Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, December 8, 2016

DOKUMEN HIJAU PAS BOLEH BANGKRAPKAN MALAYSIA-SIRI 1


Tulang Besi merujuk kepada Dokumen Hijau PAS yg dikatakan memberi penyelesaian kepada masalah ekonomi Malaysia.

Ia diterbitkan sebagai membuktikan bahwa PAS sekarang ini mengambil gagasan matang dan sejahtera dan tidak membangkang semata-mata.

Kononnya PAS mampu memberi cadangan dan unjuran yang membantu menyelesaikan masalah Malaysia.

Namun, bila dirujuk Dokumen Hijau dibawah, PAS mencadangkan supaya dikenakan "Tax on Share Trading Gain" utk mengganti GST, maka terserlah ketidak mampuan PAS menjadi pencadang yang berjaya.

Pertamanya, terma "Tax on Share Trading Gain" tak wujud. Yang wujud adalah "Capital Gain Tax"

Keduanya, cadangan ini tidak boleh dilaksana di MAlaysia kerana negara jiran kita Singapore juga tidak mengenakan cukai ke atas keuntungan yg diperolehi dari pasaran saham.

Sekiranya dilakasa CGT ini pasaran saham Malaysia akan merudum. Pelabur2 asing akan cepat2 keluar dari Malaysia dan pindah ke Singapura.

Ketiganya, penurunan index pasaran saham Malaysia akan berlaku secara drastik sekiranya cukai ini dilaksanakan dan ia akan menyebabkan "snowball effect" yang bakal memberi kesan negatif kepada sektor2 ekonomi yang lain.

Hasilnya, Malaysia akan menghadapi kegawatan ekonomi yang agak serius dan boleh membawa kepada "recession" dan "depression"

Ini kerana index pasaran saham adalah antara tandaaras utama bagi semua pelabur seluruh dunia. Kejatuhan index yang serius akan menyebabkan pelabur2 keluar dari Malaysia secara drastik.

Keempatnya, pelabur2 tempatan juga akan menarik pelaburan dari pasaran saham kerana bagi mereka tidak lagi berbaloi mengambil risiko bergelut dalam pasaran saham.

Lebih baik mereka letak wang mereka dalam FD atau Simpanan sahaja yang berisiko rendah.

Perlu diingat melabur dalam pasaran saham adalah tindakan yang berisiko tinggi maka mereka memerlukan pulangan yang tinggi.

Kelimanya, syarikat2 pelaburan yang selama ini berpengkalan di Malaysia akan lari ke Singapura dan meninggalkan ramai pekerja2 kita di Malaysia menganggur.

Maka, bertambahlah lagi orang miskin di Malaysia.

Keenamnya, tujuan cukai ini dicadangkan oleh parti lebai adalah untuk mengambil kekayaan orang kaya sedikit dan diberikan kepada yang miskin.

Ini selaras dengan kefahaman mereka terhadap ayat Quran Al Harsy:7 yg berbunyi, antara lainnya:


مَّآ أَفَآءَ ٱللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ مِنْ أَهْلِ ٱلْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَمَىٰ وَٱلْمَسَكِينِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ كَىْ لَا يَكُونَ دُولَةًۢ بَيْنَ ٱلْأَغْنِيَآءِ مِنكُمْ ۚ وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمْ عَنْهُ فَٱنتَهُوا۟ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ 
"...(ketetapan yang demikian) supaya harta2 itu tidak berlegar di kalangan orang2 kaya di kalangan kamu......"

Mereka menggunakan ayat2 Quran untuk menutup kepincangan rancangan ekonomi mereka.

Pengikut2 PAS sudah tidak mempersoalkan lagi kandungan dokumen tersebut apabila dokumen tersebut dibuka dengan ayat Quran.

Padahalnya cadangan dalam Dokumen tersebut boleh membawa bencana yang amat besar kepada Malaysia.

Cadangan mereka hanya akan menambah bilangan orang2 miskin dan bukannya membantu berkongsi kekayaan antara miskin dan kaya.

Kesimpulannya, parti lebai tak faham bagaimana hendak mentadbir negara.

Kalau pentadbiran diberi pada parti lebai, hancur lebur Malaysia ni dan lagi ramai orang Melayu Islam merempat hidup di tepi jalan.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.