Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, September 22, 2015

Penubuhan Pakatan Harapan Jadikan PAS Parti kerA Sumbang


Hampir2 Pakatan Harapan tidak berjaya ditubuhkan. Boleh dikatakan setelah hampir 3/4 sessi berjalan, tidak dapat dipersetujui cadangan penubuhan Pakatan baru. Keadaan di waktu itu  mengarah kepada ketiadaan penubuhan sebuah pakatan pembangkang yg baru.


Ia disebabkan beberapa pimpinan PKR yg hadir begitu kuat mahukan PAS bersama Pakatan ini sebelum boleh diisytiharkan sebagai rasmi.
Tulang Besi@Malaysiawaves kenal siapa yg lantang bersuara menyokong PAS itu. Antaranya adalah Tian Chua dan Latifah Koya serta Surendran.

Namun, di saat segala harapan hampir pupus, berucaplah seorang yg bernama Dr Hatta Ramli.

Dengan nada selamba dan tenang beliau berucap panjang lebar dan berjaya mematahkan hujjah2 mereka yang tersangat pro PAS mcm Latifah Koya dan Tian Chua itu.

Hasil dari ucapan selamba Dr Hatta, maka akhirnya tundukan semua yang hadzir.

Akhirnya keputusan tercapai dan tertubuhlah Pakatan HArapan.

PAS telah rasmi menjadi Parti kerA Sumbang.

SYABAS DI ATAS PENUBUHAN PAKATAN HARAPAN.

TULANG BESI

ps Kak Wan dipuji dengan skill beliau mengendali mesyuarat. Liew Chin Tong dan Rafizi Ramli dipuji kerana mampu memberi fakta2 serta argument yg solid dan kukuh.



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, September 15, 2015

SIMULASI RAFIZI RAMLI TEMPANG!!!!!!!

Rafizi Ramli dilaporkan berkata PKR telah membuat simulasi dengan PAS bertanding tiga penjuru.

Hasilnya PKR hilang banyak kerusi Parlimen serta Amanah cuma menang satu.

Saya ingin memberitahu simulasi PKR/Rafizi Ramli itu tidak tepat dan jauh dari sasaran.

Mengapa?

Kerana simulasi tersebut dilakukan dlm keadaan para responden pengundi Melayu menganggap PAS masih boleh menang kerusi dan membentuk kerajaan.

Apabila PAS tidak ada dlm PR2.0 kelak dan menjadi partai kera sumbang, maka tahap sokongan kepada mereka akan menurun dengan begitu rendah sekali.

Ini kerana umat Melayu tidak suka mengundi partai yang mereka tau akan kalah terutama di Pantai Barat.

PENGAJARAN DARI PRU 1986

Kali terakhir PAS bertanding sendirian tahun 1986, PAS hilang deposit di majoritas kerusi di Pantai Barat dan kalah di semua kerusi.

PAS hanya mampu menang beberapa kerusi di PAntai Timur dan Utara Kedah sahaja kerana di kawasan2 tersebut persepsinya adalah PAS mampu menubuhkan kerajaan.

Pada tahun 1986, kalau diikutkan di Pantai Timur dan Kawasan Utara PAS mampu mendapat purata 30-40% undi. Tapi melangkah sahaja ke Pahang dan Perak, undi Melayu yg PAS dapat menurun begitu rendah sehingga rata2 PAS hilang deposit ataupun sipi2 nak hilang deposit.

PENGUNDI PEMBANGKANG LEBIH BENCI BN DARI SAYANG PAS

Lagi satu faktor Rafizi Ramli terlupa untuk ambil kira adalah kebencian pengundi2 Melayu pembangkang kepada BN.

Di semua kerusi yg berlaku tiga penjuru di Pantai Barat, hanya Kota Damansara sahaja yang PAS mampu mempengaruhi keputusan sebagai calon ketiga.
Di kerusi2 lain, PAS hilang deposit atau PKR juga hilang deposit di Terengganu.

Di Kota Damansara faktor sebenar adalah di saat akhir disebarkan khabar kononnya Dr Nasir telah menarik diri dan hanya PAS sahaja mewakili PR.

Hasilnya ramai di Kota Damansara yg telah mengundi PAS marah dengan PAS. Mereka ditipu oleh jentera2 PAS dengan dakwaan PKR telah menarik diri.

Kalau org2 Din Ayam tidak menipu nescaya PKR mampu menawan kerusi Kota Damansara.

