Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, May 30, 2016

Presiden PAS Cuma Bentang Usul, Bukan Bentang Rang Undang2

FAKTA: Yg dibentang oleh Haji Hadi baru2 ni hanya usul.

Haji Hadi tidak bentang Pindaan Rang Undang2 pun.

Dia tidak bentang Rang Undang2 Pindaan Akta 355 pun.

Dia cuma bentang usul supaya Akta 355 dipinda.

Sebab tu pembentangan dia cuma berlaku dlm 3 minit sahaja.

Itu pun dia minta perbahasan utk usul dia sendiri ditangguh sehingga bulan Oktober.

Kalau nak bahas usul tu bulan Oktober nanti, pihak kerajaan kena angkat semula usul tu.

Kalau pihak kerajaan tidak angkat, usul tersebut tidak boleh dihabaskan.

Tujuannya adalah memastikan ahli2 PAS tidak lari dan mengundi Amanah dlm PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar sekaligus menjamin kemenangan BN.

ITu sahaja.

Permintaan penangguhan boleh dilihat dlm video dibawah:






Juga, penangguhan dan pembentangan tersebut diakui dilakukan dgn kerjasama dgn UMNO:



TULANG BESI

ps Najib sendiri kata usul Haji Hadi itu bukan hudud.

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniHadi bentang usul mahkamah syariah bukan hudud, kata Najib
May 28, 2016 Berita Utama, Utama 0

najib

KUALA LUMPUR, Sabtu – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan bahawa kerajaan telah membenarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan Rang Undang-undang (RUU) hudud di Parlimen, semalam.

Katanya, Abdul Hadi hanya membentangkan RUU Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 bagi meningkatkan hukuman sedia ada.

“Ada salah faham yang besar bahawa bila Tuan Haji Hadi bawa RUU Persendirian itu, mereka pandang bahawa dia bawa undang-undang hudud.

“Abdul Hadi sering dilabel dan dikaitkan dengan hudud. Bila dia bangkit (bawa usul) saja, dianggap hudud. Pindaan tersebut bukan undang-undang hudud,” katanya, malam tadi

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong yang meletak jawatan dan keluar parti sebagai tanda bantahan terhadap pembentangan usul persendirian itu.

“Ini yang nak saya terangkan di sini, bahawa pindaan (yang di bawa) itu bukan hukum hudud.

“Ia merupakan apa yang di katakan sebagai ‘enhanced punishment’, peningkatan hukuman daripada enam kali rotan kepada beberapa kali, tertakluk kepada kesalahan tertentu,” katanya.

Bagaimanapun Najib menegaskan bahawa pindaan itu tidak bermaksud ia mudah untuk dilaksanakan tanpa perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak lain.

“Ia memerlukan kebenaran dan kelulusan daripada Majlis Agama Islam peringkat negeri, Majlis Raja-Raja dan pindaan undang-undang oleh Parlimen,” katanya lagi.

Khamis lalu, Hadi dilaporkan membentang usul RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Ia bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas umat Islam dan dalam hal-hal kesalahan di dalam perkara yang disenaraikan di butiran 1 Senarai Negeri, mengikut jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah mengikut Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan mengikut seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.

1 comment:

tanya sama itu hud hud said...

Hadi marang barua dan broka umno dalam pas.
Ramai org kata pas kena tipu dgn umno berkali2.
Hakikatnya penipuan itu adalah terancang dgn kerjasama hadi marang.
U help me,i help u..
Tanduk terus tumbuh panjang slps ketiadaan tgna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.