Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, June 13, 2019

Azmin Ali Wajar Ambil Cuti Sementara Siasatan Sedang Berjalan

Semalam seperti langit sedang runtuh di politik Malaysia.

Terdedah video seks dan beberapa dokumen yang dikaitkan dgn Menteri Ekonomi, YAB Azmin Ali.

Sekaligus terdapat video pengakuan seorang bernama Haziq yang mengaku mengadakan hubungan seks sumbang dengan YAB Azmin Ali.

Kita tidak tau samada tuduhan ini benar ataupun video itu asli dan tidak disalahubah oleh penuduh.

Namun, adalah lebih baik bagi YAB Menteri utk mengambil cuti dari jawatan Menteri dan membiarkan pihak2 berwajib menjalankan siasatan tanpa gangguan dari pihak eksekutif.

DEMOKRASI ADALAH PERSEPSI. DEMOKRASI BUKAN KEBENARAN

Demokrasi adalah persepsi. Sesiapa yg jahat akan dilihat baik kalau persepsi kpd beliau adalah baik. Begitu juga sebaliknya. Benar atau tidak adalah isu yg tidak releven dalam politik demokrasi.

Oleh kerana video dan dokumen telah tersebar luas, maka persepsi kpd PH skrg amat buruk. Lebih2 lagi video tersebut kelihatan jelas dan real. Akan makan masa yg lama utk Azmin Ali utk membersihkan nama beliau dalam hal ini, pada hemat Tulang Besi.

Ini juga penting bagi melihatkan sikap toleransi dan tiada salah guna kuasa sementara nama YAB Menteri hendak dibersihkan. Ini kerana badan2 yg bertugas menyiasat kes ini mesti dilihat bebas dari pengaruh kuasa eksekutif sepanjang penyiasatan berlaku. Kalau tidak segala usaha penyiasatan adalah sia sia sahaja kerana dilihat seperti dipengaruhi badan eksekutif.

NAMA PAKATAN HARAPAN MESTI DIJAGA

Harus ada penyiasatan rapi dilakukan supaya imej Pakatan Harapan tidak cacat.

Individu tidak penting tapi yg lebih penting adalah Pakatan Harapan.

Jangalah sampai hendak melindungi individu maka imej Pakatan Harapan dimangsakan.

Harus diingat bahawa Azmin Ali tidak pernah percaya dgn Pakatan Harapan. Maka, tidak boleh imej Pakatan Harapan dimangsakan dan dihancurkan demi melindungi beliau.

Tuduhan kpd beliau adalah amat berat dan kepada masyarakat Melayu/Islam ia adalah satu tuduhan yg tidak boleh dikompromi.

Pakatan Harapan akan hilang sokongan kaum Melayu yg pada asalnya pun sudah pun rendah tahapnya. Di tahap sokongan Melayu sekarang pun Pakatan Harapan sukar utk menang semula apatah lagi kalau Pakatan Harapan hilang sokongan Melayu yg sedia ada sekarang ini.

Tolonglah fikirkan nasib Pakatan Harapan dan lupakan kepentingan individu. Lebih lebih lagi individu tersebut tidak pernah mengiktiraf Pakatan Harapan dan tidak pernah mengaku Pakatan Harapan sebagai badan yg beliau pandang.

TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

6 comments:

Lone ranger pomen said...

Susah nak cakap. Mcm azmin ni ramai yang kenal, rata2 yg aku jumpa semua tak percaya. Yg umno pun tak percaya. Pas jgn cakap la. Memang dia org tak suka azmin, tapi bab ni dia org kata azmin tak mungkin akan buat. Tapi belah mamat ni plak, walaupun ramai tak kenal, tapi mcm berani mati tu dia mengaku. Hingga mcm mengadai maruah diri dan keluarga. Nampak mcm betul, nampak jugak mcm kena beli. Tapi betul Azmin perlu cuti hak hingga siasatan tamat. Tapi tang dia kata azmin rakam tu mcm tak masuk akal la. Aku kalau jadi orang penting kat negara, aku tak buat benda ni. Ko buat, habis je, dah. Nak lagi, ko contek la lagi. Risiko tinggi jika aku rakam, kalau lepas, musuh akan guna blackmail aku.. And my wife will kill me kate omputih... Tapi elok la cuti. Dia jaga selangor dulu bagus, jgn rosakkan dgn benda mengarut ni.

Anonymous said...

Jika benar... orang yg paling sedih adalah orang yg pernah mengenakan orang lain dgn skandal yg hampir sama. Kini orang yg disayangi nya pula terbabit. Ini kifarah baginya.

Anonymous said...

Simple jer kalau ikut syariah agama. Tak perlu tuduh menuduh.
Bawa mrk berdua tu depan umum dan masing2 melakukan sumpah laknat dgn nama Allah swt.
Siapa rasa dia bersalah akan menolak melakukan sumpah laknat.

Bukan tak ada pemimpin lain yg boleh memimpin negara jika mrk sah golongan lgbt dpd merosakkan nama parti yg semakin rosak.

Bersumpah laknat untuk bersihkan nama masing2. Itu cadangan terbaik.

Aza said...

Tak perlu Azmin ambil cuti kerana beliau dah menafikan dalam video tersebut bukan beliau. Lagipun belum terbukti yang dalam video tersebut adalah Azmin sebad polis masih lagi tengah membuat siasatan. Jadi kita semua sebagai rakyat tak harus membuat komen yang boleh mendatangkan fitnah dan dosa. Kita tunggu saja siasatan dari polis.

Anonymous said...

Aku ingat PH tak faham demokrasi ler. Depa ingat kalau Azmin cuti kita rugi? Kalau dia tak cuti pun ekonomi Malaysia masih slow jugak. Cuti dan bagilah Timbalan Menteri buat. Kalau stay dan masih berkuasa Menteri macam mana penjawat awam nak soal siasat dan rampas barang bukti? Nak takut apa kalau tak salah? Sampai Tun M pun cover Azmin tanpa rujuk siasatan pihak berkuasa... memang hancur dah Malaysia Baharu aku tengok.

Anonymous said...

Bgmana pula dgn MO1 kita terkini? Belum apa2 dia dah tahu video azmin itu fake. Lebih hebat drp nujum. Dlm kes anwar dulu dia terus sj tahu videonya tulen. Super pakar betul. Klu pilih 2 bekas PM semua hancur, nampak gaya pilihannya kali ini pun apa bezanya.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.