Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, December 25, 2015

PAS_UMNO:Kalau Mahu Kerjasama Mengapa Sertai Pilihanraya?

Setelah duduk sepentas dengan Dato Najib, Presiden PAS dengan agresif menafikan wujud gabungan antara PAS dan UMNO.

Presiden PAS memberi alasan yang wujud hanyalah "kerjasama politik" sahaja demi kebaikan dan manfaat rakyat Malaysia.

Tiada garis panduan serta tunjuk ajar yang jelas tentang bagaimana kerjasama ini akan berlaku.

Cuma kata2 yang umum sahaja.

Nampak sangat Presiden PAS tersepit.

Hati hendak bergabung tapi takut kerana ahli2 ramai tak boleh terima.

Kalau PAS mahu terus bekerjasama dengan UMNO, maka wajiblah PAS tarik diri dari pilihanraya.

Tak masuk akal, di satu segi PAS hendak bekerjasama tapi di sudut lain PAS mahu membuang UMNO dari kerajaan.

Ini alasan yang paling tidak masuk akal yang diberikan oleh Presiden PAS.

Seolah2 PAS hanyalah sebuah NGO yang tiada kecenderungan kepada mana-mana parti politik.

Padahalnya PAS terlibat dalam pilihanraya yang akan meletak calon di setiap kerusi yang UMNO tandingi.

PAS adalah LAWAN kepada UMNO dan bukannya PESAING.

Tujuan wujud nya PAS adalah membuang UMNO dari kerajaan dan mengganti tempat UMNO dalam kerajaan.

Jadinya, bagaimana PAS hendak bekerjasama dengan UMNO padahal wujudnya PAS adalah untuk membunuh UMNO?

Melainkan kalau selepas ini Presiden PAS mengumumkan PAS menjadi NGO, maka konsep kerjasama yang diutarakan Presiden PAS ini konsep yang gila dan tidak masuk akal.

Konsep kerjasama ini jauh dari realiti serta tidak berpijak di bumi yang nyata.

Tulang Besi berpendapat ianya hanyalah alasan dan sandirwara semata-mata untuk menutup hasrat sebenar Presiden yakni menjalin hubungan politik yang lebih jelas dengan UMNO.

Berhentilah mengkaburi mata penyokong dan ahli2 PAS, wahai Presiden PAS.

Bukan semua ahli2 PAS itu bodoh.

Rakyat Malaysia tidak akan menyokong parti Islam yang hendak bekerjasama dengan penyamun.

Dalam hudud di Kelantan pun UMNO dah mainkan PAS, apatah lagi dalam isu2 lain.

Presiden PAS ni jelas telah nyanyok dan mampu berfikir dgn waras.

TULANG BESI


Kalau betul PAS ini memperjuangkan Islam, sepatutnya mereka terus menerus menyerang UMNO sehingga UMNO diganti sebagai kerajaan.
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, December 23, 2015

PAS Melanggar Amanah Setiap Pengundi dan Penyokong

Apabila PAS mengatakan mereka mahu bekerjasama dengan UMNO bermaksud mereka telah mengkhianati kesemua yang telah mengundi dan menyokong PAS selama ini.

Buat apa mereka menyokong PAS kalau PAS hendak bekerjasama dengan parti yang mereka benci dan tolak.

Lebih baik mereka2 ini mengundi UMNO terus.

Juga, tindakan PAS ini memberi gambaran konoonnya UMNO masih mampu diubah dan dibetulkan padahal UMNO telah rosak dan menunggu masa untuk karam.

Adakah tindakan khianat seperti ini diajar oleh Islam?

Sejak dahulu Tulang Besi dan ramai di dalam PAS dituduh menyebar fitnah dan penipuan.

Akhirnya, Presiden PAS dan UMNO duduk di atas satu pentas.

Tiada siapa lagi boleh menuduh Tulang Besi penipu.

Apa pun, segala kecelaruan dengan UMNO ini pasti tidak berlaku dalam PAS kalau Ahmad Awang menang Presiden dlm pemilihan yang lalu.

Perwakilan yg memilih Hadi Awang dan team chai nya telah membodohkan diri mereka sendiri.


TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.