Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, June 24, 2018

PEMBEKUAN AKAUN NASA MAT ISA BAKAL MENDEDAHKAN IDENTITI PAS YG SEBENAR

Sedari awal, Rafizi Ramli telah mendedahkan melalui akuan bersumpah beliau bahawa Nasa Mat Isa telah menerima wang 1MDB sejumlah 200juta. Dilaporkan Rafizi berkata:

Maklumat tersebut kata Rafizi, diperolehinya dari bekas pegawai ‘paling kanan’ dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malysia (SPRM) yang turut terlibat menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

“Beliau menyebut kepada saya bagaimana siasatan SPRM turut mengesan sejumlah wang yang dibayar dari akaun peribadi Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak yang sampai kepada Dr Nasharuddin Mat Isa mantan Timbalan Presiden PAS,” dedahnya dalam sidang media sebentar tadi.

Pegawai kanan SPRM yg dirujuk Rafizi ini sekarang sudah bertugas semula di SPRM.


Setelah itu terdedah rakaman Nik Abduh mengakui PAS menerima wang dari UMNO:


Husam Musa juga telah mengesahkan melihat bukti jelas penerimaan serta penyerahan wang kepada pemimpin2 PAS. Husam dilaporkan berkata:




Maklumat terbaru menunjukkan akaun Nasaruddin Mat Isa yg berkaitan telah dibekukan oleh Bank Negara. Ini menunjjukkan bahawa siasat berkaitan hubungan Nasa dgn 1MDB sedang berjalan.

Ia juga menunjukkan bahawa segala aliran wang dari akaun Nasa juga akan disiasat secara mendalam.

Pendapat Tulang Besi adalah ramai dikalangan pimpinan2 PAS yang ada sekarang akan terpalit.

Apabila kes saman di London ke atas Sarawak Report bermula nanti pun ramai pemimpin2 PAS yang ada sekarang akan terdedah.

Di saat itu akan tampak bahawa PAS bukan lagi parti Islam yg menjadi kebanggaan ramai selama ini.

PAS hanyalah sebuah parti politik seperti parti2 lain juga.

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

Akuan bersumpah Rafizi dakwa Nasharudin Mat Isa terima dana terkait 1MDB
Pada 13 April 2017
oleh RoketKini
E-mailTweetLike1.28K

KUALA LUMPUR, 13 APR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini dalam akuan bersumpahnya mendedahkan bekas Timbalan Presiden PAS Datuk Nasharudin Mat Isa telah menerima dana melibatkan 1MDB melalui akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Maklumat tersebut kata Rafizi, diperolehinya dari bekas pegawai ‘paling kanan’ dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malysia (SPRM) yang turut terlibat menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

“Beliau menyebut kepada saya bagaimana siasatan SPRM turut mengesan sejumlah wang yang dibayar dari akaun peribadi Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak yang sampai kepada Dr Nasharuddin Mat Isa mantan Timbalan Presiden PAS,” dedahnya dalam sidang media sebentar tadi.

Rafizi dalam akaun bersumpahnya itu menceritakan secara terperinci butiran mengenai siasatan SPRM melibatkan penyelewengan 1MDB yang diceritakan secara lisan oleh pegawai kanan SPRM tersebut.

“Siasatan SPRM ke atas SRC International Sdn Bhd mendapati sejumlah dana dari SRC International Sdn Bhd telah dipindahkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Dari akaun Datuk Seri Najib Tun Razak, terdapat bayaran kepada peguam tertentu. SPRM telah menyoal siasat peguam tersebut dan mendapatkan bukti tokoh-tokoh yang dibayar menggunakan wang SRC International Sdn Bhd yang disalurkan melalui peguam tersebut.

“Salah seorang dari penerima bayaran dari peguam tersebut adalah Dr Nasharuddin Mat Isa, mantan Timbalan Presiden PAS,” ujar beliau.

Menurut Naib Presiden PKR itu, aliran sejumlah wang kepada bekas pimpinan tertinggi PAS tersebut boleh disiasat di bawah pelbagai undang-undang negara jika bayaran itu sebagai pertukaran melunakkan suara PAS dalam isu 1MDB.

“Saya percaya maklumat ini wajar diketahui oleh rakyat terutamanya mengenai aliran dana SRC International Sdn Bhd ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak yang kemudiannya disalurkan ke tokoh-tokoh tertentu terutama seorang mantan pimpinan tertinggi PAS yang kita ketahui paling lantang memperjuangkan kerjasama UMNO dan PAS,” jelas beliau.

Rafizi dalam sidang media itu turut mendedahkan bahawa Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairul Aman Razali pernah menemui pegawai SPRM itu untuk mendapatkan kepastian penglibatan Najib Razak dalam skandal 1MDB.

“Pegawai penyiasat terkanan itu memaklumkan kepada saya bahawa beliau ada memberi maklumbalas secukupnya kepada permintaan mendapakan kesasihan dari Datuk Dr Khairudin Aman Razali itu,” dedahnya lagi.

Tegas Rafizi, tindakannya membuat akaun berkanun bertujuan supaya siasatan mengenai penyelewengan 1MDB dapat dibuka semula.

“Apabila dibuat dibawah akuan berkanun kalau ada mana-mana bahagian tidak benar, maka satu laporan polis dibuat dan saya boleh ditangkap.

