Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, January 24, 2016

Kedatangan Muram Demo Anti TPPA Tanda Presiden PAS Semakin Malap

Perhimpunan anti TPPA ini penting untuk Presiden PAS serta PAS.

Isu TPPA bukan isu sangat.

Yang pentingnya PAS hendak menunjukkan Presiden mereka masih berpengaruh besar serta mampu menggerakkan rakyat.

Atas sebab itu Presiden PAS sendiri berkempen dengan memegang poster menyeru rakyat turun ke demo di PAdang Merbuk pada 23 January 2016.


DIberitakan telah dikerah dan diwajibkan semua pelusuk PAS Kawasan2 untuk menghadiri perhimpunan tersebut.

Banyaknya bas telah ditempah untuk mengangkut para pserta demo itu.

Tampak ramai yang yakin kedatangan akan melimpah ruah sehingga tidak cukup tempat di PAdang Merbuk tersebut.

Malangnya, hasil dari kempen dapat dilihat di bawah:


Jelas dari komen mereka yang hadir juga agak negatif seperti di bawah:


Kesimpulannya, Presiden PAS tidak lagi dilihat memperjuangkan nasib rakyat apabila beliau boleh duduk sepentas dengan Najib Tun Razak.

Kalau Presiden PAS dah baik dengan Najib, buat apa nak sokong Presiden PAS lagi.

Baik sokong Najib Tun Razak terus.

Agaknya itulah sebabnya kehadziran Demo TPPA begitu muram.

Hakikatnya, PAS sudah pun menjadi parti perkauman dan musuh PAS sama dengan musuh UMNO, yakni DAP dan Amanah

TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, January 20, 2016

UMNO Tunduk Pada Cina Dalam Isu Bauksit di Kuantan?

Diberitakan bauksit yg dilombong di Kuantan adalah diekspot kesemuanya ke Tanah Besar China.

Diberitakan bauksit yg dieksport ke China itu tidak dikenakan cukai walau pun sesen.

Pada masa yang sama, rakyat Kuantan dan sekitanya yang majoritinya bangsa Melayu terpaksa menanggung kesakitan serta kesengsaraan akibat pencemaran hasil dari perlombongan bauksit.

Diberitakan juga negara Indonesia sendiri terpaksa menghentikan perlombongan serta eksport bauksit ke China hanya kerana kesan yang tersangat negatif kepada alam sekitar dan kesihatan penduduk di sana.

Maka, China telah pergi kepada Malaysia untuk bekalan baru bauksit dan Malaysia di bawah UMNO telah pun membenarkan perlombongan bauksit secara besar besaran.

Yg untung adalah China dan yang rugi majoritinya orang2 kampung yg berbangsa Melayu yang tidak langsung mendapat apa2 laba dari industri ini.



Yg mereka dapat adalah penyakit, pencemaran serta alam sekitar mereka hancur lebur.


Kes bauksit ini bukti jelas bagaimana UMNO membelakangkan orang Melayu kerana Cina.

Lagi nak marah pada DAP ke?

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, January 6, 2016

Penggabungan PAS-UMNO Tidak Berlaku Dengan Terus Tapi Berperingkat

Bukannya PAS terus menerus bergabung dgn UMNO pun masa tahun 70an dulu.

Ada melalui tiga fasa:


1) Fasa perbincangan dan kerjasama (1970 ke 1971)
2) Fasa penubuhan kerajaan campuran (1972 ke 1974)
3) Fasa penggabungan dgn UMNO dlm Barisan Nasional.(1974  ke 1977)

Memang betullah dakwan pimpinam2 PAS bahawa mereka tidak mahu bergabung dgn UMNO.

Ia kerana fasa penggabungan tu masih belum tiba.

Skrg baru fasa kerjasama.

Lepas PRU 14 nanti baru masuk fasa kerajaan campuran.


Esok PRU 15 baru ada penggabungan rasmi.

Harap kita rakyat Malaysia jangan tertipu dengan permainan sandiwara ulama2 PAS yang sudah kemaruk untuk bekerjasama dengan UMNO.

Sejarah tidak akan menipu kita. 

