Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Tuesday, May 19, 2020

Apa Peranan Hamzah Zainuddin Dalam Langkah Sheraton?

Dari maklumat yang diterima, pada masa Dr Mahathir dengan tegas menolak kerjasama dengan UMNO sejurus sebelum Langkah Sheraton, maka Muhyiddin Yaasin pada masa itu teragak-agak untuk meneruskan atau tidak langkah itu.

Namun, pada masa itu dikatakan Hamzah Zainuddin telah mengugut Muhyiddin Yaasin dengan mengatakan kalau Muhyiddin tidak meneruskan Langkah Sheraton ini maka dia akan membawa kesemua wakil-wakil rakyat UMNO yg telah menyeberang ke BERSATU keluar dari parti.

Disebabkan tekanan ini dicampur tekanan-tekanan lain, maka Muhyiddin terpaksa mengikut perancangan Langkah Sheraton yang akhrinya membawa kepada jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan itu.

Hamzah Zainuddin ini adalah orang UMNO dan berfkiran serta berminda UMNO. Dia amat membenci DAP dan juga membenci Anwar Ibrahim. Dia sedaya upaya mahu menghalang Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri kerana secara amnya dia membenci Anwar Ibrahim sejak kali pertama Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri tahun 1997.

Walaupun Hamzah Zainuddin ini berpaling dari UMNO kepada BERSATU tapi dia tidak pernah percaya dan memperjuangkan agenda Pakatan Harapan.

Kemasukan orang2 seperti Hamzah ini telah lama dianggap merbahaya oleh anggota2 PAkatan Harapan kerana mereka tidak pernah berpegang dengan idealisma Pakatan Harapan.

Mereka dahulunya menentang Pakatan Harapan dan masuk BERSATU hanya kerana parti yang mereka wakili telah kalah pilihanraya dan sudah tidak ada dalam kerajaan.

Terbukti akhirnya mereka-mereka ini adalah duri dalam daging. Hamzah Zainuddin dan kumpulannya menjadi antara faktor utama yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.

Berjaya akhirnya puak2 UMNO ini meruntuhkan Pakatan Harapan yang telah menjatuhkan kerajaan mereka pada PRU2018. Sedari mula sepatutnya Pakatan Harapan tidak menerima musuh2 dalam selimut ini berada dalam Pakatan Harapan.

Adapun Azmin Ali dan rakan-rakannya adalah anjing belaan semata-mata. Yang menjadi pemandu kepada kesemua ini adalah UMNO melalui agen mereka di dalam BERSATU yakni Hamzah Zainuddin.

Kasihan Pakatan Harapan dijatuhkan hanya kerana mahu membersihkan Malaysia dari korupsi dan salah guna kuasa.

Dan dijatuhkan melalui orang-orang UMNO yang dibenarkan masuk ke dalam BERSATU.

Hamzah Zainuddin ini adalah musuh reformasi sejak tahun 1997 lagi. Sepatutnya kemasukan beliau ke BERSATU di halang sejak dari

TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

6 comments:

  1. Skrg tular taping mesyuarat bersatu dipengerusi tun mangkuk yg jelas mengajak parti nya keluar ph. Antara sebab, tak suka dgn dap dan anwar ibrahim.
    Lagipun sokongan mgkin diperolehi dpd umno dan parti2 lain.
    Tun mangkuk sekali lagi mengakui tak suka dgn najib, anwar dan dap dlm mesyuarat tersebut. Cuma masa utk keluar ph bergantung dgn keadaan.


    Jelaslah...tun mangkuk mastermind utama keluarnya bersatu dpd ph. Dia tak suka org lain krn mrk kacau kerja kotornya khasnya najib. Najib selalu menunjukkan fakta sebaliknya dgn tepat kesilapan dan salahguna kuasa tun mangkuk dgn padat dan ringkas. Ini penyebab utama tun mangkuk membenci sangat najib.
    Dap dan anwar pula senang ditipu oleh tun mangkuk krn tun mangkuk sedar anwar dan dap amat memerlukannya bagi meluaskan pengaruh utk menguasai undi org melayu.
    Mrk saling tunggang menunggang. Siapa pintar dia akan menang.
    Adakah tun mangkuk akan menang sekali lagi dgn menjadikan dap dan pkr keldai tunggangannya?

    ReplyDelete
  2. Bukan saja hamzah zainuddin. Sebenarnya masih ramai anasir anti-reformis terdapat dlm PH. Majoritinya penyokong azmin dlm pkr. Aku tak faham bgmana mrk ini boleh menyokong seorang pemimpin anti-reformis mcm azmin. Nak gunting rambut pun mesti ke salon yg paling mahal! Bercuti luar negara pula belanja sampai juta ringgit. Sedangkan rakyat marhaen pula berhempas pulas utk sara hidup harian.

