Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Tuesday, May 5, 2020

Belum Tiga Bulan Memerintah Dah Ada Kes Rasuah?

*Belum Tiga Bulan Memerintah Dah Ada Kes Rasuah?*

NOTA EDITOR: Diberitakan kontrak membekal PPE dan alat-alat berkaitan kelengkapan makmal dianggarkan RM30 juta diberikan kepada sebuah syarikat yang di dalam bidang hartanah.

Secara jelasnya, syarikat ini tidak layak untuk mendapat kontrak "direct award" ini kerana ianya bukan syarikat berkaitan dengan bidang perubatan.

Ada orang luhur dalam KKM yang telah membuat laporan kepada SPRM dan ramai yang akan dipanggil untuk disoal siasat.

Jumlah RM30 juta ini terlampau besar dan hanya orang yang paling atas dalam Kementrian yang boleh meluluskannya.

Dia boleh kata dia tak cermat tapi takkan dia tak tau syarikat yang dia beri kontrak itu tiada kena mengena dengan perubatan dan hanya terlibat dalam bidang hartanah?

Kalau dah baka UMNO memang tak boleh lari dari rasuah.

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/05/574630/covid-19-sprm-siasat-syarikat-dapat-kontrak-rm30-juta

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX




www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

Covid-19: SPRM siasat syarikat dapat kontrak RM30 juta

MyMetroUtama


Amir Abd Hamid

amir_hamid@mediaprima.com.my


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebuah syarikat yang didakwa secara tidak layak mendapat kontrak kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM30 juta, lapor The Malaysian Insight.

Memetik laporan The Malaysian Insight, difahamkan syarikat sama mendapat kontrak membekalkan kelengkapan sistem makmal di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumber di SPRM bagaimanapun enggan mendedahkan nama kementerian yang terbabit dalam siasatan itu.

"Saya tidak boleh dedahkan nama kementerian tetapi beberapa saksi akan dipanggil dalam masa terdekat," katanya kepada The Malaysian Insight, malam ini.

Sumber memberitahu, sebuah pasukan penyiasat sudah ke kementerian itu minggu lepas, dengan fokus siasatan bertumpu pada ketelusan penganugerahan kontrak tersebut.

"Siasatan kes ini masih di peringkat awal. Kes ini dimulakan sejak kami mendapat maklumat mengenai pemberian kontrak selain beberapa maklumat di media sosial yang mempersoalkan cara pemberian kontrak," katanya.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini mengumumkan kesediaan pihaknya bekerjasama dengan agensi rasuah bagi memastikan kementeriannya bersih dan berintegriti, ketika ada desas-desus pegawai di kementeriannya disiasat oleh SPRM.

"KKM sentiasa memantau dan memastikan jati diri serta integriti warga KKM berada pada tahap yang terbaik.

"KKM akan sentiasa menyokong penuh usaha SPRM membasmi gejala rasuah serta penyelewengan.

"KKM akan terus bekerjasama dengan SPRM termasuklah dalam memastikan warga kementerian sentiasa menitikberatkan nilai integriti sepenuhnya," katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Pada 30 April lalu, peguam Wee Choo Keong meminta KKM bersikap telus berhubung kontrak perolehan yang diberikan kepada sebuah syarikat yang didakwa tidak layak, yang membabitkan usaha melawan Covid-19.

Beliau mendakwa syarikat itu adalah sebuah syarikat pemaju hartanah tetapi mendapat kontrak melengkapkan makmal bagi tujuan saringan jangkitan dan kemudian untuk membekalkan PPE..
Share on whatsapp

2 comments:

  1. Apa yg nak di herankan? Inilah kerja biasa parti penyangak melayu. Tambah skrg diendorse pula oleh lebai. Inilah the old normal!!

    ReplyDelete
  2. Saifuddin abdullah mesti bangga. Kerajaan baru pun 'rasuah mcm ph juga'. Kosong2 la.....

    ReplyDelete


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.