Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, May 21, 2019

KERETA MUFTI PERLIS DIBAKAR PENGGANAS PERSIS PARTAI KOMUNIS MALAYA


Diberitakan yg ditangkap dan disiasat di atas kejadian membakar kereta Mufti Perlis ada kait mengait dgn sebuah parti politik di Malaysia. Tindakan yg persis tindakan2 Parti Komunis Malaya sepanjang tempoh Darurat dulu.

Bagi Tulang Besi motif pembakaran adalah jelas, yakni untuk menakutkan Mufti Perlis dari terus memberikan pandangan yg kontra kpd pandangan sebuah parti di Malaysia ini. Pembakaran kereta ini diharap dapat menutup mulut Mufti Perlis dari memberi tafsiran Islam yg selari dgn Al Quran dan Sunnah serta tidak dipengaruhi sentimen dan kepentingan politik semata-mata.

Kereta Mufti PERLIS yg dibakar pengganas
Di harap Mufti Perlis terus tabah menghadapi ujian dan cabaran ini kerana bercakap benar itu sememangnya dibenci ramai orang terutama parti2 politik yg memperdagangkan agama dan bangsa utk meraih undi.

Tampaknya puak2 Nasionalis dan Penyalahguna Nama Islam di Malaysia semakin desperado sehingga sanggup menggunakan taktik2 pengganas utk mencapat matlamat mereka yg songsang.

Tafsiran Islam yg dipakai oleh parti2 politik di Malaysia adalah songaang dah berlawanan dgn Sunnah Nabi SAW. Itu sahaja yg diberitahu oleh Dr Maza setiap kali. Itulah yg telah memaksa pihak satu lagi membakar kereta Dr Maza sbg usaha menutup mulut.


Pihak Polis wajib mengali dan mengenal pasti siiapa dalang sebenar pembakaran kereta ini. Saya pasti dalangnya amat tinggi dalam hiraki kepimpinan sebuah parti itu, Polis wajib mencari sehingga ke akar umbi.


TULANG BESI

Harian Metro melaporkan:


Kejadian itu disedari ahli keluarganya ketika mereka melakukan persiapan untuk solat Subuh 6.05 pagi pada hari kejadian itu berlaku.

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Friday, May 17, 2019

HAJI HADI BERTANGGUNGJAWAB MEMBENARKAN WANG UMNO MENGALIR DLM PAS

Sedari 2008 lagi Tulang Besi mendedahkan melalui rakaman Ustaz Nasaruddin Mat Isa bahawa Haji HAdi telah mengkhianati rakan2 Pakatan Rakyat sedari awal kemenangan PR pada tahun 2008. Waktu itu belum lagi DAP memerintah Penang ataupun belum ada apa2 polisi pemerintahan yg dibuyat tetapi Haji Hadi telah mengizinkan perbincangan penubuhan kerajaan bersama UMNO.

Ini bukti jelas Haji Hadi adalah agen UMNO.

Sejak tahun 1986 Haji Hadi Awang memperkenalkan kafir mengkafir yg akhirnya memberi keuntungan besar kepada UMNO. Di waktu itu UMNO dalam keadaan genting kerana kemelesetan ekonomi yg teruk serta pembunuhan Memali. Tapi politik kafir mengkafir Haji HAdi telah memberikan laba yg besar kpd UMNO sehingga berjaya menang di Kelantan dan Terengganu serta PAS cuma ada satu kerusi Parlimen sahaja.

Haji Hadi tidak mampu menyampaikan Islam kepada orang yg tidak berparti. Jauh beza dgn Tok Guru Nik Aziz dahulu.

Politik Haji Hadi hanya membunuh PAS.

PAS MENANG DAN JADI KERAJAAN APABILA HAJI HADI TIDAK TERLIBAT

Pada tahun 1999 dan 2008, Haji Hadi tidak muncul di persada politik. Ertinya pengundi biasa keluar mengundi dalam keadaan mereka tidak perlu risau Haji Hadi akan memimpin negeri atau negara. Pun begitu pada tahun 2008 masih gagal utk PAS menawan Terengganu.

Pada tahun 2004, Haji Hadi Awang mewakili seluruh pembangkang kecuali DAP kerana Anwar Ibrahim di dalam penjara dan Haji Hadi Awang menjadi MB Terengganu. Suara Haji Hadi yg paling lantang di persada politik Malaysia. Hasilnya 2004, hilang Terengganu dan PKR cuma tinggal satu kerusi Parlimen.

