Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Thursday, April 30, 2020

Rakyat Lebih Hendak Tahu Dimana Papagomo Dapat Dana RM1juta Untuk Membayar Saman Anwar Ibrahim Tempohari

*Di mana Papagomo Dapat Duit Bayar Saman Anwar Ibrahim Tempohari?*

Papagomo telah membuat laporan polis ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim kononnya DSAI telah berbohong di atas nama Jabatan Perangakaan Malaysia.

Hakikatnya DSAI tak pernah menyebut pun nama Jabatan Perangkaan Malaysia di dalam kenyataan beliau.

Ertinya laporan Polis ini adalah sia sia dan kebodohan yaang amat besar.

DSAI cuma merujuk kepada unjuran-unjuran yang dibuat oleh NGO2 di Malaysia. Sila rujuk laporan Berita Harian di bawah:

 *DI MANA PAPAGOMO DAPAT DUIT BAYAR SAMAN 1 JUTA*


Rasanya ramai rakyat di luar sana lebih berminat hendak tahu di mana Papagomo dapat wang RM1juta untuk membayar saman kepada Anwar Ibrahim setelah beliau kalah saman fitnah


Papagomo telah disaman Anwar Ibrahim kerana memfitnah. Mengikut laporan akhbar:

Bayaran dibuat kepada Anwar Ibrahim itu secara pantas. Maka, rakyat lebih berminat untuk mengetahui di mana Papagomo mendapat wang sebegitu besar itu?

Rasanya isu ini lebih menarik berbanding isu yg dilapor Papagomo kepada Polis ini.

*TULANG BESI*

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

Negara 'dijajah' pendatang tanpa izin secara senyap

Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bh.com.my
KONGSI ARTIKEL
Share

Tweet
HANYA selang beberapa minit, penulis dapat merasai pengalaman berada di Dhaka, Bangladesh dan Kathmandu, Nepal dengan hanya memandu di tengah ibu kota hujung minggu lalu.

Lazimnya, setiap hujung minggu laluan di hadapan Dataran Merdeka akan ditutup dan kenderaan terpaksa mengikut jalan sisi antara bangunan Straits Trading dan pejabat Majlis Peguam Malaysia, menerusi Lebuh Ampang jika mahu ke Jalan Raja Laut atau Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Bermula dari persekitaran Medan Pasar dan belakang Pasar Seni, sudah mula kelihatan lautan warga Bangladesh yang menjadikan kawasan itu pusat pertemuan dengan rakan senegara dan bila menghala ke Lebuh Ampang pula, kelibat warga Nepal dan tidak kurang juga warga Myanmar, semakin ramai.

Selain mereka yang memandu melalui kawasan terbabit, boleh dikatakan tiada langsung rakyat tempatan lalu lalang di situ, malah kebanyakan kedai sudah diambil alih warga asing, yang menjual barangan dari negara masing-masing atau mengusahakan restoran menyajikan masakan mereka.

Secara tidak langsung pemikiran diterpa kegusaran sama ada rakyat Malaysia sendiri, yang kini makin taasub lagi lantang bersuara dalam konflik antara Melayu dan bukan Melayu, menyedari bahawa negara sendiri ‘dijajah’ secara senyap oleh bangsa asing.

Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Malaysia sehingga September tahun lalu, jumlah pekerja asing yang bekerja di negara ini secara sah adalah 1.73 juta orang, majoriti dari Indonesia, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Pakistan dan China.

Sementara itu, Jabatan Perangkaan menganggarkan jumlah warga asing yang tinggal secara sah di negara ini tahun lalu ialah sekitar 3.3 juta orang daripada keseluruhan 32 juta penduduk di Malaysia.

Nisbah hampir 10 peratus ini agak tinggi memandangkan nisbah penduduk Malaysia berketurunan India hanya sekitar lapan peratus berbanding jumlah keseluruhan penduduk.

Bagaimanapun, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Sekretariat Khidmat Imigran (SKI), berpendapat warga asing yang berstatus pendatang asing tanpa izin di negara ini melebihi jumlah pekerja asing yang memiliki dokumen dan permit sah.

Berdasarkan statistik NGO itu, pada 2014 lebih 6.7 juta pekerja asing, bekerja dalam pelbagai sektor terutama pembinaan dan peladangan dan daripada jumlah itu, hanya 2.1 juta mempunyai permit, bermakna ketika itu ada lebih 4.6 juta warga asing bekerja secara tidak sah di Malaysia.

Pada 2017 pula, kira-kira 1.73 juta pekerja asing yang sah berbanding 2.1 juta orang empat tahun sebelumnya, namun jumlah pendatang asing tanpa izin yang masih ada di sini terus menjadi tanda tanya. SKI juga berpendapat jutaan pendatang asing tanpa izin masih lagi bebas bergerak dan bekerja di negara ini kerana amat mustahil warga asing terbabit pulang beramai-ramai ke negara masing-masing.

Banteras pendatang tanpa izin agenda utama

Justeru, tidak hairanlah apabila Pakatan Harapan (PH) menerajui pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilantik Menteri Dalam Negeri, menjadikan usaha membanteras pendatang asing tanpa izin sebagai agenda utama.

Susulan itu, bekas Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Seri Mustafar Ali, berkata pihaknya mengambil serius isu lambakan pendatang asing tanpa izin di negara ini melalui tindakan operasi dan penguatkuasaan berterusan dengan moto Hari-Hari Operasi iaitu sasaran sebanyak 850 operasi setiap bulan.

Bermula November tahun lalu, sasaran ditambah daripada 850 kepada 1,300 operasi sebulan bagi memastikan kedaulatan negara tidak digugat oleh warga asing terutama pendatang asing tanpa izin.

Namun, pada hakikatnya, negara masih dibanjiri pendatang asing tanpa izin, sekali gus membuatkan kita musykil di mana silapnya sehingga negara terus dihantui masalah ini dan jangan pula ada yang marah bila umum mempersoalkan keberkesanan pihak berkuasa menangani isu ini atau membangkitkan unsur rasuah.

Pihak berkuasa, dalam konteks ini, bukan hanya Jabatan Imigresen, sebaliknya turut membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT), polis dan Kementerian Sumber Manusia.

Tidak perlulah kita menidakkan fakta, lihat saja pasar borong Selayang atau sekitar kawasan Chow Kit, malah Jalan Petaling yang digelar ‘Chinatown’ sudah semakin pudar ‘kecinaannya’ kerana hampir semua gerai diuruskan warga Bangladesh.
Share on whatsapp

2 comments:

  1. Tentulah ada rakan2 dan kawan2 yg berpengaruh yg bantu dia. Mcm datuk khai yg dulunya bangkrap tapi setelah rapat dgn atok hilang status bangkrap.

    ReplyDelete
  2. Utk apa rakan2 dan kawan2 berpengaruh bantu dia....musykil lah plak.

    ReplyDelete


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.