Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Thursday, October 3, 2019

Penyatuan Ummah Membuktikan Ulama2 PAS Adalah Pendusta

*Penyatuan Ummah Membuktikan Ulama2 PAS Adalah Pendusta*

Sebelum PRU14 pada 2018, ulama2 PAS ke hulu dan ke hilir memberitahu penyokong dan pengundi mereka bahawa mereka tiada hubungan dengan UMNO sama sekali.

Mari kita ulang tayang kembali kenyataan-kenyataan ini:

1) KUALA LUMPUR – PAS sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk tidak bergabung dengan UMNO dalam usaha menguatkan blok pembangkang. Memetik laporan BH Online, penegasan itu disuarakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika diminta mengulas tindakan bersama diambil PAS dan UMNO yang bertindak keluar Dewan Rakyat semalam sebagai memprotes tatacara pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yunos sebagai Yang Dipertua dewan. Bagaimanapun, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk UMNO dalam perkara yang akan membawa kebaikan kepada rakyat 
2) Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata adalah lebih baik parti Islam itu dibubarkan sekiranya bergabung dengan Umno. “Saya ingat kalau PAS bergabung dengan Umno kita tak perlu lawan Umno-lah maksudnya. Jadi, ada orang PAS tanya kalau tak lawan Umno nak lawan siapa lagi? “Jadi, kalau PAS berkawan dengan Umno kita kena bubarlah,” kata Tuan Ibrahim dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini dan Beritadaily. 
3) Kenyataan pemimpin DAP yang menuduh PAS akan bergabung dengan Umno disifatkan sebagai ‘suara-suara syaitan’, yang lahir daripada perasaan was-was dan tidak berasaskan kepada fakta. Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan PAS dan Umno tidak boleh bergabung sama sekali, kerana dasar perjuangan kedua-dua parti itu sangat jauh berbeza.
Khalil Hadi“Keputusan kalau (samada) PAS ini bergabung dengan Umno (atau tidak), bukan keputusan individu, bukan keputusan presiden, (bukan) pemuda dan seumpamanya. 
4) KOTA BHARU: PAS tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14) kerana ia boleh melemahkan parti itu. Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata keputusan itu sudah dibuat menerusi Majlis Syura Ulama yang mengambil kira beberapa faktor sebelum memutuskan perkara itu. "PAS tetap berpegang dengan tahaluf siyasi yang diadakan menerusi Gagasan Sejahtera dalam menghadapi PRU-14. Itu sudah jelas dan tiada perubahan. 
5) Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyelar kenyataan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa yang meramalkan akan terbentuk kerjasama antara kedua-dua parti itu dari masa ke masa kerana mereka mempunyai DNA (asid desksiribonukleik) yang sama. Beliau juga tidak bersetuju dengan pendapat Annuar yang berkata, PAS mempunyai DNA dan matlamat yang sama dengan Umno iaitu memperjuangkan kepentingan agama Islam dan orang Melayu. “Macam mana dia (Annuar Musa) boleh kata matlamat PAS dan Umno sama? Kalau sama, tak perlulah ada lagi Umno.


Dan banyak lagi kenyataan2 seperti ini yg tersebar sepanjang tahun 2015 ke PRU 2018 dan lebih sedikit sehingga September 2019.

Tujuan disebar penipuan ini adalah menghalang pengundi dan penyokong2 PAS dari beralih kepada AMANAH.

AMANAH pula ditubuhkan kerana memprotes kerjasama PAS dengan UMNO yg berlaku belakang tabir. Manakala fraksi PAS yg pro UMNO pada masa itu terpaksa bekerja keras berbohong kepada ahli2 dan penyokong2 PAS.

Hasilnya pada masa itu, hanya sekitar 30% dari PAS yang asal telah keluar PAS dan menyertai Amanah. Taktik berbohong pimpinan-pimpinan PAS berjaya menghalang penghijrahan besar-besaran.

Akhirnya sekarang terbukti ulama-ulama PAS telah membohongi ahli-ahli dan penyokong-penyokong mereka. Begitu juga seluruh rakyat Malaysia.

Tepat sekali tindakan pimpinan-pimpinan Amanah di dalam menubuhkan Amanah. Tanpa penubuhan Amanah, PAS sudah boleh mengadakan hubungan rasmi dengan UMNO sebelum PRU14 sekaligus menjamin kemenangan kepada Barisan Nasional dan PAS. Tampaknya pimpinan-pimpinan Amanah jauh lebih bijak dari pimpinan-pimpinan PAS dan UMNO dalam merangka strategi politik.