Atas sebab ini jugalah pengundi2 PAS keluar beramai2 di PRK Permatang Pauh walaupun telah ada arahan tidak rasmi dari Presiden untuk memboikot Wan Azizah Wan Ismail.

ORANG MELAYU RATA2 TIDAK SEDAR PAS SUDAH JADI PARTAI KERA SUMBANG

Orang Melayu sekarang ini rata2 tidak sedar PAS telah menjadi partai kera sumbang.

Mereka masih ingat PAS sebahagian dari Pakatan Rakyat serta mampu memenangi kerusi dan membentuk kerajaan.

Apabila tertubuh sahaja PR2,0 maka org2 Melayu akan mula sedar PAS sudah hilang "releven" dan hanya menuju menjadi sebuah parti nyamuk. Di kala itu kita akan lihat penurunan sokongan yg begitu mencuram kepada PAS.

"WINNABILITY" FAKTOR TERBESAR MENENTUKAN HALA TUJU UNDI ORANG MELAYU

Faktor WINNABILITY adalah faktor terbesar menentukan hala tuju undi orang2 Melayu.

Kalau sesuatu parti itu jelas tidak boleh menang, maka pengundi2 Melayu lebih suka duduk rumah dan tidak keluar mengundi dari mengundi parti pembangkang.

Tidak ada budaya undi protes dalam sejarah orang Melayu. Orang Melayu hanya akan mengundi parti2 yang mereka anggap boleh menang dan membentuk kerajaan.

Atas sebab inilah simulasi Rafizi Ramli itu simulasi tempang dan tidak boleh dijadikan rujukan yg jitu.

Bak kata Augustine Paul, "its not relevant".

Lagipun pilihanraya lambat lagi. Masa 2 tahun adalah amat panjang dalam politik.

Banyak perubahan boleh dilakukan terutamanya dlm keadaan UMNO terus berpecah dan harga komoditi yang semakin rendah dan tidak nampak jalan akan naik dlm masa terdekat.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

PAS Sedang Mengagalkan PR2.0 Melalui PKR

UMNO sedar.

Sekiranya Pakatan Rakyat 2.0 tertubuh yg terdiri dari PKR, PAS dan DAP maka harapan mereka utk mendapat kembali 2/3 di Parlimen akan kekal meleset.

Mereka mungkin mampu kekal memerintah tapi dengan majoriti tipis.

Lebih2 lagi UMNO sendiri sedang berpecah belah dan berhiruk pikuk perang sesama sendiri.

Mujurlah ada PAS membantu UMNO meneruskan hayat mereka.

Makanya, UMNO perlu mengagalkan penubuhan PR2.0 dengan apa cara sekalipun.

Caranya adalah UMNO akan menggunakan PAS untuk mengagalkan penubuhan PR2.0 sekali lagi.

PAS akan memperintimkan hubungan dengan PKR sehingga ke tahap PKR akan merasa PAS sudah boleh dijadikan kawan semula.

Dan Azmin Ali akan lebih lebih lagi melobi supaya hubungan dgn PAS diutamakan berbanding partai2 lain kerana mahu menjaga kerusi MB Selangor beliau.

Akhir sekali PAS akan memberi syarat penyertaan mereka dlm PR2.0 haruslah tanpa Amanah.

Pada waktu yg sama Amanah dan DAP akan menolak penyertaan PAS ke dalam PR2.0 dengan tegas kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Akhirnya PKR akan mengambil keputusan utk kekal bersama PAS dan menolak bersama PR2.0.

Sekiranya PKR menyertai PR2.0 tahun ini mereka akan terpaksa memecat exco2 PAS dari kerajaan negeri Selangor. Ini bakal mengundang bahaya kepada jawatan MB Azmin Ali.

Kebersamaan dgn PAS adalah jauh lebih penting demi mengekalkan jawatan MB Azmin Ali dari kepentingan parti atau rakyat.

Natijahnya kelak penubuhan PR2.0 akan gagal dan UMNO akan mampu mendapat majoriti 2/3.

PRU 14 kelak akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru: BN vs PAS-PKR vs PR2.0

PAS pula di hari  penamaan calon mungkin akan mengisytharkan perpaduang mereka dengan UMNO dan tinggalah PKR terkontang kanting keseorangan.

TULANG BESI




www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Sunday, September 13, 2015

PKR Berhajat Mahu Bunuh Diri Berhubungan Dengan PAS

Malaysianinsider melaporkan:



Mengapa saya kata idea PKR ni tidak berfaedah dan membuang waktu.

