Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Thursday, March 12, 2020

INI BUKAN MASA BERSENGKETA ANTARA MAHATHIR DAN ANWAR IBRAHIM

*INI BUKAN MASA BERSENGKETA ANTARA MAHATHIR DAN ANWAR IBRAHIM*

Dari respon2 yg didapati sehari dua ini, tampak penyokong2 Anwar begitu galak mengutuk dan menyalahkan Dr Mahathir.

Pelbagai teori dan jangkaan dilayangkan demi meletakkan kesalahan di atas bahu Mahathir.

Namun, sehingga hari ini kita melihat Dr Mahathir masih istiqamah menyerang Muhyiddin dan UMNO.

Mukhriz masih mempertahankan kerajaan Pakatan Harapan di Kedah.

Spekulasi dilayangkan kononnya Dr Mahathir akan belot dan dilantik sebagai Menteri Mentor manakala Mukhriz akan dilantik sbg Timbalan Presiden.

Bagi Tulang Besi, tolonglah hentikan spekulasi2 liar ini.

Apa gunanya menyerang Dr Mahathir.

Lupakah kita majoriti akar umbi BERSATU tidak bersetuju dengan langkah pimpinan2 mereka ini?

Lupakah kita masih ada harapan Mukhriz dan Dr Mahathir dapat merampas kembali BERSATU dari tangan Muhyiddin dan kuncu-kuncunya?

Yang paling penting adakah kita hendak menggunakan masa yang pendek ini (yakni dua setengah tahun) untuk bersengketa sesama kita ataupun kita gunakan utk merapatkan saf dan menjana kekuatan semula untuk merampas Malaysia

APA KITA DAPAT MENYERANG DR. MAHATHIR?

Maklumat yg Tulang BEsi dapat adalah perancangan mereka adalah menjadikan Dr Mahathir sbg Perdana Menteri Perikatan Nasional.

Namun, Dr Mahathir cuma mengetahui perancangan ini pada saat akhir yakni malam sebelum Langkah Sheraton.

Dan Dr Mahathir berhujjah dgn jelas beliau menolak perancangan ini kerana beliau telah berbuat janji.

Sehingga akhir Dr Mahathir menolak pelawaan mereka.

Hakikatnya, Muhyiddin adalah “The Reluctant Prime Minister” yakni “Perdana Menteri Bidan Terjun” kerana keengganan Dr Mahathir bekerjasama dgn penyamun dan perompak bernama UMNO.

Ini disahkan oleh pelbagai sumber yg datang pada Tulang Besi yang boleh dipercayai.

Dr. Mahathir telah mengambil sikap berprinsip tidak mahu bersengkongkol dengan perasuah dan perampok.

Ini kita patut puji dan hargai.

DR MAHATHIR SUDAH 95 TAHUN

Biar apa pun terjadi, tidak mungkin Dr Mahathir dapat bertahan lama lagi utk menjadi Perdana Menteri.

Tidak ada rugi nya bekerjasama dgn beliau kerana masa beliau sudah hampir habis. Buat masa sekarang, apa yg beliau kehendaki sama dengan apa yg kita kehendaki.

Suka tidak suka, hanya beliau sahaja yg boleh merosakkan imej Muhyiddin dan sekaligus kerajaan Muhyiddin Yaasin.

Ini penting utk menghadapi PRU depan.

SENARIO PRU15 ADALAH UNIK

Pada PRU depan, musuh yg paling utama bagi PH hanya UMNO dan PAS. Parti2 lain spt BERSATU dan AZmin samada hilang ataupun dibubar dan bergabung dgn UMNO.

Masyarakat bukan Islam dijangka mengekalkan undi mereka kepada PH.

Manakala pengundi2 Melayu akan melihat mereka sudah banyak termakan fitnah puak2 UMNO dan PAS selama ini.

Kalau PH dapat bersatu dan berusaha gigih meraih undi Melayu sepanjang 2,5 tahun ini, nescaya PH akan gemilang sekali lagi.

Cabaran PH utk PRU depan hanya pengundi2 Melayu yang banyak termakan fitnah BN. Tiada lagi cabaran lain selain dari itu.

Manakala BN sudah pun sampai ke had penghujung jalan mereka. Mereka sudah tiada ruang untuk berkembang lagi memandangkan ideologi kebencian mereka.

Mereka hanya mampu berharap 70 ke 75% pengundi Melayu kekal mengundi mereka.

PERPECAHAN PH ADALAH AMAT DIHARAP OLEH BN

Oleh sebab itu, agen2 provokatur UMNO pada masa ini sedang giat menjalankan kerja2 menghasut supaya hubungan Anwar dan Dr Mahathir renggang serta hancur.

