Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Wednesday, April 1, 2020

Aqidah Dr Maza yg Sebenar Adalah Perkauman, Bukan Sunnah


*Aqidah Dr Maza yg Sebenar Adalah Perkauman, Bukan Sunnah*


Dr Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza seorang yang dikenali seluruh Malaysia sebagai seorang alim yg kuat berpegang dengan sunnah.

Pelbagai pandangan beliau menongkah arus kerana rata2 di Malaysia berpegang dgn ajaran Mantiq dan Kalam sedangkan dia sepenuhnya dengan Sunnah.

Namun, sejak akhir akhir ini, dia mula menampakkan warna beliau yang sebenar.

Yakni beliau bukanlah berakidah Sunnah tetapi Assabiyyah Melayu.

Klik Imej
Semalam di Instagram beliau dengan garang mahukan hukuman dikenakan ke atas seorang perempuan Cina yang memaki Polis. Kita tak nafikan perempuan itu bersalah, namun sebelum itu ada banyak kes orang Melayu yang memaki dan mencarut Polis. Tapi, Dr. Maza tidak bersuara sedikit pun.

Posting di bawah ini mungkin dapat memberi pencerahan:

Kes Hina Polis

Nursahira Mizuar kata polis babi. Didakwa di mahkamah. RM10, 000 denda, 3 bulan penjara. MAZA diam.



Aini Syanina kata polis bodoh. Didakwa di mahkamah. RM6, 000 denda. MAZA diam.



Mohd Fathi Hasan kata polis beruk. Didakwa di mahkamah. RM8, 000 denda. MAZA diam.



Ada amoi kata polis stupid idiots. Belum didakwa di mahkamah. MAZA up status instagram kata patutkah disimpan rakyat sebegini.



Hakikatnya Dr Maza adalah seorang RASIS dan penganut Assabiyyah Melayu.

Menyanyangi bangsa tidak diharamkan tapi bersikap tidak adil sebegini diharamkan Allah dan memburukkan nama baik Islam.

Sedangkan Al Quran mengajar kita:

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Surah al-Maaidah, ayat 8

Mengikut semua mufassirin, umat Islam tidak dibenarkan berlaku zalim hatta sesuatu kaum itu memusuhi dan mahu membunuh kita. Kezaliman tidak boleh dilakukan atas nama Islam dan jauh sekali atas nama bangsa Melayu.

Tindakan Dr.Maza ini serta beberapa tindakan beliau sebelum ini juga melanggar ayat ini namun Dr. Maza yang sama ke sana ke mari mendakwa dirinya memperjuangkan Sunnah dan menentang Bidaah serta mengagungkan jalan para Salafusoleh.

Kehadiran beliau dalam Perhimpunan Maruah Melayu juga membuktikan beliau bukan seorang pejuang Sunnah Nabi SAW. Beliau menjadikan perjuangan bangsa sebagai asas aqidah beliau sedangkan assabiyyah diharamkan dalam Islam berdasarkan ayat di atas.

Yang lebih menyedihkan adalah kempen #Buy Muslim First beliau yang menghukum semua peniaga-peniaga bangsa Cina seluruh Malaysia sedangkan peniaga2 Cina tersebut tidak pernah menzalimi peniaga2 Melayu dan Islam. Apa dosa mereka mahu dihukum sebegitu oleh Dr. Maza?

Saya tak kesah kalau Dr. Maza secara terbuka mendedahkan beliau adalah pejuang bangssa Melayu dan membenci kaum lain dari Melayu. Namun, Dr Maza menampilkan dirinya sebagai seorang pejuang Islam sekaligus memburukkan nama baik Islam.

*TULANG BESI*


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

10 comments:

  1. Patutnya cina dap yg kutuk cina tu.

    ReplyDelete
  2. Dia dah rasa hebat apa yang diperkatakan semua betul ini yang masalah

    ReplyDelete
  3. Dia nie yg sarankan anwar dan saiful bermubahalah suatu ketika dulu.
    Patutlah anwar tak ikut saranan dia krn dia mufti asobiyah.

    Tapi kalau rakyat biasa tanpa pegangan parti politik dan tidak mengamal asobiyah minta anwar bermubahalah, boleh ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. Taik kucing kamu semua ni suka buat tuduhan.memang patutpun malaysia kena bala

    ReplyDelete
  5. Kita seharusnya bersangka baik dgn Tok Peti ni sebab Lepas ni Kita akan melihat kejayaan menutup kilang carlsberg.

    ReplyDelete
  6. Selagi majoriti umat islam kat m'sia malas nk bljr dan berfikir...selagi tulah mudah terpedaya dgn fahaman sesetengah ustaz...saya x salahkan 100% Dr Maza sbb dia x maksum pun...sama juga dgn ustaz ustaz lain...yg salahnya org ramai ikut tanpa faham dan fikir....nak fhm dan fikir kena byk ilmu...

    ReplyDelete
  7. Allah itu Maha suci/fitrah yg suci
    (tanpa mazmumah)Mengapa ada Ashobiah krn Allah swt itu Maha Esa /satu shj

    Sesungguhnya hidup yg dipenohi dgn kasih sayang itu sgtlah mulia dan memiliki sifat ihsan buat sesama makhluk itu lebih tinggi nilainya di sisi pencipta alam
    (Tuhan tidak melihat kpd bangsa tapi melihat kpd hati yg baik ok Shi , rujuk ayat pertama surah Al-Fatihah/Allah yg maha pengasih, maha penyayang dan Maha Pemurah. wujudkan kemesraan sesama makhluk krn hidup itu sifatnya adalah sementara Shj )

    ReplyDelete
  8. Betul ker dr maza ni arahkan zakat perlis bagi sumbang kpd non mislim sejak 2017?

    Dan dia cdg dlm keadaan wabak skrg ni agat negeri2 lain boleh bantu non muslim yg terjejas guna wang zakat.
    Amalan apa ni?
    Asobiyah kan?

    ReplyDelete
  9. Dia kecewa krn tak dipilih masuk kabinet muhyidin. Jadi kena up lagi game kot......

    ReplyDelete


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.