“Saya buat akuan berkanun supaya kalau petang ini ada perkara yang saya sebut ini tak betul dan ada buktinya, maka boleh laporan polis dan kita akan melalui proses undang. Saya akan lebih gembiramelalui proses perundangan. Sebab, bila ada proses perundangan, kita ada kedudukan mengikut undang-undang (legal position) untuk hadapkan isu 1MDB ke mahkamah,” jelas beliau. -Roketkini.com

Saya tengok bukti duit Umno kepada PAS, kata Husam
Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2017 11:10AM · 1 komen
Lagi
Saya tengok bukti duit Umno kepada PAS, kata Husam
Bekas naib presiden PAS, Husam Musa mempertahankan pendiriannya berhubung dakwaan itu sehingga kini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 November, 2017.

BEKAS naib presiden PAS, Husam Musa mendakwa beliau melihat sendiri sumber maklumat yang menunjukkan pemimpin PAS menerima wang daripada Umno dan jumlahnya lebih daripada RM90 juta.

"Saya tidak bermain dengan kata-kata. Saya bercakap selepas saya melihat sumber maklumat tersebut dan pastikan ianya tepat dan benar.

"Iaitu sejumlah wang disalurkan melalui Affin Bank kepada beberapa pihak berkaitan dengan kepimpinan PAS selain transaksi runcit lain," kata Husam dalam satu sesi dialog semalam.

Husam berkata demikian ketika Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown bertegas di Mahkamah London PAS menerima wang daripada Umno.


Husam sebelum ini mendakwa, PAS menerima wang itu daripada Umno melalui Affin Bank.

"Dalam ucapan, saya tak sebut jumlah. Kerana dalam fikiran saya jumlahnya lebih besar daripada RM90 juta.

"Saya hanya secara tegas menamakan bank, iaitu Affin Bank," kata Husam dalam dialog itu.

Sehubungan dengan itu, Husam berkata, beliau sehingga kini mempertahankan kenyataan itu.

"Saya masih berpendirian mempertahankan kenyataan saya itu. Saya tidak berganjak kecuali berkenaan jumlah," katanya dalam sesi dialog berkenaan.

Menurut Husam, beliau terikat dengan Akta Kewangan ataupun Bank dalam negara ini (untuk mendedahkan sumber) walaupun ramai rakyat Malaysia dan ahli PAS ingin tahu.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bertindak memfailkan saman terhadap Clare berikutan dakwaan Sarawak Report bahawa PAS menerima RM90 juta daripada Umno.

Namun sehingga kini, Husam dan seorang lagi yang membuat dakwaan sama iaitu ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tidak disaman PAS.

Bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa juga tidak menyaman Rafizi walaupun berjanji akan berbuat demikian selepas Rafizi membuat kenyataan Nasharudin antara yang menerima wang itu daripada Umno.

Husam yang dipecat daripada PAS pada Mei 2016 kerana mengkritik kepimpinan parti itu, juga pernah membuat kenyataan berhubung dakwaan berkenaan pada satu ceramah Amanah di Kelantan awal tahun ini.

Rewcastle Brown, dalam satu pernyataan pertahanan dalam saman yang difailkan Hadi, turut menamakan beberapa pemimpin PAS yang mendapat manfaat daripada wang yang didakwa diberi oleh Umno. Kenderaan mewah turut disebut selain beberapa barangan lain yang dibeli pemimpin terbabit, katanya.

Penyataan editor berkenaan turut menamakan aktivis hak asasi manusia yang juga peguam Ambiga Sreenevasan sebagai sumber maklumatnya berkaitan RM90 juta diberikan oleh Umno kepada PAS, yang secara tradisinya merupakan musuh politik untuk pengundi Melayu-Islam. PAS berpecah daripada blok pembangkang dan digantikan dengan parti pecahannya Amanah.

Ambiga kini disiasat di bawah Kanun Keseksaan kerana mencetuskan keresahan awam dalam kaitannya dengan Rewcastle Brown.

Artikel bertajuk "As Najib denies all over 1MBDB let’s not forget his many other criminal connections" itu disiarkan pada 6 Ogos tahun lalu dan mencadangkan wang yang diberikan itu sebagai pertukaran untuk sokongan PAS kepada pakatan pemerintah Barisan Nasional.

Hadi mengemukakan saman terhadap Clare melalui firma guaman terkenal di England, Carter-Ruck yang terkenal dengan caj perkhidmatannya yang tinggi. – 10 November, 2017.
Blogger Widget

2 comments:

Anonymous said...

Jgn bimbang. Walaun tetap pertahan lebai2 mrk. Lebai pas mana boleh buat salah.

Anonymous said...

SENARAI PENERIMA PINGAT SRC DARI 1MDB

Abdul Hadi Awang
Takiyuddin Hassan
Nasruddin Hassan
Hashim Jasin
Ahmad Yaacob
Tuan Ibrahim Tuan Man
Idris Ahmad
Mohd Amar Abdullah
Iskandar Abdul Samad
Mahfodz Mohamed
Nuridah Mohd Salleh
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Mustafa Ali
Riduan Mohamad Nor
Mohd Nasruddin Daud
Sallehen Mukhyi
Nik Mohamad Zawawi Salleh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.