Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Monday, June 1, 2020

Kerajaan PH Dijatuhkan krn Dr.M Halang Eksport Pasir?

Berikut adalah maklumat yang Tulang Besi terima:

1) Zaman hari ini, pasir adalah komoditi yang sangat berharga malahan ianya lebih berharga dari emas dan perak. Buktinya, emas dan perak sudah tidak perlu di beli di pasaran gelap dunia tetapi pasir dibeli oleh pembeli seluruh dunia melalui pasaran gelap. Begitulah berharga pasir sekarang ini kerana digunakan di sektor pembinaan seluruh dunia terutama di negara-negara maju.

2) Pasir yg mahal ini adalah dari pantai dan sungai. Adapun pasir dari padang pasir tidak sesuai digunakan utk pembinaan dan ianya tiada nilai. Atas sebab itu pasir dari Malaysia adalah antara termahal di dunia. Negara2 maju seperti Korea dan Jepun antara yang menjadi pengimport pasir terbesar dari Malaysia

3) Pada zaman sebelum PH, pasir dibenarkan dilombong dan dieksport dengan sebegitu bebas sekali. Pemegang-pemegang permit ini kaya raya dan mewah dengan penjualan pasir ini. Revenue beratus-ratus juta sebulan dan kaya raya. MAsuk dalam akaun pribadi kebanyaakkanya dan bukan pergi pada negeri pun.


4) Jadi apabila Dr Mahathir jadi Perdana Menteri ke 7, antara perkara yang paling besar dia buat adalah mengharam pengeksportan pasir dan pengambila keuntungan yang sebegitu banyak dari perlombongan pasir.


Ini kerana tahap eksploitasi pasir dah sampai ke tahap melampau.

Ia penuh dengan korupsi dan penipuan.



5) Maka, kesannya adalah apa yang kita lihat. Dr. Mahathir telah dijatuhkan dari jawatan Perdana Menteri dan tidak akan dilantik semula sampai bila-bila ke jawatan tersebut.


Namun, tindakan beliau itu harus dipuji oleh rakyat jelata kerana menjaga harta milik rakyat.

Tindakan beliau itu harus dipuji oleh setiap rakyat Malaysia tidak kira umur, ras, bangsa dan agama.

TULANG BESI


SIKAP
1 Jun 2020
1. Rupa-rupanya ramai juga orang Malaysia yang sanggup menerima pemimpin yang telah curi berbillion duit Kerajaan.
2. Di antara mereka ialah pemimpin dan ahli Parti Bersatu yang dahulu menyertai Bersatu konon kerana berhasrat menjatuhkan Perdana Menteri yang curi berbillion duit Kerajaan.
3. Mereka bekerjasama dengan parti pembangkang dahulu yang mempunyai tujuan yang sama. Dan rakyat pun beri kemenangan kepada mereka kerana percaya keikhlasan janji parti-parti ini sertai pemimpin mereka.
4. Apabila menang Presiden Parti Bersatu rancang bersama parti yang kalah untuk keluar dari Kerajaan Pakatan Harapan supaya jatuhlah Kerajaan Pakatan Harapan.
5. Dengan sokongan pemimpin pencuri, Presiden Bersatu menjadi Perdana Menteri gabungan bersama parti yang kalah yang diberi nama Perikatan Nasional.
6. Apa kata pemimpin lain dalam Bersatu. Apakah mereka sanggup menerima pencuri sebagai pemimpin.
7. Okaylah – asal dapat nikmat.
8. Apa jadi kepada ikrar dahulu untuk lawan dan jatuhkan pemimpin kleptokrat?
9. Oh. Itu ikrar sahaja untuk dapat sokongan pengundi. Sekarang sudah dapat lupakan sahaja.
10. Dengan ini Bersatu akan hancur!! Dengan itu perjuangan untuk selamatkan orang Melayu dari pemimpin kleptokrat jadi apa?
11. Itu masalah Bersatulah. Asalkan kita dapat nikmat okaylah.
12. Di masa hadapan orang tidak lagi akan percaya kita – tak apakah?
13. Itu masa depan.
14. Demikian sikap beberapa pemimpin dan ahli Bersatu.
http://chedet.cc/?p=3076


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

BERBEZANYA KETIKA ZAMAN PH DAN ZAMAN PN

BERBEZANYA KETIKA ZAMAN PH DAN ZAMAN PN

Saya dapat perhatikan dan merasai sendiri wujudnya perbezaan ketara antara era pemerintahan kerajaan PH dan juga kerajaan PN. Perbezaan ini membawa saya kepada timbulnya persoalan dan kehairanan. Apakah perbezaan yang menghairankan saya tersebut?

1. Ketika zaman PH, isu Buy Muslim First (BMF) dimainkan. Kononnya untuk meningkatkan ekonomi umat Islam. Namun ketika zaman PN, isu BMF lenyap. Pejuang-pejuang BMF di media sosial juga hilang entah kemana. Kalau dahulu kita siap melihat logo BMF di serata media sosial tetapi kini sudah lama tidak kelihatan. Adakah ekonomi umat Islam kini sudah kuat sehingga isu BMF ini tidak lagi dibangkitkan?

2. Ketika Zaman PH, isu pemandu mabuk adalah antara isu yang paling hangat. Sebahagian rakan-rakan Facebook saya mengecam kerajaan kerana membiarkan isu ini bermaharaja lela. Namun, ketika zaman PN saya ingatkan pemandu mabuk sudah tiada namun masih ada. Menariknya, rakan-rakan yang sibuk menghentam kerajaan terdahulu dalam isu pemandu mabuk kini diam seribu bahasa. Mengapa ya?