Jalan yang terbaik bagi Anwar Ibrahim kalau dia hendak menjadi PM dalam masa 2.5 tahun lagi adalah beliau mengeratkan lagi hubungan dengan Dr. Mahahtir.

JAngan dibiarkan beliau dilihat renggang dgn Dr. Mahathir Muhammad.

Gagalkan usaha provokatur2 dalam PH ini.


*TULANG BESI*

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

And here is the rest of it.
Share on whatsapp

4 comments:

  1. Bab ini aku tak setuju dgn admin. Atok ni pakar baling batu sembunyi tangan. Pelakon tahap pemenang oskar. Atok bukan pendokong tulen PH. Dia dna umno dan ketuanan Melayu. Dia lantik beberapa org pengkhianat buat kerja kotor utk dia. Kemudian dia pura2 buat tak tau. Sebagai contoh, azmin ditugaskan menjahanamkan Pkr dan PH. Azmin tetap menjadi anak didik kesayangan Atok. Bila masa dia pernah kritik azmin? Hasmah amat sayang pd azmin. Oleh itu jangan percaya kpd Atok. Buang dia jauh2. Ada faham, Amanah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn tulisan brader...

      Ramai yg kata atok ada 2 plan...
      Plan pertama spt apa yg berlaku pd pghujung februari lepas.
      Akhbar reuters telah dpt mengesan gerakan tersebut sejak awal kerajaan ph ditubuh.
      Plan kedua akan dilakukan slps sidang apec di mana atok akan gunakan undi tidak percaya di parlimen ke atas anwar.

      Atok hanya gunakan ph utk kepentingan peribadinya cuma kesilapan ph adalah cuba utk menjadikan atok sebagai pm boneka.

      Bila korang berusaha nak jadikan dia pm boneka maka akan berlaku kehancuran. Atok berpengalaman dan banyak membaca berbanding anwar dan mana2 pemimpin ph yg lain. Pengalaman dia luas.

      Sebab itulah rakyat tak terkejut tambahan lagi prestasi kerja menteri2 ph teruk. Dap pula tak sensitif dan besar kepala konon mrk majoriti. Cubaan dap menolak perlembagaan negara menyakitkan hati org2 melayu. Kes mahkamah yg digugurkan melibatkan parti dap bukan shj mengejutkan pihak lawan tapi di kalangan pemimpin ph sendiri.

      Jadi bila kerajaan pn diwujudkan, rakyat tak memberontak langsung. Mereka menyambut baik pengkhianatan tersebut demi negara kerana pemimpin2 ph dah lama khianati mandat yg diberikan rakyat.
      Simple...bertenang dan jangan meroyan.

      Delete
  2. Ph masih terpaksa guna atok. Sejak 1998 ph berusaha menang pru tapi semua gagal. Hanya setelah atok masuk dgn agenda peribadi utk memyerang najib barulah ph menang besar.
    Anwar mana???
    Anwar tak mampu menyumbang apa2 krn masih dlm penjara. Org melayu yg sokong ph ketika itu masih merasakan atok berjiwa umno dan tak peduli pon asalkan atok yg dipilih sebagai pm.
    Kononnya nak selamatkan malaysia.

    Pru15 kalau tanpa atok gerenti ph akan kalah teruk kecuali kerusi cina. Kalau atok kata org melayu dah tak suka anwar mungkin ada kebenarannya.
    Maka dpd sibuk nak selamatkan negara lebih baik ph selamatkan diri dulu dpd kekalahan teruk tanpa atok pru15.

    ReplyDelete
  3. Aku rasa PH tak nak berkasar dgn atok sbb nak kekalkan negarawan.. biar dia di pandang tinggi sampai bila2. Tp masaalah atok ikut perangai mugabe.. bagi betis nak peha..sbb kalau kita baca pecaturan pintu belakang ni atok boleh selamatkan PH kalau nak buat apa panggil presiden parti2 dlm PH. Tp atok ingat dia boleh uruskan sendiri. Kalau ikut percaturan tu.. PH boleh kata atok pengkhianat..tp masih PH pandang tinggi atok..kekdg bila org kata nyanyok kat atok ni ada betulnya..ph dah tumbang mahyuddin dah jadi PM.. yg atok belasah anuar tu kenapa..?. Kalau ikut tuturan peristiwa pintu belakang ni PRU15 tak lama.. lepas ni atok tahulah nasib atok.. PH tak pandang atok.. PN tak pandang atok. Atok masih berbangga pd masa tu jadi presiden BERSATU..

    ReplyDelete


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.