Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Wednesday, April 22, 2020

MCA Ada Lesen Besar Maki Islam dan Melayu Sejak Merdeka

*MCA ADA LESEN BESAR UTK MAKI ISLAM DI MALAYSIA*

Hairan tak? Semenjak Merdeka sampai sekarang, parti MCA dan Gerakan dibenarkan memaki dan menista Islam semahu mereka dan tiada tindakan yang diambil ke atas mereka.

UMNO seperti memberi lesen besar kepada MCA menyebar kata nista dan cacian serta fitnah ke atas Islam kepada masyarakat bukan Islam dan juga kepada orang2 Islam sendiri.

Manakala, DAP yang hanya berkata"Langkah Mayat DAP Dulu kalau Negara Islam" pada masa PRU 1990 dimainkan sampai lah matinya mendiang Karpal Singh sedangkan kenyataan itu benar-benar sekali dan tidak diungkap secara berterusan.

Ada pun MCA secara terbuka dan berulang-ulang memaki dan menista Islam namun mereka dibenarkan tanpa apa-apa tindakan walaupun pemimpin-pemimpin MCA layak didakwa di bawah Akta Hasutan.

Kalau dilihat bahasa-bahasa yang digunakan oleh MCA terhadap Islam kita boleh simpulkan bahawa UMNO parti dayus kerana membiarkan MCA menghina Islam sebegitu sekali tanpa satu pun tindakan. UMNO benar-benar dayus dan tak layak mengaku pejuang Islam.

Di bawah ni diberi beberapa contoh. Banyak lagi contoh lain tapi cukuplah contoh dibawah:

1.0 *MCA Anti Hudud sama sekali lebih buruk dari DAP* :  Mengikut kenyataan mantan Presiden MCA di bawah.  MCA dari MERDEKA sehingga hari ini menentang perlaksanaan hukum syariah di Malaysia. Sepanjang masa itu, UMNO hanya berdiam diri dan membiarkan MCA memaki dan menista hukum ISlam tanpa apa2 tindakan walau sedikit pun

       

2.0 *MCA ANTI NEGARA ISLAM*: Yg dipopularkan oleh UMNO hanyalah kenyataan mendiang Karpal Singh sebelum PRU 1990. Tapi kenyataan-kenyataan MCA menista dan memaki Negara Islam jauh lebih banyak.  UMNO hanya berdiam diri dan membiarkan MCA memaki dan menista Negara Islam. Rujuk kenyataan di bawah:

3.0 *MCA menentang kuatkuasa peraturan menutup aurat*: MCA sememangnya menentang segala peraturan yg berkaitan syariah Islam. Ini termasuk peraturan menutup aurat yg PAS pernah laksana di Kelantan dahulu.
4.0 *MCA memperjuangkan supaya hukum syariah tidak bertambah di Malaysia*
MCA antara yang paling lantang menolak RUU355 walaupun RUU355 ini bukan berkaitan dengan hudud.
Kenyataan Wanita MCA di bawah menyatakan bahawa Malaysia tidak perlu pertambahan kepada undang-undang Syariah yang sudah ada. Ini bermaksud hudud juga ditolak dan ditentang oleh MCA untuk dilaksana di Malaysia. 
 

5) *MCA menyalahkan DAP kerana menaikkan PAS ke tampuk kuasa yg membolehkan PAS melaksana hukum Islam*:
Kata mantan Presiden MCA Liow Tiong Lai:


Malahan, terdapat kenyataan dari Ustaz Nasaruddin Tantawi yang telah menyenaraikan kata-kata pemimpin MCA yang kurang ajar dan biadap menista dan memaki Islam. 

Senarai kurang ajar dan biadap MCA kepada Islam boleh di baca di bawah


KESIMPULAN: Sememangnya MCA terlindung dari apa-apa tindakan mahupun kutukan ataupun kritikan mahupun teguran apabila mereka mengcam, mengutuk, menista, memaki serta merendahkan Islam serta hukum syariah Islam.

DAP pula diserang habisan walaupun kritikan mereka hanya ditujukan kepada orang Islam dan bukan kepada agama Islam.

Ini dipanggil "double-standard" aataupun "lidah bercabang"

Puak2 ini tidak hirau sangat pasal Islam. Mereka cuma mahu memastikan DAP kalah dan merampas kembali kerajaan.

Islam takda makna untuk puak-puak ini.


*TULANG BESI*



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini15 October 2012 


1. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sejak kebelakangan ini dilihat begitu ketara mempamerkan sikap prejudis terhadap Islam dan syariatnya. Lebih malang, UMNO sebagai parti sekutunya pula kelihatan tidak bertindak bagi mempertahankan kesucian Islam mahupun mengambil tindakan tegas ke atas Presiden MCA tersebut.

