www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Monday, April 20, 2020
MENJAWAB TUDUHAN JAHAT KAMARUL YUSOFF TERHADAP DR DZULKILEE AHMAD
*MENJAWAB TUDUHAN JAHAT KAMARUL YUSOFF TERHADAP DR DZULKILEE AHMAD*
Di dalam Dr Adham Baba teruk dihentam netizen dan rakyat Malaysia di atas kenyataan-kenyataan bodoh beliau, tiba-tiba muncul seorang pseudo intellek bernama Kamarul Yusoff memfitnah dan menista mantan Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Dzulkiflee Ahmad.
Tiba-tiba Dr Zul digelar sebagai nyanyuk oleh beliau.
Sikap Dr.Kamarul ini lebih sesuai digelar machai dari seorang yg mempunyai ijazah PhD.
Sebelum ini beliau menghentam Dr. Musa Nordin semata-mata mahu mempertahankan Menteri beliau yang juga berbuat kerja bodoh membasuh jalanraya walaupun sebenarnya virus Covid 19 ini tidak duduk di atas jalan raya. Macam2 kecaman dilayangkan pada Dr Musa Nordin padahalnya jasa Dr Musa Nordin jauh jauh lebih besar dari beliau di dalam memerangai wabak COvid 19 ini berbanding beliau hanya yang duduk depan laptop.
Di sini ingin saya menjawab hujjah2 fitnah Dr. Kamarul itu yang boleh dibaca di sini
KAMARUL KATA: (4) Dalam sidang media harian berhubung wabak Covid-19 pada 12 Februari 2020, Datuk Seri Dr Dzulkefly, ketika ditanya mengenai amaran WHO ini, menepisnya dengan berkata Malaysia belum lagi sampai ke peringkat itu dan belum ada keperluan untuk kerajaan melaksanakan saranan WHO supaya menangguhkan perhimpunan awam.
JAWAPAN: Sehingga hari terakhir Dr Dzulkiflee Ahmad menjadi Menteri Kesihatan, bilangan kes aktif pada masa itu hanyalah 22. Ditambah dengan 12 hari berturut-turut tiada kes baru. Adalah bodoh dan tolol bagi Kementrian Kesihatan utk mengharamkan perhimpunan awam atau menjalankan “lockdown” pada masa itu. Jelas di bawah pengawasan Dr. Dzul, kluster-kluster berjaya dikecilkan dan dikawal TANPA ADA LOCKDOWN MAHUPUN PENGHARAMAN PERKUMPULAN.
Juga, dalam sidang akhbar yang sama Dr Dzulkiflee Ahmad berkata “Kami akan sentiasa menilai dan menyemak situasi.”
Mungkin Dr Kamarul tidak faham kenyataan itu tapi ia bermakna keadaan akan dipantau sentiasa secara harian. Tindakan akan terus diambil dengan segera sekiranhya keadaan berubah menjadi semakin buruk.
Malangnya Langkah Sheraton telah pemantauan Dr Dzul pada 24hb Februari sedangkan ijtimak Tabligh berlaku pada 27 hb February 2020.
Apa2 pun Langkah dan Tindakan Dr Dzulkilee Ahmad tempohari mendapat pujian dari WHO dan ramai pakar2 wabak seluruh dunia. Tiada yang mempersoalkan tindakan dan keputusan beliau kecuali Dr. Kamarul Yusoff yang hampir tiada sumbangan kepada pengawalan wabak Covid 19 di Malaysia.
LANGKAH SHERATON PUNCA SEBENAR MEREBAKNYA KLUSTER TABLIGH
Keadaan adalah amat terkawal sewaktu Dr Dzul menjadi Menteri Kesihatan. Kes cuma 22 dan selama 12 hari tiada kes baru.
Dengan kata lain, dalang sebenar di belakang penyebaran kluster Tabligh adalah konspirator-konspirator Langkah Sheraton yang juga melibatkan pemimpin2 UMNO dan PAS juga.
Jika tiada Langkah Sheraton kemungkinan besar kita tidak perlu ada PKP dan pemberhentian kegiatan ekonomi seluruh Malaysia.
Di kala Malaysia sedang dalam keadaan berjaga-jaga akibat wabak Covid 19, puak2 ini sebuk hendak merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan. Fokus memantau dan mengawal wabak Covid 19 hilang angkara Langkah Sheraton itu.
