Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Tuesday, October 1, 2019

PAS-UMNO Bakal Pecah dan Hancur Sebelum PRu15

*PAS-UMNO Bakal Pecah dan Hancur Sebelum PRu15*

Nampak gayanya PAS semakin kehilangan sokongan dan dokongan dari ahli2 dan pendokong2 mereka.

Mari kita soalkan, mengapa PAS berhempas pulas bertanding sendirian dalam PRU14 yg lepas.

Begitu kuat dan sengit berbohong menafikan mereka akan bersatu dan berpadu dengan UMNO?

Jawapnya adalah mereka tau pada masa itu MAJORITI AHLI2 DAN PENDOKONG mereka tidak dapat menerima perpaduan dgn UMNO.

Mengadakan perpaduan sebelum PRU14 akan menyebabkan ramai dari PAS beralih kepada Amanah.

PAda hari ini perpaduang dgn UMNO terbukti sudah. PAS dan UMNO telah berpadu.

Manakala, majoriti ahli+pendokong yg kekal dalam PAS itu seperti ditipu hidup hidup.

Mereka tidak boleh lupa jaminan serta janji yg diutarakan oleh Presiden PAS serta kuncu2 nya.

Terang2 dihadapan mereka, janji yg diungkapkan tidak sampai 2 tahun lepas telah dimungkiri.

HAsilnya ramai ahli2 dan penyokong PAS telah berundur dari secara senyap senyap. Mereka tidak melahirkan rasa kecewa mereka krn takutkan mrk dihukum kafir dan sebagainya.

Post sdr Asri Bakar di bawah memberi satu contoh kecil dimana lebih 1000 ahli2 PAS telah meninggalkan PAS sejurus selepas Perpaduang.




Selepas ini trend ini akan berterusan.

IDE sendiri melaporkan sokongan PAS sudah merosot lebih 50% di Selangor sahaja berbanding PRU yang lepas. Trend ini sama seluruh Malaysia dan akan berterusan.

Mengikut IDE:






PAS tidak mampu mengawal kejatuhan ini kerana yg meninggalkan PAS ini adalah pengundi dan penyokong. Mrk ini tidak dikawal oleh ulama2 PAS dan tidak menghadiri sessi "pembasuhan otak" oleh ulama2 PAS secara berkala.

Mereka ini cuma menyukai agenda dan perjuangan PAS dari jauh sahaja. Mereka2 ini juga membenci dan menolak UMNO.

Maka, golongan penyokong dan pengundi PAS ini bakal meninggalkan PAS beramai2 serta proses itu telah pun bermula. Mereka ini sudah mula meninggalkan PAS secara senyap2 dan lebih ramai lagi akan meninggalkan PAS akibat merasa mereka ditipu dan diperdaya oleh kepimpinan2 PAS

PENYATUAN UMMAH BAKAL HANCUR?

Tidak sampai 3 hari selepas penubuhan Penyatuan Ummah, Kelantan dan Terengganu menolak kemasukan UMNO ke dlm Barisan Exco kedua2 negeri. Ertinya tidak sampai seminggu selepas penubuhan, pakatan PAS_UMNO sudah mula retak.

Retak ini sebenarnya menunggu belah.

Bayangkan ini belum lagi masuk fasa membahagi2 kerusi di mana PAS bergantung kepada kerusi yg UMNO bergantung juga. Adapun kerusi2 campuran kesemuanya ditolak oleh kedua2 parti.

Pembahagian kerusi nanti, inshaalah, akan menyebabkan perpecahan di antara UMNO dan PAS samada secara terbuka atau secara terpendam. Namun, perpecahan tetap akan berlaku.

PENYATUAN UMMAH TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN

Penyatuan UMMAH PAS_UMNO ini juga sudah ditolak banyak parti. Ia ditolak oleh GPS Sarawak (8 parti), Gerakan dan juga PBS Sabah.

Rasanya tiada parti lain akan menyertai Penyatuan Ummah ini lagi menyebabkan ruang lingkup mrk sekadar di kawasan2 Melayu di Semenanjung MAlaysia sahaja.

Ini bakal memberi kesan hampir PRU nanti di mana ramai orang Melayu akan menolak mreka akibat mereka dilihat tidak mampu menang.

Politik perkauman ekstreme mereka bakal ditolak oleh kaum Melayu dan Cina secara borong juga termasuk kaum Bumiputra Sabah dan Sarawak.

TULANG BESI




www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini


News | Diterbitkan 12 Sep 2019, 5:05 petang | Dikemaskini 12 Sep 2019, 5:05 petang



A+ A-
Tahap sokongan yang diterima PAS di Selangor - salah satu negeri yang disasarkan parti itu untuk diperintah sebelum ini - menurun kira-kira 7 peratus berbanding sebelum PRU ke-14 lalu.

Kajian Institut Darul Ehsan (IDE) menunjukkan tahap sokongan semasa kepada PAS menurun kepada 8 peratus berbanding 15 peratus pada Mei lalu, berdasarkan undi popular yang diterima parti berkenaan.

Kaji selidik itu bagaimanapun menjelaskan, kemerosotan itu tidak bermakna mereka sudah mengalih sokongan kepada PH atau Umno.