3. Isu kematian Arwah Adib adalah antara isu yang panas ketika zaman PH. Saban hari saya melihat posting-posting yang menggesa pelaku pembunuhan Arwah Adib di bawa ke muka pengadilan. Kini ketika zaman PN, nama Adib pun saya tidak dengar. Saya tinjau juga beberapa akaun Facebook mereka yang tegar mengangkat isu Adib ini mana tahu mereka masih konsisten mengulas isu ini. Namun, saya tidak jumpa pula posting mereka selain posting kuih raya dan update kes Covid-19. Kenapa ya?

4. Isu pendidikan seperti tulisan jawi dan UEC adalah isu yang menjadi tumpuan dalam kerajaan PH. Kerajaan PH didakwa tunduk dengan isu tulisan jawi kepada parti DAP. Selain itu, Kerajaan PH akan melaksanakan UEC atas desakan DAP. Sekarang, isu tulisan jawi sudah tidak kedengaran dan UEC juga sudah senyap.

5. Dahulu isu RUU 355 adalah antara isu yang utama dibangkitkan. Mereka bertanya bilakah RUU 355 akan dilaksanakan oleh kerajaan PH? Kini saya tidak tahu mengapa. Langsung tidak kedengaran isu RUU 355 dibangkitkan oleh mereka yang menjadi ‘pejuang’ sebelum ini. Saya terfikir juga apakah sebab isu ini tidak lagi dibangkitkan.

Persoalan-persoalan ini sudah lama berada di dalam minda saya. Namun hari ini saya baru ingin menulis dan bertanya. Ada sesiapa yang boleh menjawabnya?

Mohd Izzuddin Bin Nazaruddin
Damansara
30 Mei 2020


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Muhyiddin Hilang Satu Undi Lagi?



Shahbudin Husin1 June 2020Politik Semasa40 Comments

Dalam hantaran melalui media sosialnya malam tadi, Setiausaha Agung Bersatu pro Tun Mahathir Mohamad menulis kata-kata berikut:-

“Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Datuk’ Dr. Shahruddin Md Salleh kerana memilih untuk terus kekal dengan prinsip perjuangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) demi menyelamatkan parti BERSATU yang berpaksi kepada ketelusan serta menolak amalan kleptokrasi dalam kepimpinan.”

Ungkapan penuh makna itu ditujukannnya kepada Timbalan Menteri Kerjaraya, Dr. Shahruddin yang pada petang Jumaat lalu telah mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir di pejabat Bersatu di Petaling Jaya, Selangor.

Berbeza dengan Menteri Tugas-Tugas Khas, Mohd Redzuan Md Yusof yang turut mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir pada pagi Jumaat di Yayasan Kepimpinan Perdana, tetapi kemudian menafikan perjumpaan itu untuk menzahirkan sokongannya kepada bekas Perdana Menteri itu yang sekarang sedang berusaha menumbangkan Muhyiddin Yassin, Dr. Shahruddin sebaliknya masih lagi berdiam diri mengenai pendiriannya sehingga kini.

Apakah dengan kata-kata yang ditulis Marzuki itu menunjukkan Dr. Shahruddin sekarang sudah bersama Tun Mahathir dan telah menanggalkan sokongannya terhadap Muhyiddin?

Sementara itu, dalam temubualnya dengan sebuah akhbar, Dr. Shahruddin menjelaskan, kehadirannya ke pejabat Bersatu pada Jumaat lalu dan berjumpa Tun Mahathir adalah kerana sayangkan parti itu.


“Saya jumpa pengasas parti, pejuang, bapa dan seorang negarawan.

“Kami sama-sama susah, berkempen ketika lawan BN dahulu,” tambah beliau juga merupakan Ahli Parlimen Seri Gading, Johor.

Yang paling menarik tentunya ialah pengiktirafan yang masih kekal daripada Dr. Shahruddin terhadap kedudukan Tun Mahathir sebagai pengasas Bersatu.

Walaupun kedudukan Tun Mahathir sebagai pengasas Bersatu adalah suatu hakikat yang tidak boleh dinafikan, tetapi itulah yang kini cuba dipadamkan oleh kumpulan pro Muhyiddin, seperti dapatan dalam wikipedia misalnya.

Dengan apa yang terpapar melalui penzahiran Dr. Shahruddin ini, apakah kini sokongan Ahli-Ahli Parlimen terhadap Muhyiddin berkurangan satu undi lagi daripada 113 kepada 112?

Dalam erti kata lain, majoriti Muhyiddin hanya tinggal satu undi saja lagi.

Adakah mana-mana kerajaan dalam dunia ini yang hanya ada satu undi majoriti?

Berapa lama lagi Muhyiddin mampu bertahan dengan satu undi tersebut? (Shahbudindotcom 01/06/2020)


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.


Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Sunday, May 31, 2020

Rahsia Najib Dapat Following FB yang Begitu Besar Terdedah





MAHKAMAH ISRAEL DEDAH BAGAIMANA RAKYAT MALAYSIA TERTIPU OLEH PERANG SIBER REJIM NAJIB

Saya tertarik dengan pendedahan oleh akhbar ekonomi terulung Israel, Calcalist, yang membongkar tanpa ragu lagi penggunaan sistem risikan siber yang dikendalikan syarikat Senpai oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam menghadapi Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Umum Ke-14 pada 09 Mei, 2018.

Pendedahan ini sedikit sebanyak menjawab berbagai persoalan dan keraguan yang timbul berkenaan operasi siber Najib sendiri, yang selama ini nampak hebat dan berjaya mempengaruhi rakyat dengan menampakkan bekas Perdana Menteri itu begitu "popular" di media sosial. Tetapi adakah segalanya penuh kepalsuan?

