah menterjemahkan buku yg membela Aqidah Syiah ke dalam Bahasa Melayu.

Contoh buku tersebut adalah seperti di bawah.

Sebusuk2 kamu serang Abang Mat Sabu, tak pernah Abang Mat Sabu mempromosi bahan2 tulisan dari Syiah seperti Dr Mahfodz buat.

Selepas ini Ustaz Ahmad Awang juga akan diulang fitnah lama kononnya beliau adalah Syiah.

Tengok lah nanti








TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Saturday, April 18, 2015

Politik PAS Yg DiKejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran

Maaf cakap

Hala tuju PAS sekarang ini boleh disimpulkan dengan pepatah ini:

"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"

Yang Dikejar : Hudud dan Negara Islam

Yang dikendong tapi berciciran:  Pakatan Rakyat dan Putrajaya

Akhir sekali: "Masuk Angin Keluar Asap"

Bila dah masuk gaung, guna alasan standard:

"Biar kalah asalkan Allah SWT redha"

Macam awak tu boleh bercakap dengan Allah terus nak tau Allah redha ke tidak.

Natijah terakhir:

Kuasa Hilang, Hudud Dicampak, Negara Islam Di Kubur, PAS Dikambus

Ini bukan petanda keredhaan Allah SWT.

Percayalah

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Monday, April 13, 2015

UMNO Meraikan Kekalahan Nizar Jamaluddin di Kampar

Utusan Malaysia amat berbesar hati dengan kekalahan Nizar.

Punyalah gembira sampai masuk muka depan Utusan Malaysia.

Utusan adalah lidah UMNO.

Kalau Utusan berkata begitu maka itulah sikap UMNO.

Tahniah kepada ahli2 PAS Kampar dan Tambun kerana membawa kegembiraan tidak terhingga kepada UMNO terutama UMNO Perak.



TULANG BESI

ps Apabila PAS ditendang dari Pakatan Rakyat nanti, pasti ulama2 dlm PAS ini akan membawa PAS menjalin persefahaman serta hubungan dgn UMNO.

Namun pada masa itu pasti UMNO akan menolak tangan yang dihulur oleh PAS kerana pada masa itu UMNO tidak perlu lagi kerjasama dari PAS.

Maka, pada masa itu PAS akan jadi sampah dan bahan buangan semata-mata.
Ke hulu tak boleh ke hilir orang tak terima.

Lepas tu jadi kera sumbang la PAS

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, April 7, 2015

Sokong Hadi kerana Hudud Atau Mungkir Janji?

Sesungguhnya Allah SWT memasyhurkan bahwa Rasul SAW menepati janji beribu tahun sebelum Nabi SAW lahir ke dunia.

Sewaktu Abu Sufyan bertemu Raja Rom, Heraklius, antara soalan yang ditanya oleh Raja Rom kepada Abu Sufyan adalah adakah Muhammad itu sifatnya menepati janji.

Ini kerana sifat Rasul akhir Zaman yakni Muhammad telah diperkatakan oleh Allah SWT dalam semua kitab yg diturunkan sebelum Al Quran yakni Injil, Zabur, Taurat dan banyak lagi.

Makanya, seorang pejuang Islam tidak boleh mungkir janji.

Lim Kit Siang marah dengan Presiden PAS bukan kerana hudud sangat tetapi kerana Haji Hadi mungkir janji kepada mereka.

Haji Hadi telah berjanji untuk membentangkan Bil Hudud itu kepada Majlis Presiden PR sebelum dibentang di Parlimen.

Pada hari Selasa hari ini, tiba2 bil tersebut telah pun dihantar pada Speaker untuk dibentang kepada Parlimen.

Kalaupun hendak di bulldoze juga, bentanglah dlm Majlis Presiden dulu.

Penuhi janji dulu.

Inikah yang hendak diperjuangkan oleh puak2 pro ulama dalam PAS?

Memperjuangkan kemungkiran janji Presiden?

Inikah perjuangan yang akan diberkati Allah SWT?

Lepas ni nak join UMNO pula kah?

Adakah ulama2 dlm PAS tak perlu lagi berpegang dengan janji.

Adakah ulama2 dalam PAS maksum? Terlepas dari hukum hakam dan dosa?

TULANG BESI

ps Selepas perjanjian Hudabiyyah, seorang sahabat bernama Abu Jindal berjaya melarikan diri dari penjara Mekah.

Setelah sampai di Madinah, dlm keadaan Rasul SAW nampak sendiri kesan2 siksa di badan dan muka Abu Jindal, Baginda tetap memulangkan Abu Jindal ke Mekah.

Semua kerana janji.


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Friday, April 3, 2015

TMB KELANTAN TAK HIRAU DITIPU UMNO


DEMI HUDUD KENA TIPU PUN TAKPA

Dlm ucapan beliau di Majlis Penerangan Hudud di PUTIK beberapa hari lepas, Ustaz Nik Amar berkata:

"Masaalah nya kalau UMNO nak tipu kita nak buat guano (macamana)"?

Dlm ucapan ni Nik Amar menyamakan tindakan percaya cakap UMNO sama mcm meniaga.

Dia kata meniaga ni ada kala rugi ada kala untung.

