Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, November 29, 2015

Azmin/PKR Benci Pakatan Harapan, Sayang PAS. FAKTA

Perwakilan2 PKR memberi tepukan gemuruh kepada wakil PAS apabila nama wakil PAS diumumkan oleh Pengerusi Majlis.

Ini menandakan kempen Azmin seluruh Malaysia kepada akar umbi PKR telah berjaya.

Selama ini Azmin telah turun bertemu akar2 umbi PKR memberitahu mereka bahawa kerajasama dgn PAS masih ada harapan.

Nampak gayanya usaha Azmin berjaya sungguh.

Walaupun dua minggu lepas, terus terang Presiden PAS tolak Azmin ke tepi demi menyokong bajet Najib Tun Razak.

Satu demi satu PAS menunjukkan sikap tidak hormat kepada PKR terutamanya kepada Anwar Ibrahim.

Namun, Azmin tidak kesah semua itu.

Azmin tidak kesah PAS benci kepada Anwar Ibrahim.

Azmin cuma pentingkan diri sendiri dan jawatan beliau sahaja.

Sudah tiba masanya Pakatan Harapan membuang PKR dan Azmin dari Pakatan Harapan.

Sekiranya tidak, bala akan menimpa kedua2 Amanah dan DAP.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Zuhdi berani kata Pakatan Harapan akan bungkus sebab dia tau konspirasi Azmin dlm PKR untuk menghancurkan Pakatan Harapan.

Atas sebab itu dia dapat agak Pakatan Harapan tidak mampu bertahan lama.

Sekarang ini Presiden PKR sendiri menjauhkan diri dari program2 Pakatan Harapan.

Ini petanda jelas hayat Pakatan Harapan ini sudah hampir.

Jadinya, Amanah dan DAP harus bertemu dan membuat keputusan memecat PKR dari Pakatan Harapan.

Seterusnya DAP perlu menarik dari dari menyokong Azmin Ali sbg MB Selangor dan membuat usul undi tak percaya.

Tulang Besi yakin usul undi undi tak percaya akan disokong UMNO dan PAS.

Cumanya selepas itu UMNO dan PAS akan cuba menaikkan Khalid Ibrahim dan membuang Azmin Ali.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Kesimpulannya, tiada harapan PKR utk duduk dalam PAkatan Harapan.

Tiada harapan utk Azmin menyukai Pakatan Harapan.

Teori Tulang Besi adalah Azmin Ali melihat Pakatan Harapan sebagai halangan kepada beliau untuk naik lebih tinggi yakni Perdana Menteri Malaysia.

Sehingga kiamat pun Azmin Ali tidak akan menyokong Pakatan Harapan

TULANG BESI

ps Pastikan tiga penjuru di Parlimen Gombak serta DuN Hulu Klang PRU depan

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, November 25, 2015

PAS Sendiri Tidak Pulang Kerusi Kepada BN Tahun 1977 Selepas Keluar

Wakil2 rakyat Amanah yang lari dari PAS dituduh pengkhianat dan tidak ada perasaan tanggungjawab dan sopan.

Berbagai2 kata nista dihambur kepada mereka. Mereka didesak untuk memulangkan kerusi kerusi mereka.


Hakikatnya waktu Dato Asri isytihar keluar BN dahulu pun, tiada seorang pun wakil PAS yang serah balik kerusi2 mereka kepada kembali kepada BN.


Juga, antara yang menang kerusi atas tiket Barisan Nasional adalah Tok Guru Nik Aziz sendiri (yakni untuk kerusi Parlimen Kelantan Hilir skrg Pengkalan Chepa)

Tidak pun Tok Guru mahupun wakil2 rakyat PAS samada MP ataupun ADUN seluruh Malaysia menyerah kembali kerusi2 mereka kepada BN.

Kalau dulu tak serah, kenapa wakil2 rakyat Amanah kena serah balik?

Adapun wakil2 rakyat Amanah telah pun dihalau dari parti oleh Presiden PAS sendiri melalui kenyataaan ini:




Jadinya, mengikut budaya PAS sendiri ditambah oleh pelawaan Hadi Awang, maka tindakan wakil2 Amanah itu TIDAK ADA SALAHNYA.

Sepatutnya ini bukan isu pun.

Tapi dijadikan isu utk memburukkan imej pemimpin2 Amanah

Jahat sungguh parti Islam ni

XXXXXXXXXXXX

Ini salah satu contoh wakil2 rakyat PAS atas  tiket BN yang tidak memulangkan kerusi2 mereka:


XXXXXXXXX

Misteri kenapa Tok Guru sayang DAP dan Lim Kit Siang terjawab.