Pendedahan ini sukar disangkal kerana ianya berdasarkan bukti yang dikemukakan di mahkamah di Tel Aviv tentang penglibatan syarikat Senpai membantu beberapa rejim-rejim yang "diragui" di seluruh dunia. Pendek kata, ia secara langsung mengaitkan rejim UMNO di bawah Najib sebagai sebuah rejim yang diragui di peringkat antarabangsa.

Adalah sukar untuk Najib berdalih dengan menuduh pendedahan-pendedahan ini sebagai fitnah, kerana ia berdasarkan pembentangan operasi-operasi sistem syarikat Senpai yang dilanggan oleh Kerajaan Malaysia pada ketika itu, di bawah arahan Najib. Ia dibentangkan oleh tiga pengasas syarikat Senpai sendiri.

Malah mahkamah itu turut diberitahu bahawa sistem RogueEye ciptaan syarikat Senpai telah dilanggan oleh kerajaan Najib melalui Jabatan Perdana Menteri (PMO), Cawangan Khas PDRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis untuk memantau aktiviti orang awam, aktivis politik dan pihak pembangkang menjelang PRU-14.

Perjanjian pertama telah dimetrai pada April 2018 dengan nilai US$ 1.5 juta (RM 6.5 juta) di bawah nama “Project Magnum”, manakala perjanjian fasa kedua pula melibatkan perbelanjaan sebanyak US$ 300,000 - $400,000 (RM 1.3 - 1.7 juta) dari Cawangan Khas, antara US$ 2 juta (RM 8.7 juta) dan US$ 2.5 juta (RM 10.9 juta) dari Jabatan Perdana Menteri, antara US$ 800,000 (RM 3.5 juta) dan US$ 2.2 juta (RM 9.6 juta) fdari SPRM dan RM 9.6 juta lagi dari pihak polis.

Calcalist melaporkan Fasa kedua melibatkan objektif yang berbeza memandangkan UMNO telah tewas dalam pilihanraya umum ke-14.

Langganan ini dimetrai melalui sebuah syarikat perantara di Cyprus, memandangkan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Bacaan ini agak menarik kerana menimbulkan persoalan terhadap Najib dan dalam masa yang sama turut memberi gambaran sebenar tentang penularan penggunaan ratusan, malah ribuan akaun palsu di media sosial yang dilihat berleluasa sejak 2018.

Rupa-rupanya sistem yang dicipta oleh Senpai ini mengotomasikan data mining atau perlombongan data termasuk melalui kaedah akaun palsu melalui avatar atau pengkalan induk.

Sekali lagi saya tegaskan bahawa ini bukan tuduhan oleh saya, tetapi berdasarkan laporan kemukaan bukti kes perbicaraan syarikat Senpai di mahkamah Tel Aviv seperti dilaporkan oleh akhbar Calcalist.

Di sini timbul beberapa persoalan.

1) Jadi apakah ribuan reaksi atau komen-komen berbentuk sokongan atau pembelaan terhadap Najib dan kuncu-kuncunya, serta yang berbentuk tohmahan, cacian dan hinaan terhadap elemen pro-Pakatan Harapan, yang banyak didapati menggunakan akaun palsu di media sosial, ini menggunakan sistem yang dilanggan daripada syarikat Zionis Israel ini?

2) Menurut pendedahan di mahkamah Tel Aviv tersebut, langganan sistem RogueEye yang diuruskan Senpai itu telah disambung selepas kekalahan BN di PRU-14 yang lalu. Jadi apakah elemen-elemen yang meniup api perkauman dan keagamaan yang banyak didapati dimainkan oleh akaun-akaun media sosial yang diragui ketulenannya, adalah sebenarnya produk keluaran Israel yang digunakan untuk membakar sentimen-sentimen sebegitu di media sosial?

3) Apakah populariti Najib di media sosial juga dipacu oleh kepalsuan ini sehingga memperdaya rakyat? Berapa banyak komen di laman Facebook Najib sebenarnya diotomasikan oleh sistem Israel ini, jika ya?

4) Bolehkah Najib menidakkan tuduhan-tuduhan bahawa beliau telah berpakat dengan elemen-elemen luar setelah pengakuan dibuat oleh syarikat Israel ini sendiri di mahkamah Tel Aviv?

5) Apakah polisi dan pendirian berbentuk bantahan keras terhadap rejim Zionis Israel yang berpaksikan penindasan terhadap Palestin cuma satu lagi sandiwara oleh Najib, sama seperti kepalsuan cintanya terhadap etnik Rohingya yang ditindas dan dianiaya oleh rejim Myanmar tidak lama dahulu?

Segalanya hanya boleh dan perlu dijawab oleh Najib pada kadar segera.

Di sini saya sertakan link ke laporan akhbar Calcalist, Israel tersebut:

https://www.calcalistech.com/ctech/articles/0,7340,L-3828013,00.html

Sekian.

FAZLY RAZALLY
Parti Keadilan Rakyat
Petaling Jaya Utara




www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

(Rakaman Audio)Muhyiddin Cadang Beli Wakil2 Rakyat UMNO dgn Jawatan GLC

""Kita ambik sorang2 UMNO. Kita tawar jawatan GLC. Kita tawar jawatan menteri"

Rakaman diambil pada mesyuarat BERSATU pada 23hb Februari sejurus sebelum Langkah Sheraton.