2. Antara sikap prejudis Presiden MCA terhadap Islam ialah :
• Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik.
• Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki yang bukan mahram dari bersentuhan.
• Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya.
• Mengaitkan Islam sebagai punca kepada negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipalit rasuah dan lain-lain lagi.

3. Semasa Berkempen dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang, Presiden MCA pernah menyebut :
• “What’s so great about knowing Muslim values?”
“Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam?”

4. Presiden MCA, Chua Soi Lek. Dalam ucapannya pada satu majlis di sebuah Tokong cina di Dun Tenang, Labis, Johor.
• “Normala will not come here to Chinese temple, she doesn’t even shake hands with the people. I have received complaints about this. She like Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accepts this kind of Islamis value, go ahead and vote for PAS”
“Normala tidak akan datang ke Kuil Cina, dia juga tidak akan berjabat tangan dengan orang. Saya menerima aduan tentang ini. Dia (Normala) seperti Isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan. Jika anda boleh terima nilai Islam yang sebegini silakan mengundi PAS”

5. Sebelum ini, pada 6 Ogos 2010 di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star Dr Chua telah mendakwa bahawa Umno dan PAS menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing. Dr Chua mendakwa bahawa kesannya akan wujudlah dasar yang tidak progresif lalu menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.(tidak maju)

6. Akhbar MCA Hina Islam: “Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan” The Star.

7. “MCA sedia keluar BN jika HUDUD dilaksanakan”- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011. Keesokkan harinya pula pada 24 September Datuk Seri Najib mengeluarkan kenyataan berikut untuk menjaga hati MCA : “Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada realiti”

8. Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai tegas menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor . Penegasan dibuat kepada ahli-ahli MCA pada Konvensyen MCA Negeri Selangor bertarikh 18 Ogos 2012

9. Ng Kiam Nam seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA membantah laungan azan yang berkumandang di Masjid Khadijah Pantai Dalam. Kononnya azan itu dengan suara yang kuat Lalu JAWI mengarahkan masjid perlahankan Azan.

10. Pada 16 Januari 2012- Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat - tempat hiburan yang terlibat dgn arak. Katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. (sedangkan Kerajaan Selangor berusaha dapatkan pekerjaan alternatif kepada orang Islam yang sedang bekerja di premis arak)

11. Bekas ADUN MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng telah menulis dalam Twitternya bahawa negara Islam seperti dicanangkan oleh PAS akan mengharamkan semua agama. Katanya, "Sebagai penganut Kristian, kita seharusnya takut akan negara Islam daripada perkara yang lain. Mengapa DAP menolong PAS mencapai tujuan itu." soal Lee kepada penyokong DAP. Katanya lagi "Salah satu Perintah Tuhan ialah menentang negara Islam.

12. The Star [ Akhbar MCA ] adalah antara akhbar yang kerap mempersendakan Islam. Sebagai contoh :
• Pertama ialah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.
• Kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan. (The Star pada 10 Ogos 2011. Di bawah tajuk tersebut ada ditulis penerangan iaitu "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds".)
• Ketiga penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.

13. Terkini Pengerusi MCA Negeri Kedah Datuk Chong Itt Chew mempertikai dan memperkecil usaha Majlis Bandaraya Alor Star memperkenalkan Kod Pakaian model Papan Tanda Iklan yang meletakkan pakaian yang menutup aurat bagi model Muslim dan berpakaian sopan bagi non muslim.

14. Sekali lagi, apa yang malang ialah sikap membisu sejuta bahasa oleh UMNO sebagai sekutu rapat MCA dalam Barisan Nasional berdepan sikap pemimpin MCA yang konsisten memperlekeh dan mempersenda Islam dan syariatnya.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sumber:
Share on whatsapp

7 comments:

  1. Cerita lama nak dibangkit balik.
    Kapir mmg sah tolak hudud krn mrk tak pernah merasai suasana negara yg mengamal hukum hudud.

    ReplyDelete
  2. Persoalanya bukan terletak pada cerita lama atau tidak....
    Ianya adalah cerita tentang tobiat dan pegangan parti Cina MCA dari dulu hingga skrg.
    Skrg ni, lebai2 pun dah hilang telur juga kan? Tkkn mat dol presideng tk sedar yg telur dia pun dh takde!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mari kita sama2 berpegang teguh dengan pegangan DAP. Mereka tak pernah tolak hudud malah merekalah yang kuat menyokong hudud dilaksanakan.

      Delete
  3. Takpa pas sekarang dah dalam kerjaan nanti diaorang tarbiyahkan MCA tu. Kalau taknak demgar juga kasi maki hamun aje kapir2 ni. Jangan kena hamun balik sudahlah.

    ReplyDelete
  4. Xpe..demi islam dan melayu...pas sanggup menggunakan dalil mengikut keadaan...bila dah jadi kerajaan..dalil yg digunakan..hudud bukan keutamaan...asalkan bukan Anwar ibrahim atau TM..atau pemimpin umno ckp...Hadi Awang ckp xpe...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.