Tok Guru Nik Aziz ada dalam dewan waktu Lim Kit Siang berhempas pulas mempertahankan PAS walaupun secara teknikalnya PAS adalah musuh DAP kerana berada dlm Barisan Nasional.

Tok Guru nampak kebaikan Lim Kit Siang sejak zaman itu lagi.



TULANG BESI









www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Sunday, November 22, 2015

Hudud Akhirnya Menjadi Alat Menjatuhkan Islam

PAS akan bertanding tiga penjuru setiap kawasan Parlimen dan DUN di Selangor.

Apa yg kita lihat di Kota Damansara, bila berlaku tiga penjuru, yang menang adalah UMNO.

Ini bererti UMNO sedang siap sedia untuk menawan semula Selangor dengan bantuan PAS.

Bayangkan Kota DAmansara berlaku di semua DUN dan PArlimen di Selangor.

Dahulu di Selangor sewaktu UMNO memerintah dakwah Islamiyyah ditekan, masjid dirampas, penceramah digam, kuliah2 agama dikawal, tazkirah2 ramdahan diharamkan dan berbagai lagi.

Namun, setelah adanya DAP dalam kerajaan Selangor semenjak 2008, segala kengkangan terhadap dakwah Islamiyyah telah hilang.

Ustaz2 seluruh Malaysia datang ke Selangor untuk memberi kuliah dan ceramah.

Ustaz Azhar Harun tidak boleh memberi kuliah di masjid di kampungnya di Terengganu tapi bebas memberi kuliah di seluruh negeri Selangor.

Tampaknya, dgn bantuan PAS, kengkangan kepada dakwah akan berulang kembali.

Ini kerana PAS akan menjadi alat memenangkan UMNO di Selangor.

Kengkangan dakwah di Selangor akan berulang semula seperti sebelum 2008.

Syabas PAS kerana menjadikan hudud alat menjatuhkan ISlam

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, November 18, 2015

Terbukti Hari Ini di Parlimen, Hudud Hanya Mainan Ulama PAS Sahaja!!!!!

Pada 28hb April 2014, Jamil Khir berkata Kerajaan Pusat tidak akan menghalang perlaksanaan hudud di Kelantan.

Hari ini, setelah didesak oleh Mahfuz Omar, Jamil Khir yang sama mengaku tidak berhasrat dan berusaha untuk membawa Ruu Syariah ini.

Dari tarikh 28 April 2014 sehingga hari ini telah berlaku beberapa peristiwa besar akibat hudud ini:

1) Pecahnya Pakatan Rakyat

2) Pecahnya PAS

Ulama2 dlm PAS sanggup melihat hancur lebur Pakatan Rakyat serta PAS hanya kerana pembohongan UMNO dan Najib.

Yang penting jawatang mereka dlm parti terjaga dan org2 yg mereka benci dihalau dari parti melalui Chai mereka

Islam dah jadi alat untuk mengejar dunia dalam PAS sekarang ni.

XXXXXXXXXXXXXXXX

Mahfuz telah dihalau keluar dewan kerana bertikam lidah mempersoalkan janji Jawatankuasa teknikal Umno untuk membawa Ruu syariah Hudud Kelantan dlm persidangan dewan. Jamil Khir mengaku tidak berhasrat dan berusaha untuk membawa Ruu Syariah ini.

Pengakuan ini menyebabkan Mahfuz naik angin.


xxxxxxx

(dari FB Zulimran Nasution Abdullah Omar)

Akhirnya Pokok Sena berjaya membongkar tembelang Umno buat kali ketiga hingga terpaksa dihalau keluar dewan rakyat.
Jamil Khir Baharom mengaku Umno tidak berhasrat langsung mahu menyokong jauh sekali membawa bill meminda Akta 355 walaupun itulah yang dikehendaki Marang sampai Pakatan Rakyat hancur.
Mana Pasir Mas? Ke mana Kuala Nerus? Kenapa Temerloh senyap? Dan adakah Marang hilang lagi?

XXXXXXXX

Teringat waktu hudud mula2 dibuat oleh Nik Amar.

Keluar kenyataan seperti di bawah:


Akhirnya hari ini Jamil Khir yg sama menipu atas darat.

Islam dlm PAS hanya alat untuk mengejar dunia dan jawatan.

PAS bukan lagi parti Islam.

TULANG BESI

ps Video Jamil Khir janji tak halang laksana hudud di Kelantan


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, November 17, 2015

Kajang Move Terbukti Benar Akhirnya!!!!!!!!

