Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, February 25, 2016

Menjawab Hujjah Menolak Penubuhan Pakatan Rakyat dan Amanah

Kartel Azmin Ali menolak penubuhan Amanah dan Pakatan Rakyat kerana alasan2 ini:

1) Mereka kata cukup hanya membuat "electoral pact" dengan PAS untuk menjamin satu lawan satu
JAWAPAN: Waktu PAS dalam Pakatan Rakyat tahun 2013 hari tu pun tak boleh jamin satu lawan satu, inikan pula setakat hanya dengan electoral pact yang longgar sahaja.
Lebih2 lagi PAS sudah isytihar mahukan kerjasama dengan UMNO, mengadakan perjanjian pilihanraya dengna PAS adalah kerja bunuh diri.
Katalah kita sudah bahagi kerusi dgn PAS. PAS diberi 70 kerusi parlimen utk bertanding satu lawan satu dgn BN.
PAS selepas itu akan bertemu UMNO dan membuat perjanjian lain. DAri 70 kerusi itu, di 25 kerusi PAS akan mendapat menang tanpa bertanding dan 45 lagi menang tanpa bertanding kepada BN.
Maknanya pada hari penamaan calon, PAS dan BN sudah pun mendapat kemenangan berpuluh2 kerusi Parlimen tanpa bertanding. 
Selepas itu PAS pula akan meletak calon di kerusi2 PKR dan mungkin DAP. 
Mengadakan persefahaman politik dengan parti yang sudah intim dan mesra dengan UMNO seperti PAS adalah kerja gila dan bunuh diri 
2) Oleh kerana orang Melayu takut dengan DAP, maka kita jangan tubuhkan koalisi ataupun Pakatan Harapan. Cukup dgn kita adakan persefahaman politik sahaja seperti dgn PAS. 
JAWAPAN: Adakah kita akan membubarkan kerajaan Selangor dan Penang?
Siapa nak percaya cerita kononnya kita sekadar buat persefahaman politik dengan DAP padahal DAP masih duduk dgn PKR dlm kerajaan negeri Selangor dan Penang.
Mereka yang mencadangkan idea ini perlu diperiksa mental mereka. 
3) AMANAH tak perlu tubuh. Hanya suruh mereka yang tidak berpuas hati dengan PAS supaya melompat ke PKR
JAWAPAN: Kalau ini dilakukan nescaya tak ramai aktivis dan orang2 PAS yang akan masuk PKR. 
Ini kerana PKR adalah parti sekular dan menolak hudud serta hukum Syariah.
Bagi pendokong PAS, masuk PKR sama dengan masuk UMNO kerana kedua2 parti adalah sekular. 
HAsinya nanti PAS tetap kuat dan menggugat kerusi2 PKR dan DAP. 
4) PAS tak boleh dibuang sebab kita nak naikkan sokongan Melayu. 
JAWAPAN: Selama ni PAS tiada hubungan dengan DAP semenjak tahun 80an dulu pun, ada ke orang Melayu sokong PAS? 
Ada ke PAS menang 10 negeri dan memerintah Malaysia? 
Jadi apa kena mengena DAP dgn menaikkan sokongan Melayu? 
Nampaknya PKR pun dah termakan dengan propaganda UMNO

KESIMPULAN: Alasan2 yg diberikan di atas adalah dangkal.

Alasan yg lebih logik adalah Azmin Ali cuma mahu menjaga jawatan MB nya sahaja.

Kalau tidak dia tak boleh lah nak bayar 9 juta utk cat Pintu Gerbang ataupun belanja 30+juta lebih utk kubah masjid.

Maka, PAS dijaga dan Amanah serta Pakatan Harapan ditekan.


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

5 comments:

Anonymous said...

Azmin ni anak angkat madey kutty, kena buang azmin utk serlamatkan PKR & pakatan harapan. Kalau tidak P.Harapan akan hancur mcm P.Rakyat angkara azim berpakat dgn pas. Mereka ni semua proksi umno dlm pembangkang.

Anonymous said...

Kini...macam dah nampak dan terang isi hati Azmin Ali. Satu keputusan dan kesilapan besar buat PKR...keadaan ini mesti diperbetulkan..kuasa rakyat mungkin mampu melkukannya.

Anonymous said...

Azmin tidak boleh dipercayai dan kerana beliaulah reformis2 dan pemimpin2 reformis otai yg tulin berjuang dlm pkr berpecahbelah..azmin ibarat gunting dlm lipatan.

Anonymous said...

Minyak dah turun...apasal barang tak turun?

Anonymous said...

Azmin bnyk susah payah masa reformasi, begitu mudah ko buang jasa dia.Ni mesti Macai IMNOyg menyamar phuihhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.