Di dalam rakaman ini, dapat diambil beberapa fakta:


1) Tan Sri Muhyiddin memang sudah ada perancangan untuk merasuah Ahli2 Parlimen UMNO supaya melompat ke BERSATU


2) Tun Dr Mahathir tidak bersetuju dengan perancangan membawa wakil2 rakyat UMNO ke dalam BERSATU. Tun tidak pernah bersetuju dengan peranccangan belot dan khianat ini

3) Sedari awal lagi Muhyiddin sudah berniat untuk khianat pada Pakatan Harapan dan mandat rakyat
4) BERSATU mahu menjadi parti terbesar dalam PARLIMEN dengan perancangan Muhyiddin ini

5) Sekarang Muhyiddin khabarnya sudah menyesal kerana ditipu UMNO sehingga menjadi seperti boneka sahaja sekarang ni

KESIMPULAN: Pengkhianat tidak akan selamat sampai bila-bila. Selamat mendengar

TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Saturday, May 30, 2020

Khabar Angin: Hayat Kerajaan PN Berada Dalam Genggaman Anwar Ibrahim?


Bermula semalam, beberapa maklumat yang Tulang Besi telah cuba untuk memastikan kesahihannya. Secara amnya semua maklumat2 ini tidak ada kenyataan rasmi tapi sudah timbul dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.


1) Sekarang ini, hanya bergantung kepada Anwar Ibrahim sahaja untuk memberi persetujuan. Secara umumnya bilangan MP2 yang menolak PN sudah pun lebih dari mencukupi. Namun, ia memerlukan sokongan 39 MP PKR. Sekiranya Anwar Ibrahim bersetuju, maka jatuhlah kerajaan Muhyidddin dan PN ini.

a. Diberitakan PH telah pun bersetuju untuk mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri buat sementara waktu. Setelah beberapa ketika, Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri kerana Dr Mahathir sudah pun tua dan tidak akan dapat meneruskan kerjaya beliau untuk jangka masa yang lama

b. Amanah dan DAP sudah pun menyetujui saranan ini.

c. Namun, ada fraksi dalam PKR yang cenderung kepada Rafizi mahukan PKR dan PH kekal sebagai pembangkang. Namun cadangan ini tidak dipersetujui oleh Amanah dan DAP kerana jangka masa 3 tahun adalah terlampau lama dan ada kemungkinan PKR dan DAP akan diharamkan sebelum PRU15 nanti.

2) Ada parti yg dah hantar wakil berjumpa Dr. M dan Anwar menawarkan sokongan mereka kepada kerajaan baru tapi dengan syarat Amanah (bukan DAP) dikeluarkan dari kerajaan baru ini. Parti ini dahlu ke hulu ke hilir maki DAP dan panggil DAP kapir harbi tapi sekarang ni cuma hendakkan Amanah sahaja ditendang keluar. Ini petanda jelas bahawa kerajaan Muhyiddin sekarang ini ibarat telur di hujung tanduk.

a. Khabarnya yg datang jumpa Dr. Mahathir itu adalah Presiden dan Spender. Ini bererti parti itu benar benar yakin yang kerajaan Muhyiddin tidak kekal lama. Kalau tidak, sudah tentu mereka tidak membuat tawaran ini.

3) Ada tiga orang Menteri dan Timbalan Menteri BERSATU yang bercadang untuk menarik balik sokongan kepada Muhyiddin semalam tetapi ubah fikiran di saat akhir. Namun, isu ini masih belum selesai lagi dan mungkin akan meletup sekali algi

4) Pemecatan Dr Mahathir dari BERSATU umpama menjerut leher sendiri bagi Muhyiddin Yaasin kerana selama ini diberitahu kepada akar umbi BERSATU bahawa Dr Mahathir cuma bersandiwara sahaja menentang Muhyiddin bagi menghalang Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Namun, apabila Dr Mahathir dipecat membuktikan apa yang Dr. Mahathir buat selama ini bukan sandiwara. Ramai akar umbi BERSATU sudah merasa tertipu.

5) Orang2 Muhyiddin juga sedang aktif mahu bertemu Anwar Ibrahim untuk membuat tawaran-tawaran baru. Yang terbaru ada tawaran untuk membuat UMNO dari PN dan menggantikan dengan PKR.

6) Harapan untuk pilihanraya mengejut juga amat tipis memandangkan keadaan Covid 19 ini menghalang orang ramai kembali untuk mengundi. Maka, akan berlaku pertukaran kerajaan

7) Kedudukan Muhyiddin belum disahkan sebagai Perdana Menteri secara berpelembagaan memudahkan YDPA memecat beliau dari jawatan Perdana Menteri. Muhyiddin tidak mampu membuktikan beliau mempunyai sokongan 112 minima dalam Parlimen untuk mengesahkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri mengikut Artikel 43-2(a) Perlembagaan Persekutuan yakni Muhyiddin masih belum membuktikan kepada YDPA yang beliau mempunyai sokongan majoriti dari Ahli-Ahli Dewan Rakyat

8) Di Melaka sepertinya persetujuan telah dicapai dan kemungkinan PH akan kembali memerintah Melaka dengan sokongan 5 orang ADUN PN. Marilah kita berdoa supaya perkara ini terjadi.


9) Respon2 dari Azmin Ali, PAS dan UMNO seperti di bawah ni menyatakan mereka sendiri tak yakin Muhyiddin ada majoriti di Parlimen. Panggilan membubar PArlimen adalah bukti mereka sudah nampak kejatuhan kerajaan mereka.:


 





KESIMPULAN: Nampak gayanya hayat kerjaaan Muhyiddin sekarang ni terletak dalam tangan Anwar Ibrahim.  Kalau Anwar kata jalan, maka jalan lah Muhyiddin dan kuncu-kuncu nya.