Kemenangan2 PAS tahun 1999, 2008, 2013 bukan usaha Haji Hadi Awang tapi faktor2 lain. 

PUKULAN TERAKHIR HADI ADALAH UTK MEMBUNUH PAS


Pengakuan Nik Abduh dalam rakaman audio beliau menunjukkan bahawa Hadi Awang adalah orang yg bertanggungjawab membenarkan wang UMNO masuk mengalir di dalam PAS.

PAS berpecah belah hasil dari wang UMNO yg masuk ke dalam PAS itu.

Sudah berpecah sekali, sekarang ini akan berpecah lagi atas sebab yg sama.

Haji Hadi lah punca PAS hancur lebur menjadi parti yg tiada maruah dan menjual agama utk kepentingan duniawi.

Adakah Haji Hadi gembira PAS sekarang ini berpecah belah kerana mengalirnya najis UMNO di dalam nya?

Apa pun, PAS bukan lagi sebuah parti yg memperjuangkan Islam sekarang ini

BAGAIMANA PAS HENDAK DAPAT KERUSI YG BANYAK PILIHANRAYA 15 NANTI?

Oleh kerana PAS telah termakan budi dgn UMNO, mampukan PAS meminta jumlah kerusi yg signifikan dalam PRU depan?

Sudah tentu tidak.

PAS mungkin boleh mengekalkan kerusi2 mereka di Kelantan dan Terengganu tetapi mereka harus memberi banyak kerusi mereka di luar Kelantan dan Terengganu.

Lama kelamaan PAS akan jadi seperti parti PPP dalam Barisan Nasional.

TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Thursday, May 16, 2019

MENJAWAB ARTIKEL WAN JI WAN HUSSIN BERKAITAN KEWAJIBAN HUKUM REJAM

MENOLAK HUKUM REJAM ADALAH AJARAN KHAWARIJ

Merujuk kpd artikel Ustaz Wan Ji Wan Hussain yg disiarkan oleh Malaysiakini pada 2 Apr 2019 bertajuk “Tiada huikum rejam dlm Al Quran”
(https://m.malaysiakini.com/news/470505), saya ingin memberi pandangan saya.

1) Kata Wan Ji: Ustaz Wan Ji berhujjah bahwa hukuman Rejam tidak wajib krn ia tidak disebut di dalam Al Quran. Beliau merujuk kpd kenyataan Prof Muhammad Abu Zahrah yg dikeluarkan pada tahun 1970an di Libya.

Bahawa Prof Abu Zahrah mengatakan bahawa hukuman rejam ini bukan dari Islam tapi berasal dari Yahudi ataupun syariat kaum Yahudi

JAWAPAN: Adakah Ustaz Wan Ji hendak mengatakan para ulama2 dari zaman para Sahabat selama 1400 tahun telah berbuat kesilapan dan telah mewajibkan hukum yg tidak wajib?

Adakah Ustaz Wan Ji hendak berkata yg ulama2 selama 1400 tahun telah membuat bidaah yg mungkar?

Dari segi logik akal pun tidak masuk akal sama sekali apa yg didakwa oleh Ustaz Wan Ji. Mustahil tiada seorang pun ulama2 dahulu selama 1400 tidak mengetahui yg hukum Rejam ini tidak tsabit dlm perundangan Islam.

2) Ustaz Wan Ji berkata lagi: “Jika mahu dihuraikan segala hujah beliau, sudah pasti memerlukan satu artikel yang terlalu panjang. Mungkin sahaja mencapai sebuah buku.”

JAWAPAN: Sekiranya kita menulis nama2 ulama yg mentasbitkan kewajiban hukum rejam dari zaman Sahabat ke zaman kita sekarang ini, nescaya akan memenuhi lebih dari sebuah buku.

Dari Saidina Umar ibnu Khattab, Saidina Ali, Ibnu Umar, Ibnu Abbas kpd Tabiin spt Ikrimah bin Ammar, Ibrahim An Nakhaie kpd Imam2 yg empat kpd Al Auzaie, Ibnu Abdul Barr(Mazhab Maliki), Ibnu Qudamah (Hanbali) membawa kepada Imam Nawawi, Ibnu Hajr Asqalani, Ads Dzahabi, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Katsir, At Tabari, Ibnu Qutaibah dan di zaman moden kita pun beribu2 ulama yg mentsabitkan hukum ini.