Pertama, di waktu PKR hendak bincang dgn PAS pasal pakatan yang baru, PAS juga telah pun mengadakan talian rundingan dgn UMNO.

PAS sudah pun ada talian rasmi dengan UMNO pada masa ini dan boleh berbincang serta berkomunikasi dengan UMNO pada bila-bila masa.

Apa sahaja tawaran PKR boleh dibawa oleh PAS kepada UMNO untuk "counter offer".

Sejauh manakah PKR mampu memberti tawaran yang mana UMNO tidak mampu memberi yang sama atau lebih lagi?

Bagi Tulang Besi@Malaysiawaves ni semua kes terhutang budi sebab dapat jadi MB.

Takda kena mengena dengan agenda hendak menjatuhkan Najib atau BN ataupun hendak menyatukan pembangkang.

PAS SUDAH BUKAN PEMBANGKANG LAGI.

PAS adalah partai pro UMNO.

Mustahil kita boleh gulingkan BN tetapi pada waktu yg sama bekerjasama dengan agen BN (yakni PAS)

Kalau nak buat plan pun biarlah yang masuk akal sikit.

Satu2 nya pilihan yang ada adalah melemahkan PAS ke tahap yang paling lemah.

Ini tidak akan berlaku selagi PAS duduk dalam kerajaan negeri Selangor.

Kalau rancangan ini tidak mahu dipersetujui PKR, maka PRu14 nanti PAS akan kekal kuat dan akan memastikan PKR serta parti2 lain kalah dlm pertandingan 3 penjuru.

Kesimpulannya, perancangan PKR ini perancangan untuk membunuh diri.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

PKR bertemu PAS esok, bincang Pakatan Rakyat 2.0

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Published: 13 September 2015 2:27 PM

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bercakap kepada media ketika menghadiri Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Pandan, Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 13 September, 2015.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bercakap kepada media ketika menghadiri Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Pandan, Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 13 September, 2015.


PKR dijangka bakal bertemu wakil PAS esok bagi membincangkan kemungkinan kerjasama yang akan dilaksanakan pembangkang untuk menubuhkan Pakatan Rakat 2.0, kata Rafizi Ramli.
Setiausaha agung PKR itu berkata, usaha yang dilakukan presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut dilakukan bersama parti pembangkang lain termasuk Parti Amanah Negara (Amanah)

"Presiden kami sudah memulakan proses duduk berbincang dengan setiap pihak.



"Kami duduk dan berbincang dengan Amanah, pada Rabu dan akan berjumpa PAS esok, tapi DAP belum lagi, jemputan sudah diberikan," katanya kepada pemberita, selepas menghadiri Kongres Mahasiswa Kebangsaan di Ampang, Selangor hari ini.
Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan berkata, pertemuan itu akan berlangsung di Ibu Pejabat PKR pada jam 2.30 petang.

"PKR ada beban kami perlu satukan semua pihak, sejak mula saya rasa PAS akan sukar untuk sertai, tetapi tidak bermakna kita perlu keluarkan mereka daripada proses," katanya.

Meskipun mengakui terdapat kesukaran untuk merealisasikan perkara itu, Rafizi berkata, setiap parti pembangkang perlu sedar matlamat utama mereka adalah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Bukan tugas mudah untuk satukan dua pihak yang berbeza, tetapi apa yang penting ialah lawan BN.

"Akhirnya, menewaskan BN adalah kunci segalanya," katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dimaklumkan sama ada pertemuan itu akan berlangsung bersama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau tidak.

"Saya tidak dimaklumkan Hadi akan hadir, ini pertemuan kedua, sebelum ini dalam mesyuarat pertama diwakili timbalan presiden PAS (Datuk) Tuan Ibrahim (Tuan Man)," katanya, dan menambah, kebiasaannya barisan kepimpinan tertinggi PKR, termasuk Dr Wan Azizah akan menghadiri pertemuan itu.

Katanya, hasil pertemuan itu berkemungkinan memberikan beberapa pilihan termasuk penyertaan semua parti pembangkang dalam PR 2.0.

"Tetapi bagi mereka yang ingin menyertai pakatan itu perlu mematuhi kerangka dan prinsipnya.

