*BERSATU Johor Boleh Dapat Jawatan MB Semula..*
Sekarang ini Johor sedang bergolak.
Isu pembahagian jawatan GLC sedang dipertikaikan oleh pendokong2 BERSATU.
Khabarnya mereka melihat pembahagian ini adalah tidak adil kepada mereka.
Pendokong-pendokong BERSATU merasakan mereka di anak tiri kan di Johor sedangkan pertukaran kerajaan adalah kerana usaha mereka.
UMNO pula semakin ganas merampas segalanya dari BERSATU di Johor.
UMNO tidak perlu takut kesan sampingan kerana mereka sudah pun isytihar mereka tidak akan bersama BERSATU dalam PRu15 hadapan.
Mereka hanya bersama BERSATU setakat PRU15 yakni sekadar dua tahun setengah sahaja. UMNO tidak perlu menghormati BERSATU memandangkan mereka hanya perlu duduk serumah sekadar sehingga PRU ddepan sahaja.
*UMPAMA NIKAH MUTAAH*
Kekecewaan BERSATU sudah mula ditunjukkan secara terbuka. Misalnya ADUN PERMAS telah membuat kenyataan:
Semua ini untuk Muhyiddin Yaasin kekal sebagai Perdana Menteri. Maruah dan harapan parti diletak di belakang.
Keadaan BERSATU akan menjadi lebih teruk selepas ini kerana UMNO tidak perlu menghormati mereka sama sekali. Pertikaian perlantikan GLC ini hanya permulaan. Akan berlaku pertikaian lain yang lebih serius selepas ini yang natijahnya adalah kerugian kepada BERSATU Johor.
Begitu rendah taraf BERSATU Johor. Dari menduduki kerusi Menteri Besar kepada dilayan seperti sampah dan bahan buangan seperti ini.
PH AKAN BERI SEMULA JAWATAN MB KEPADA BERSATU
Sepatutnya BERSATU Johor bertindak nekad.
Ikut jejak langkah BERSATU Kedah. Ahli-ahli BERSATU Johor mesti nekad.
Muhyiddin Yaasin tidak akan kekal lama sebagai Presiden parti.
Muhyiddin Yaasin sudah pun berpenyakit dan pada adatnya hayatnya tidak akan panjang.
Manakala BERSATU pula akan kekal. Ia akan terus hidup sampai ke anak cucu kita.
Kalau BERSATU kembali pada PH, maka survival BERSATU di kubu kuatnya akan kekal.
Hanya diperlukan lebih pergerakan lebih agresif di media sosial maka UMNO sudah boleh ditumbangkan dengan mudah dalam PRU hadapan dan orang Melayu akan ramai kembali menyokong PH.
Itu sahaja.
*TULANG BESI*
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Sebelum PRU15, tak perlu lah PH nak pikul beban covid. Biar je PN. Terlalu berat masalah ni. Pengangguran, ekonomi, PATI dsb
ReplyDelete