Najib terselamat dari diguling sebagai Perdana Menteri.

Majoriti ahli Parlimen menyokong bajet Najib.

Di antara yang mengundi menyokong Najib adalah bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim.

Sebelum ini Khalid Ibrahim secara terbuka menolak undi tidak percaya kepada Najib Tun Razak.

Tindakan dan pendirian Khalid Ibrahim ini membuktikan apa yg PKR dan Anwar Ibrahim buat dengan Kajang Move adalah benar.

Tindakan dan pendirian Khalid Ibrahim membuktikan Khalid sudah pun menjadi penyokong dan pendokong Najib Tun Razak.

Sehingga hari ini, Khalid Ibrahim masih gagal menjelaskan bagaimana hutang 80 juta beliau tiba tiba menjadi langsai.


Bekas PM Dr Mahathir sendiri berkata Khalid begitu kemaruk hendak menjadi MB kerana hendak membayar hutang beliau.

Akhirnya terbukti Anwar Ibrahim benar dan Hadi Awang salah.

TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Monday, November 16, 2015

Din Ayam Sahkan Hudud Cuma Alat Jatuhkan Pimpinan PAS

Sah!!!!



HUDUD cuma mainan dan alat utk menjatuhkan pimpinan semata-mata.

Juga, hudud utk pecahkan Pakatan Rakyat.

Penghabisannya Din Ayam mengaku private bill Presiden bukan hudud.

Tulang Besi teringat hadeeth sifat munafiq.

Bila Din Ayam mengaku yg PAS sebenarnya bukan nak laksana hudud pun melalui Bil Persendirian Presiden maka terserlahlah kemunafiqan puak2 ulama PAS.

Kenapa perlu digunakan nama hudud? Kenapa tak boleh guna alasan memperkasa Mahkamah Syariah?

Yg sebenarnya isu hudud digunakan utk membersih PAS dari mereka yg tidal disukai Presiden.

Juga diguna utk memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Begitulah jahatnya Presiden PAS dan ulama2 Pas dlm menjual agama utk kepentingan dunia.

Dgn kata lain guna hudud utk cas keting husam, mat sabu, salahuddin dsbnya

Kesimpulannya, hudud cuma alat utk menjatuhkan orang dan mencapai matlamat politik.

Yang sebenarnya tiada hajat walau sedikit pun nak laksana hudud.

Semua sandiwara atas nama Islam.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Sunday, November 15, 2015

PAS Akan Tutup Semua Sekolah dan Hospital Kerajaan Kalau Memerintah Malaysia

Propaganda PAS terbaru adalah memfitnah Amanah sebagai parti yg berideologi Sosialisma.

Kalao PAS menolak sosialisma adakah bermaksud PAS akan menutup semua sekolah2 an hospital2 kerajaan seluruh Malaysia?

Kalau sosialisma haram maka sekolah2 dan hospital2 kerajaan hukumnya haram. Adakah hanya sekolah2 dan hospital2 swasta sahaja yang halal disisi PAS?

Kalau PAS mengekalkan sekolah dan hospital kerajaan, ertinya PAS menganut ajaran sosialisme

Sah.

Kalau PAS memerintah Malaysia, semua hospital dan sekolah kerajaan akan ditutup.

Ini kerana sekolah dan hospital kerajaan adalah dibawah pembiayaan kerajaan.

Ini hukumnya haram kerana ini adalah sosialisma.

PAS kata sosialisma haram.

Maksudnya sekolah dan hospital kerajaan semua haram.

Hakikatnya, ulama2 PAS tak dapat nak bezakan antara Sosialisma dengan Marxism.

Sosialisma tidak mengambil fahaman sekularisme dan tidak membicarakan hal berkaitan agama. Ia cuma kaedah tentang bagaimana membahagi kekayaan dalam sebuah masyarakat atau negara.

Tapi, ulama2 PAS dek kerana bencinya yang amat sangat pada AMANAH dan DAP tangkap muat sekaligus menyamakan Sosialisma dgn Marxism.

Padahal semua rujukan ilmu ekonomi mengandungi ajaran sosialisma.

Marxisma pula hanya ada satu rujukan utama yakni "Das Kapital" serta "Communist Manifesto"

Inilah padahnya puak jahil nak tunjuk pandai.

KESIMPULANNYA: PAS akan tutup semua sekolah dan hospital kerajaan kerana ia dibiayai oleh kerajaan. Ini adalah sebahagian dari ajaran sosialisme dan sosialisme haram hukumnya dalam Islam.

Adapun sekolah dan hospital swasta adalah dibenarkan oleh agama PAS.