Kalau Anwar tidak bertindak sekarang, PKR kemungkinan besar takkan wujud lagi selepas ini kerana telah diharamkan bersama-sama DAP.

TULANG BESI

ps Maklumat2 di atas ada sebahagiannya hanya dapat Tulang Besi pastikan dengan cakap mulut sahaja. Namun, kita semua belajar dari Reformasi 1998 bahawa dalam politik Malaysia maklumat khabar angin biasanya lebih benar berbanding maklumat rasmi.




www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Friday, May 29, 2020

LAPORAN: Syarikat Israel Bantu Najib Intip Pembangkang pada 2018


NOTA EDITOR: Najib Tun Razak tidak menafikan laporan ini malahan mengesahkannya. Ini bererti Najib telah membenarkan pembelian alat alat pengawasan ciptaan Israel untuk diguna di Malaysia oleh sebuah syarikat bernama Senpai Technology.

Laporan: Syarikat Israel bantu Najib intip pembangkang pada 2018
Diterbitkan Hari ini 11:06 amDikemaskini Hari ini 1:30 pm 
Dokumen-dokumen mahkamah di Israel mendedahkan syarikat siber Senpai Technologies menandatangani perjanjian bernilai AS$1.5 juta untuk membekalkan kemudahan intipan kepada polis Cawangan Khas (SB) Malaysia.
Ia dikatakan bagi membantu perdana menteri ketika itu Najib Abdul Razak memantau pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-14.
Laman berita teknologi Israel CTech melaporkan, kerajaan Malaysia menantangani perjanjian itu bagi mendapatkan sistem untuk mengumpulkan maklumat dan menganalisis dana kegiatan orang awam.
Dokumen-dokumen berkaitan diperoleh dan disemak oleh Calcalist, sebuah harian kewangan terkemuka Israel.
Sistem itu dikatakan dibangunkan oleh Senpai Technologies Ltd.
Perjanjian itu dilapor ditantangai pada April 2018, sebulan sebelum BN yang dipimpin Najib ketika itu kecundang kali pertama dalam sejarahnya.
Rundingan itu menggunakan kod nama “Project Magnum.”

Menurut dokumen tersebut, rancangan pentadbiran BN pimpinan Najib untuk sistem Senpai tidak dirahsiakan daripada syarikat itu dan penggunaan sistem itu untuk “penyiasatan politik" disebut secara khusus dalam surat-menyurat e-mel dalaman. 
Senpai, yang ditubuhkan pada tahun 2015, telah membekukan aktivitinya di tengah-tengah pemfailan kebankrapan dan tuntutan saman antara para pengasas firma itu.

Pada pertengahan tahun lalu, syarikat tersebut dilaporkan sedang membincangkan kemungkinan kontrak baru dengan polis Cawangan Khas Malaysia, yang mempunyai implikasi baru selepas kekalahan Najib pada PRU14.
Objektif pengawasan dibayangkan akan berubah selepas pilihan raya daripada penyiasatan politik kepada penyiasatan terhadap jenayah-keganasan.
“Pelanggan mendapat dokumen dan kami sedang menunggu responsnya,” kata pengasas dan ketua jualan Senpai, Roy Shloman merujuk "Magnum" dalam e-mel yang dikirimkan kepada pengasas bersama Guy David, Omri Raiter, dan Eric Banoun (gambar, bawah) pada 10 Jun 2019.
"Seperti yang kamu tahu, selepas pilihan raya banyak perkara berubah dan menjadi sedikit rumit," tulis Shloman.
"Mengenai proses pengurusan pelanggan dan berdasarkan beberapa perbincangan atas talian (conference call) yang lalu dengan mereka, saya fikir kami patut mengadakan kunjungan ke KL.
"Tujuan utama perjalanan ke itu untuk bertemu klien (secara bersemuka), mengadakan sesi soal jawan dan menyediakan mereka beberapa panduan (tip) dan helah (trick)," tambahnya.
Katanya, tujuan utama lawatan ke Kuala Lumpur itu bertujuan bertemu dengan klien secara bersemuka sambil mengadakan beberapa sesi soal jawab, serta memberikan beberapa tips kepada klien mereka dalam memaksimumkan sistem tersebut.
Dalam cadangan fasa dua perjanjian selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan pada Mei 2018, Banoun menghitung rundingan itu dianggarkan bernilai antara AS$300,000-AS$ 400,000 daripada SB, antara AS$2 juta dan AS$2.5 juta daripada Pejabat Perdana Menteri, antara AS$800,000 dan AS$2.2 juta daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan jumlah yang serupa daripada pasukan polis.
CTech adalah laman berita teknologi yang dikendalikan oleh Calcalist. Ia merupakan sebahagian daripada Yedioth Ahronoth Group, yang juga menerbitkan Yedioth Ahronoth, surat khabar dengan edaran paling luas di Israel.
Malaysiakini sedang menghubungi Najib, Cawangan Khas, SPRM dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bagi mendapatkan penjelasan.
[Baca berita penuh]



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

BERSATU Sekarang ini Diperintah Najib Tun Razak?



PEMECATAN MAHATHIR DARI BERSATU ADALAH AGENDA UMNO!!!




Pemecatan Tun Mahathir dan beberapa orang lagi dari BERSATU adalah bukti jelas BERSATU sekrang ini bukan lagi di bawah kawalan Tan Sri Muhyiddin ataupun kepimpinan2 BERSATU yang ada sekarang ini/



Dr. Mahathir adalah pengasas kepada BERSATU dan ramai yang menyertai BERSATU adalah kerana Dr Mahathir.. Tapi sekarang ini BERSATU telah memecat Dr Mahathir kerana beliau tidak mahu bersuhabat dengan UMNO.