Apa yang telah berlaku pada PAS tahun 70an akan berulang semula.

Yang kita kasihan adalah ahli2 PAS yang keluar wang dan keringat untuk parti tapi akhirnya menjadi alat kepada UMNO.

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Monday, January 4, 2016

Fitnah Dajjal dan Konglomerat Makanan Antarabangsa

Malam tadi Tulang Besi@Malaysiawaves membuat sedikit kajian berkenaan fitnah Dajjal.

Dalam riwayat2 yang sahih dilaporkan setelah kedatangan Dajjal, manusia2 yang beriman akan kelaparan. Ini kerana Dajjal akan menghalang makanan sampai kepada orang2 yang menolak Dajjal.


Membaca riwayat ini, Tulang Besi teringat satu laporan yg dibuat oleh Oxfam bertajuk "Behind The Brand"

Laporan itu menyatakan bahawa hampir kesemua makanan dalam dunia diproses oleh 10 syarikat konglomerat yang amat besar.
Syarikat2 itu adalah:
1. Associated British Foods PLC (Mazola corn oil and Twinings tea)
2. The Coca Cola Co.
3. The Group Danone
4. General Mills (i.e. Pillsbury)
5. Kellog Co (Corn Flakes)
6. Mars, Inc (M&M, Snickers)
7. Modelez ( Cadbury, Oreo)
8. Nestle
9. Pepsi Co
10. Unilever (Lipton tea, Hellmann’s mayonnaise, and Ben & Jerry’s ice cream)

NESTLE
Bermaksud hadeeth Nabi tersebut ternyata benar.

Apabila Dajjal keluar nanti, kesemua konglomerat2 ini akan dikawal oleh Dajjal.

Maka sudah tentulah Dajjal akan berjaya menghalang syarikat2 ini untuk mengeluarkan makanan kepada mereka yang menolak Dajjal.

Melalui syarikat2 inilah nanti Dajjal akan mengawal makanan dunia dan memberi makan mengikut siapa yang Dajjal kehendaki.

Adapun Nabi SAW menyatakan sekiranya berhdapan dengan fitnah sebegitu, orang2 yang beriman haruslah berzikir dan bertahmid. 

Dengan cara itu, kelaparan dapat diatasi.

Fitnah Dajjal ni bukan main main. Teruskan doa supaya kita selamat dar fitnah Dajjal dan jangan putus.

Tulang Besi



Read more!(Selanjutnya)

Friday, January 1, 2016

ANAK PRESIDEN PAS TAKUT BERDEBAT?

Ustaz Fakhrul Razi telah pun membuat cabaran terbuka kepada anak Presiden PAS, Khalil Abdul Hadi, di atas tuduhan beliau kononnya Amanah sentiasa tunduk pada DAP.

Khabarnya, para wartawan telah mencuba untuk mendapat respon dari Khalil namun Khalil tidak mahu melayan wartawan dan bersikap tutup mulut.

Waktu nak tuduh dulu bukan main berani, tapi bila dicabar berdebat kenapa diam membisu seribu bahasa?



Adakah ini hasil tarbiyyah islamiyyah PAS berdiam diri bila dicabar untuk membuktikan dakwaan yang dia sendiri buat?

Kita lihat lah lagi selepas ni tindakan2 Khalil Abdul Hadi.

Samada beliau berani ataupun beliau takut.

Kalau beliau terus takut, ertinya jelas dakwaan beliau tu hanya fitnah semata-mata.

Yang herannya beliau dengan begitu konfiden berkata beliau tidak akan minta maaf sekali-kali dengan Amanah atas tuduhan beliau

Tapi bila diajak berdebat tak berani pulak?

Ni bukan sikap anak jantan.

Ni bukan sifat lelaki.

Ni bukan perangai orang yang bertanggungjawab.

Tak usah lah Khalil Abdul Hadi bercakap pasal akhlak lagi selepas ini kalau dia tidak mahu berdebat.

Menuduh orang tanpa bukti adalah jauh tidak berakhlak serta berdosa besar pulak tu.

Busuk nama Islam disebabkan tindakan anak Presiden PAS ini

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.