TULANG BESI

NOTA: Pemimpin2 Amanah sudah lama berlawan dgn puak2 marxist yakni sejak awal tahun 70an lagi.



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Hudud Haji Hadi Masih Belum Kelihatan

Ustaz Nik Zawawi dlam satu program anjuran PAS Hulu Langat baru baru ini berkata kasihan kepada Amanah kerana menjadi alat kepada orang kafir.

Mungkin Nik Zawawi lebih redha PAS menjadi alat kepada orang munafiq.

Mana dia hududnya Nik Zawawi?

Hasil dari hubungan dengan "orang kafir" itu, sejak 2008 masjid2 dan surau2 di Selangor dan Penang sebegitu makmur dengan aktiviti2 dakwah.

Cuba banding dengan UMNO sebelum 2008 di mana pendakwah di tangkap, khutbah dijaga, masjid dirampas, penceramah2 digam, tazkirah diharamkan, kuliah2 agama disekat dsbnya.

Itu tak termasuk kesah wang zakat diguna utk pertandingan golf.

Jadinya, Nik Zawawi nak kita kembali pada zaman UMNO dulu ke?

Inilah orang panggil ulama ayam daging.

Bercakap tak guna akal. 

Hanya buat kerja menguntungkan musuh Islam.

Hudud: Marah ke PKR tapi skrg duduk dlm kerajaan atas ihsan PKR.

Jawab soalan ni dulu wahai Nik Zawawi

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, November 11, 2015

Jadi Anjing DAP Suburkan Islam di Selangor (dan Penang)

Walaupun ini datang dari Utusan Malaysia, tapi kenyataan ini
tidak pernah dinafi oleh Tok Guru Nik Aziz
Kempen terbaru puak2 PAS terhadap Amanah adalah menuduh AManah adalah partai anjing DAP.

Faktanya, hasil kerjasama dgn DAP masjid2 dan surau2 di Selangor bebas berdakwah dan buat program agama berbanding bawah UMNO dulu.

Jadinya jadi Anjing DAP baik untuk kerja dakwah Islamiyyah.

Pengetahuan Islam subur berkembang di Selangor hasil dari menjadi "anjing DAP" rupanya.

Tak hairan lah Tok Guru Nik Aziz tidak izinkan PAS memutuskan hubungan dengan DAP.

Rupanya DAP ada jasa kepada perkembangan Islam di Malaysia.

Puak2 PAS cuma meneruskan propaganda UMNO sahaja.

Melabel musuh2 UMNO yg berbangsa Melayu sebagai anjing DAP.

FAKTA KEDUA: Di bawah UMNO dakwah islamiyyah di Selangor ditindas, ustaz2 ditangkap, kuliah2 agama di halang, tazkirah dihalang, masjid2 dirampas dgn menggunakan gangster, pejabat2 masjid dipecah dan sebagainya.

UMNO boleh siar rancangan Solid Gold yg memaparkan penari2 separuh bogel di seluruh Malaysia tapi sanggup menindas kuliah2 dan program agama.

Sekarang ni PAS pula ambil alih tugas UMNO menindas ustaz2 yang sokong Amanah.

PAS memburukkan nama baik Islam dengan menyerang DAP tanpa sebab yang kukuh.

Sekarang ini, suasana dakwah Islamyyah yang subur di Selangor semakin dalam bahaya.



TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Monday, November 9, 2015

PAS Parti Lebai Malang


NOTA: Tulang Besi amat bersetuju dengan tulisan Tan Sri Muhammad Taib.


Akhir nanti PAS akan hilang segalanya.

PAS akan jadi parti kera sumbang.

LEBAI MALANG

Setuju kita berpijak pada realiti. Realitinya orang dah tak suka pada Umno dan BN.

Dalam pada itu ada pihak bertindak untuk melemahkan kumpulan dia dengan pendirian baru yang sangat ganjil.
Sepatutnya pemimpin2 ini memperkukuhkan

pihak dia PR atau PH. Tetapi apa yg dilihat ialah sebaliknya.