"Senario semasa menunjukkan mereka lebih cenderung memerhati perkembangan semasa untuk menentukan sokongan politik masing-masing seterusnya," kata Pengurus Kanan Penyelidikan IDE, Khairul Arifin Mohd Munir, dalam satu kenyataan hari ini.
Iklan


Menurutnya kaji selidik IDE juga mendapati sokongan terhadap PH dan BN tetap stabil seperti yang diberikan pengundi pada PRU yang lalu.

Kenyataan itu dikeluarkan hanya beberapa jam menjelang detik bersejarah buat PAS dan Umno apabila parti terbabit akan menandatangani piagam bersama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Umno mengadakan kerjasama dengan PAS selepas terlucut daripada kuasa di Putrajaya melalui PRU ke-14 pada tahun lalu. Ia juga dilangsungkan ketika sebahagian daripada parti komponen BN belum menyatakan sokongan mereka secara terbuka kepada piagam berkenaan.

Hari ini buat kali pertama bendera yang membawa logo PAS - bulan - berkibar dengan megah di PWTC yang juga ibu pejabat Umno Malaysia.


Khairul Arifin berkata sebelum PRU ke-14, sokongan dinikmati PAS di Selangor ialah kira-kira 12 peratus, namun ia melonjak 3 peratus lagi semasa pilihan raya dilangsungkan.

Namun begitu, katanya, ia menunjukkan penurunan hampir 8 peratus ketika kaji selidik itu dijalankan IDE.

Tertarik pada tawaran

Menurutnya keadaan itu ada kaitan dengan sikap penyokong dan pengundi PAS semasa PRU lalu.

"PAS kini hanya berjaya mengekalkan sokongan dalam kalangan kategori ahli-ahli tegar, sedangkan sokongan bagi kategori penyokong dan pengundi PAS pada PRU lalu mula menukar sikap terhadap parti tersebut," katanya.

Khairul Arifin menjelaskan ada tiga kategori untuk kumpulan yang memberikan sokongan PAS, iaitu ahli parti, penyokong dan pengundi.

Ahli PAS, katanya, merujuk kepada individu yang akan terus menyokong parti tersebut dalam apa jua keadaan.

Kedua, katanya, penyokong iaitu mereka yang bukan ahli PAS tetapi cenderung penyokong idealisme dan perjuangan parti tersebut.

"Ketiga, mereka bukan ahli atau penyokong PAS tetapi mereka mengundi parti tersebut atas sebab tersendiri atau tertarik dengan tawaran alternatif yang dikemukakan," katanya.

Menurut Khairul Arifin, data yang dibentangkan itu adalah sebahagian daripada dapatan berdasarkan Survei Persepsi Rakyat Selangor 2019: Mood Rakyat #Moodofthenation yang dijalankan oleh IDE pada 12 hingga 14 Julai lalu, melibatkan 2,851 orang responden dari semua 56 kawasan DUN di Selangor.

Katanya, responden terdiri daripada pelbagai kaum serta berbeza latar belakang, pendidikan, tempat tinggal dan lain-lain.

"Selain survei yang dijalankan, IDE juga mengadakan temuduga berkelompok dengan pelbagai kelompok bagi menentukan keabsahan dapatan," katanya.

Share on whatsapp

2 comments:

  1. Non muslim sudah jelas akan sikap PASUMNO ni. Semasa masih lagi pembangkang dan tiada kuasa PASUMNO sudah terang2 memusuhi dan berdendam dengan kaum non muslim ni. Kempen BMF itu tak lain dan tak bukan hanyalah kempen munafik menghukum non muslim yang menyokong DAP dan PH yang ditutupi dengan jubah palsu "islam". Walaun2 dan malaun2 PASUMNO ni begitu berdendam dengan non muslim sehingga ada yang sanggup membelakangkan nilai2 Islam dan dakwah demi memuaskan nafsu dendam mereka. Sikap perkauman telah menggantikan sifat redha dan tawakal. PASUMNO lupa bahawa kempen boikot mereka itu telah menzalimi kaum non muslim dan mereka akan ingat sampai bila2.

    Jika masih lagi menjadi pembangkang pun PASUMNO sudah memusuhi dan berdendam dengan non muslim, apa yang bakal berlaku jika PASUMNO sudah mendapat berkuasa? Itu adalah persoalan yang akan bermian di fikiran kesemua kaum non muslim. Adakah PASUMNO yakin kaum non muslim akan mengundi mereka setelah mereka menzalimi non muslim? I think not! Mungkin Tanjung Piai akan memberikan kita sedikit pencerahan akan hasil penyatuan PASUMNO ni. Dengan undi kaum non muslim setinggi 45%, PASUMNO mungkin telah melakukan kesilapan besar dengan menghasut orang melayu dengan isu perkauman. We will see!

    Nick.
    cape Tiger.

    ReplyDelete
  2. Yg pasti, pengundi bukan melayu yg mengundi Pas semasa Pas bersama PR tobat TIDAK akan mengundi Pas lg kecuali arwah TGNA hidup balik!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.