Kalau dimuatkan semua hujjah2 mereka, nescaya akan memakan ruang lebih dari 200 jilid.

3) Ustaz Wan Ji berkata bahawa hujjah paling utama menolak hukum Rejam adalah ketiadaan hukum ini dalam Al Quran.

JAWAPAN: Hujjah Wan Ji ini adalah hujjah lama yg diulang cetak. Hujjah ini telah wujud di zaman para Sahabaat tapi dikeluarkan oleh kumpulan Khawarij

Sbg bukti, merujuk kpd tulisan Imam Nawawi dlm kitabnya “Minhaj Syarah Sahih Muslim:”di bawah Kitab Hudud dan Bab “Itsbat Hukum Rejam utk Penzina”( jilid 11 ms 284):

فأخشى إن طال بالناس زمان ان يقول قائل : ما نجد الرجم فى كتاب الله فيضلوا بترك فريضة هذا الذين خشية قد وقع من الخوارج ومن وافقهم كما سبق بيانهم

TERJEMAHAN: “…saya khuatir sesungguhnya terdapat manusia di zaman (ini) yg antaranya berkata; “Kami tidak berjumpa hukum rejam di dalam Al Quran maka mereka menjadi sesat dgn meninggalkan ajaran yg dari mereka yg takut (kpd Allah) (dan) mereka ini telah jatuh (ke dalam) fahaman Khawarij dan seperti yg telah mereka persetujui dahulu”

Kenyataan Imam Nawawi di atas membuktikan hujjah Ustaz Wan Ji itu hanyalah hujjah yg diulang kembali dari kumpulan Khawarij yg mana Khawarij menolak hukum rejam atas sebab ianya tidak ada dalam Al Quran.

4) Ustaz Wan Ji juga menulis: “Pertama, bagi kesalahan zina, al-Quran hanya menjelaskan bahawa hukuman yang dikenakan ialah 100 sebatan. Hukuman yang dilakukan itu pula bersifat amat ehsan.”

JAWAPAN:

Malangnya Ustaz Wan Ji tidak merujuk kpd tafsiran Ibnu Abbas akan ayat 15 Surah Al Maaidah yg dinaqal dari kitab Al Mustadrak Al Hakim - hadeeth 8133:

8133 - أخبرنا أبو العباس القاسم بن القاسم السياري ، ثنامحمد بن موسى الباشاني ، ثنا علي بن الحسن بن شقيق ، أنبأ الحسين بن واقد ، ثنا يزيد النحوي ، عن عكرمة ، عنابن عباس ، رضي الله عنهما قال : " من كفر بالرجم فقد كفر بالقرآن من حيث لا يحتسب ، قوله عز وجل : يا أهل الكتاب قد جاءكم رسولنا يبين لكم كثيرا مما كنتم تخفون من الكتاب فكان الرجم مما أخفوا "
. هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه .
TERJEMAHAN:

Berkata Ibnu Abbas RA:

TERJEMAHAN:"Sesiapa yg mengkufuri hukuman rejam maka dia telah mengkufuri Al Quran dengan (dia) tidak mengambil perkiraan firman Allah SWT : {Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci} …maka pada masa itu hukum rejam lah yg mereka (kaum Yahudi) sembunyikan”

(Hadeeth ini berisnad sahih)

Ibnu Abbas juga berdalilkan dgn Al Quran yg mana menunjukkan bahawa sesiapa mengkufuri hukum REjam maka dia mengkufuri Al Quran terutamanya ayat 15 surah Al Maidah.

Hadeeth ini jelas menunjukkan kedudukan hukum Rejam dlm perundangan Islam yg mana tiada keraguan akan kedudukan hukum tersebut dlm perundangan Islam seperti yg disahkan oleh Ibnu Abbas dalam hadeeth di atas.

6) Ustaz Wan Ji berdalilkan dgn pendapat Prof. Muhammad Abu Zahrah yg mana kata beliau sudah mendapat penerimaan yg banyak dari ulama2 kontemporari termasuk Yusuf Qardhawi

JAWAPAN: Ulama2 zaman moden ini menolak hukum Rejam krn mereka tunduk kpd desakan dan kritikan Orientalist2 Yahudi dan Nasrani.

Oleh kerana ketiadaan hujjah yg rational utk menyokong hukum Rejam maka ulama2 ini rela tunduk kpd desakan orientalis2 Yahudi dan Nasrani.

