Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, June 27, 2018

HUSAM MENANG SAMAN FITNAH KE ATAS ULAMA PAS

Semalam Husam Musa telah menang kes saman fitnah ke atas seorang bernama Masri Che Yusoff. Masri ini juga berjawatan AJK PAS Kawasan Kerteh serta AJK Dewan Ulama PAS Negeri Kelantan.

Dengan kata lain, Masri Che Yusoff ini adalah dari golongan ulama dalam PAS. Beliau adalah ulama yg disembah dan diagungkan oleh orang2 PAS.

Laporan Malaysiakini menunjukkan bahwa Masri Che Yusoff memfitnah Husam Musa dlm salah satu status Facebook nya yg bertarikh 27 Oktober 2015. Dilaporkan:



Walaubagaimanapun, mahkamah telah menolak keterangan Masri dan memutuskan bahawa semua tuduhan itu adalah tidak berasas.

MASRI CHE YUSOFF ADALAH PENDIDIK KEPADA ORANG2 PAS

Org seperti Masri inilah golongan yg dianggap sebagai pendidik (murabbi) dalam PAS. Beliau inilah yg turun ke akar2 umbi mengajar orang2 PAS utk menjadi lebih beriman, lebih berakhlak, lebih beramal dgn Islam dsbnya.

Org seperti ini yg diharapkan memberi lebih Islam kepada akar2 umbi PAS.

Bayangkan.

Ini fitnah yg beliau zahirkan melalui tulisan. Bagaimana pula fitnah2 yg telah dihamburkan melalui percakapan sewaktu beliau bertemu dgn akar2 umbi PAS dan orang awam?

ULAMA2 PAS KUAT HAMBUR FITNAH

Mereka yg dianggap sbg ulama dlm PAS menggunakan kedudukan mereka menghambur fitnah kpd pemimpin2 PAS yg mereka tidak suka. Pada waktu Masri Che Yusoff menulis posting fitnah ini, Husam masih lagi ADUN PAS dlm DUN Kelantan.

Oleh kerana ulama2 PAS ini dianggap sbg pendidik maka apabila mereka menghambur fitnah tiada siapa berani menyanggah mereka. Sesiapa dlm PAS yg bangun mempersoalkan nescaya akan dilabel anti ulama dan membenci ulama. Label anti ulama dlm PAS adalah lebih buruk dari label kafir. Seolah2 mcm mahu memerangi Allah SWT dan Nabi nya.

Sepanjang pengalaman berada dlm PAS dahulu, golongan2 ulama ni yang paling jahat mulut mereka. Amat menyukai mengumpat dan memfitnah. Mereka pendidik tapi mereka mempunyai mulut yg paling jahat.

Ini kerana mereka mempunyai kedudukan yg berada di atas undang2 dlm PAS. Mereka tidak boleh dipersoal ataupun disanggah. Mereka diberi kedudukan maksum oleh ahli2 PAS.

MEMPERSOAL PARA ULAMA AKAN DIANGGAP SBG LIBERAL DAN KUFUR

Hakikatnya, mereka suka apabila pemimpin2 yg dianggap liberal keluar dari PAS. Pemimpin2 G15 yg gugur setandan pada pemilihan 2015 itu dianggap sbg pemimpin liberal kerana mereka ini suka mempersoalkan pendapat serta kata2 para ulama PAS.

Hakikatnya kumpulan liberal ini tidak bersetuju dgn kehendak ulama2 PAS mahukan perpaduang dgn UMNO sahaja.

Tetapi di jaja oleh ulama2 PAS kononnya sbg liberal, anti Islam, anti hudud, anti Islam, pro DAP dsbnya.

KESIMPULAN

Kes ini membuktikan ulama2 PAS ini sejahat2 manusia.

Menipu ahli2 dgn fitnah dan nista dan mudah dibeli oleh musuh.

Sejahat2 manusia inilah yg menjadi pendidik kpd orang2 PAS.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniHusam menang saman fitnah dakwaan seleweng tanah
Diterbitkan 26 Jun 2018, 5:39 petang | Dikemaskini 26 Jun 2018, 6:38 petang

Item 1
Item 2
A+ A-

Mahkamah Tinggi Kota Bharu membenarkan saman dan tuntutan Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Husam Musa terhadap seorang bekas pengetua sekolah agama di Kelantan, hari ini.

Peguamnya Hisham Fauzi berkata, saman fitnah yang difailkan bekas anggota dewan undangan negeri (ADUN) Salor itu dikemukan terhadap Masri Che Yusoff susulan satu tulisan berunsur fitnah di Facebook .

"Masri melalui akaun Facebook miliknya pada 27 Oktober 2015 menyiarkan gambar dan tulisan yang menuduh Husam secara salah memberikan kepada sebuah syarikat tanah seluas 414.37 hektar yang mana tuduhan ini dinafikan anak guam kami.

"Semasa perbicaraan kes ini tuduhan salahguna kuasa dan kedudukan Husam semasa menjadi exco kerajaan negeri Kelantan termasuklah pemberian tanah berkenaan kepada satu syarikat yang dikatakan Husam mempunyai kepentingan dan projek kambing jamnapari di bawah program Jihad Ternak telah ditimbulkan di dalam keterangan Masri," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Bagaimanapun Hisham berkata, mahkamah telah menolak keterangan Masri dan memutuskan bahawa semua tuduhan itu adalah tidak berasas.

Che Masri merupakan ahli jawatan kuasa PAS Kawasan Ketereh dan anggota Dewan Ulamak PAS Kelantan.

Jumlah gantirugi ditaksir mahkamah

Justeru katanya, Pesuruhjaya Kehakiman Negeri, Datuk Ahmad Bache’ dalam penghakiman beliau mengatakan bahawa mahkamah berpuas hati bahawa elemen bagi kes fitnah dipenuhi.

"Dengan itu mahkamah membenarkan tuntutan Husam dengan kos RM10,000. Jumlah gantirugi pula akan ditaksirkan oleh mahkamah selepas ini," jelasnya.

Sebagai rekod perbicaraan penuh kes tersebut berlangsung selama empat hari pada 7 dan 14 Februari lalu dan 5 dan 15 April lalu sebelum hujahan lisan di akhir kes dijalankan 14 Jun lepas.

Husam yang juga pengerusi Pakatan Harapan Kelantan turut diwakili peguam Faiz Fadzil, manakala Masri pula diwakili peguam bela, Wan Rohimi Wan Daud.
Blogger Widget

2 comments:

Anonymous said...

apakan jawapan yg pas akan beri berkenaan rampasan bernilai hampir 1 bilion.

Unknown said...

Ulamak akhir zaman... MasyaAllah.. .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.