Mereka berikhtiar dan mencari jalan supaya pihak dia menjadi lemah.
Mereka pergi ke pihak musuh lalu berkata mereka boleh bekerjasama dgn pihak musuh. 
Akhirnya pihak lawan hidup semula. Gagah semula. Pihak dia lemah balik & kurang dapat sokongan. Maka si cerdik terus tidak berkuasa.
Yang terus berkuasa terdiri dari si bebal dan sudah kurang idea.
Yang cerdik2 dan lebih berupaya kekal duduk di luar gelanggang.
Kita dengar semula pada cerita2 orang tua2
Lebai Malang
Lebai Malang pergi kenduri ke hulu sungai bila air surut. Bila sampai kenduri dah selesai. Tak dpt makan. Makanan sudah habis.
Lalu dia cepat2 kayuh dgn sampan ke hilir sungai untuk pergi ke tempat kenduri lagi satu. Malangnya waktu itu air pasang.
Lebai Malang pun sampai lewat. Kenduri pun sudah habis. Makanan juga sudah tak ada. 
Akhirnya Lebai Malang balik ke rumah. Kena marah oleh isteri. 

"Mengapa abang tamak sangat?"
Buat pergi ke kedua2 kenduri? Makan kenduri yang satu cukuplah. Abang ni tamaklah. 
Lebai Malang tamak. Nak pergi makan ke hulu sungai dan ke hilir sungai. Akhirnya dia rugi.

Lebai oh Lebai !!
Berpijaklah pada REALITI.
Realiti hari ini orang dah tolak BN.
Jangan di ulang kisah LEBAI malang. Tamak. Nak dapat faedah dari semua pihak. Akhirnya dia rugi.
TS Muhammad Muhammad Taib. 

9 Nov 2015
Read more!(Selanjutnya)

Sunday, November 8, 2015

Kronologi Krisis MB Selangor

Kronologi Krisis MB Selangor dalam PAS :  

23 Julai 2014 - Mesyuarat Pimpinan PR di Parlimen - Keputusan dicapai agar setiap parti membawa isu penolakan TSKI ke mesyuarat parti masing-masing (Presiden PAS tidak hadir mesyuarat)

25 Julai 2014 - Presiden PAS umum melalui media menyokong TSKI kekal. (Semua AJK PAS terkejut sebab tiada sebarang mesyuarat pun dipanggil untuk keputusan itu)

31 Julai 2014 - Rombongan PAS Pusat datang menghadap Presiden PAS, namun Presiden PAS tetap bertegas dengan keputusannya.  

10 Ogos 2014 - Rombongan PAS Pusat sekali lagi menghadap Presiden PAS untuk memujuk beliau mempercepatkan tarikh Mesyuarat agar ada satu keputusan rasmi dicapai. Juga ditolak Presiden PAS.

13 Ogos 2014 - 2 ADUN PAS isytihar sokong Pakatan Rakyat sekaligus menjadikan TSKI hilang sokongan majoriti.

17 Ogos 2014 - Mesyuarat PAS Pusat (Pagi) dengan kehadiran Presiden bersetuju mencalonkan Wan Azizah dan Azmin Ali. PAS tidak akan menuntut jawatan MB....

17 Ogos (Petang) Mesy PR. Azmin tarik diri daripada dicalonkan sebagai MB Selangor dan menyokong Azizah sebagai MB. Mesyuarat PR memutuskan hanya Azizah sebagai MB. Presiden PAS yang tidak hadir mesyuarat PR marah dengan keputusan PR tersebut.

Antara 18 Ogos - 24 Ogos - Presiden PAS berjumpa Azmin dan menawarkan cadangan pelan peralihan jawatan MB dan turut meminta Azmin masuk PAS dan menarik beberapa orang ADUN PKR masuk PAS dan membentuk kerajaan dengan sokongan 12 ADUN UMNO.

25 Ogos 2014 - Mesyuarat PAS Pusat - Seorang AJK PAS minta Presiden PAS mengesahkan khabar angin yang mengatakan beliau menawarkan Azmin dengan sesuatu tawaran. Presiden PAS mengakui dengan mengatakan " Kalau dia (PKR) boleh curi orang kita (2 ADUN PAS yang sokong PR) mengapa kita tidak boleh curi orang mereka." Presiden PAS mengubah pendirian tidak mahu hantar nama MB Selangor dan terpulang kepada Istana.

26 Ogos 2014 - Pihak Istana mahukan 3 nama. Tiada mesyuarat dibuat   Presiden PAS.
  
2 September 2014 - Beberapa AJK Harian PAS Pusat dapat maklumat Presiden PAS telah menghantar 3 nama dan semuanya adalah ADUN PAS. Bantahan dibuat  

3 September 2014 - 3 Nama baru dihantar ke Istana, 1 ADUN PAS dan 2 ADUN PKR ( Bukan Wan Azizah mahupun Azmin Ali).  

7 September 2014 - Mesyuarat PAS Pusat ( Presiden PAS tidak hadir). Keputusan dicapai PAS tolak jawatan MB Selangor.

TULANG BESI

Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.