Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, July 8, 2018

KENYATAAN MUJAHID BERKENAAN LGBT ADA SELARI DGN ISLAM

Dalam satu wawancara dgn Malaysiakini, Dr Mujahid dilaporkan berkata:





Kenyataan Dr Mujahid ini selari dengan kehendak Islam kerana:

1) Kalau perlakuan haram berlaku dalam rahsia maka kerajaan tidak akan bertiindak. Bukti? Kesah Saidina Umar menangkap org minum arak secara rahsia

2) Kalau perlakuan itu menjadi maklumat umum maka barulah kerajaan akan tangkap

3) Kerajaan akan menekan kepada taubat dan perubahan diri kepada pelaku2 LGBT.

Selari dgn arahan Nabi kepada perempuan yg mengaku berzina supaya jgn teruskan dgn hudud tapi tumpukan pada taubat.

Stkt ni tak nampak di mana salahnya kenyataan Ustaz Mujahid.

Semua selari dgn kehendak Syariat Islam.

AGENDA LGBT SUDAH TIDAK WUJUD LAGI SEKARANG INI

Mengapa Tulang Besi berkata demikian?

LGBT adalah salah satu program utama pentadbiran Obama.

Obama telah gagal mentadbir Amerika dgn baik lantas diadakan agenda LGBT bagi membina imej lunak dan sayang menyayang.

Wang rakyat Amerika telah diperuntukkan dengan banyak sekali utk agenda ini melalui beberapa NGO yg menyamar kononnya mereka memperjuangkan hak asasi manusia.

Agenda LGBT Menjadi Agenda Utama Presiden Obama
Obama pula menggunakan imej lunak semata2 mahu mengkedepan agenda menghancurkan kemanusiaan terutamanya melalui program LGBTQ ini.

Namun, pada hari pertama Presiden Trump mengangkat sumpah, perkara pertama yg dilakukan beliau adalah menurunkan laman web LGBTQ dari laman web Rumah Putih.

Dan sudah hampir setahun Trump menjadi Presiden tiada langsung beliau menyebut agenda LGBT.


Ertinya  agenda ini sudah tutup buku dan sepatutnya tidak lagi menjadi sebutan.


MUJAHID CUMA MAHU MENEKANKAN DAKWAH BERBADING HUKUMAN

Ustaz Mujahid dituduh pro LGBT tapi hakikatnya beliau cuma mahu menekankan dakwah berbanding hukuman.


Itu sahaja..



TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

Menteri: Tindakan terhadap LGBT jika...
Zulaikha Zulkifli | Diterbitkan 6 Jul 2018, 10:31 pagi | Dikemaskini 6 Jul 2018, 1:39 petang

Item 1
Item 2
A+ A-
WAWANCARA | Menteri agama yang baru, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengulas mengenai isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), berkata setiap warganegara mempunyai hak mereka.

Justeru, beliau yang dikritik bersikap 'lunak' dengan golongan berkenaan berpendapat mana-mana warganegara tidak kira sama ada mereka LGBT atau bukan sekiranya tidak melakukan jenayah, pihaknya tidak akan mengambil tindakan undang-undang.

Walaupun perbuatan golongan LGBT itu berdosa namun Mujahid menjelaskan, sekiranya ia tidak mencabar undang-undang negara, pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan.

"Perbuatan LGBT haram. Kalau buat sembunyi-sembunyi pun tetap haram tetapi itu antara dia dan Allah. Allah akan membalas di atas perbuatan mereka. Tetapi kalau mereka secara terang-terangan beritahu dan kata seronok dengan perbuatan itu, kita boleh ambil tindakan.

"Contohnya, minum arak berdosa, haram. Kalau dia minum secara terbuka dan berkata "suka hati aku nak minum" itu jenayah. Kerana mencabar undang-undang.

Ruang personal, ruang publik

"Secara moralnya, itu dia ada dia punya ruang personal. Tetapi jangan memberi galakan di ruang publik sebab ia akan menjadi jenayah. Kalau di ruang personal, tiada siapa, sebagai Muslim tetap bersalah dan berdosa," ujarnya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Sehubungan itu, Mujahid berkata beliau akan terus melakukan dialog dan mendekati golongan berkenaan bagi memberi penjelasan bahawa perbuatan yang dilakukan mereka bercanggah dengan agama Islam.

"Di sini kita perlukan dialog. Dialog bukan bermakna menyokong. Kita tak sokong LGBT, ia perbuatan bercanggah dengan Islam, melanggar moral dan adat.

"Tetapi dengan dialog kita akan dapat banyak faedah untuk saya jelaskan pada mereka," katanya lagi.

Manakala itu, anggota parlimen Parit Buntar berkata usul Rang Undang-undang 355 (RUU355) tidak substantif berbanding isu yang melibatkan penstrukturan semula mahkamah syariah.



Bagaimanapun, Mujahid berkata, terpulang kepada pihak kerajaan sama ada mahu membawa usul berkenaan di sidang Parlimen akan datang atau tidak.