Tindakan desperado seperti ini mengingatkan kita kepada pemecatan Muhyiddin, Shafiee Afdhal dan beberapa orang lagi sekitar tahun 2016. Mereka dipecat dengan begitu rakus sekali pada masa itu dari UMNO untuk menjamin survvival Najib Tun Razak.

Sekarang Najib Tun Razak sedang desperate kerana hukuman penjara sedang menunggu beliau. Maka, masuk akal dikatakan Najib sdang menguatkan cengkaman beliau ke atas kerajaan sekaligus keatas Perikatan Nasional.

Hanya dengan kekalnnya PERIKATAN NASIONAL sehingga akhir penggal dapat menjamin Najib Tun Razak terselamat dari penjara.



Masuk akal kalau kita kata Najib lah  Perdana Menteri de facto.



Hayat BERSATU sekarang ini pun berada dalam tangan Najib dan UMNO.


Maka, apa sahaja kehendak UMNO terpaksalah BERSATU turuti.

Rasanya MB Perak tu pun dah tak lama.





TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Thursday, May 28, 2020

MB Kedah Terdedah Agenda Balak Beliau....

Tanpa disedari MB Kedah yang baru mendedahkan agenda balak dia kepada rakyat umum. Dia harus sedar dia adalah MB pintu belakang dan bukannya MB pilihan rakyat Kedah.






1) Yang menghairankan perkara pertama yang diisytiharkan oleh MB Kedah selepas menjadi MB adalah mengkaji untuk membuka semula konsesi balak. 



2) Di Kedah, ada pelbagai sektor ekonomi yang sedang aktif tapi mengapa balak yang menjadi projek pertama MB Kedah dari PAS ini? Banyak isu pembangunan lain di Kedah yang boleh dikomen tapi mengapa balak yang pertama disebut?

3) Setelah melihat kecaman dan kutukan dari rakyat umum, maka MB Sanusi mengubah cerita kononnya perlu dibuka konsensi kerana tuntutan pampasan yang sedang dibuat oleh pemegang konsesi berjumlah RM1 billion. Lepas tu jadi RM1.5 billion.

4)  Adapun hakikatnya, mengikut mantan Menteri Besar, tiada satu tuntutan pun dari pemegang2 konsessi. Secara logiknya, kalau tuntutan sebesar RM1.5 billion, maka mustahil pemerintahan dahulu tidak mengetahui. Jumlah sebesar itu amat sukar untuk disorok

Mantan MB Kedah, Dato' Seri Mukhriz menafikan ada apa-apa tuntutan dari pemegang konsessi yang sedang berjalan. Dari mana Sanusi dapat cerita ni pun dia tak tau.

5) Kesimpulannya, belang Sanusi dah terdedah. Belum apa2 dah sebut pasal balak. Lepas tu bila pekung dah pecah, cuba buat cerita baru kononnya dah terlampau banyak tuntutan pampasan dari pemegang konsesi.

Penipuan pertama cuba ditutup dengan penipuan kedua dan seterusnya penipuan ketiga.

Hakikatnya, Sanusi secara tidak sengaja telah mendedahkan perancangan sebenar beliau untuk memfaraid hasil balak Kedah kepada orang-orang tertentu.

Atas sebab tu lah agaknya Sanusi diserang atas bawah dalam isu ini. Malangnya MB Kedah baru ini tidak dipercayai oleh rakyat Kedah. Al maklumlah MB pintu belakang

TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Keadaan PN dan Muhyiddin Semakin Tenat?

Ada beberapa maklumat yang Tulang Besi telah terima:

1) Selepas persidangan 18hb, diberitakan Muhyiddin Yaasin seperti telah give-up terhadap survival Perikatan Nasional. Ini kerana kalau usul undi tidak percaya yg ditaja Dr. Mahathir itu dibenarkan, maka ramai dalam Perikatan Nasional tidak menyokong Muhyiddin Yaasin terutamanya dari parti-parti Sabah dan Sarawak. Muhyiddin telah mendapat pengesahan 2 hari sebelum persidangan bahawa beliau tidak akan mendapat sokongan yang mencukupi sama sekali
a. Mereka mungkin tidak akan mengundi usul Dr Mahathir tapi ramai akan keluar dewan dan tidak mengundi. Malang buat Muhyiddin, untuk memenuhi tuntutan Perlembagaan beliau memerlukan 112 undi yg jelas menyokong beliau dalam dewan
b. Walaupun Muhyiddin boleh menang usul itu, tapi undi beliau tidak mencapai bilangan 112 undi, maka Muhyiddin tetap dikira kalah 
c. Muhyiddin terpaksa melakukan rasuah jawatan GLC besar-besaran kerana itu sahajalah jalan yang wujud untuk Muhyiddin sekarang ini untuk mengekalkan kekuasan beliau yang semakin rapuh
2) UMNO SEMAKIN DOMINAN DALAM KERAJAAN: Majlis Keselamatan Negara sudah ppun berada dalam genggaman kekuasaan UMNO sekarang ini. Muhyiddin boleh dikatakan hanya boneka sahaja sentiasa menyembah UMNO untuk membuat apa-apa keputusan.
a. Ini adalah kerana hayat BERSATU berada dalam tangan UMNO. Bila2 sahaja UMNO menarik sokongan kepada PN, maka kerajaan BERSATU akan runtuh dan BERSATU akan menjadi parti kera sumbang kerana terpaksa bertanding sebatang kara. 
b. UMNO telah pun membuat pengisytiharan bahawa mereka tidak bersama PN secara rasmi dan sokongan mereka hanyalah bersifat pribadi ahli-ahli Parlimen mereka. Ini bermakna sekirranya ada ahli-ahli Parlimen UMNO yang mengundi tidak menyokong Muhyiddin, mereka tidak boleh dipecat atau diambil tindakan disiplin.  
c. Atas sebab ini jugalah Muhyiddin semakin hari semakin rungsing untuk mengadakan Persidangan Parlimen. Atas sebab ini jugalah Muhyiddin terpaksa membatal sidang penuh pada 18hb May yang lepas.
3) AHLI2 PARLIMEN BERSATU SEMAKIN RISAU: Penguasaan UMNO yang semakin dominan semakin dikhuatiri oleh Ahli-ahli parlimen BERSATU. Pada hari ini, ahli-ahli Parlimen BERSATU sudah hilang suara kerana Presiden mereka sendiri sudah menjadi boneka.

