
Tidak perlu lagi utuk memberi wang royalti kepada kerajaan2 negeri PAS.
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniPBB dan 3 parti di Sarawak keluar BN
FMT Reporters | June 12, 2018
Abang Johari Openg berkata, 4 parti itu akan membentuk parti berasaskan Sarawak yang dinamakan Gabungan Parti Sarawak.
Abang Johari Openg (kot warna coklat) mengadakan sidang media bersama pemimpin BN Sarawak hari ini. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersama 3 parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak meninggalkan gabungan itu untuk membentuk pakatan baru dinamakan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Openg ketika membuat pengumuman itu berkata, 3 lagi parti komponen BN adalah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP).
Katanya, keputusan itu diambil susulan pertimbangan dan penilaian perkembangan politik semasa dalam negara selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“GPS akan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan demi kepentingan negara dan hak negeri serta kepentingan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Persekutuan Malaysia.
“Kami akan melindungi kepentingan semua rakyat Sarawak tanpa mengira saiz sesuatu komuniti dalam cara yang inklusif,” katanya pada sidang media di Kuching hari ini.
“Gabungan baru ini akan membolehkan kami fokus kepada kepentingan dan hak Sarawak berdasarkan MA63 (Perjanjian Malaysia 1963).”
Minggu lalu, PBB dilapor “mempertimbangkan secara serius” meninggalkan BN dan akan berunding dengan parti komponen lain di negeri itu, selepas PBB menolak spekulasi akan menyertai Pakatan Harapan pada 16 Mei lalu.
Tetapi, PBB berkata, ia akan menilai semula kedudukan sebagai parti komponen BN dan terus memperjuangkan matlamat melindungi kepentingan Sarawak serta rakyatnya dalam “perikatan bersatu antara parti negeri”.
Gabenor Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dilaporkan menemui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin di Kuala Lumpur pada 10 Mei lalu.
Pada 7 Jun lalu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memangku jawatan pengerusi BN dilaporkan berkata, dakwaan PBB meninggalkan BN di luar pengetahuannya.
Bekas timbalan perdana menteri itu juga menafikan menemui presiden PBB, Johari dan merayu parti ke-2 terbesar dalam BN itu tidak meninggalkan BN bagi mengelakkan gabungan itu hancur.
Zahid bagaimanapun menghormati dan mengalu-alukan pendirian PBB dan parti komponen BN Sarawak yang berhasrat menjalin hubungan kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat.
PBB ialah parti tonggak BN Sarawak yang mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya negeri pada 2016.
Pada PRU14, BN Sarawak memenangi 19 daripada 31 kerusi Parlimen. Kerusi negeri tidak dipertandingkan pada 9 Mei lalu.
PAS kingmaker??? Chehhhh...!!! Dia org ingat Tun M kecik anak ke? Mimpilah, kingmaker konon. Lebai Lebong pemimpin PAS, bergelumanglah korang dengan Lebleb dan Baibong korang aje. Kan ada siku dan lutut? Kebuloq sangat nak join PH ka? Nak rasa jadi menteri ka? Kahkahkah... mimpilah..
ReplyDelete