Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, June 24, 2019

Sanggupkah PAS Bertanding Kerusi yg Sedikit Demi Perpaduang Melayu?

Presiden PAS sudah isytihar akan menjalin hubungan dgn UMNO. Segala amanah yg diterima dari Arwah Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Fadzil telah dibakul-sampahkan.

Berita Harian melaporkan:





Jelas generasi PAS sekarang tidak hormat dan memandang rendah warisan dan amanah yg diterima dari TOk Guru Nik Aziz dan Ustaz Fadzil Nor serta ramai kepimpinan2 yg terdahulu.

Soal kedua yg perlu dijawab adalah: Berapa banyak kerusikah yg PAS akan dizinkan bertanding?

Adakah UMNO dan Barisan Nasional akan mengorbankan kerusi2 di kawasan Melayu utk PAS?


PEREBUTAN SENGIT DI KERUSI2 MELAYU


Kerusi yg boleh ditandingi oleh PAS dan UMNO saling bertindan. Yakni di kawasan2 Melayu spt Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Malangnya, itu cuma 30% dari keseluruhan kerusi di MAlaysia.

Di 70% kerusi lagi adalah kerusi2 campuran yg penduduk bukan Melayu agak tinggi. Berbeza dgn PRU Kecil, pada PRU Umum, penduduk2 Bukan Melayu akan keluar mengundi dgn begitu ramai.

Ertinya, PAS dan UMNO bakal menghadapi kekalahan di hampir 70% kerusi2 Parlimen seluruh Malaysia dan hanya berpotensi menang di 30% kerusi Parlimen sahaja.

Dijangka akan berlaku perebutan sengit ke atas hanya 30% kerusi2 Parlimen seluruh Malaysia. Bilangan kerusi2 tersebut terbatas bilangannya.

Sejarah menunjukkan kerusi2 spt Dungun, Kuala Krai, Pendang dsbnya akan ditandingi oleh kedua2 PAS dan UMNO sejak Merdeka.


Sepertinya PAS akan kena mengalah dalam majoriti kerusi2 tersebut memandangkan PAS parti yg kecil berbanding Barisan Nasional dan UMNO.

Soalnya sekarang sanggupkah PAS melepaskan banyak kerusi2 Melayu demi perpaduan Melayu?

Sebelum ni pun PAS sanggup bertanding kerusi Kota Damansara walaupun sudah ada persetujuan utk diserahkan kpd PKR.



Takut2 disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari.

UMNO akan lihat perangai munafiq pemimpin2 PAS sewaktu pembahagian kerusi nanti.

TULANG BESI





www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

2 comments:

Anonymous said...

Itulah PAS yang dikenali pembohong syarie dan UMNO si pencuri... Ular sudah jumpa sama ular. Berbelitlah mereka sesama sendiri sampai mati.

Anonymous said...

Satu pandangan yang sangat baik. Supaya kurang berlaku saingan. Yang tidak boleh berubah adalah quran dan hadith, sedang amanat adalah hasil pandangan ikut keadaan semasa. Masa berubah, zaman berubah, teknologi berubah, politik berubah, gaya hidup berubah, yang hidup pasti mati, maka generasi baru terhasil. Jumud itu bila terikat gaya lama. Contoh berkunyit itu ada sejak zaman Nabi Lut, tapi masih ada pengamalnya zaman sekarang. Amalan seperti ini merosak amalan batiniah seperti ilham yg diterima dari Allah swt. Amalan sodom seperti ini membuatkan pelakunya berfikir tidak ubah seperti pemikiran non muslim, dan saling melengkapi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.