Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, February 14, 2016

HUDUD: SEMPURNA SUDAH PENIPUAN UMNO KE ATAS LEBAI2 PAS

Pada April 2014 begitu semangat dan gegak gempita UMNO menerima dan mengalu-alukan usaha PAS untuk melaksa hudud di Kelantan.


Sehingga Asyraf Wajdi sendiri diberi penghormatan memberi penerangan berkenaan isu ini dlam mesyuarat MKT UMNO.

Dato Najib dengan bangga mengalu2 kan usaha PAS ini.

Pada hari ini, Asyraf yang sama menyatakan dengan jelas bahwa hudud tak boleh dilaksana di Malaysia.

Ertinya, tidak akan ada bantuan serta sokongan UMNO utk meminda Akta 355 mahupun Perlembagaan Persekutuan bagi membenarkan hudud dilaksana di Kelantan.

Pada waktu yang sama, kerosakan2 yang besar telah berlaku:

a. Pecahnya Pakatan Rakyat kerana PAS memutuskan hubungan dengan DAP kerana DAP tidak menyokong usaha hudud di Kelantan 
b. Pemimpin2 progresif dalam PAS difitnah konon menolak hudud padahal pemimpin2 progresif ini hanyalah tidak mempercayai janji UMNO 
c. Kepimpinan Ulama PAS secara totok mempercayai cakap2 Najib dan UMNO padahal UMNO itu musuh dan sentiasa memusuhi hudud dan Islam 
d. Presiden PAS sanggup menipu dan berbohong demi mempercayai janji2 UMNO yg kononnya hendak melaksana hudud. Dia sanggup khianat dgn rakan taulan sendiri yang banyak berjasa kepada partinya.
e. PAS sendiri pecah kerana pemimpin2 progresif yg difitnah menolak hudud tidak sanggup lagi bersekongkol dgn ulama2 jadian2 dlm PAS 
f. Najib dan UMNO untung besar kerana Pakatan Rakyat telah pecah dan Anwar dalam penjara 
g. Harun Din dapat penghormatan duduk dalam kerajaan dan bekerja di bawah Timbalan Perdana Menteri. Elaun dan "benefits" sudah tentu banyak. 
h. Ahli2 PAS semua ternganga sbb nak sangat hudud tapi satu habuk hudud pun tak dapat 
i. Kelam kabut pemimpin2 PAS mengeluarkan alasan yg 'nonsense" dengan menggunakan contoh muazzin yang memanggil azan. Padahalnya tiada tok bilal yang terasa ditipu kalau orang tak datang ke masjid untuk solat.

Hakikatnya, lebai2 PAS ini adalah penipu dan menggunakan agaama untuk menipu ahli2 mereka.

Mudah sahaja UMNO menipu lebai2 PAS kerana lebai2 PAS bukanlah ulama pun hanya mereka yang menjual nama ulama utk mencari sesuap makan 

PAS sekarang menjadi partai menjual agama dan menjadikan agama sebagai bahan dagangan.

MAsanya membuang PAS dan UMNO dalam Laut Cina Selatan.

PAS sudah menjadi parti yang membawa fitnah kepada Islam bukan lagi membawa rahmat.

Mana mungkin kepimpinan parti Islam yang mudah ditipu dan dipermainkan oleh UMNO diyakini untuk menjaga Islam?

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

1 comment:

Anonymous said...

Pas adalah parti puak puak munafikin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.