Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Monday, December 9, 2019

AZMIN ALI BUKAN ANAK JANTAN

*AZMIN ALI BUKAN ANAK JANTAN*

Sepatutnya sebagai seorang pemimpin, Azmin Ali seharusnya berhati terbuka mendengar teguran dan pandangan ahli bawah. Bukan lari dan meninggalkan dewan dan berkokok dari luar. Beliau mempunyai masa yang sangat panjang di sessi penggulungan untuk menjawab setiap kritikan secara terperinci. Sebagai seorang pemimpin, Azmin Ali seharusnya menghadapi kritikan-kritikan secara berdepan sebagai anak jantan.

Tidak cukup dengan lari dari dewan, sanggup pula memalukan parti sendiri dengan memanggil sidang akhbar dan mengutuk parti sendiri. Hakikatnya, apa yang dilakukan oleh para perwakilan adalah mengikut disiplin parti 100% yakni menyuarakan rasa tidak puas hati mereka di dalam forum yang betul yakni Kongress Tahunan PKR.

Bak kata pepatah orang tua-tua: “Kalau tiada di apa-apa, masakan tempua bersarang rendah”

Di antara kritikan yang paling dibenci oleh Azmin Ali adalah cerita Si Kitul yg disebut oleh Presiden PKR dan disambut oleh beberapa perwakilan. Kalau panggilan si Kitul kalau tidak betul dan fitnah ke atas beliau, mengapa Azmin Ali perlu marah dan menunjuk perangai kebudak-budakan beliau kepada rakyat umum serta keluar meluru dari dewan?

Azmin cuma perlu menjawab tuduhan tersebut dalam ucapan penggulungan beliau sahaja dan isu tersebut akan mati serta merta.

ANWAR MASIH MENGUASAI PARTI SECARA TOTAL

Dikhabarkan hanya sekitar 10% perwakilan sahaja yg menunjukkan rasa tidak puas hati dan keluar dewan.

TIndakan protes Azmin juga gagal menghentikan perjalanan Kongress PKR sama sekali. Hanya sekadar mencacatkan sedikit sahaja walaupun yang jauh lebih cacat adalah reputasi Azmin Ali. Kongress terus berjalan dengan lancar malahan kedatangan sewaktu sessi penggunlungan amat memberangsangkan. Di katakana tidak pernah dilihat begitu ramai kehadiran Kongress PKR dalam sejarah 20 tahun parti itu.

Percubaan mengguling Ketua Pemuda PKR, sdr Ikmal juga gagal malahan percubaan menyeludup Speaker dan TImbalan Speaker juga gagal. HIlman yg cuba bersikap samseng juga gagal di dalam mengagalkan Perhimpunan AMK.

Pokok pangkalnya adalah Azmin gagal menunjukkan kekuasaanya di dalam PKR. Sama sekali PKR ini bukan berada di dalam gengaman Azmin Ali dan kumpulannya. Malahan, terbukti dalam Kongres ini bahawa Anwar Ibrahim masih menguasai PKR secara kemas dan jati. Dengan kata lain Anwar Ibrahim masih lagi tulang belakang kepada PKR.

Ini kerana selama ini dijual cerita kononnya Azmin menguasai segala-galanya dalam parti PKR. Namun, Kongress di Melaka membuktikan bahawa ini hanya dongeng dan hakikatnya Anwar Ibrahim masih bersultan di

Azmin telah menghantar masej yang buruk kepada "mereka-mereka" di atas bahawa Azmin bukanlah berpengaruh sangat dan hanya suam-suam suku. Beliau tidak mampu membawa apa-apa perubahan kepada PKR seperti kehendak orang-orang tertentu.

Malahan, kedudukan beliau sekarang ini yang dalam bahaya kerana hakikatnya pengaruh beliau terbatas di dalam PKR. Ini bermaksud beliau tidak mampu membawa bilangan ahli parlimen PKR yang banyak bersama beliau untuk tujuan menabalkan kerajaan yang baru.

ANWAR MESTI MEMBERSIHKAN PARTI

Pepatah "Menarik Rambut Dalam Tepung" sudah tidak terpakai lagi dalam konteks PKR.

Anwar Ibrahim wajib bersikap keras dan tegas untuk memastikan PKR tidak terbelah walaupun sudah retak.

Apa-apa pun ahli-ahli PKR harus sedar bahawa di dalam satu bahtera, tidak boleh ada dua nakhoda. Kalau Azmin tidak boleh tunduk pada Anwar Ibrahim maka Azmin Ali wajib mengundurkan diri secara terhormat.

Kalau Azmin masih berdegil maka demi PKR dan anggota-anggotanya, Anwar Ibrahim wajib memecat Azmin Ali dari PKR.

Sekali lagi diulang, satu bahtera tidak boleh ada dua nakhoda. Anwar Ibrahim wajib bertindak demi menyelamatkan PKR dari terbelah.

Saya akui ini ujian berat ke atas Anwar Ibrahim tapi kalau tidak dipecahkan ruyung manakan boleh mendapat sagunya. Anwar harus bersikap tegas dan bertindak dengan jitu demi masa depan PKR dan Malaysia amnya. Rakyat Malaysia mahu melihat seorang pemimpin yang boleh menyelesai masalah dengan baik dan tegas. Kalau masalah dalam PKR Anwar gagal selesaikan alamatnya rakyat Malaysia mungkin akan kurang kepercayaan mereka kepada kepimpinan Anwar Ibrahim selepas ini.

Akhir kata, tindakan Azmin Ali dalam Kongress PKR yang baru berlabuh tirai hari Minggu yang lepas bukanlah sikap seorang anak jantan tetapi sikap seorang yang pondan dan meninggi diri. Jelas bahawa Azmin Ali tidak layak memimpin PKR dan memimpin Malaysia kerana rakyat Malaysia dapat melihat sikap beliau setelah diuji.

TULANG BESI
www.malaysiawaves.net


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

2 comments:

  1. Jgn terlalu fokus dgn azmin. Dia dan kartel cuma diperalatkan oleh Atok. Jgn biar Atok serang dulu. Serang balik dan paksa Atok undur diri.

    ReplyDelete
  2. Yg lain aku tak tau, Yg aku tau, Dia kalau tak Jadi menteri atau YB, Dia tak bleh Jadi pomen. Pasal mase Aku memula Jadi pomen 20 tahun lepas. Bodoh, lembab, tu mcm sarapan. Tu Kat klia. Ramai melayu. Aku masuk port klang, nak belajar wireing Lori plak. Keje dgn cina. Keng bong name kompeni tu. Famous Gile punya. Name bos ah Heng, muda lagi. Ayat yg Aku selalu dpt. Lu pegi mati la. Kalau Aku buat silap. Tapi Pasal tahan, hasilnya yg Aku tuai kini. Jadi kalau nak kena puji 24/7. Pegi Jadi president Umno Dan rampas kuase pada pru nanti. Confirm 5 tahun org puji hari2. Cuba try buat. Kalau tak tahan jugak dgn pembangkang. Tutup internet. Sekat Surat kabar pembangkang. Konfirm lagi tenang sentiasa... You

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.