Menghormati agama lain tidak bermakna kita orang Islam mengubah ugama kita demi mendapat keredhaan mereka.

Sedangkan Tun Salleh Abbas dlm satu forum bila ditanya berkenaan hukum rejam beliau berkata hukum ini tidak zalim sama sekali bagi mereka yg memandang zina itu keji dan mungkar.

Kesimpulannya:

1) Hukum rejam dlm Islam adalah tsabit dgn Ijma para Sahabat menandakan bahawa tidak ada keraguan walaupun sedikit akan kewajiban melaksana hukum tersebut dan kedudukannya di dalam hukum syarak
2) Mustahil ulama2 sepanjang 1400 tahun boleh berbuat silap dgn mewajibkan hukuman yg bukan dari hukum syarak
3) Pendapat kononnya hukuman ini tiada dlm Al Quran adalah pendapat yg dating dari kaum Khawarij bukan dari Islam

Sekian

Abdul Rahman Abdul Talib

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

DI ANTARA M.B. YG ULAMA DENGAN M.B. YG KELAM

Laporan Berita Harian berkenaan lelongan
11 lot tanah milik PMBK
Lantaran pecahnya berita bahawa Maybank akan melelong 11 lot tanah milik Perbadanan Memteri Besar Kelantan (PMBK) di harian Berita Harian (rujuk gambar), MB telah ditanya berkaitan dengannya.

MB lantas menyuruh pihak media merujuk PMBK dlm isu ini.

Namun, tidakkah MB Kelantan sedar apa maksud PMBK yakni Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Bukankan MB Kelantan itu juga Menteri Besar Kelantan?

Ini adalah petanda betapa kelamnya MB Kelantan sehingga tidak sedar tanggungjawab yg beliau sendiri pikul.



DAPAT JAWATAN KERANA TITLE ULAMA BUKAN SEBAB KELAYAKAN

Hakikatnya MB Kelantan sekarang ini tiada yang boleh dibanggakan dari sudut prestasi beliau. Setelah sepenggal menjadi MB, apa kah yg boleh dibanggakan dgn kepimpinan beliau?

Satu2 nya projek unggul beliau adalah melaksana hudud di Kelantan. Lantas beliau membawa dan meluluskan Enakmen Syariah Kelantan 2017 yg mengandungi peruntukan Hudud, Qisas dan Takzeer. Setelah lulus, cuma menunggu pindaaan Akta Mahkamah Syariah 1965 sahaja.

Namun RUU365 yg dibawa oleh Presiden PAS di Parlimen hanya sekadar mencakupi bidang takzeer sahaja dan tiada peruntukan utk Hudud dan Qisas.

MB Kelantan juga pernah berjanji pada waktu itu kalau tidak berjaya melaksanakan hudud, maka dia akan letak jawatan. Rakyat Malaysia masih menunggu perlaksanaan janji tersebut memandangkan Presiden PAS teragak2 untuk membawa usul RUU365 ke Parlimen akibat kerap kali tangguh. Juga, UMNO juga telah mungkir janji dan akhirnya tidak menyokong usul Presiden PAS itu. Padahalnya, rakan2 PAS dlm Pakatan Rakyat kesemuanya telah memberi tahu  sedari awal bahawa UMNO tidak akan memenuhi janji mereka. Yg UMNO kehendaki hanyalah memecahkan Pakatan Rakyat sahaja.

Tapi UMNO tetap dimaafkan oleh Presiden PAS di atas pengkhianatan mereka walaupun jelas UMNO telah sabotaj perlaksanaan hukum Allah di Kelantan. Perlakuan mengkhianati hukum Allah SWT boleh dimaafkan oleh ulama2 PAS kerana wang UMNO telah mengalir deras di dalam PAS pada masa itu.

Selain dari "Projek Hudud" yg gagal dan tiada nilai itu, kita juga mendengar khabar dari mantan Perdana Menteri bahawa gaji para kakitangan Kerajaan Negeri di bayar oleh Kerajaan Pusat.

MalaysianInsight melaporkan:



Malang sekali kerana di bawah kepimpinan arwah Tok Guru Nik Aziz, Kelantan tidak pernah sekali bergantung kepada kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan negeri. Kalau gaji kakitangan negeri pun terpaksa bergantung kepada Pusat ertinya kerajaan yg memerintah Kelantan bukan lagi kerajaan  PAS tapi sudah jadi kerajaan UMNO.
'





ADAKAH MB KELANTAN BERJAYA SEBAGAI ULAMA?

