Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, June 17, 2019

MENGAPA PAS DAN UMNO BERSUNGGUH2 MENYOKONG AZMIN ALI?

Di dalam Muktamar PAS baru2 ini, Haji Hadi Awang dilaporkan berkata:


Timbalan Presiden UMNO pula reaksi pertama beliau adalah:




Begitu kuat sokongan UMNO sehingga Lokman Nor Adam menjerit marah kepada kepimpinan dia.

Soalnya sekarang, mengapa kedua2 parti pembangkang ini menyokong Azmin Ali sehingga begitu kuat sekali?


Kalaulah video seks ini berlaku kepada Anwar Ibrahim atau Saifuddin Nasution atau Lim GUan Eng sudah tentu selama seminggu PAS dan UMNO memainkan isu ini berulang ulang kali.

Sudah tentu UMNO dan PAS akan menyuruh diadakan siasatan mendalam dan rapi serta dipanggil badan penyiasat asing.

Tapi semua tidak berlaku. Presiden PAS lantas menuduh kuasa asing melakukan video. Mat HAsan mengarahkan semua ahli2 UMNO menutup mulut jgn sebarkan kes ini kepada umum.


Apa yg berlaku ini amat menghairankan dan pelik. Begitu cinta dan sayangnya PAS dan UMNO kepada Azmin Ali.

Apakah yang kita rakyat Malaysia tidak tahu? Apa sebenarnya yang telah berlaku di belakang tabir yang rakyat Malaysia tidak tahu?

TULANG BESI


Lihat juga: 'Video seks kelihatan tidak diubah' - Laporan berita Australia petik pakar


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

Video lucah: Ahli UMNO diseru tidak ambil kesempatan - Mohamad Hasan
Astro Awani | Diterbitkan pada Jun 12, 2019 18:03 MYT

Video lucah: Ahli UMNO diseru tidak ambil kesempatan - Mohamad Hasan


Mohamad Hasan berkata, UMNO akan memfokuskan masa dan tenaganya untuk terus menyantuni masyarakat dan membawa kepimpinan kepada orang Melayu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seluruh kepimpinan, ahli serta pendukung parti UMNO diseru agar tidak terlibat atau atau mengambil kesempatan serta melakukan perkara yang hanya memburukkan keadaan susulan tersebarnya video skandal seks yang mirip seorang pemimpin kerajaan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, parti itu tidak akan terlibat dengan perkara yang mengaibkan mana-mana pihak dan tidak akan menjadi parti atau gerakan sosial yang menerima perkara sedemikian.

"Marilah kita doakan agar sebarang kekhilafan yang dilakukan oleh mana-mana pihak akan berakhir dengan cara yang terbaik untuk semua," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Rabu.

BACA: "Sayalah lelaki dalam video itu..."

Menurut Mohamad, UMNO akan fokus masa dan tenaganya untuk terus menyantuni masyarakat dan membawa kepimpinan kepada orang Melayu.

"Kegagalan kita untuk berbakti dan menjalankan amanah rakyat adalah jauh lebih mengaibkan dari sebarang skandal yang sarat dengan ketidakpastian," katanya lagi.

BACA: 'Saya tidak tahu menahu tentang video 'intim' tukar mirip Menteri - Tun M

Sejak Selasa, satu video lucah yang didakwa mirip seorang menteri Kabinet tular di media sosial.

Sementara pada awal pagi Rabu pula, seorang lelaki bernama Haziq Abdullah Abdul Aziz mengakui beliau merupakan individu dalam video tersebut.

Susulan itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam kenyataannya menafikan tuduhan yang mengaitkan beliau dalam video lucah itu.

Mohamed Azmin dalam menyifatkan tuduhan yang dibuat terhadapnya merupakan komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian beliau.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Video lucah: Hadi bimbang ada campur tangan asing
Haspaizi Zain | Diterbitkan 15 Jun 2019, 4:46 petang | Dikemaskini 15 Jun 2019, 4:46 petang


A+ A-
PAS menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci berhubung klip video lucah yang dikaitkan dengan individu mirip seorang menteri kabinet baru-baru ini.

Presidennya, Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana beliau bimbang wujud campur tangan asing dengan penyebaran video lucah berkenaan.

Abdul Hadi berkata, perkara itu bukanlah sesuatu yang mustahil kerana politik kotor dan jahat biasa digunakan anasir asing dalam mencampuri pentadbiran negara.

"Apa yang membimbangkan saya terdapat unsur-unsur asing, campur tangan dalam negara kita dan ini mesti dibendung.

"Kerajaan mesti menyiasat sehingga ke akar umbi termasuk kepada pihak yang cuba menarik campur tangan asing ke dalam negara kita," katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS, di Kuantan hari ini.

Hadir sama Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh.

Rabu lalu tular video lucah membabitkan dua lelaki yang mana salah seorang pelakunya mirip menteri hal ehwal ekonomi, Azmin Ali.

Ia disusuli pengakuan bersumpah Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mendakwa terlibat dalam aksi ranjang bersama menteri berkenaan.

Haziq Abdullah yang membuat pengakuan itu mendakwa video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK).

Haziq adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin.


Bagaimanapun, Mohamed Azmin tampil menafikan dirinya terbabit dalam video ia dan menyifatkan ia merupakan fitnah untuk memusnahkan karier politik beliau.

Malam tadi pihak berkuasa menahan Haziq di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Klia) dan membuka empat kertas siasatan termasuk tuduhan melakukan seks luar tabii dan mengedarkan bahan lucah.

Dalam pada itu Abdul Hadi berkata, campur tangan asing adalah perkara serius dan perlu ditangani secara berkesan jika berlaku.

"Jangan ada campur tangan asing dalam negara kita, tidak mustahil (berlaku) kerana fahaman asing yang mengajar politik kotor," tambahnya.

Bagaimanapun Abdul Hadi berkata, beliau tidak mahu "menghukum" pihak yang dikaitkan dengan penularan video berkenaan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.



Share on whatsapp

1 comment:

Anonymous said...

Parti lawan kalau sokong apa yang kita buat mesti ada yang tidak kena. Seram sejuk pulak rasa bila Hadi dan Hassan macam sokong dan galak video gay dan pelakon gay.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.