a. Yang lebih risau adalah ahli2 Parlimen BERSATU lompat. Mengikut UMNO, mereka-mereka ini sudah dibuang dari UMNO. Dan tempat mereka tidak akan diberi kepada mereka lagi. Apabila dibubar parlimen, orang-orang seperti Hamzah Zainuddin dan Mas Erdayianti akan menjadi orang biasa dan karier politik mereka tamat. Kecuali kalau mereka boleh menang sebagai calon Bebas. 
b. Kumpulan ini semakin hilang kepercayaan kepada Muhyiddin dan nampak gayanya mereka semakin cenderung kepada Dr. Mahathir. Beberapa pertemuan telah diadakan oleh mereka dengan Dr. Mahathir 
c. BERSATU secara umumnya sekarang ini seperti telur di hujung tanduk. Mereka bergantung sepenuhnya kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

4) KESIHATAN MUHYIDDIN YANG SEMAKIN BURUK: Diberitakan Perdana Menteri dalam Kuarantine selama 14 hari. Namun, di zaman telekomunikasi sekarang ini, itu bukan alasan untuk Perdana Menteri hilang sama sekali dari persada negara. PM boleh sahaja mempengerusi Mesyuarat melalui applikasi Zoom dsbnya

a. Ada khabar lain yang mengatakan Muhyiddin sedang menjalani rawatan di Singapura kerana kanser beliau. Itu lebih masuk akal memandangkan mereka yang menjalani rawatan kanser memerlukan ketenangan dan terpiisah dari masaalah dan beban pemikiran semasa.
b. Azmin yang menggantikan Muhyiddin sebagai pengerusi kabinet dibenci oleh UMNO dan GPS serta semua parti-parti dalam PN kecuali PAS. Nampaknya, Haji Hadi Awang sudah boleh menerima amalan LGBT dan seks sejenis. 
c. Azmin juga bercita-cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri tapi itu sekadar angan-angan Mat Jenin sahaja memandangkan tiada parti yang menyokong beliau.


KESIMPULAN: Ada 42 hari lagi untuk Muhyiddin membuktikan beliau Perdana Menteri yang sah. Dalam keadaan sekarang, rasanya harapan Muhyiddin untuk kekal sebagai PM semakin hari semakin tipis.

Rampasan kuasa Kedah pun adalah langkah desperado Muhyiddin/Azmin bagi melindungi fakta yang mereka semakin hilang pengaruh dan kawalan.


*TULANG BESI*



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniSumber: Umno tolak sertai PN secara rasmi
Haspaizi Zain

Diterbitkan 6 May 2020, 8:48 pm
Dikemaskini 6 May 2020, 9:34 pm
A+
A-
Majlis Tertinggi (MT) Umno menolak cadangan agar parti itu menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) secara rasmi, kata sumber kepada Malaysiakini hari ini.

Sumber terbabit berkata, keputusan itu dicapai secara sebulat suara dalam mesyuarat MT yang diadakan pada Isnin lalu, dan ia bertujuan menjaga kedudukan dan kepentingan parti berkenaan.

"MT sebulat suara tolak, kita tak mahu jadi parti kecil. Kalau banyak parti dalam PN, Umno tak boleh nak jadi macam dalam BN sebelum ini.

"Sebelum mesyuarat MT, parti melalui mesyuarat biro politik juga sudah menolak cadangan ini.


"Kemudian mesyuarat pengerusi-pengerusi perhubungan Umno negeri juga menolaknya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Umno memeterai piagam Muafakat Nasional bersama PAS untuk mengabsahkan kerjasama secara rasmi pada akhir tahun lalu. Parti lain dalam BN pula dianggap menyertai gabungan berkenaan melalui Umno.

Menerusi Muafakat Nasional, BN dan PAS menyokong Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin untuk menjadi perdana menteri kepada gabungan PN, sekali gus membawa kejatuhan Pakatan Harapan sebagai kerajaan selama 22 bulan.


Susulan pembentukan kerajaan PN di peringkat persekutuan, beberapa kerajaan negeri yang dikuasai PH juga tumbang selepas krisis politik Februari lalu, yang berlangsung kira-kira seminggu.

Akhir bulan lalu, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menegaskan PN bukanlah satu gabungan yang berdaftar secara rasmi dan Umno tidak pernah menyertainya.

"Hubungan Umno dengan PN hanya satu persefahaman untuk menyelamatkan Malaysia kerana kemelut politik yang dicetuskan sendiri oleh kelompok tertentu dalam PH," katanya yang menegaskan bentuk kerjasama itu berbeza dengan persefahaman dengan PAS dalam Muafakat Nasional yang diurus secara rasmi.