Hakikatnya, MB Kelantan sekarang hanyalah menjadi MB semata-mata kerana imej ulama beliau hasil dari kepimpinan Tok Guru. Pun begitu, tidaklah terserlah ilmu MB Kelantan skrg berbanding dgn arwah Tok Guru dulu yg mampu berijtihad dlm banyak isu semasa dan memberi solusi Islam kepada permasalahan2 yg melanda negara pada masa beliau menjadi MB. Rakyat Malaysia umumnya tidak kira kaum dan bangsa serta agama menghormati Tok Guru Nik Aziz namun MB Kelantan sekarang ini seperti tidak wujud di minda rakyat Malaysia.

Tok Guru Nik Aziz dahulu menjadi penyebab ramai rakayt Malaysia berminat dgn Islam. Ramai yg masuk Islam asbab Tok Guru dan ramai yg bertukar menjadi muslim yg baik kerana beliau. Jauh beza dgn MB Kelantan sekarang yg tidak mampu menjana kekuatan dakwah seperti arwah Tok Guru.

Ini bermaksud sebagai ulama pun MB Kelantan gagal. 

PENUTUP

TIdak keterlaluan kita katakan bahwa MB Kelantan sekarang adalah MB yg kelam dari segi serba serbi. 

Dari sudut agama pun kita tak nampak apa-apa sumbangan yg jelas kepada agama dan rakyat Malaysia.

Dari sudut pentadbiran keduniaan pun tidak nampak apa2 yg melayakkan beliau menjadi seorang Menteri Besar.

Hanya menjual title ulama semata2 maka beliau ditabalkan MB. Inilah contoh jelas bagaimana agama dijual utk jawatan dan kepentingan dunia.

Peristiwa MB Kelantan mengingatkan kita kepada tanda2 kecil kiamat seperti yg dinyatakan oleh Baginda SAW:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَكَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَإِذَا أُسْنِدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ.

]صحيح البخاري كتاب الرقاق باب رفع الأمانة حديث رقم 6496[
Daripada Abu Hurairah RA mengatakan Rasulullah SAW bersabda: “Jika sifat amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kedatangan hari kiamat (tanda kiamat semakin dekat).” Lalu seorang sahabat bertanya: “Bagaimanakah yang dimaksudkan sifat amanah disia-siakan ya Rasulullah?.” Baginda menjawab; “Jika diserahkan sesuatu urusan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kedatangan hari kiamat.”    (Hadith riwayat al-Bukhari, No. 6496).


TULANG BESI

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

KOMEN RAWAK YG DIKUTIP DARI FACEBOOK

"Bila pihak media tanya MB Kelantan, Ahmad Yaakob tentang lelongan 11 lot tanah Kjaan Negeri yg di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) oleh pihak Maybank,beliau suruh tanya PMBK..Padahal Ahmad Yaakob tu sendiri adalah Pengerusi PMBK..

Nampak x betapa lemah nya Ahmad Yaakob..Habis tanah kerajaan tergadai..Pulak tu, dia sendiri pengerusi, tp dia sendiri x boleh jawab..Lepas ni mesti ada walaun kata aku lawan Ulamak dan khadam Kapir harbi.."



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Wednesday, May 15, 2019

HAJI HADI TELAH MEMULAKAN PROSES PEMBUNUHAN PAS


POLITIK WANG BAKAL MENGHANCURKAN PAS SEPERTIMANA IA TELAH MENGHANCURKAN UMNO

Pecahnya PAS bermula 2015 adalah angkara wang UMNO yg mengalir masuk dlm PAS. Perkara tersebut dibenarkan berlaku oleh Presiden PAS sendiri san bukan org lain. Pengakuan dibuat oleh Nik Abduh dalam rakaman audio beliau di mana dia telah berkata:

“Presiden telah mengizinkan penggunaan wang UMNO”

Pengalliran wang UMNO dalam PAS ini telah pun menyebabkan perpecahan yg pertama yakni keluarnya golongan professional dan ulama yg mukhliseen dari PAS pada tahun 2015 dan menubuhkan Amanah. Tampaknya pengaliran wang UMNO ini bakal memecahkan PAS untuk kali keduanya.