"Model selain itu adalah jika PAS tidak sertai, tidak berada dalam pakatan baru, akan ada kerjasama berkaitan urusan pilihan raya bagi memastikan tiada pertandingan antara pakatan baharu dan PAS," katanya. – 13 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-bertemu-pas-esok-bincang-pakatan-rakyat-2.0#sthash.258ea6tP.dpuf



Read more!(Selanjutnya)

Saturday, September 12, 2015

Apabila Harakahdaily Mula Menipu

Di bawah adalah laporan dari Harakahdaily berkenaan dengan perhimpunan yg melibatkan Presiden PAS di Pasir Putih:



Yang Harakahdaily tak sebut adalah bas2 yang mengangkut budak2 bawah umur dengan bas seperti di bawah:


Yang lebih menyedihkan adalah kedatangan sebenar ke program tersebut amatlah rendah walaupun telah diangkut budak2 bawah umur untuk menghadirinya:


Ini bukti jelas prograam2 PAS sudah tidak mendapat sambutan dari rakyat lagi.

Mereka terpaksa menggunakan taktik UMNO mengangkut peserta2 program dgn bas dan memberi elaun dan makan.

Harakahdaily pun dah mula menipu pakai gambar edit

          XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXx

Ada yang bagitau PAS masih releven di sbb program Kongress Rakyat penuh dewan SUK.

Tulang Besi@Malaysiawaves cuma nak cakap di Selangor ada lebih 5000+ lantikan politik PAS dalm kerajaan Selangor.

Dewan SUK Selangor tu boleh muat sekitar 2 hingga 3 ribu orang sahaja.

Logiklah dewan boleh melimpah ruah sebab siapa yang berani tak datang?
Nak kena buang kerja ke?

Walaubagaimanapun, program Kongress Rakyat ini hanya dihadiri ahli2 PAS dan penyokong2 PAS. Rakyat umum tak terlibat.

Program Syok Sendiri sahaja.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, September 3, 2015

BAIAAH WAKIL2 RAKYAT PAS ADALAH SAH TAPI TELAH DIBATAL OLEH PRESIDEN

Sumpah Baiaah yg diungkapkan oleh beberapa wakil2 rakyat PAS sebenarnya bukan tidak sah.

Ianya sah dari segi syariah.

Cumanya, ia telah terbatal kerana Presiden sendiri mengizinkan mereka keluar PAS dan menubuh parti sendiri.

Dalam satu taklimat di Rusila, Presiden PAS telah berkata dengan jelas:


"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam."

Suruhan Presiden PAS ini sudah cukup menjadi asas pembatalan baiaah taklik yang menjadi isu sekarang ini.

Juga, gengan kenyataan di bawah ini sudah cukup membawa cukup syak untuk membatalkan baiaah tersebut dalam mana2 mahkamah syariah.

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini






Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar golongan yang berselisih pendapat dalam PAS agar keluar parti untuk menubuhkan gerakan sendiri.

Dengan nada berseloroh, beliau mengumpamakan golongan tersebut sebagai pengacau seperti nyamuk yang mengganggu tidur.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam.

"Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila,” katanya seperti dipetik dalam laporan lidah parti itu, Harakahdaily hari ini.

Beliau dilaporkan berkata demikian ketia dalam satu program taklimat di Marang, Terengganu semalam.

Menurut laporan itu Hadi turut ditanya mengenai ura-ura penubuhan parti baru dengan nama Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Hadi bagaimanapun berkata beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

Jemput Tengku Razaleigh

Sementara itu, satu video ucapannya dalam program tersebut menunjukkan Hadi turut membangkitkan mengenai beberapa krisis yang dihadapi PAS,

Namun, parti itu tetap berjaya bertahan walau para pemimpin utamanya keluar parti, kata Hadi.

Jelasnya, presiden PAS bertindak keluar parti sejurus sebelum pilihan raya umum 1955, dan pada tahun 1960-an pula setiausaha agungnya berundur dari parti tersebut.

Pada tahun 1978, seramai tujuh hingga lapan orang jawatankuasa pusat meninggalkan parti itu, katanya yang menambah, parti itu tetap utuh.

Hadi juga ditanya mengenai hasrat parti itu yang didakwa lebih cenderung memilih veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menjadi perdana menteri, dan bukannya Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum lalu.

Beliau menjawab, PKR dan DAP terlebih dahulu menjemput Tengku Razaleigh menyertai parti berkenaan, namun kerabat istana Kelantan itu enggan berbuat demikian.

Seterusnya, PAS memujuk beliau menyertai parti tersebut, namun beliau tetap enggan, katanya.

Hadi bagaimanapun tidak menyebut mengenai peranan Tengku Razaleigh sebagai calon yang berpotensi dilantik sebagai perdana menteri.

Ucapan dalam program taklimat bersama penyokong PAS di Marang itu dimuatkan di Youtube.

Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.