Platform rasmi cerita lain

Dalam pada itu Anggota Majis Tertinggi Umno Abdul Rahman Dahlan, berkata cadangan untuk mendaftar PN dan Umno sebagai ahli sekutunya perlu diteliti sebaik mungkin.

Pada masa sama, katanya, sokongan Umno terhadap kerajaan PN dan Muhyiddin selaku perdana menteri tidak perlu diragui.

"Ia perlu dilihat dengan serius apa kebaikan yang Umno dapat dan juga keburukannya.

"Tapi ini bukan bermakna Umno tak sokong PN, kalau tak sokong kita tak berada dalam kerajaan.

"Umno boleh bagi keyakinan bahawa kita sokong PN dan perdana menteri, untuk (PN) jadi platform rasmi itu cerita lain," katanya lagi.

Menerusi PN, Umno berjaya mentadbir kembali negeri yang dimenangi PH pada PRU lalu, iaitu di Melaka (sebelum ini ketua menteri daripada Amanah) dan Johor (sebelum ini menteri besar daripada Bersatu).

Di Perak pula, Bersatu kekal memimpin kerajaan Perak meskipun Umno menguasai lebih banyak kerusi di DUN.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Wednesday, May 27, 2020

Nyawa BERSATU Sekarang Dalam Gengaman UMNO


BERSATU AKAN TINGGAL SEBATANG KARA DALAM PRU15 YANG AKAN 
DATANG. SELAMAT TINGGAL BERSATU!!!



Sedar atau tidak nasib BERSATU sekarang bergantung sepenuhnya kepada UMNO/ Dengan kata lain, UMNO pegang nyawa BERSATU di dalam gengaman mereka.

Ini kerana sekiranya UMNO menarik sokongan mereka kepada Muhyiddin Yaasin maka seluruh kerajaan tebuk atap Muhyiddin Yaasin akan ranap akibat ketiadaan sokongan dalam Parlimen.


Apa yang akan berlaku seterusnya Muhyiddin tiada pilihan melainkan membubar Parlimen. Jikalau ini berlaku, mengikut ramai penganalisa, parti BERSATU akan ranap sama sekali.


Seperti yang dinyatakan oleh MP Shah Alam, YB Khalid Samad:

Khalid mengulas desas desus yang mengatakan Muhyiddin akan mencadangkan kepada Yang Dipertuan Agong agar Parlimen dibubarkan selepas wabak Covid-19 reda ekoran kegagalan beliau untuk mengekalkan kerajaan yang ada. 
“Bubar parlimen, Bersatu akan hancur. Yang nak bubar Parlimen adalah Umno dan Pas, bukan Muhyiddin,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu 
Ini kerana, kata beliau, kerusi yang ditandingi oleh Bersatu akan bertindih dengan kerusi yang hendak ditandingi oleh Pas dan Umno 
“Selama ini, Umno dan Pas berebut kerusi yang sama. Kalau tambah Bersatu satu lagi, bermakna tiga parti berebut kerusi sama,” katanya.


Hakikatnya, sekiranya dibubarkan Parlimen, pertandingan hanya berlaku antara Pakatan Harapan melawan UMNO-PAS. Parti-parti lain hilang sudah tidak dihiraukan lagi termasuk BERSATU dan kumpulan Azmin. 

Ini juga termasuk wakil-wakil rakyat UMNO yang telah berpaling tadah kepada BERSATU seperti Hamzah Zainuddin ataupun Mas Ardiyati. Kesemua wakil-wakil rakyat UMNO yang menang atas tiket UMNO tapi berpaling tadah pada BERSATU akan dibuang dari senarai calon sama sekali.


Pemimpin-pemimpin utama BERSATU termasuk Tan Sri Muhyiddin Yaasin sendiri akan kehilangan kerusi mereka kerana tidak mungkin PAS mahupun UMNO akan memberi mana-mana kerusi kepada BERSATU

PAS-UMNO-BERSATU akan berebut kerusi yang sama yakni kerusi-kerusi yang mempunyai 70% Melayu ke atas dan kerusi-kerusi kampung. Ini kerana kerusi2 yang sedemikian cuma berjumlah sekitar 50 ke 55 kerusi seluruh Semenanjung Malaysia.

Kalau dibahagi kepada ketiga-tiga parti maka jumlahnya satu parti akan mendapat sekitar 18 kerusi kurang lebih. Maka, apa yang berlaku adalah seperti apa yang berlaku di Melaka dimana BERSATU akan awal-awal ditendang dan kerusi-kerusi Melayu ini hanya dibahagikan antara UMNO dan PAS.



Selain dari 55 kerusi ini adalah kerusi campuran di mana pengundi-pengundi Cina dan India dijangka akan memberikan sokongan yang amat padu kepada Pakatan Harapan akibat ideologi PAS-UMNO yang membenci dan memusuhi bangsa selain Melayu.

Maka, akhirnya BERSATU akan jadi parti kera sumbang dan akan dibuang seperti sampah. Azmin Ali dan kumpulannya juga akan dibiarkan mereput seperti sampah sehingga ke tahap tiada siapa yang kesah berkenaan keberadaan mereka lagi. Azmin dan kumpulannya menjadi seperti pesakit-pesakit kusta sekarang ini.


Adakah Annuar Musa akan mengizinkan Radzi Mat Jidin bertanding di kerusi Ketereh lagi? Adakah UMNO Johor akan mengizinkan Tan Sri Muhyiddin bertanding di Parlimen Pagoh lagi? Adakah UMNO Selangor akan membenarkan Azmin Ali bertanding di Gombak lagi?

BERSATU akan tinggal sebatang kara tiada siapa yang akan pandang pun kepada mereka dalam PRU15 yang akan datang

TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.