Rasanya sesiapa yang meniaga pun kalau dia tau barang dia jual tu akan rugi dia takkan bodoh nak keluar duit untuk menjual barang tu.

Hanya peniaga2 yang sewel je yang akan berbuat begitu.

Dalam kes UMNO ni kita dah tau UMNO akan menipu. Kita tau UMNO 100% akan menipu dlm kes hudud.

Masakan mereka nak buat hudud sedangkan mereka baru sahaja menghina dan menghinjak hukum Qazaf.

Sila dengar sendiri kebodohan Nik Amar Timbalan MB Kelantan di bawah ini:


video


TULANG BESI
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.



Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, April 1, 2015

GST Walaupun Malaysia Negara Lautan Cukai?

Apakah sebabnya Malaysia perlu kepada GST?

Malaysia sudah pun mengenakan cukai kepada pengilang, pengimport, penjual dan penborong.

Cukai2 seperti duti eksais, duti import, cukai korporat (25%), "WITHHOLDING TAX", Duti setem, Cukai jualan, kos perlesenan dan sebagainya dikenakan oleh Kerajaan Pusat kepada pengilang, pengimport, pemborong dan penjual.

Kerajaan Negeri dan Tempatan pula mengenakan lesen perniagaan, lesen premis, cukai tanah dsbnya.

Di samping itu kerajaan juga mengenakan cukai pendapatan kepada individu2 yg berpendapatan agak tinggi.

Kesan dari cukai2 ini dipindah kepada para pembeli dalam bentuk harga barang yang mahal.

Makanya, dgn bebanan cukai yang sebegitu banyak, kerajaan UMNO/BN sekarang ini mengenakan pula GST.

Maknanya, setiap barang yang kita beli terdapat sekurang2 nya lima atau enam cukai yang telah dikenakan sebelum GST dikenakan.
Rakyat Malaysia terus menerus ditipu oleh BN.

Haji Hadi dan geng ulama pula membantu BN memudahkan kezaliman ini dengan menaikkan isu hudud yang UMNO tidak pernah mahu membantu perlaksanaannya pun.

Di negara2 lain, walaupun GST dikenakan tapi cukai korporat dan cukai kepada pemborong dan pengeluar diturunkan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pengeluaran.

DI Malaysia tak macam tu sbb tugas UMNO hanya cari duit untuk mengkayakan kroni.

Tahniah kerana mengundi BN

TULANG BESI

cc Sila lihat senarai harga kereta Proton di bawah. Segala cukai kita rakyat Malaysia sudah pun kena bayar. Sekarang kena bayarrr laagi dlm bentuk GST

KLIK IMEJ
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

BEBERAPA MAKLUMAT BERKENAAN HUDUD DAN PAS 1 April 2015

Di bawah adalah beberapa maklumat berkenaan hudud Kelantan yang Tulang Besi dapat dari orang dalam PAS

1) Kalu ikut maklumat kawan ana, jamil khir kata dia nak pinda kpd 39 rotan shj, skrg dah jadi lain sebab pindaan akta 355 tu akan dikemukakan oleh Pas sbg private bill. 
2) Kalu ikut Nik Amar dan Hadi, dia kata nak pinda kepada 100 rotan, tp kalu ikut dr fadhli kata nak pinda kpd mengikut hukum syarak 
3) Ekjs ii 2015 tidak dibentang di parlimen, yg nak dibentang ialah cadangan pindaan akta mahkamah syariah 1965 (akta 355), jika pindaan akta ini diluluskan, iaitu menambah jumlah hukuman sebat drp 6 rotan kpd 100 rotan, maka sebahagian drp ekjs ii 2015 yg melibatkan kesalahan zina, minum arak dan qazaf boleh dijalankan mengikut hukum hudud. 
4) Kesalahan2 ini boleh dibicarakan di mahkamah syariah sebab tidak ada undang2 persekutuan yg menganggap ianya sbg salah

KESIMPULAN

1) Kalau pindaan dibuat yg dikehendaki Nik amar dan Haji Hadi, maka UMNO tak perlu sokong kerana ia bukan versi yg dipersetujui bersama
2) Katalah PMB Haji Hadi berjaya diluluskan namun keseluruhan hudud masih belum boleh dilaksana i.e. potong tangan, rejam, salib dan pancung.
3) Tapi tanpa sokongan UMNO pmb Haji Hadi itu hanya mampu mendpaat undi 22 sahaja.
4) Namun pindaan Akta 355 masih memerlukan sokongan dari Kabinet untuk mendapat pengecualian dari Jadual 9 Perkara 4 yakni pengecualian dari meminda Perlembagaan

MAKLUMAT TAMBAHAN

Sebenarnya tahun lepas lagi Tulang Besi dah wassap pada salah seorang Exco Kelantan bahawa hudud ni adalah perangkap UMNO.

Tulang Besi kata jangan teruskan rancangan hudud ni kerana akhirnya takkan dapat juga laksana hudud tersebut.

Tulang Besi bukan stkt menulis di FB dan blog sahaja tapi bagitau terus.

Cuma Tulang Besi tak nak bagitau sapa exco tu takut Nik Amar pecat dia.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.