    Satu lagi aku nak nasihatkan Amanah dan dap. Jauhkan diri drp Atok dan saki baki pengikut dia. Dia akan hancurkan ph bila sampai masanya. Dia dah berjaya belot dan hancurkan AI, setakat mat sabu dan lge tak ada hal! Majoriti penyokong cina ph dah tak percaya Atok lagi. Lihat apa terjadi di tanjong piai. Malu Atok kena ajar pengundi cina. Perkara yg sama boleh berlaku dalam pru15. Tanpa undi pengundi cina ph, Amanah boleh tinggal 0 kerusi! Begitu juga dap. Bilangan kerusinya boleh jatuh merudum mendadak! Don't take your supporters for granted. Don't pray pray.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperti apa juga yg terjadi kpd pas di selangor semasa pru14. Tanpa sokongan undi cina, habis kalah semua yg dimenangi pada pru13.

      Delete
  3. Sudah jelas dan tak perlu bersuluh sah atok memang tak akan benarkan anwar naik sebagai pm.
    Perlakuan dia selama ini hanya nak menyembunyikan kesalahannya dgn menyalahkan org lain agar 'keikhlasan' peralihan kuasa yg dijanjikan nampak 'real' di mata penyokong anwar dan dap.

    Andailah atok ikhlas...tarikh dan tempoh yg dijanjikan akan dimeterai dgn perjanjian bertulis. Sikap berdalih dan memainkan pelbagai alasan jelas menampakkan lidah bercabangnya.

    Dalam tempoh tersebut telah dilakukan usaha-usaha membawa dan mengumpulkan kekuatan agar dpt mewujudkan satu blok kerajaan yg baru yg kononnya dinamakan sebagai kerajaan perpaduan dgn kuasa penuh spt atok memerintah selama 22tahun.

    Sayang perancangan tersebut gagal apabila sokongan sebulat suara berpecah kpd 3 blok. Dpd berlaku blok yg tidak disukainya menjadi pentadbir maka tsmy diumum sebagai calon pm8 dan akhirnya ia bertukar kpd 2 blok sehingga sekarang.

    Skrg atok ingin melakukan sandiwara baru konon dia dikhianati dan dia adalah ikhlas dgn peralihan kuasa yg dijanjikan.

    Kesimpulan mudah...jangan dilayan legasi tamak harta dan tamak kuasa yg pernah menghantui kita selama bertahun2.
    Anak, proksi dan kroni dah kaya raya mengaut kekayaan negara.
    Cukup2lah menganggu kestabilan negara kerana sikap rakus yg tak sudah2. Tak lama lagi nak menyembah tanah. Biarlah bawa nama yg baik buat legasi kaya yg ditinggalkan.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Itu sebab saya kata, PH perlu berjalan terus tanpa perlu memikirkan Mahathir atau Bersatu yang condong kepada Mahathir lagi. Ini detik terbaik untuk PH mara dengan leboh efektif setelah geng kartel keluar dari PKR. Sifirnya begini:

    1. PKR dulu menang 47 kerusi parlimen termasuk yang dimenangi geng kartel - kekalkannya pada PRU 15 nanti.
    Maka itu PKR ada 47 kerusi

    2. DAP dulu menang 42 kerusi parlimen - Kekalkannya.
    Maka itu DAP ada 42 kerusi

    3. Amanah dulu menang 11 kerusi parlimen - kekalkannya.
    Maka itu Amanah ada 11 kerusi.

    JUMLAH AWAL: (PKR 47) + (DAP 42) + (Amanah 11) = 100 kerusi
    PH kekurangan 12 kerusi untuk mendapat majoriti mudah iaitu 112.

    BAGAIMANA MENCUKUPKANNYA?

    1. Dulu PKR/PH beri banyak kawasan kepada Bersatu untuk bertanding dan bersatu menang 13. Di semua kerusi ini, PH mesti bertanding dengan mengagihkan kawasan itu kepada parti komponen - PKR, DAP, dan Amanah - mengikut kekuatan. Yang penting kekalkan sekurang-kurangnya 13 kerusi.

    Maka itu, di sini PH dapat tambahan 13 kerusi.

    JUMLAH BAHARU: 100 + 13 = 113 (melebihi satu kerusi majoriti mudah)

    2. PH perlu bekerja keras di kawasan lain yang sebelum ini ditandingi Bersatu tetapi Bersatu kalah. Jika dapat sekitar lima (5 kerusi) lagi pun sudah memadai.

    3. Di Kelantan, PH (Amanah) perlu dapat beberapa kerusi - insya-Allah.
    4. Di Sarawak, PH (DAP) perlu dapat tambahan beberapa kerusi - insya-Allah.
    5. Di Semenanjung iaitu selain di Kelantan yang telah dinyatakan, PH (PKR, DAP, dan Amanah) perlu dapat tambahan beberapa kerusi.

    Saya yakin usaha ini berjaya kerana duri dalam daging telah tercabut dan musang berbulu ayam telah dikenap pasti.

    Maka itu, lupakan Mahathir dan grupnya. PH perlu berdikari. Jangan bawa masuk duri baharu dan musang lama yang kini tersepit ke ruang perkiraan PH. Ambillah iktibar daripada kejadian yang menyebabkan PH tumbang.

    Sekian.

    ReplyDelete


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.