Sayang seribu kali sayang, sepatutnya wang UMNO yg disalurkan masuk ke PAS adalah bertujuan memenangkan UMNO dalam PRU14 yg lepas. Namun, perancangan Allah SWT itu lagi besar dari perancangan UMNO.

Allah SWT memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan dalam keadaan Pakatan Harapan tiada wang, seluruh badan pengkaji menyatakan BN akan menang besar, PAS berada di pihak ketiga memecahkan undi pembangkang dsbnya.

Dari sudut hukum Adatnya, Pakatan Harapan tidak harus menang. Dari segi hukum adatnya, BN sepatutnya menang kerana undi Melayu kepadanya solid dan undi pembangkag yg pecah dua (yakni kpd PH dan PAS).

Namun Allah SWT lebih berkuasa dan mengatasi kuasa Allah SWT di atas segala perancangan manusia. Semua terkejut dgn kemenangan gemilang Pakatan Harapan lebih2 lagi PAS dan UMNO.

Sekarang ini PAS tidak berada dalam kerajaan Pusat. Kedua2 kerajaan yg dipimpin oleh mereka adalah kerajaan miskin dan tiada hasil malahan menjadi beban dari segi kewangan. Haji Hadi tiada kebolehan memerintah dan tidak tahu bagaimana hendak memerintah negeri mahupun negara.

Namun, wang yg telah mengalir dlm PAS tampaknya masih terus mengalir dan menyebar racun kepada tubuh PAS. Pendedahan Din Ayam berkenaan Kartel Dedak ini bakal membuah perpecahan kali kedua tapi kali ini di kalangan ulama2 PAS sendiri.

Rasanya wang UMNO ini akan terus mengalir laksana racun dan akan menyebabkan lebih banyak kerosakan kpd PAS. Dalam 4 tahun lagi rakyat Kelantan dan Terengganu akan melihat sendiri betapa gagalnya PAS dalam mentadbir kedua2 negeri ini. Bercampur dgn racun yg telah menyelinap dlm PAS, rasanya PAS akan rebah dlm PRU depan.

PAS tidak boleh meminta kerusi yg banyak dalam pilihanraya depan kerana wang UMNO ini juga. PAS telah menjadi parti tambatan UMNO. Wang UMNO yg banyak masuk dlm PAS itu akan mengunci mulut2 pemimpin PAS bila membincang pembahagian kerusi dgn UMNO kelak. Kalau PAS menolak dan mahu pergi sendiri, nescaya UMNO akan dedahkan segala wang yg PAS telah terima dari UMNO tempohari.

Akhir kata, wang UMNO ni akan jadi racun yg sangat bisa dan bakal membunuh PAS. Sudah terlambat utk menyelamatkan PAS. PAS sedang menujuk kematian, inshaalah.

TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Tuesday, May 14, 2019

Skandal "Kartel Dedak" Buktikan Wang UMNO Terus Menerus Memecah Belahkan PAS

Pendedahan menantu Presiden PAS, Ustaz Zahirudin Muhammad (lebih dikenali sbg Din Ayam) mendedahkan kesah sebenar di belakang apa yg telah berlaku kepada PAS semenjak sebelum dan selepas Pemilihan 2015.

Pemilihan 2015 menampakkan pihak yg menolak janji2 kosong UMNO berkenaan hudud telah dibersihkan dari kepimpinan PAS Pusat (juga dikenali sbg G18).

Zahirudin menampakkkan kekecewaan beliau yang amat mendalam kepada kumpulan yg beliau namakan KARTEL DEDAK.

Nik Abduh pula di dalam pengakuan audio beliau berkata semua ulama2 PAS mendapat duit dari UMNO dan menggunakannya.

Malahan, Din Ayam begitu benci dgn Nik Abduh dan dia tidak segan utk menunjukkannya.

Semua serangan Din Ayam jelas ditujukan kpd Nik Abduh.

Bagi yg mahir membaca sifir politik, di belakang tabir telah berlaku gerakan yg sangat agresif meminggirkan Din Ayam dari persada politik PAS.

Dikhabarkan dlm pemilihan PAS yg lepas ini, Din Ayam serta orang2 nya ramai yg "gugur" seperti gugurnya G18 dalam tahun 2015.

Dan proses peminggiran ini telah hampir berjaya tampaknya sehingga sudah tidak kelihatan Din Ayam ini dalam mana2 acara penting yg melibatkan PAS.

Pihak "Kartel Dedak" menyangka telah tamatlah riwayat politik Din Ayam.