Tampaknya, rakyat Malaysia beruntung mendapat pemimpin-pemimpin yang begitu prihatin ke atas kemakmuran rakyat Malaysia. Mereka meletakkan kepentingan diri mereka sendiri di atas kepentingan rakyat dan mereka ada Dr. Kamarul Yusoff mempertahankan segala tindakan bodoh dan keji mereka. Mungkin selepas ini Dr Kamarul boleh menulis artikel menghalakan tindakan sumbang Sandakan satu masa dahulu
Kluster Tabligh sepatutnya boleh terkawal namun sepanjang Kluster ini tersebar Malaysia tidak mempunyai kerajaan untuk memantau dan mengawal penularan wabak ini lantaran Langkah Sheraton yang keji dan jahat itu.
Asalkan Melayu bukan Cina, jahat takpa.
TULANG BESI
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.
Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.
Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.
MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427
Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)
Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.

Aku rasa lebih baik tok sah layan walaun ni. Siapa dia? NOBODY. Bo layan dia. Sat lagi dia berambus la...
ReplyDeleteDr. Dzul tu pakar penyakit dunia. Raja segala doktor2 pakar di dunia ini. Masa dia jadi menteri baru 22kes positif sebab itu dia nasihatkan kerajaan supaya benarkan pelancung2 china masuk ramai2 ke negara kita. Bila dah ramai2 tak perlu ada larangan berhimpun. Kerana hebatnya kepakaran beliau pihak WHO pun tak mampu lagi memberi nasihat dan kepakaran kpd beliau kerana beliau raja kepada segala doktor di dunia ini.
ReplyDeletePm doktor, tpm doktor pun tak mampu menandingi kepakaran dr. Dzul krn beliau hebat menasihati kerajaan berbanding pakar2 dlm WHO.
TAHNIAH DR. DZUL....semoga dapat dilantik pengarah/pengerusi WHO pulak lepas ini. Dapat jadi kebanggaan kpd negara kita.
Tak la. Dr adham paling power. Idea dia didengar oleh 500 negara. Itu lah yg paling power. Tiada siapa dlm dunia boleh kalah kan dia
DeleteDr dzul lagi hebat...amaran pihak WHO dia kata masalah kecil. Memang patut upgrade jwtn dia nie. Dpd uncle lim suruh ganti adham baba baik uncle lim letak dia di WHO. Tempat dia sepatutnya di situ...dia cukup layak.
DeleteJujurnya aku tak kesah sangat dgn dr adham tu nak merapu atau tersasul. Asalkan jangan kkm dan majlis keselamatan negara yg merapu.
DeleteCukup2lah kerajaan lama merapu sejak kes positif pertama sehingga mrk tumbang.
Terasa terjaga kebajikan dan keselamatan rakyat dgn kerajaan tebuk atap nie. Rakan2 aku yg dulu suka bekap ph pon rasa selamat dgn tindakan pkp dan bantuan dpd kerajaan lalu. Dulu nak menyatakan kerisauan dikecam 'ko bukannya pakar!'
Memang perselisihan pndpt dan fitnah adalah Sunatullah...sejak Nabi Adam as dan Hawa berada disyurga...kemudian turun ke bumi..anknya pula Habil dan Qabil...hinggalah zaman Nabi Muhammad saw...pertelingkahan antara Aishah, Muawiyah,Ali...hinggalah kini dan sampai kiamat..
ReplyDeleteSoalnya skrng yg betul jadi sebaliknya...yg salah jdi betul...walaubagaimana pun kita kena betulkan apa yg x betul walaupun dikutuk..dihina..sebab menyampaikan yg hak adalah dakwah wajib...dan akan dipersoalkan diakhirat...dan bagi yg x mampu ..adalah lebih selamat fokus pd diri sndri dan keluarga drpd azab Allah kelak...
Betul tuan. Setuju.
DeleteSemua org tahu ijtimak tabligh diberi kelulusan oleh dbkl dan pdrm. Dbkl dibwh khalid samad dan pdrm dibawah muhdin yasin.
ReplyDeleteKenapa dibenarkan?
Sebab tiada arahan atau SOP dpd kabinet dlm menangani wabak.
Siapa yg patut memberi nasihat?
Tak kan lah abg mat sabun atau lim kit sial. Tentulah menteri kesihatan yg beri nasihat dan MKN bwh pm7 melakukan tindakan.
Dpd kes pertama sehingga pm7 tumbangkan kerajaannya mmg tiada apa2 SOP utk dipatuhi oleh kerajaan atau rakyat.
Rakyat nak patuh apa??
Berlebihan nanti kena gelar coronapalatau...hmmmmmm