(Maklumat yg Tulang Besi dapat pun menyatakan PAS sanggup menekan rakan tidak rasmi mereka, yakni fraksi Azmin Ali dlm PKR, untuk menekan Amanah supaya dibubarkan atau dibuang dari Pakatan Harapan.)

KESIMPULAN

Ulama2 PAS sanggup berbohong dan berdusta demi mencapai strategi dan matlamat politik mereka. Mereka tidak langsung hirau arahan-arahan agama Islam kalau arahan tersebut melanggar objektif politik mereka.

Namun, Allah SWT lebih hebat perancanganNya, Walaupun ulama-ulama PAS berdusta dan berbohong, namun mereka tetap gagal di dalam mencapai matlamat mereka kerana ulama-ulama PAS lupa bahawa kemenangan itu adalah dari Allah SWT.

Parti Amanah yg dikeji dan difitnah itu diberikan kemenangan oleh Allah SWT akhirnya dan PAS hanya mendapat dua buah negeri yang mundur dan miskin untuk ditadbir.

Kasihan juga melihat fraksi Azmin Ali dalam PKR yg begitu mudah dipermainkan oleh PAS sepanjan 2015 ke 2018. Begitu mudah fraksi ini dipermainkan oleh pihak agamawan dalam PAS.

TULANG BESI

LIVE AUDIO TULANG BESI YG MENYEBUT BERKENAAN TABIAT ULAMA2 PAS SUKA BERBOHONG DAN BERDUSTA



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

5 comments:

  1. WAHAI HATI YG GELAP. PRU 14 ADA KE BN DAN PAS BERGABUNG ATAU PAS BAGI LALUAN KPD BN? BODOH MCM PIANG. APA YG TERJADI DI NEGERI PERAK DAN KEDAH? PAS DAN UMNO BERGABUNG KE BENTUK KERAJAAN SEBAIK KEPUTUSAN PRU DIUMUMKAN. PASCA PRU14 @ PRU 15 CERITA LAIN. BODOH MCM KHINZIR LA KAU NI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas cuma parti politik. Akhlak anon 9:22 cuma akhlak org politik. Tak lebih drp itu

      Delete
    2. Bagus ahklak pejuang bangsa dan agama. Ni kalau aruah tgna ada mesti muka dah penuh dgn ludah.

      Delete
  2. Memang kalau dilihat dahulu pas dan umno tidak mungkin bergabung. Tapi setelah setahun lebih dibawah ph, masing2 seolah-olah berada diatas bara api, dengan isu2 terkini yg menekan masyarakat melayu islam khususnya, timbul kesedaran bahawa perpecahan akan membawa kehancuran . Berpecah belah akan menyebabkan datangnya bala Allah. Sedangkan Allah menyuruh hambanya bersatu , berkasih sayang sesama islam. Pabila timbul kesedaran jua ilham dari Allah, maka kesatuan ummah dibentuk , hubungan yg putus dirapatkan kembali. Apakah bukan itu yg dituntut oleh agama? Sampai bila harus bermusuh.... Nak tunggu sampai Allah membalakan umat islam di malaysia!! Cukuplah ujian2 yg menimpa umat islam akhir2 ini yg menyentap hati dan perasaan..maka ingatlah....berpeganglah tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai. Tak cukup lagikah peringatan Allah kepada kita.!!?? Dan syaitan akan bergembira dan bertepuk tangan apabila umat nabi s.a.w . berpecah belah. Semoga penyatuan pas dan umno diredhoi Allah S.W.T .

    ReplyDelete
  3. Walaun dan macai marah bila perangai munafik mereka terdedah. Sudah terang lagi bersuluh. PAS dan UMNO memang bekerjasama masa PRU14. Itu sudah jadi fakta sejarah. Bohong dan tipu macamana pun tak akan merubah kenyataan itu. Sekarang PAS dan UMNO sudah rasmi bergabung! Masih lagi nak kata fitnah dan bohong? Apa yang jelas Hadi dan lebai2 Chai dia adalah PENIPU, PEMBOHONG DAN MUNAFIK. Macai dan walaun dah gila sebab penipuan dan kemunafikan kamu telah terdedah dan Kemenangan PH dalam PRU14 adalah anugerah Allah SWT untuk menggagalkan kerja2 puak munafik yang menunggang agama untuk dapat habuan dunia. Ulamak2 palsu sudah terbukti kepalsuannya. Ulamak jahat telah terdedah sekarang. Kemenangan PH merupakan bukti bahawa Allah SWT menolak golongan2 khawarij dari merosakkan Malaysia. Puak2 pelampau agama dan bangsa ni Insyaallah bakal pupus.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.