Namun, meleset sekali sangkaan Kartel Dedak ini.

Din Ayam masih menjadi tumpuan kerana beliau adalah menantu Presiden PAS.

Dgn bantuan media sosial, Din Ayam telah membawa pertempuran belakang tabir selama ini kepada depan tabir.

Din Ayam menggunakan kredibiliti beliau sbagai menantu utk menarik perhatian seluruh pelusuk dunia.

Maka,terdedahlah perpecahan dan persengketaan yg selama ini ditutup dan tidak diketahui ramai.

Din Ayam pun merasakan ini sahajalah jalan yg ada pada beliau utk terus hidup dlm persada politik PAS.

Walau apa pun, jelas sudah bahawa ulama2 PAS sudah tidak segan silu menggunakan wang dari UMNO utk menjalankan akitivit2 politik mereka samada dalaman mahupun luaran.

Cuma kali ini mereka telah tersalah guna dan wang yg mereka gunakan itu sedang memakan diri mereka.

Mungkin ini balasan dari Allah SWT keatas mereka2 yg menjual agama Allah SWT dgn harga yang sangat murah.

Tindakan terkutuk dan keji ulama2 PAS ini bakal memakan diri mereka sendiri.

Ini belum lagi bermula episode ulama2 PAS diseret ke mahkamah atas tuduhan rasuah dan SRC International.

Sama2 kita saksikan pembalasan dari atas langit.

Kasihan juga melihat pewalak2 PAS yg bekerja siang malam sedangkan ulama2 mereka bermewah dgn wang dari UMNO.

Si Luncai terjun dengan labu labu nya. Biarkan Biarkan.

TULANG BESI


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX




SEMUANYA BERPUNCA DARI DEDAK UMNO.

'Perang saudara' di antara menantu Hadi iaitu us Zaharudin @ Din ayam dengan Nik Beduh nampaknya berterusan. Isunya semua pasal 'dedak umno".

Geng2 Nik Beduh tuduh Din Ayam yg rakam dan sebarkan rakaman suara Nik Beduh dlm satu pertemuan tertutup di mana Nik Beduh mengaku bahawa memang ramai pimpinan lebai yg makan duit Umno (dedak). Apabila rakaman ini tersebar, awalnya Nik Beduh buat muka toya je, tidak mengaku itu suaranya bahkan tergamak dia jual nama arwah ayahnya Tok Guru Nik Aziz kononnya beliau juga difitnah seperti arwah ayahnya pernah difitnah.

Tuhan mahu tunjuk kat kita bahawa berhati2 dgn lebai pakai ketayap tapi kuat menipu. Akhirnya kantoi. Bukan sahaja suara rakaman itu disahkan asli adalah suara Nik Abduh melalui ujian audio makmal di london, tetapi sikit demi sedikit didedahkan sendiri oleh beberapa pimpinan lebai yg turut hadir sewaktu pertemuan tertutup tersebut di mana mereka mengesahkan itu memang suara Nik Beduh. Ertikata lain, memang benar, Nik Beduh mengaku ramai pemimpin utama lebai yang telah makan 'dedak umno'. Akhirnya, mahu tidak mahu, anak arwah tok guru ni pun tebalkan muka seperti tebalnya serban Tontowi, mengaku itu memang suaranya. Dia terpaksa berbohong 'syarie" dan pembohongannya itu direstu oleh Murobbinya, Hadi Awang. Ertikata lain, wlaupun menipu itu berdosa apatah lagi menipu ahli jemaah sendiri, tetapi hukum itu boleh berubah mengikut "fatwa" Hadi Awang. Tidak pelik kalau Hadi restu untuk menipu kerana seorang kaki fitnah seperti Hadi ini menipu itu perkara kecil saja. Nak saya senaraikan fitnah2 Hadi? Maaf, tak cukup ruang dan masa.

Tuduhan geng2 Nik Beduh ini terhadap Din Ayam amat tidak disenangi oleh Din Ayam. Ye lah, kamu yang kenyang makan dedak, lepas tu tidak mengaku, kemudiannya menipu, lepas tu tuduh Din Ayam yang kantoikan dia. Mahu Din Ayam tidak mengamuk?

Itulah akibatnya apabila orang agama telah terpedaya dgn dedak dunia. Orang alim yg jahat lebih Allah murkai dari orang jahil yg jahat.

WFAUZDIN NS

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.