"Saya rasa isu ini (RUU355) ini isu politik dan bukan substantif. Sebab isu yang substantif ialah untuk memperkasakan mahkamah syariah, bukan meningkatkan had hukum.

"Isunya ialah mempertingkatkan segala kelemahan yang ada di mahkamah syariah seperti macam mana perlu perkasakan lagi struktur proses, sumber manusia, gaji para hakim. Kan ia lebih substantif.

"Kalau tingkatkan had hukum adakah selesai isu-isu ini?" Soal Mujahid.

Ditanya lagi sekiranya ada 'harapan' usul itu akan dibawakan pada sidang parlimen yang akan bermula 16 Julai ini, Mujahid kata ia terpulang kepada kerajaan.

PAS punya hak bawa usul

"Saya tak tahu. Terpulang pada PAS sebab dia mempunyai hak nak bawa (usul itu). Tapi terpulang pada kerajaan hari ini sama ada lihat ia keutamaan.

"Kami tidak akan politikkan isu agama kerana ada benda lain yang lebih besar daripada politik ini," kata Mujahid lagi.

Usul RUU 355 atau pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 gagal dibahaskan pada sidang parlimen yang lalu.
Sebelum itu, usul berkenaan dibentang tiga kali pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada April 2016 oleh Hadi sebagai usul persendirian.

Namun pihak PAS menerusi Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu akan menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat yang lalu agar memasukkan usul berkenaan ke dalam sidang penggal ke-14.

Usul pindaan Akta 355 mencadangkan hukuman lebih berat dikenakan ke atas pelaku syariah dan mencadangkan hukuman maksimum terhadap pesalah syariah dinaikkan kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 sebatan rotan.

Hukuman sebelum ini ialah tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan rotan.

Blogger Widget
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, July 5, 2018

SOKONGAN UMNO (KEDAH) vs MAKAN DUIT UMNO (PAS)

Gegak gempita pendokong2 PAS kononnya sudah tertubuh kerajaan perpaduang antara PH dgn UMNO lantaran UMNO menyokong calon Speaker dari PH di DUN Kedah.

Dari luaran tampak seperti UMNO menyokong namun bila diperhatikan kembali sokongan tersebut semata-mata mahu menyelematakan UMNO.

Dengan kata lain, demi meneruskan hayat UMNO di Kedah, maka UMNO terpaksa menyokong calon Speaker PH.

Sekiranya, berakhir dgn keadaan seri 18-18, maka DUN akan terbubar secara otomatik.

Di minda pemimpin2 UMNO Kedah adalah mampukah mereka utk menghadap PRN dlm keadaan mereka:
1) Tiada kerajaan
2) Tiada wang
3) Tiada kempimpinan (UMNO Kedah spt sudah tiada nakhoda)
4) Keadaan UMNO di Pusat yg kucar kacir
5) Mantan Presiden baru sahaja didakwa di Mahkamah 

Kemungkinan besar dgn mudah PH merampas kerusi2 BN yg tiga itu beserta beberapa kerusi2 PAS juga. Kemungkinan besar BN akan hilang banyak kerusi sekaligus hilang deposit. Kemungkinan PAS juga akan hilang setengah dari kerusi2 yg mereka menang kerana duit 1mdb dah kering dan Najib dah turun naik mahkamah. Pokoknya, senario yg bakal dihadapi oleh UMNO sekiranya berlaku PRN adalah amat amat malap.

Maka demi mengelakkan mudharat yg lebih besar terpaksalah mereka menyokong calon Speaker dari PH dan menolak calon PAS. Lagipun kalau berlaku PRN, PAS akan tetap meletak calon di kerusi2 UMNO yg bakal menyebabkan kedua2 parti kalah teruk.

RAKAMAN PENGAKUAN NIK ABDUH SUDAH TERBUKTI SAHIH

Adapun di pihak PAS pula, pengakuan Nik Abduh dlm rakaman beliau yg terdedah dahulu telah pun disahkan kesahihannya rakaman tersebut oleh peguam Haji Hadi sendiri di Mahkamah London.

Ertinya terbukti sudah ulama2 PAS mengambil dan memakan duit dari UMNO.  Tiada lagi keraguan tentangnya hasil dari  tindakan peguam Haji Hadi di London dan seluruh kes saman Haji Hadi adalah atas tulisan Sarawak Report bahawa ulama2 PAS telah menerima duit UMNO..

Bukti ini jauh lebih jelas telah berlakunya UG antara PAS dan UMNO.

Pendek kata tiada ragu lagi PAS sudah UG dengan UMNO lama sebelum PRU14 lepas. Malang bagi PAS, UG  mereka ditolak mentah2 oleh rakyat Malaysia dan penduduk dunia amnya.

PAS memainkan isu2 perkauman sewaktu PRU14 lepas pun masih gagal memenangkan UMNO maka UG PAS itu sia sia sahaja.

Seperti Luncai Terjun dgn Labu-Labu  nya.

Biarkan.  Biarkan

Dengar sendiri pengakuan Nik Abduh yg sekarang menjadi bukti mahkamah bagi pihak Sarawak Report

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.Blogger Widget
Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.